DC | 13 - HONEYMOON

1.1K 98 8
                                    

"SAYANG bangun , dah Subuh ni", tubuh yang masih hanyut dalam lena digoncang perlahan.

"Saayaaaangggggg", Zarith menarik panjang panggilan itu dengan nada manja.

"Bangun sayang. Ish ish ish", sambungnya lagi.

Selepas 2 minit berlalu, Adelia masih tidak sedar. Zarith mulai hairan. Dia menyentuh dahi Adelia, panas.

"Sayang , awak demam ke ? Dahi awak panas ni". Akhirnya tubuh Adelia bergerak sedikit. Zarith menghembus nafas lega.

"Dah pukul berapa ni?", soal Adelia sebaik sahaja membuka mata.

"Dah 6.15", jawab Zarith ringkas.

Seketika, Adelia menggeliat dan bangun daripada katil menuju ke bilik air. Soalan Zarith tentang kesihatannya diabaikan.

Pergerakan wanita itu diperhatikan sahaja sebelum tangannya mencapai dua helai sejadah yang kemas tergantung. Satu dihamparkan di baris hadapan dan satu lagi sedikit ke belakang. Zarith menunggu Adelia selesai mengambil wuduk namun masa yang diambil agak lama. Dia mengetuk pintu tandas namun tiada sebarang jawapan.

"Sayang ?", panggilnya dengan penuh kelembutan.

"Adelia ?", dia menukar panggilan setelah isterinya tidak menyahut.

Kemudian pintu tandas itu dibuka, terpampang wajah Adelia yang kelihatan pucat. Mata yang berwarna hazel memandang tepat si suami.

"Kenapa tak menyahut ? Buat saya risau je la haih", keluh Zarith.

"Takde apa-apa la", jawab Adelia lalu menyarungkan kain telekung di tubuhnya.

Mereka solat Subuh berjemaah. Usai mengaminkan doa, Zarith menghulurkan tangan kepada Adelia untuk bersalaman. Namun Adelia tidak mempedulikannya malah segera menyangkut sejadah dan kain telekung di tempat asal.

Zarith sekadar mengeluh ringan melihat permulaan bulan madu antara dia dan Adelia yang tidak seperti dia sangka.

"Sayang , lepasni kita keluar breakfast ok", kata Zarith seraya menukar baju. Dia membuka baju di hadapan Adelia dan jelas terlihat sixpacknya yang fuh terus nampak macho.

"Awak pergi la. Saya rasa tak sedap badan", jawab Adelia sambil mengemas katil. Dia menghempuk-hempuk katil yang beralaskan cadar putih itu supaya tiada debu-debu atau sebarang kotoran.

"Saya syak awak demam. Sebab saya sentuh dahi awak tadi...panas. Jom saya bawa awak pergi check up", ajak Zarith yang risau akan kesihatan isterinya. Pantas Adelia menggeleng kepalanya setelah mendengarkan perkataan 'check up'. Itu lah Adelia, apa sahaja yang berkaitan dengan hospital atau klinik mesti dia takut. Entah apa yang merasuknya.

"La kenapa pula taknak ? Awak tak sihat nanti tak best la nak enjoy percutian kita ni", ujar Zarith. Dia membuka langsir dan tingkap menampakkan pemandangan luar yang sangat indah di waktu pagi. Udara yang masuk menderu-deru juga terasa segar sekali.

Mata Adelia terpana melihat keindahan bumi Bali itu. Terus dia menyoal Zarith, "lepas sarapan awak nak pergi mana ?".

Zarith memandang Adelia. Laju betul bertanya bila tengok pemandangan luar.

"Em saya ingat nak pergi jalan-jalan , pusing tempat ni , shopping shopping , cuci mata hahaha", kata Zarith. Sengaja ditambah macam-macam supaya Adelia lebih tertarik.

"Saya ikut. Tapi tunggu saya mandi jap", balas Adelia terus masuk ke bilik air untuk mandi.

"Ok sayanggg", jawab Zarith tersenyum lebar apabila Adelia bersetuju untuk mengikutnya.

15 minit berlalu akhirnya Adelia keluar dari bilik air. Tuala yang berwarna putih diletakkan di atas kepala untuk mengeringkan rambutnya. Matanya tepat melihat ke arah Zarith yang sedang duduk menghadap jendela sambil tangannya ligat bermain dengan skrin telefon.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now