DC | 37 - BERPISAH

2K 124 101
                                    

"MAMA, betul ke apa yang Del cakap ?", soal Zarith masih ragu-ragu untuk percaya.
Dia tidak pernah menyangka bahawa mamanya seorang pembunuh yang selama ini dirahsiakan.

Dahi Aishah sudah berkerut bersama mata yang terbeliak.

"No ! Apa yang perempuan ni cakap semua tak betul. Kamu jangan percaya dia Zarith, dia ni reka cerita je", pandai pula wanita tua ini menafikan.

"Dia ni pembohong !", jerit Aishah lagi.

"Ma, Del bukan macam tu. Dia bukan seorang yang suka membohong. Zarith kenal dia ma...", kata Zarith. Mata Aishah ditatap dalam-dalam. Jelas mata wanita yang berusia 40-an itu bergetar seperti sedang berada dalam ketakutan.

"Kalau abang cakap kak Adelia bukan seorang yang pembohong, habis tu kenapa abang tak percaya masa kak Adelia cakap bukan dia yang tolak kak Aileen ?", bidas Mizan membuatkan Zarith terdiam. Adelia bersyukur masih ada Mizan yang berpihak kepadanya.

Rambut berwarna hitam asli itu diraup kasar. Fikiran Zarith mula kusut dengan pelbagai kenyataan yang dibongkarkan. Dia tidak tahu harus percaya yang mana satu sama ada percaya Adelia atau percaya kepada mamanya.

"Zarith, mama yang lahirkan kamu. Kamu sepatutnya percaya mama, bukan percaya pada perempuan yang entah datang dari mana ni", Aishah mula menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang ibu.

Zarith memejam mata dan berfikir sejenak.

"Adelia, aku tak tahu kau menipu ke tak sekarang ni...tapi apa yang kau kata dekat mama dan papa terlalu berat untuk aku terima. Dan aku tak rasa kematian mak ayah kau disebabkan mama dan papa. Itu semua takdir , kau tak boleh nak salahkan orang lain !", kata Zarith. Memang payah untuk dia terima kenyataan yang dilontarkan kepada mama dan papanya.

"What ? Takdir ? Macam tu je awak cakap ?", Adelia tidak puas hati. Senang-senang dia kata kematian orang tuanya adalah takdir ?

Aishah tersenyum sinis melihat Zarith lebih membela dia daripada Adelia.

"Dah tu kematian Ail--"

Pangg !!

Sekali lagi pipi Adelia ditampar oleh Zarith. Semua terkejut.

"Kau jangan sesekali nak samakan kematian Aileen dengan kematian mak ayah kau...", tangan yang dituding ke arah muka Adelia terketar-ketar. Sama juga dengan bibirnya saat mengungkapkan ayat itu.

Adelia terkedu. Sekali lagi dia menampar aku ?

"Kematian Aileen...disebabkan kau ! Kalau kau tak tolak...dia takkan mati !", Zarith menolak kepala Adelia membuatkan wanita itu terundur ke belakang.

Adelia tidak mahu kalah. Kali ini dia melawan kembali.

"Zarith awak sedar tak kematian Aileen tu semuanya berpunca daripada awak ! Sikap awak...perangai awak yang playboy tu buatkan dia tertekan sehingga lah dia nekad nak bunuh diri ! Semua ni salah awak !", teriak Adelia.

"Arwah tu tertekan dengan perangai awak...Awak kaki perempuan, Zarith ! Takkan awak tak fikir langsung perasaan dia bila awak melayan perempuan lain ?", bentak Adelia sungguh-sungguh.

"Oh lupa...awak memang tak reti menghargai kan. Sedangkan masa saya ada pun awak masih buat perangai yang tak senonoh dengan perempuan lain. Lelaki jenis apa awak ni ? Salah sendiri tapi letakkan kepada saya !"

"Awak...dengan mak awak, sama je ! Kesalahan sendiri korang simpan lepastu salahkan orang lain !", habis terkeluar dari mulut Adelia. Selama ini dia cukup bersabar melayan karenah dan tuduhan dari mereka semua.

Pangg !!

Kali ketiga Zarith menampar pipi Adelia dengan perasaan marah yang membuak-buak.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now