Aku terus menutup phone. Sambil aku tengok tv, aku menyuapkan cereal kegemaran aku dalam mulut.



°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Disebabkan semalam aku tak pergi sekolah, harini kenalah pergi. Melampau betul cuti dua hari sebab penat.

Harini aku decided nak pergi sekolah naik basikal. Bukannya taknak Qeen ambil, tapi aku nak jugak jaga kesihatan aku.

Macam hari-hari indah yang lain, aku mengayuh basikal dengan tenang. Dah lama tak rasa segar macam ni.

Sebaik sahaja tiba di sekolah, aku mengunci basikal aku. Yelah, kalau kena curi, sia-sia je.

"Hai dhir" tiba-tiba sekumpulan perempuan yang aku tak kenal menyapa aku.

"Ha, hai" aku membalas kembali. Kenapa tiba-tiba meng 'hai' kan aku ni.

Aku terus berjalan menuju ke kelas.

"Oi, tepilah!" Tiba-tiba ada seorang lelaki berbadan besar menolak aku. Apebenda dia ni, jalan punyalah luas, nak jugak tolak aku. Disebabkan aku taknak bergaduh, aku cuma membiarkan je dia pergi.

Rosak mood aku pagi-pagi buta ni. Semua orang di sekeliling dah mula tengok-tengok aku.

Dengan langkah yang berat, aku masuk ke dalam kelas.

Aku ingatkan dah jumpa kawan-kawan aku, bolehlah rasa happy sikit. Ni, semua senyap je dah kenapa.

"Korang ni dah kenapa, diam semacam. Ada orang mati ke" aku meletakkan beg sebelum melabuhkan punggung aku di atas kerusi.

"Dhir" Yap mula bersuara.

Aku mengangkatkan sebelah kening aku tanda keliru.

Yap menghulurkan aku sekeping kertas. Dengan teliti, aku membaca isi kertas tersebut.

"W-what? A-apa ni?" Jantung aku berdegup laju dan tangan aku mula menggigil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"W-what? A-apa ni?" Jantung aku berdegup laju dan tangan aku mula menggigil.

Siapa yang buat semua ni?! Macam mana dia boleh tahu!

"Dhir? Betul ke semua ni? Satu sekolah dah tersebar ni" Tanya Kuhan.

Lidah aku kelu, aku tak mampu untuk berkata apa-apa.

Tiba-tiba guru matapelajaran pendidikan Islam masuk ke dalam kelas. Dengan itu, Kuhan, Yap, Kaisan dan Avri pergi ke kelas lain untuk belajar subjek moral.

"Assalamualaikum semua"

"Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah"

"Okay duduk"

Fikiran aku masih tertumpu kepada kertas tadi. Aku tak dapat memproses apa yang baru berlaku. Siapa yang buat semua benda ni? Kenapa?

Kawan-kawan aku bencikan aku ke? Dorang dah taknak berkawan dengan aku ke? Dorang jijik dengan aku ke?

"Okay, walaupun topik ni tak ada dalam buku tingkatan 4, tapi hari ini kita akan belajar tentang kaum nabi Luth" ujar ustazah sambil merenung tepat ke dalam mata aku.

"Apakah antara perkara yang kaum nabi Luth buat? Yang famous zaman sekarang ni?" Tanya ustazah.

"Lgbt" jawab classmate aku perlahan. Ada yang memandang aku, ada jugak yang menunduk.

Aku tak tahu apa perasaan ni. Aku nak menangis, tapi tak boleh. Nak lari, tapi badan aku kaku.

"Patut tak kita biarkan lgbt ni berleluasa?" Tanya ustazah lagi.

"Tak" balas classmate aku separa berbisik.

"Dengar tak Hadhir Taufiq?" Serta-merta aku terasa sukar untuk bernafas.

"Saya tengok awak ni termenung je. Fokus" ujar ustazah. Aku hanya mengangguk sebagai balasan.

"Dah, bukak buku teks bidang tajwid" dengan itu, perbincangan tentang topik kaum nabi Luth berakhir. Aku rasa bersyukur bila topik ni berakhir, tapi jantung aku tak boleh berhenti berdegup dengan laju.

Bila sudah tiba waktu rehat, aku cuma duduk di dalam kelas.

Aku takde selera untuk makan atau keinginan nak berjumpa orang.

Dalam masa yang singkat, aku mengeluarkan air mata aku yang dah lama aku pendam tadi.

Air mata aku yang mengalir membasahi buku teks biologi aku.

Aku tak faham apa point orang tu buat macam ni.

Tiba-tiba aku mendengar bunyi ketukan pintu.

"Masa rehat tak boleh duduk dalam kelas. Sila keluar" aku mengelap air mata aku sebelum menoleh ke arah pintu. Rupanya pengawas.

Dengan terpaksanya aku keluar dari kelas menuju ke pondok untuk menunggu waktu rehat habis. Aku tak ada tenaga untuk buat apa-apa pun sekarang ni.

Dalam perjalanan menuju ke pondok, tiba-tiba muncul seorang lelaki datang entah dari mana memegang punggung aku.

"Woi! Kau pehal!" Aku menepis tangannya.

"Eleh, sebenarnya kau suka kan" aku ditarik dalam pelukan dia dan punggung aku terus diraba.

Dengan segala kudrat yang aku ada, aku menolak-nolak lelaki tadi. Aku rasa lebih lemah dari biasa disebabkan perut aku kosong, tambah lagi aku penat menangis.

"Lepaslah babi! Sial!"

"Kau top ke bottom? Hmm. Dua-dua sedap ni"

"Jijik sial! Lepas!"

Tiba-tiba satu tumbukan jatuh tepat di muka lelaki tadi.

Aku menoleh untuk melihat gerangan orang yang selamatkan aku.



____________________________

Sorryla lama tak update lepastu sikit. And sorry sbb banyak skip time dalam bab ni. Kerja banyak gila weyh😭

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now