DC | 45 - BERKORBAN

1.5K 117 96
                                    

"JEMPUT ?", soal Adelia sambil mengusap air matanya.

Zarith mengangguk.

"Aku dah tahu pasal kes kematian Aileen yang sebenar. Aku minta maaf sebab tak pernah percayakan kau...", anak mata Zarith menurun memandang ke bawah sebelum menyambung kembali.

"...dan aku minta maaf sebab tuduh kau yang bunuh dia..."

"K-kau dah tahu ?", soal Adelia hairan.

"Ya, aku berjumpa dengan bapa saudara kau dan dia menceritakan segalanya. Sebab tu aku cepat-cepat cari kau", terang Zarith mengharapkan simpati Adelia atas usahanya.

"So, sekali lagi aku minta maaf atas kesalahan aku yang lepas. Kau sudi tak maafkan aku ?"

Adelia diam dan berfikir sejenak. Hatinya sudah tidak keruan sama ada mahu menerima maaf Zarith atau membiarkan dia lebih berusaha untuk mengikhlaskan maaf itu.

"Del ? Kau maafkan aku tak ?", soal Zarith apabila melihat Adelia yang membisu.

"Aku...aku...nak balik", kata Adelia terus bangun dan berjalan meninggalkan Zarith. Kali ini Zarith tidak lagi mengejar dan membiarkan sahaja Adelia pergi.

"Aku harap kau maafkan aku Adelia", kata Zarith dalam hati sebelum Adelia hilang dari pandangannya. Dia juga bangun dan masuk semula ke dalam bilik dengan susah hati.

Tingkap dibuka lalu dia memandang ke arah luar bangunan itu sambil melihat langit yang dihiasi bintang-bintang. Sungguh cantik sehingga tanpa sedar satu senyuman terukir di bibirnya.

Dia melayan sahaja angin malam yang menyapa wajahnya. Mata ditutup rapat sambil menikmati keindahan malam dari tingkat atas.

Namun fikirannya tidah henti-henti menggambarkan wajah Adelia. Entah mengapa kini dia selalu dibayangi oleh bayangan Adelia dan hatinya juga sukar dikawal apabila melihat Adelia. Mungkinkah dia sudah sedar sepenuhnya ? Atau mungkin perasaan benci dahulu sudah bertukar arah ?

"Aku harap kita boleh bersama macam dulu Del. Aku rindu...aku rindu kau yang dulu...yang tidak sedingin sekarang. Tapi aku sedar ini semua salah aku. Kalau aku tak buat kau macam binatang, mungkin kita mampu gapai kebahagiaan kita sendiri...hm kau memang bodoh Zarith !", getus Zarith dalam hati. Dia menepuk dahi sambil mengeluh kasar.

✰✰✰

"Megat...", satu-satunya nama yang kerap disebut dan diingati oleh Adelia. Walaupun baru hampir sebulan mereka berkenalan, namun hati Adelia sudah melekat pada seorang insan yang bernama Megat.

Layanan yang baik, perangai yang kadang lawak dan kadang serius, selalu menjaga nada percakapan dengan semua orang dan pandai mengambil hati orang sekeliling membuatkan Adelia jatuh cinta kepada Megat. Hampir sahaja mereka menapak ke langkah seterusnya, namun datang pula Zarith yang memutuskan segalanya.

Tiap hari Adelia menitiskan air mata kerana teringatkan Megat. Tambahan pula dia sudah dibuang kerja dan dia dapat melihat perasaan benci Megat terhadapnya. Kebahagiaan yang sudah tidak lama akan menjadi miliknya kini tidak kesampaian. Kehadiran Zarith memang mengundang kemarahan Adelia.

Namun dia juga tidak mengerti mengapa setiap kali melihat wajah Zarith, perasaan sebak mula menyelubungi diri walaupun hatinya penuh dengan rasa benci.

Adelia membuka pintu dan duduk di sebuah bangku di luar rumah sewanya. Dia duduk bersandar di dinding dan mendongakkan kepalanya menatap langit malam.

"Megat...saya rindu awak...", terus mengalir air matanya dan dia membiarkan sahaja. Dia juga melayan sahaja perasaannya sendirian.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now