Renungan mata Aishah makin tajam. Dia berfikir sejenak.
"Panggil je lah mama. Kalau makcik tak sesuai untuk aku sebab aku masih muda", jawab Aishah.

Sementara Adelia dalam hati ,"Muda ? Like seriously muka dah macam umur 40-an ke 50-an still lagi cakap muda ? hm tak sedar diri haha". Ekspresi mukanya dikawal supaya tidak tertangkap oleh Aishah.

"By the way , kau tak reti tengok ke rumah kita ni ada tetamu ?", Aishah menyambung amarahnya.

Adelia sekadar menunduk dan diam.

"Aku tanya ni jawab la ! Ke mulut kau hilang ?", soal Aishah semakin geram.

"Ye tahu , ada tetamu ma...", Adelia cuba menyesuaikan panggilan mama itu.

"Habistu ? Nak aku ajar lagi ke cara layan tetamu ?", Aishah membeliakkan matanya sambil bersilang tangan.

Adelia terus meletakkan bakul itu dan beralih ke dapur. Dia mengacau sejag air yang berisi air sirap dan menyediakan sepinggan kuih bahulu mini. Kaki melangkah ke ruang tamu di mana Zarith dan Ayden berada.

Ayden memerhati sahaja Adelia yang sedang menghidangkan minuman dan makanan untuknya. Lalu Adelia mengambil tempat di sofa bersebelahan Zarith. Ayden mengukirkan senyuman manis kepada Adelia namun wanita itu ragu-ragu untuk membalasnya.

"Dah berapa lama kerja dekat rumah ni ?", soal Ayde memulakan bicara.

Adelia dan Zarith saling memandang satu sama lain dengan muka berkerut , hairan.

"Kerja ?", Zarith menyoal kembali.

Ayden mengangguk seraya mengambil segelas air yang disediakan.

"Kau buat lawak apa ni Den?", Zarith masih tidak faham.

Kini Ayden pula yang kehairanan. Lawak ? Bila dia buat lawak ?

"Den , ni isteri aku. Bukan maid rumah ni", jelas Zarith.

Hampir tersembur air sirap di dalam mulut Ayden setelah mendengarkan kata-kata Zarith.

"Ni isteri kau ?", Ayden menyoal semula kerana tidak percaya.

Zarith mengangguk sementara Adelia menghadiahkan satu senyuman sebagai pengenalan.

"Mati mati aku ingat maid kau do", Ayden tergelak sendiri.

"Lawa , pandai kau cari. Macam mana boleh lekat dengan kau ?", sindir Ayden kerana dia tahu Zarith seorang yang susah untuk bercinta. Tup tup dah kahwin.

Kedua-dua pengantin baru itu diam mendengarkan soalan Ayden. Zarith menjadi gelabah untuk menjawab.

"Kau ni tengok la aku kan hensem , siapa je tak cair tengok aku", balas Zarith berlagak.

Ayden membuat mimik muka seolah-olah mahu muntah. Mereka berdua ketawa besar.

Adelia pula sekadar menjeling ke arah Zarith. "Hensem tapi kalau perangai buruk buat apa ?", katanya dalam hati. Macam macam dia menyumpah kepada Zarith apabila teringat kembali tuduhan lelaki itu ke atasnya.

Sementara dua lelaki itu sedang hanyut dalam gelak tawa masing-masing , Adelia mengambil peluang untuk masuk semula ke dapur.

Dia memerhati gelagat dua lelaki yang menjengkelkan itu dari dapur.
"Menyampah betul hish", rungutnya perlahan.

Tiba-tiba lengannya dicuit kasar. Laju dia berpaling ke sebelah , Aliya rupanya.

"Kau tengok laki kau ke kau tengok Ayden ?", soal Aliya dengan muka yang garang.

Kening Adelia berkerut. Apa maksud dia ni ?

"Takde tengok siapa siapa", jawab Adelia terus ke sinki dan membasuh dulang yang dipegangnya.

Aliya masih tidak berganjak.
"Aku tengok kau dengan Ayden bukan main sweet eh dekat depan tadi. Tersengih macam kerang busuk", perli Aliya.

Adelia hanya diam , tidak tahu mahu menjawab apa.

"Ke kau suka Ayden ?", Aliya merapatkan mulutnya ke telinga Adelia.

Adelia terkejut. Suka Ayden ? Mengarut .

"Mana ada saya suka dia. Saya kan dah ada suami", jawab Adelia.

"Ha bagus la kalau kau tahu. Tapi kalau aku tengok kau menggatal dengan orang lain , siap kau", Aliya memberi amaran sebelum bergerak ke ruang tamu.

"Pelik. Tak suka aku tapi kalau aku menggatal dengan orang lain , dia marah. Ni tak suka aku ke sayang aku ?", ujar Adelia dalam hati.

- B E R S A M B U N G -

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hi , i'm done for this chapter , hope you guys like it and VOTE for this chap ok . Give me support for another chap <3 .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now