DC | 08 - MALAM PERTAMA

2.1K 126 15
                                    

p/s : nothing ok about MALAM PERTAMA , sekadar tajuk kecil hehe

✰✰✰

"BUAT apa kat sini ?", tegur Zarith.

"Ish kau ni , bagi la salam dulu ke apa", orang tanya lain , lain pula yang dijawab.

"Assalamualaikum isteriku", Zarith tersenyum nakal.

"Geli do panggil macam tu", Adelia menjengilkan matanya.

"Kenapa nak geli ? Kau kan isteri aku", keningnya terangkat sebelah.

"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini ?", soal Adelia mengubah topik.

"Aku tanya Mizan tadi", jawab Zarith.

"Kau buat apa kat stor malam malam macam ni ?", Zarith menekan suis lampu di dinding belakang Adelia.

"Astaga , dalam stor ni ada lampu rupanya. Kenapa aku tak cari suis je tadi , aih bodohnya aku", kata Adelia dalam hati. Bukan main susah dia meraba barang dalam kegelapan tadi.

Zarith tersenyum. Dia tahu apa yang Adelia fikirkan.

"Aku... Aku... Nak cari vacuum", Adelia jujur sambil mukanya yang langsung tiada senyuman.

"Vacuum ?", Zarith hairan.

"Ye la , aku nak guna untuk bersihkan karpet", ujar Adelia.

"Buat apa bersihkan karpet ? Esok esok je la", balas Zarith.

"Mana boleh macam tu , kesian mama nanti kemas sorang sorang", Adelia menunjukkan rasa simpatinya.

"Aliya kan ada... Apa gunanya ada anak kalau tak boleh nak tolong mak sendiri ?", pandai pula lelaki berkulit sawo matang itu berbicara.

"Habistu aku ni ? Apa gunanya ada aku kalau tak boleh nak tolong ibu mertua sendiri ?", balas Adelia.

"Kau tu pengantin. Pengantin buat apa malam pertama ?", Zarith sengaja menyoal Adelia. Senyuman nakal kembali terukir di wajahnya.

"Buat apa ?", Adelia pula buat buat tidak faham.

"Tak tahu ?".
Adelia menggeleng.

Zarith menutup semula suis lampu dan mengunci pintu stor. Lengan Adelia ditarik.

"Ish tak payah la pegang pegang ", Adelia masih tetap dengan amarahnya yang tidak pudar sedikit pun.

Zarith mengabaikan kata-kata Adelia lalu menarik sekali lagi lengan isterinya itu.

"Eh kau nak bawa aku pergi mana ?", soal Adelia bingung.

"Ikut je la", jawab Zarith.

"Weh vacuum ?", soal Adelia. Sempat lagi dia memikirkan vacuum.

Zarith hanya diam dan terus memegang lengan Adelia.

"Weh nanti mama marah la", Adelia mula risau akan Aishah yang pasti memarahinya nanti.

"Nanti aku backup", jawab Zarith ringkas.

Adelia akhirnya mengikut sahaja ke mana Zarith membawanya walau dalam hati langsung tidak suka.

Mereka masuk melalui pintu hadapan kerana mahu mengelak daripada Aishah yang berada di dapur. Namun ketemu pula dengan si Mizan.

"Amboi abang , tergesa-gesa nak masuk bilik ke tu ?", usik Mizan. Dia melihat Zarith memegang lengan Adelia , apa lagi fikirannya mula lah travel.

"Diam lah kau budak kecil", balas Zarith walaupun tidak sempat memandang Mizan.

"Budak kecil dia kata aku ? Oi aku dah 19 tahun la , dasar abang !", kata Mizan sedikit menjerit.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now