DC | 02 - KENYATAAN TAK DIDUGA

2K 164 39
                                    

"TERMENUNG apa tu ?", Zarith memandang ke arah pintu bilik. Mizan tercegat di situ dengan menjongketkan sebelah keningnya.

"Aku dah cakap kan kalau nak masuk ketuk pintu dulu", kata Zarith.

Mizan melihat kakinya. Masih di luar bilik abangnya. "Mana ada aku masuk , tengok kaki aku still dekat luar", Mizan tersenyum nakal.

"Hek eleh , tapi suara kau tetap masuk bilik aku juga", balas Zarith sambil menuju kepada adiknya.

"Eh itu suara punya pasal la , dia la yang kena ketuk pintu kan kan ? Tak begitu abangku sayang ?", seloroh Mizan. Sengaja ditekankan perkataan sayang itu.

"Banyak la kau punya sayang. Ada apa datang bilik aku ni ? Nak cari Laura ? Laura takde kat sini sayang", Zarith mengusik Mizan kembali. Laura merupakan seorang gadis yang amat Mizan sukai , budak kelas sebelah. Kalau sehari tidak sebut nama Laura , memang tak sah si Mizan ni.

"Memang la Laura takde kat sini , sebab dia ada dalam hati aku cieeee", Mizan membuat muka 'swag'. Zarith pula layan sahaja karenah adik bongsunya itu.

"Tak sebenarnya aku nak ajak kau main game , jom", ujar Mizan memberitahu niat asalnya ke bilik Zarith.

"Kau ni tak habis habis game. Cuba tukar rutin game kau tu ke rutin belajar. Kan elok kalau kau asyik belajar , cerdik la sikit. Ni main game je kerja .. apa kau dapat ?", soal Zarith sambil bercekak pinggang.

"Eleh eleh kau pun main game jugak nya. Tak sedar diri , kita sama je bang", jelingan tajam diberi kepada abang tercinta.

"Amboi , kita lain eh. Aku ni hensem , pandai , ramai peminat...ha kau ada apa je ?", kata Zarith sengaja memperlekehkan adiknya.

"Eh ramai peminat ? Habis tu kenapa sampai sekarang pun masih tak kahwin ? Ha ? Ha ? Sila jawab encik", Mizan menggenggam tangannya seolah-olah memegang microphone.

"Aku ni setia tak macam kau. Walau ramai yang nak dekat aku , tapi aku tetap tunggu yang seorang tu je", jawab Zarith berlagak.

"Siapa ? Kak Adelia ?", Mizan meneka dan tekaannya memang tepat. Ye la setahu dia Adelia yang paling rapat dengan abangnya. Dia tidak pernah lagi nampak Zarith rapat dengan perempuan lain melainkan Adelia. Dan tak mungkin la salah seorang antara mereka takde perasaan.

"Dah dah , kalau nak main game dengan aku tunggu malam nanti. Siapkan assignment kau dulu , kalau tak...aku beritahu papa dan mama pasal Laura. Ha sila pergi ya adikku sayang", Zarith mengusik adiknya lagi.

Dia duduk kembali di atas katil sambil menghadap tingkap. Deruan angin masuk menusuri tingkap yang terbuka luas itu.

"Macam mana cara untuk aku dapatkan hati kau balik hmm..."

Sudah beberapa hari Zarith asyik memikirkan hal yang sama. Bagaimana untuk menjadikan Adelia sebagai isterinya dengan cara yang betul.

Dia fikir selepas menemukan Adelia dengan mamanya , semua akan menjadi mudah. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.

Kaki mengatur langkah ke kanan dan ke kiri memikirkan pelbagai cara. Selang 3 minit , dia mendapat idea.

"Boleh ke aku buat macam ni ?", katanya tidak yakin dengan idea yang tiba-tiba muncul.

Tanpa berfikir panjang , Zarith terus melangkah ke bilik Aishah. Kebetulan waktu itu papanya tiada di rumah kerana terpaksa ke pejabat. Jadi dia mengambil kesempatan untuk berbicara dengan mamanya.

Cukup pintu diketuk tiga kali , Zarith masuk dan terus duduk di atas sofa. Aishah yang sedang menghadap telefon mengalihkan pandangan kepada anaknya.

"Ada apa Zarith ?", dia mematikan skrin telefon dan mengambil tempat di sebelah Zarith.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now