DC | 40 - KES SEBENAR

1.7K 112 63
                                    

"SEBENARNYA pakcik nampak dengan mata pakcik sendiri...dan pakcik masih ingat kejadian tu", kata pakcik itu sambil berjalan mencari sebuah kerusi. "Lelah pakcik kalau tak duduk, sebab panjang ceritanya", sambung pakcik itu lagi.

Zarith mengikut sahaja pakcik itu meletakkan kerusi di tepi beranda. Katanya sambil sambil bercerita dapatlah juga hirup udara segar.

"Ok, sekarang pakcik boleh cerita", ujar Zarith. Dia duduk memandang pakcik itu dengan bersandar pada beranda.

"Eh kejap. Pakcik rasa pakcik perlukan air. Kang naya pakcik duk bercerita panjang nanti tiba-tiba dahaga air"

Zarith mengeluh perlahan. Bila agaknya boleh mula bercerita pakcik ni.

Lalu Zarith mengambil sebotol air mineral yang ada di dalam sebuah bilik berdekatan. Sebenarnya tingkat itu merupakan restoran suatu ketika dahulu. Dan pakcik itu salah satu pekerjanya.

Zarith menghulurkan sebotol air dan pakcik itu sekadar memegang. "Lah aku ingat dia nak minum sekarang", keluh Zarith. Rasanya diperbodohkan pula dengan pakcik ni.

"Ok, sekarang dah boleh mula ?", soal Zarith sekali lagi masih menjaga nadanya.

"Eh tunggu, pakcik rasa pakcik perlukan..."

"Pakcik !!! Apa lagi yang pakcik perlukan ?", potong Zarith sudah tertekan dengan pakcik itu yang banyak pula berdalih ke arah benda lain.

"Hehe maafkan pakcik", kata pakcik itu seraya tersengih.

Satu keluhan dilepaskan.

"Macam ni...Dua tahun yang lepas, di tingkat teratas HOTEL D'LIMA..."

"Pakcik, saya dah tahu tarikh dan tempat dia. Sekarang ni saya cuma nak pakcik beritahu saya pasal pembunuh tu. Itu je yang saya nak tahu", Zarith tersenyum paksa. Geram sungguh dengan pakcik itu.

"Oh ok ok. Cerita dia macam ni..."

Pakcik itu menceritakan hal sebenar kepada Zarith. Melalui riak wajah dan gaya tangan pakcik itu bercerita membuatkan Zarith tidak sedar masa sudah banyak berlalu. Hampir 30 minit bercerita, akhirnya pakcik itu meneguk air yang diberikan oleh Zarith tadi.

Zarith menongkat dagu. "Jadi betul la perempuan tu memang nak bunuh diri ?".

"Ya, bukan ada orang yang tolak. Dan orang yang kamu tuduh pembunuh tu niat dia cuma nak tolong perempuan tu dari bunuh diri je", ujar pakcik itu.

"Sebab pakcik kenal dia. Dia memang baik dan tak mungkin dia nak buat benda benda macam tu. Lagi pun perempuan yang nak bunuh diri tu dah ada dekat tingkat ni dari pukul 6 lagi. Cuma masa tu hanya ada pakcik yang sedang membereskan dapur sebelum restoran ni ditutup. Sayangnya, pakcik tak perasan bila dia naik ke atas beranda. Yang pakcik nampak, arwah menghulurkan tangan dan memegang tangan Adelia...", pakcik itu berhenti serta-merta.

Zarith memandang penuh kehairanan.

"Pakcik tahu nama dia ?"

"Em pakcik...pakcik...sebenarnya bapa saudara Adelia", terang pakcik itu sekali gus mengejutkan Zarith.

"Ya Allah pakcik kenapa tak beritahu dari tadi yang pakcik ni bapa saudara Adelia ?", Zarith bengang. *mengstress*

Pakcik itu sekadar diam.

"Hm apa apa pun terima kasih la pakcik sebab beritahu saya perkara sebenar", ucap Zarith menghargai penat lelah pakcik itu bercerita.

"Adelia ada dekat mana sekarang ?", sambil menunduk pakcik itu menyoal.

Zarith tersentak.

"Tolong pakcik, nak. Pakcik rindukan dia. Lepas kes kematian ni, pakcik suruh dia menjauhkan diri dari orang ramai supaya tidak dituduh suspek. Tapi bila pakcik pergi ke rumah arwah ayah dia, rumah tu dah lama kosong. Pakcik ada juga terdengar yang dia dah kahwin dengan orang kaya...pakcik harap dia bahagia. Dia lah satu-satunya anak saudara yang pakcik ada. Cuma dah lama pakcik tak jumpa dia...", kata pakcik itu dengan nada yang kedengaran sebak.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now