29 Fatihah & Mahfuz [TAMAT]

Start from the beginning
                                    

"Mas kahwin Saidatina Khadijah yang nabi beri kalau dikira nak dekat setengah juta ringgit. Seorang pemuda berusia 25 tahun, mampu berikan mas kahwin sebanyak tu. Sayang rasa nabi kaya tak?"

"Tapi... mas kahwin yang murah kan lebih baik..." celah Fatihah kurang mengerti.

"Ya, lebih murah lebih baik... Tapi itukan setelah turunnya agama Islam, masa kejadian ni belum lagi. Jadi mas kahwin tak apa mahal-mahal. Orang kata nabi miskin, padahal dorang tak tahu yang nabi kaya dengan kehidupan zuhud. Bernikahlah seorang pemuda 25 tahun dengan seorang wanita 40 tahun bernama Khadijah. Saidatina Khadijah seorang perempuan mulia, sebaik-baik perempuan, akhlaknya terpuji dan segalanya memang sempurna. Ini cinta pertama nabi. Daripada Saidatina Khadijah, lahirnya anak-anak nabi, keturunan nabi. Cinta pertama kalau melekat dalam hati memang susah nak lupakan. Khadijahlah yang setia susah dan senang di sisi nabi. Saat orang lain kata nabi tak siuman, Khadijah wanita pertama memeluk Islam." Jeda. Mahfuz memandang Fatihah. "Kalau kita ke Mekah... Dekat tempat kren jatuh tu lah rumah nabi... Rumah yang lahirnya zuriat nabi, tempat anak-anak nabi bermain, bersuka riang..."

"Nanti kita pergi je sana, ya?" tambah Fatihah teruja. Disebabkan Fatihah mengandung pada tahun lepas, mereka sekeluarga memilih untuk menangguhkan perancangan ke tanah haram.

Mahfuz tersenyum nipis. Lengan dileraikan lipatan. Dia menselesakan baringan Fatihah di atas lengannya. "Ya... Rumah Khadijah dan nabi. Tapi tak lama lepas tu Khadijah akan wafat... Nabi menangis di luar rumah setelah mengetahui isterinya akan pergi, Khadijah pula terbaring dekat dalam menanti ajal. Sampailah malaikat Jibrail datang kepada nabi dan kata Allah memberikan salam kepada isterimu, terus nabi angkat wajah dan gembira. Baginda masuk ke dalam rumah dan meriba kepala Khadijah. Waktu ni Khadijah dah hujung riwayat, kata Khadijah kepada suami tercinta... Kalau sampai satu waktu yang mana semua orang tidak menyokongmu, ketahuilah yang Khadijah sentiasa bersama Muhammad. Ambil tulangku dan jual, duit tu gunalah untuk sambung dakwahmu. "

Fatihah terkelu sepanjang atmosfera bertukar sayu. Matanya melinangkan mutiara jernih lalu menitis ke atas lengan Mahfuz yang menjadi bantal kepadanya. "Nabi sayang Khadijah?" soal Fatihah perlahan.

"Sangat-sangat sayang. Setelah kahwin dengan Saidatina Aisyah pun, mulut nabi tak lekang dengan nama Khadijah. Yang diigau masa mimpi pun nama Khadijah... Sampailah Aisyah kata kenapa asyik sebut nama Khadijah. Jawab nabi, tak ada nama perempuan lain dalam hatiku melainkan Khadijah. Bersama dia lahirnya zuriat aku... " ujar Mahfuz. Hanya tersenyum melihat kacaan mata Fatihah di sisinya. Gadis seperti Fatihah sudah tentu lebih mendalami perasaan itu.

"Sayang fahamkan yang nabi cintakan Khadijah? Ya... Tak lama lepas tu bapa saudara kesayangan nabi pula meninggal. Nak tahu ceritanya?" Mahfuz gembira ceritanya pada malam hari menemani isteri sebelum beradu.

"Nak..." Air mata ditenyeh dengan hujung jari. Fatihah jadi ingin tahu segala sambungan sirah apabila Mahfuz yang menjadi tukang cerita.

"Kita berjumpa lagi pada malam esok di waktu yang sama," seloroh Mahfuz lalu tertawa halus.

"Abang ni..." Fatihah mengerutkan kening tidak puas hati. "Suka nak buat macam ni dekat orang..."

"Dah malam... Kena tidur. Esok, ya?" Mahu tak mahu mereka perlu patuhi masa tidur.

"Hm..." Fatihah sekadar mengecilkan badan di sebelah Mahfuz. Tangan mendakap sepanjang rusuk muda suaminya. "Abang, nak tanya sikit, boleh?"

"Tanyalah." Permintaan isteri diizinkan lelaki itu. Lagak Fatihah yang suka menempel sewaktu tidur sudah menjadi kebiasaan.

"Kenapa... ada orang tak mampu nak hijrah walaupun dia tahu perbuatannya berdosa?" Fatihah hanya terfikirkan kejadian siang tadi yang mana Sofia hadir dan menceritakan kemaksiatan bersama-sama teman lelaki.

Soalan itu didengar Mahfuz dengan baik.  "Kerana dia tak ada semangat dan tekad yang kuat."

Seperti kehidupan Khairul yang sedang menongkah lautan bahagia, lelaki berkenaan punya satu tekad iaitu tuk memelihara puteri sulung. Keterpaksaan Khairul dalam penghijrahan menghadirkan keikhlasan.

"Macam mana nak bagi dia semangat?" soal Fatihah pula.

"Kita mungkin mampu bagi segala nasihat dan dorongan tapi kalau orang yang nak hijrah tetap memberi alasan, tak ada apa yang kita mampu lakukan selain terus memberikan dorongan. Hidayah juga milik Allah, manusia bukanlah pemberi Hidayah," terang Mahfuz.

Barangkali Fatihah terlalu memikirkan soal itu hingga menyalahkan diri sendiri. Dia berasa gagal sebagai seorang yang dijadikan Sofia tempat bergantung.

" Sabarlah kalau dalam berdakwah, orang itu buat tak endah. Mungkin berkat kesabaran kita, orang itu akan peroleh Hidayah..." Mahfuz mengakhiri bicaranya dengan kucupan pada ruas dahi isterinya. Hilang segala kerutan Fatihah saat itu.

"Terima kasih, abang. Sebab bersabar dengan sayang selama ni..." bisik Fatihah. Kesabaran Mahfuz sebelum ini juga umpama penguatnya. Dia tersenyum bahagia dan menyembamkan wajah pada sisi tubuh lelaki itu. Dipeluk suaminya hingga Mahfuz mengaduh kesakitan.

Siapa sangka lelaki yang menodai Fatihah selama lapan tahun boleh terbuka hati untuk memperisterikan seorang mangsa rogol yang bunting sulung. Benarlah hati ini milik Allah, terbuka segala kasih atas izinNya. Khairul pun akan melangsungkan perkahwinan bersama Alya tidak lama lagi.

Fatihah tersenyum-senyum dalam dakapan Mahfuz. Dia bisa beradu dengan tenang setelah memperoleh lagi satu kucupan di antara kedua-dua kening.

Tak sukar untuk kekal melangkah melainkan tekad di hati penguat segala.

TAMAT

***
votexkomen
***

dah habis? komenlah panjang-panjang. kongsikan perasaan korang dgn author.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now