DC | 48 - TERSENTUH HATI

1.4K 128 94
                                    

"WOI !!"

Tangan Zarith terhenti. Dia menoleh ke belakang.

Megat rupanya ! Dan juga Adelia yang ada di sisi. Masing-masing terbeliak mata melihat satu sama lain.

Megat turun dan menghampiri Zarith. Saat itu dia sudah tidak gentar walaupun Zarith sedang memegang pisau. Dia maju ke hadapan untuk mendapatkan ibunya.

"Megat, hati hati", kata Adelia. Makin panas hati Zarith apabila Adelia lebih memilih Megat dari dirinya. Matanya tepat merenung ke arah Adelia.

Megat menolak bahu Zarith dengan selamba.

"Kau dah kenapa ? Sampai nak bunuh ibu aku...Apa masalah kau ?", soal Megat dengan berani. Demi ibunya dia sanggup melakukan apa sahaja.

Zarith mencelik mata lebih luas. "Kau tu yang jadi masalah aku. Kau rampas Adelia dari aku kenapa ?"

Adelia kaku. Hanya mampu melihat dari jauh.

"Takde siapa yang rampas la. Dia yang datang dekat aku", jawab Megat.

"Ah banyak lah kau !", Zarith mendaratkan satu tumbukan di pipi Megat dengan kuat.

Melihat adegan itu, Adelia berniat untuk turun bagi menghentikan pergaduhan itu. Namun awal awal lagi Zarith sudah menjerit,"No Adelia !" membuatkan Adelia terpaksa berdiri di situ.

Ibu Megat juga sedaya upaya menahan Megat dari membalas balik. Namun akibat hati yang sedang dicabar, Megat menumbuk Zarith kembali tanpa rasa takut. Tangan ibunya ditepis sehingga wanita itu jatuh dan kepalanya terhantuk di kaki meja.

Megat tidak perasan akan ibunya malah dia semakin berani untuk melawan Zarith. Berkali-kali tumbukan dan tolakan diberikan kepada Zarith sehingga lelaki itu juga terjatuh.

Zarith melihat ke arah Adelia. Ye wanita itu sedang berseorangan ! Lantas dia mengambil peluang itu dan berlari menuju ke arah Adelia. Leher Adelia direnggut kasar.

Adelia makin menggigil apabila pisau yang dipegang Zarith diletakkan di lehernya. Megat tidak menjangka Zarith akan menerpa ke arah Adelia dan melakukan hal itu. Dia cuba untuk menyelamatkan Adelia namun dia baru menyedari ibunya yang sudah tidak sedarkan diri dengan linangan darah yang mengalir dari dahi.

"Jangan mendekat. Setapak kau melangkah, aku kelar leher Adelia", ugut Zarith.

Megat buntu. Sekali lagi dia terpaksa membuat pilihan segera. Kakinya diangkat perlahan.

"Jangan datang Megat !", teriak Adelia dengan bibir yang terketar-ketar.

Pisau masih lagi dihalakan di leher wanita itu sebelum perlahan-lahan Zarith menarik Adelia mengundur ke belakang untuk keluar dari rumah itu.

"Del !", jerit Megat. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Jikalau dia maju ke hadapan, mungkin Adelia akan dibunuh dan ibunya juga besar kemungkinan akan meninggal akibat pendarahan.

Fikirannya sungguh buntu saat itu.

"Lepaskan lah aku", rayu Adelia yang juga tidak mampu berbuat apa-apa.

"Diam !", jerkah Zarith.

Zarith menarik Adelia sehingga ke kereta dan menyuruh wanita itu duduk di tempat duduk hadapan. Adelia terpaksa mengikut arahan Zarith kerana lelaki itu memegang sebilah pisau yang tajam. Sekali dia melawan, boleh hilang nyawanya.

Pantas Zarith mengunci kereta dan memulakan pemanduannya. Adelia membisu dan cuba menenangkan diri dari melawan kerana takut nyawanya melayang. Walhal pada masa itu memang dia sudah menggigil ketakutan.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now