DC | 09 - SEPUPU

1.5K 123 18
                                    

"HAI , boleh saya tolong ? Nampak berat je bakul tu ?", pelawa Ayden , sepupu Zarith.

"Eh takpe la saya boleh angkat sendiri", jawab Adelia.

"Betul ni ?", soal Ayden.
Adelia sekadar mengangguk.

"Ok . By the way nama saya Ayden , sepupu Zarith", Ayden memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan.

"Sorry"

"Ouh okay , sorry my bad", ujar Ayden memahami Adelia sebagai wanita berhijab. Adelia hanya mengukirkan senyuman.

"Em awak siapa ye ? Maid baru kat sini ke ?", soal Ayden.

"Mantapla Uncle Hizlan dengan Aunty Aishah pilih maid , cun gila !", belum sempat Adelia menjawab , Ayden sudah tersengih.

"Oi Ayden !", jerit Zarith yang berada di muka pintu rumah.

Ayden terus berpaling dan berlari anak ke arah Zarith.
Adelia menyambung langkahnya ke tempat jemuran.

Dari jauh Ayden menjerit nama Zarith. Dia langsung memeluk Zarith kerana sudah lama tidak berjumpa.

"Kenapa kau tak datang esok je ? Aku kahwin semalam bukan harini", kata Zarith seolah merajuk.

"Eleh kau , aku datang ni bersyukur je la", cebik Ayden. Mereka duduk di atas sofa di ruang tamu. Zarith masih dengan rajuknya , eii macam perempuan pula.

"Ni pun bukan main aku merayu dengan bos nak balik jumpa kau. Aku minta cuti semalam tapi dah ada staff yang cuti , so harini je boleh", terang Ayden.

"Lewat sehari takpe lah kan ?", Ayden membuat muka 10sen.

Zarith menjeling lalu ketawa. "Hahaha takpe aku faham".

"Ha mana bini kau ?", soal Ayden. Matanya melilau di segenap rumah.

Zarith hanya tersenyum , tidak menjawab soalan Ayden.

Seketika , Aishah turun dari tingkat atas lalu menyapa Ayden. "Datang tak bagitahu pun..."

Ayden tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih bersinar.
"Saja , nak bagi kejutan dekat Zarith. Tapi dia tak terkejut pun".
Aishah tergelak mengenangkan anak saudaranya itu.

"Eh Zarith , bini kamu mana ?", soalan sama diajukan kepadanya.

Belum sempat Zarith menjawab , Adelia memunculkan dirinya dari dapur. Dia melewati ruang tamu untuk ke tempat cuci baju. Ketiga-tiga pasang mata memandang ke arahnya namun dia cuba memperdulikannya.

Ayden berpaling. "Weh lawa do maid kau", katanya teruja.

Zarith sekadar memandang Ayden dengan riak wajah yang penuh kehairanan. Maid ? Siapa ?

Aishah membontoti Adelia hingga ke tempat cuci baju. Tangan gadis itu ditarik kasar.

"Apa ni mama ?", soal Adelia pelik.

"Apa kau panggil aku ? Mama ? Siapa mama kau ?", jerkah Aishah tiba-tiba.

"Habistu saya kena panggil apa ? Makcik ? Mak Zarith ?", mungkin itu kedengaran agak biadap tapi dalam hati Adelia tergelak kecil.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now