DC | 53 - PERGI

1.7K 123 84
                                    

"Adakah awak masih mahu meneruskan majlis perkahwinan kita ?"

Adelia terdiam. Hatinya kini sedang bercelaru dan Megat pula menyoal begitu. Nafas ditarik perlahan lalu dilepaskan.
Adelia mengangkat mukanya dan memandang Megat.

"Megat, saya rasa...", air liur ditelan. Megat menanti jawapan Adelia dengan penuh harapan.

"Saya rasa saya nak batalkan majlis perkahwinan kita", ujar Adelia dengan suara yang bergetar.

Wajah Megat berubah serta-merta. Adakah benar apa yang didengarinya tadi ? Adelia mahu membatalkan majlis pernikahan mereka ?

Megat tergelak sinis.
"Saya tahu kenapa awak nak batalkan. Sebab Zarith kan ? Awak masih cintakan dia kan ?", Megat bangun berdiri sambil bercekak pinggang.

"Megat saya minta maaf. Saya pun tak sangka Allah gerakkan hati saya semula kepada Zarith", balas Adelia seraya tangisan yang gugur perlahan.

"Dahla Del. Kau dah mainkan hati aku. Kau dah rosakkan impian aku untuk hidup dengan kau. Sumpah aku menyesal. Menyesal kenal dengan kau !", bengang Megat.

"Tak Megat. Saya tak berniat pun nak mainkan hati awak. Niat saya datang ke sini memang untuk cari ketenangan, dan bertemu dengan awak hanyalah satu kebetulan. Saya minta maaf tapi saya nak jujur juga pada awak yang saya memang pernah jatuh cinta pada awak.  Namun semua tu hanya sebentar. Saya dah tak mampu nak paksa perassan saya dekat awak", ujar Adelia yang ikut berdiri.

Megat mengalihkan pandangan, mengelakkan daripada matanya bertembung dengan mata Adelia.

"Hm kalau kau memang takde perasaan dekat aku, kenapa perlu pura-pura selama ni ? Kenapa tak berterus-terang je sebelum berlakunya majlis ni ? Apa hebatnya Zarith sampai kau sanggup buat aku macam ni ? Dan kalau dia hebat kenapa korang bercerai ?!", Megat semakin galak menengking Adelia walhal sebelum ini dia cukup menjaga nada percakapannya.

Sebuah tamparan hinggap di pipi Megat. Sudah melampau lelaki itu sehingga sanggup meninggikan suara di depan khalayak ramai.

Dada Adelia turun naik mengawal api kemarahan dan nafasnya. Matanya tajam merenung Megat.

"Please...Kisah silam saya tolong jangan sesekali awak usik. Awak tak tahu benda yang berlaku di balik kisah silam seseorang. Jadi jaga mulut awak !", tegas Adelia. Air mata yang turun tadi surut serta-merta.

Megat tersentap. Tangan wanita itu...naik di wajahnya ?

"Dan...kalau takde benda penting dekat sini, lebih baik awak balik la", halau Adelia dengan aura yang keras.

Pipi yang ditampar tadi digosok sambil mata merenung Adelia. Di depan orang ramai dia ditampar, namun dia mendiamkan diri sahaja. Malas mahu menjadi lelaki dayus.

"Menyesal aku kenal kau !", kata Megat sebelum mengangkat kaki berlalu pergi.

"Megat !", panggil Adelia menghentikan langkah Megat. Dia berjalan mendekati Megat dan berdiri berhadapan dengan lelaki itu. Akibat Megat agak tinggi, terpaksa dia mendongakkan sedikit kepalanya.

"Awak ingat ni eh, kalau bukan sebab ibu awak yang tak restu dengan perkahwinan kita, saya masih boleh pertimbangkan sama ada mahu meneruskan atau tidak. Tapi kalau kita berkahwin tanpa restu orang tua, tak ke mana juga. Jadi, jangan salahkan saya seorang dalam hal ni", ujar Adelia sambil memandang Megat atas bawah dengan muka yang serius.

Megat tergamam.

"Mana kau tahu ibu tak restu ?"

"Saya dengar la perbualan awak dengan ibu haritu. Ibu memang tak restu sebab dia risau Zarith akan kacau hidup dia, kan ? Dan saya masih ingat ayat ibu, kalau Megat nak sangat kahwin dengan Adelia, kahwin la. Biar ibu je yang mati", kata-kata Adelia membuatkan Megat diam seribu bahasa.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now