DC | 46 - CEMBURU

1.7K 122 62
                                    

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH", kepala dipusing ke kiri sebelum tangannya menyapu seluruh muka dari dahi sehingga dagu. Adelia mengangkat kedua-dua belah tangan dan berdoa di atas sejadah menghadap kiblat.

Siap sahaja melipat sejadah dan menggantung telekung, perutnya berbunyi meminta diisi.

"Ah, laparnya hm", kata Adelia sambil menggosok perut. Dia menapak ke dapur dan melihat apa yang ada untuk membuat sarapan pagi. Namun tiada apa yang berguna di dapur. Adelia mengeluh.

"Perut lapar, tapi makanan takde. Haih terpaksa juga lah aku beli dekat kedai", dia terus menyarung tudung dan berjalan kaki menuju ke kedai makan yang berdekatan.

Pagi yang indah diiringi dengan kicauan burung-burung menenangkan suasana. Udara pagi juga terasa segar.

Sampai sahaja di kedai, Adelia memesan sebungkus nasi lemak dan air kosong yang merupakan menu paling murah di situ. Dia menikmati sarapannya sambil memandang sekeliling. Di hadapannya terdapat sebuah bangunan besar yang dikenali sebagai Mydin.

"Alang alang barang dekat rumah dah habis, singgah la Mydin sekejap", katanya dalam hati sambil menghabiskan sebungkus nasi lemak itu. Dia ke kaunter dan membayar makanannya, air kosong mesti lah percuma.

Siap membayar, Adelia berjalan kaki pula ke Mydin. Jalan raya yang sibuk dengan kereta dilewati penuh berhati-hati.

Troli diambil lalu ditolak masuk ke dalam pasaraya. Adelia berjalan dari satu lorong ke satu lorong. Tiba di lorong makanan segera, dia mengambil maggie kesukaannya iaitu Maggie Lontong. Dia berjalan lagi sambil matanya ligat melihat setiap barang yang ada di atas rak.

Langkah Adelia terhenti apabila ternampak seseorang yang dikenalinya berada di hujung lorong berhadapan dengannya.

"Zarith ?"

Cepat-cepat Adelia berputar balik dan berjalan ke arah lorong lain. Sempat lagi dia mengintai Zarith sekali lagi namun lelaki itu sudah hilang.

"Aik ? Tadi aku betul betul nampak dia ke...atau sekadar bayangan ?", soal Adelia kehairanan.

Dia memusingkan tubuh semula dan tidak sangka ada orang di hadapannya. Mukanya diangkat memandang siapakah gerangan yang segak berbaju kemeja itu dan jantung Adelia bagaikan ingin tercabut melihat wajah Zarith yang terpampang. Terus cuak wajah Adelia.

"Main sorok sorok ke ?", soal Zarith seraya tersenyum sinis.

Adelia gelabah. Macam mana pula Zarith boleh sampai ke sini ? Bukan ke tadi dia ada di hujung lorong ?

"Hmm, kau lari dari aku eh ?"

"Mana ada", pantas Adelia menafikan.

Zarith tersenyum senget sebelum merendahkan wajahnya setara Adelia. Dia merenung wajah yang putih gebu itu namun Adelia terpaksa menunduk kerana tidak mahu Zarith melihat matanya yang terketar-ketar.

"Kenapa kau taknak jumpa aku ?", soal Zarith mendatar.

"Zarith, sini bukan tempat yang sesuai untuk cakap pasal ni", jawab Adelia.

"Ok kalau macam tu jom ikut aku, kita cakap dekat tempat lain", Zarith menarik lengan Adelia namun wanita itu mengeraskannya. Zarith memandang semula,"why ?".

"Aku datang sini...nak beli barang. Bukan nak ikut kau", balas Adelia terus menolak semula trolinya meninggalkan Zarith.

Zarith merenung dari jauh dan membuat keputusan untuk mengikuti wanita itu dari belakang. Adelia menjadi tidak selesa kerana diekori oleh Zarith dan terasa seperti ingin pulang sekarang juga.

Dengan kalut dia mengambil barang-barang yang diperlukan dan segera membuat bayaran. Tiba-tiba Zarith juga datang beratur di lorong Adelia.

Juruwang di kaunter itu memandang Zarith. Adelia pula berasa panas hati melihat cara juruwang itu yang seolah mengabaikan pekerjaannya buat sementara.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now