Zarith bersimpati. Rasa bersalah dan takut juga menyelubungi diri.

"Pakcik, saya memang tak tahu Adelia tinggal dekat mana sekarang. Cuma saya nak minta diri dulu lah ye. Sebab saya ada hal lain pula lepas ni", ujar Zarith. Pakcik itu mengangguk lemah.

Zarith berjalan cepat-cepat meninggalkan pakcik itu. Masuk sahaja ke dalam kereta, fikirannya sekali lagi teringat akan apa yang diceritakan pakcik tadi.

"Adelia memang tak bersalah...Aileen memang nak bunuh diri dan bukan Adelia yang tolak. Ternyata memang betul apa yang Adelia cakap, gambar tak menjelaskan realiti. Ah aku dah buat keputusan yang salah !!", jerit Zarith sambil menghentakkan stereng keretanya. Dia menepuk dahi kerana baru sedar yang Adelia memang tidak menipu.

"Kenapa baru sekarang aku terfikir semua ni ? Kenapa bukan sebelum aku ceraikan dia ? Ah !!", bentak Zarith seorang diri. Dia mendengus kasar.

Jauh di sudut hati dia mula rasa bersalah dan menyesal kerana tersalah sangka terhadap Adelia. Namun apa daya yang dia ada ? Adelia bukan lagi isterinya dan Adelia juga sudah menghilangkan diri. Dan sekarang baru dia mengetahui hal sebenar. Semuanya sudah terlambat.

Zarith menghidupkan enjin kereta dan memecut laju ke rumahnya. Hari itu hari cuti dan dia membuat keputusan untuk mencari Adelia semula. Dia pulang ke rumah dahulu untuk bertanya kepada Mizan kalau kalau Mizan tahu di mana Adelia berada.

✰✰✰

"Macam mana hari pertama bekerja dekat sini ? Ok ?", soal Megat sambil menghidangkan secawan kopi untuk Adelia. Disebabkan itu hari pertama Adelia bekerja, jadi dia sengaja mahu Adelia mencuba kopi buatannya sendiri.

"Em sedap", puji Adelia setelah menghirup secara perlahan air kopi yang masih lagi panas.

Megat tersenyum lebar.

"Hm by the way saya rasa ok je kerja dekat sini. Staff lain pun layan saya elok dan kalau benda yang saya tak pandai, dia orang akan ajar saya. Honestly, best sangat", ucap Adelia jujur. Memang best la kerana dia sudah lama tidak hidup di kalangan orang yang baik baik. Sebelum ini dia dikelilingi oleh manusia manusia toxic sahaja. Jadi keputusannya untuk datang ke sini memang tidak sia-sia. Dia berasa gembira dengan persekitaran baru.

"Baguslah kalau macam tu. Eh lepas ni awak balik naik apa ?", soal Megat.

"Saya naik grab je", jawab Adelia seraya mengulum senyuman manis.

"Uish, grab bukan mahal ke ? Takpela meh saya hantar awak balik. Dan bukan untuk hari ni saja, untuk hari hari yang seterusnya pun saya akan hantar awak balik. Boleh tak macam tu ?"

"Eh takpe la...menyusahkan Encik Megat je. Takpe, saya kan kerja so takde hal la nak bayar tambang", Adelia menolak secara baik.

"Alah takpe, takde menyusahkan pun lah. Rumah kita kan satu jalannya. Benda senang kenapa nak disusahkan ? Haih awak ni Adelia...", Megat menggeleng kepala.

"Ok la kalau macam tu", Adelia tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh saya lapar la. Kita singgah kedai dulu lah boleh tak. Tapi awak dah makan dekat resort tadi kan ?", kata Megat sambil matanya fokus kepada pemanduan.

"Takpe, kalau awak lapar singgah je la. Saya teman awak makan ok", balas Adelia seraya mengukirkan senyuman.

Megat membelok ke kiri dan berhenti di salah sebuah kedai mamak. Adelia memerhati sahaja Megat makan.

"Owner resort makan dekat mamak je fuh", sempat lagi Adelia.

"Kenapa awak tenung saya macam tu ?"

Adelia tereentak.

"Uhm takde apa apa lah. Makan la, sorry kalau saya buat awak tak selesa", ujar Adelia.

"Eh saya lagi selesa bila ada orang perhatikan saya makan. Dia rasa macam sesuatu tau", seloroh Megat sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.

"Ish ada ada je la awak ni hahaha", Adelia tergelak kecil.

Malam itu sungguh indah tambahan pula mereka duduk di kawasan yang terbuka tanpa bumbung...di bawah langit yang kelihatan sangat cantik apabila dihiasi oleh bintang-bintang yang bersinar.

- B E R S A M B U N G -

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hi , i'm done for this chapter , hope you guys like it and VOTE for this chap  ok . Give me support for another chap <3 .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now