DC | 24 - GAMBAR

1K 86 6
                                    

PINTU rumah dikatup perlahan. Sambil berjalan, matanya melilau mencari si isteri. Dia menjengah ke dapur namun sepi, bahkan rumah itu juga sunyi seperti tiada orang. Langkah diatur ke tingkat dua.

"Sayang", panggil Zarith seraya membuka pintu bilik. Dia mencari di segenap biliknya dan mendapati Adelia tiada di situ.

"Haih takkan dalam library ? Malas betul nak naik atas alahai", kelih Zarith. Disebabkan penat baru pulang dari kerja, dia membuat keputusan untuk menelefon sahaja Adelia.

"Hello ?", sapa Zarith setelah panggilannya diangkat.

"Abang ! Abang cepat datang sini bang", kata Adelia dengan nada yang tergesa-gesa.

"Kat mana ? Sayang duk kat mana ?", soal Zarith mula serius.

"Dekat hospital. Mama pengsan tadi...", jelas Adelia.

"Pengsan ? Haih yela kejap lagi abang sampai". Zarith turun semula dan memandu laju keretanya ke hospital. Hatinya sekarang tidak risau akan Aishah namun dia risau kalau apa apa terjadi kepada Adelia. Ye lah Aishah bukan maafkan Adelia lagi.

Dalam masa 15 minit Zarith tiba di hospital dan terus meluru ke wad Aishah.

"Mizan, kak Adelia mana ?", soal Zarith risau.

"Kat dalam", jawab Mizan.

Zarith mengintai melalu cermin bulat di pintu wad. Kelihatan seperti Aishah sedang melantangkan suaranya terhadap Adelia. Zarith dapat melihat cara Aishah bercakap melalui mulutnya yang terbuka luas seolah-olah sedang marah. Lantas dia menerjah wad itu membuatkan Adelia dan Aishah terkejut.

"Zarith...", Aishah sebak apabila dapat juga dia melihat wajah anaknya yang sudah seminggu tidak pulang ke rumah.

Zarith menarik lengan Adelia dan keluar dari wad itu. Aishah hanya mampu melihat kerana tidak berdaya untuk bangun.

"Kenapa ?", soal Zarith tiba-tiba.

"Kenapa apa ?"

"Kenapa pergi rumah mama tak cakap dekat abang dulu ?", suara Zarith kedengaran tegas.

"Tak, saya tak sempat masuk pun rumah mama. Mizan call cakap mama pengsan, jadi saya terus datang sini", terang Adelia.

Zarith memandang Mizan yang juga sedang memandangnya.

"Macam mana mama boleh pengsan ?", Zarith beralih kepada Mizan pula.

"Sebab abang la. Lepas abang tamatkan panggilan tengah hari tadi, mama terus pengsan. Lagi satu sebab abang dah lama tak balik. Mama hari hari fikir pasal abang tapi abang tak pernah  pun fikirkan kami. Dan sekarang tengok la, mama pengsan sebab stress. Semua salah abang !", Mizan melepaskan kemarahan di hatinya.

"Salah aku ? Eh kau tak tahu apa la Mizan", balas Zarith masih menjaga nadanya.

"Ya memang aku tak tahu... dan sekarang ni aku nak tahu apa dah jadi sebenarnya ?", untuk kesekian kalinya Mizan menlontarkan soalan itu.

Zarith meraup kasar rambutnya dan mengalihkan pandangan dari Mizan. Fikirannya kusut saat itu.

"See, setiap kali aku tanya soalan ni takde seorang pun yang jawab !", bentak Mizan.

"Kak Del...", panggil Mizan sambil matanya merenung Adelia. Adelia menelan liur dan memandang Zarith. Dia juga terpaksa mengunci mulut daripada memberitahu Mizan hal sebenar.

"Jom balik", Zarith menarik sekali lengan Adelia tapi kali ini Adelia menepis.

"Abang, kat dalam tu mama awak. Takkan awak nak balik dengan keadaan mama macam tu ? Awak tak kesian ke dekat mama ?", soal Adelia.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now