DC | 33 - BERUBAH

1.6K 109 49
                                    

JARUM jam sudah menunjukkan pukul 8 malam dan Adelia masih lagi dirawat. Usai solat Maghrib, Zarith dan Mizan mengambil tempat di kerusi yang disediakan dan setia menunggu keputusan.

Tidak lama kemudian, seorang doktor wanita yang sama merawat Adelia pagi tadi keluar dengan wajah yang hampa. Dia mengerling ke arah Zarith. Dia tahu pasti Zarith suami Adelia yang membuatkan hidup wanita itu merana.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya ?", soal Zarith terus menerpa ke arah doktor yang berpakaian serba putih itu.

Satu keluhan berat dilepaskan.

"Keadaan Puan Adelia stabil buat masa sekarang tapi dia masih tidak sedarkan diri..."

"Kandungan dia ?"

"Puan Adelia mengalami keguguran kerana tekanan dan gegaran yang kuat di perutnya sehingga janin itu pecah", ujar doktor itu.

"Allahuakbar", serentak Zarith dan Mizan menyebut.

"Kalau encik berdua nak melawat Puan Adelia, silakan. Saya minta diri dulu", doktor itu berlalu meninggalkan dua beradik itu.

"Kau tengok ! Kau tengok apa yang kau dah buat ! Dia baru tahu pasal kandungan dia pagi tadi, last last malam ni dah gugur. Kau bayangkan bila dia dapat tahu nanti macam mana !", bentak Mizan.

"Diam ah !", balas Zarith. Fikirannya saat itu benar-benar kusut. Tidak disangka kerana dia, hilang satu nyawa yang tidak bersalah.

"Ni semua salah kau", kata Mizan geram.

Zarith memandang Mizan lalu mengangkat tangannya yang sudah dikepal. Sepatutnya tumbukan itu hinggap di pipi Mizan namun Zarith menghentikan gerakannya kerana masih lagi memikirkan hubungan persaudaraan di antara mereka.

Mata Mizan terbuntang. "Sekali lagi dia nak tumbuk aku ?"

"Kenapa kau tak beritahu aku awal awal yang dia mengandung ?", soal Zarith dengan nada kecewa.

"Dah kau tak tanya"

Zarith menjeling tajam.

"Sebenarnya kak Adelia taknak bagi kau tahu. Dia suruh rahsiakan sebab dia nak surprise kan kau", terang Mizan hampa.

Zarith menunduk. Tiba-tiba dia rasa bersalah setelah kehilangan anaknya. Dia mula tidak senang duduk dan segera masuk ke dalam wad untuk melihat keadaan Adelia.

Benar kata doktor tadi, Adelia masih tidak sedarkan diri. Zarith memandang sayu wajah isterinya yang selalu disiksa. Dahulu wajah wanita itu amatlah cantik, bersih, putih. Tapi kini semuanya berubah.

Zarith duduk di sebelah katil Adelia. Tangannya memegang tangan Adelia sebelum mendaratkan sebuah kucupan ke atas tangan itu.

"Abang minta maaf... abang tak tahu ada anak kita...", kata Zarith. Matanya mula berkaca.

Mizan sekadar melihat apa yang dilakukan oleh Zarith.

Beberapa minit kemudian, Zarith terasa seperti tangan Adelia bergerak. Ya memang betul ! Adelia membuka matanya perlahan-lahan. Mizan segera keluar untuk memaklumkan kepada doktor.

"Abang...", itu lah perkataan pertama yang diungkap Adelia. Zarith memandang Adelia tepat ke dalam biji matanya.

"Sayang...abang minta maaf. Abang tahu abang salah, abang banyak buat salah dekat sayang. Abang betul betul minta maaf", pinta Zarith cuba mengikhlaskan hatinya.

"Abang...takpe. Saya maafkan abang", ujar Adelia dengan suara yang serak basah.
Tangan yang digenggam menjadi tempat air mata Zarith jatuh.

Zarith terharu. Walaupun Adelia disiksa dan didera dengan teruk, namun hati wanita itu masih suci dan baik untuk memaafkan dirinya. Air mata Zarith berguguran.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now