DC | 26 - MAYAT

1.1K 97 23
                                    

"ASSALAMUALAIKUM"

Semua berpaling serentak seraya menjawab salam.

"Eh kau pergi mana ? Tak jumpa jalan balik rumah dah ke ?". Kehadiran Zarith di wad itu disergah dengan soalan-soalan dari Aliya.

Zarith menghiraukan Aliya dan melangkah mendekati Aishah yang berada di atas katil. Tangan Aishah dipegang lalu dikucupnya perlahan.

"Ma... Zarith minta maaf sebab keluar rumah tak beritahu mama", pinta Zarith.

"Tak apa, mama maafkan. Asalkan Zarith balik rumah semula ye nak", mata Aishah mula berkaca, maklumlah mak mak memang macam tu mudah tersentuh hati kan.

"Sorry ma, Zarith mungkin dah tak balik rumah mama lagi sebab mama kan dah tak bagi Zarith jejak rumah tu kalau Zarith pilih Del", ujar Zarith selamba.

"Ha mana perempuan tu ? Sampai mana dah dia lari ? Menyusahkan orang betul ! Tengok la, sebab dia mama jadi macam ni", hati Aliya mulai panas.

"Kak...Ni bukan salah Del", bantah Zarith.

"Dah tu salah siapa ? Eh kalau dia tak lari rumah, kau takkan ikut ! Dan mama pun tak jadi macam ni la"

"Dia bukan lari rumah, dia dihalau", geram sahaja Zarith ingin memberitahu Aliya soal itu namun ditahan juga dari keluar. Zarith menjeling ke arah Hizlan yang sejak tadi tidak bersuara.

"Ok lah ma, Zarith masuk pejabat dulu. Zarith datang sini sebab nak minta maaf dekat mama tu je", Zarith bersalaman dengan Aishah lalu melangkah keluar dari wad itu.

"Heh ? Macam tu je dia bla ?", Aliya tidak puas hati. Dia mengejar Zarith dari belakang dan memegang lengan adiknya itu.

"Macam tu kau layan mama ? Takde adab ke ? Paling tidak pun teman la mama kejap", bentak Aliya.

"Akak ada kan. Lagipun akak tak tahu cerita sebenar so diam je la", balas Zarith terus meninggalkan Aliya di situ.

Aliya mencebik sebelum masuk semula ke wad Aishah.

✰✰✰

Kepala yang terlena di atas lantai sejak semalam diangkat perlahan. Dia membetulkan urat dan menggosok mata. Terbuntang luas matanya apabila baru tersedar di mana dia berada. Dia bangun lalu mengetuk-ngetuk pintu bilik itu.

"Abangggg !!!"

"Abangggg !!! Buka lah pintu ni banggg !!", jerit Adelia sekuat hati. Namun sekuat mana pun dia menjerit, tiada orang yang akan mendengar jeritannya.

Sekarang baru dia faham mengapa Zarith membeli rumah ini yang jauh di tengah padang dan jauh dari kawasan kejiranan. Orang gaji juga tidak dibenarkan bekerja di sini supaya dia dapat menyeksa mangsanya tanpa pengetahuan orang lain. Rupanya ini rancangan sebenar seorang lelaki yang bernama Zarith Firdaus.

Adelia mengintai di sebelah katil. Mayat Haikal Daniel masih lagi ada di situ dengan berlumuran darah. Namun yang paling menggelikan, terdapat ulat-ulat yang mula bermain sekitar mayat itu. Untung sahaja Adelia bukan sejenis yang mual apabila melihat darah. Tetapi dia tetap menutup hidung dari terhidu bau hanyir darah lelaki itu.

"Ya Allah sampai bila aku kena tinggal dalam ni? Dengan mayat pula tu", gumam Adelia sendirian.

Perutnya pula berkeroncong seolah membuat konsert pula. Dia mencari makanan dan terjumpa sebuah loker di hujung bilik itu. Dia terkejut setelah membukanya. Pelbagai makanan dan minuman tersedia di situ.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now