"Saya nak kahwin sebab kami dah selalu sangat video call dan buat phonesex," suara Sofia kian perlahan.

Fatihah terdiam seketika. Dua ulas bibir delimanya menjadi rapat. Disangkakan Sofia telah berusaha untuk berubah, khabaran ini umpama satu tamparan. "Akak ingat ke awak nak berhijrah..."

"Akak minta saya buat solat sunat taubat setiap hari, saya tak mampu. Jadi saya cuma pura-pura depan akak.. Bila balik bilik, boyfriend saya ajak on the phone sambil tengok dia melancap." Kedengaran jujur biar pun pahit terpaksa ditelan. Sofia juga merundum pilu, riak wajah Fatihah benar-benar berubah.

"Sofia, kenapa tipu akak?" bisik Fatihah. Lensa mata berair namun cuba ditahan. Hatinya sakit, terasa gagal untuk membimbing seorang remaja perempuan.

"Tak mudah nak tinggalkan benda ni... Saya ketagih siang malam... Akak senanglah cakap sebab akak tak pernah rasa ketagih benda ni... Akak ada abang Mahfuz untuk jaga akak." Sofia tetap mempertahan perbuatannya biar pun kakak yang dikenali hampir menangis di situ.

Jauh sungguh tembakan Sofia tersasar walhal Fatihah sudah melalui laluan yang perit. Kemaluannya ini telah dimasukkan zakar lelaki seperti seorang pelacur hinggakan terkoyak, video lucah pula habis dikhatamnya bak orang gila seks dan seluruh tubuh ini menderita menerima azab dunia. Mereka tidak tahu lalu memukulnya seorang gadis beruntung yang bersuamikan seorang ustaz. Diikutkan nafsu, Fatihah tidak akan sesekali mahu bersuamikan Mahfuz. Dia lebih rela mencari lelaki yang sukakan seks sepertinya. Namun, keimanan di dada membuat pilihan tuk memilih Mahfuz. Mahfuz sebaik-baik teman penghijrahannya.

Air mata Fatihah berlinangan. "Kalau awak tak nak berubah, jangan bagi akak alasan." Itu sahaja yang dibalas. Terpeta segala kekecewaan pada diri sendiri.

"Saya nak berubah. Tapi..." Sofia menggeleng kecil.

"Akak dah kata tinggalkan persekitaran yang buruk. Buang semua video haram, jauhi daripada kawan-kawan yang suka melancap... Kalau boleh buat rutin setiap hari, susun atur perkara nak dibuat... biar tiada masa lapang terluang untuk beronani. Akak siap bagi langkah-langkah lagi... " Fatihah menarik nafas dalam. Usahanya tak membuahkan hasil. Barangkali kegagalan ialah jawapannya. Dia belum pantas untuk memandu seseorang dalam penghijrahan.

"Susah. Saya tak boleh nak buang..." bisik Sofia. Wajah menekur lantai sofa, takut nak bersemuka Fatihah yang begitu kecewa.

"Tak apalah, Sofia. Maaf akak tak dapat bantu apa-apa..." Fatihah menyeka air mata. Liurnya terbazir, yang nak berhijrah tak punya keazaman kuat untuk meninggalkan maksiat sekalipun Fatihah telah cuba pandu.

"Tak... Akak baik sangat, cuma saya yang bodoh dan degil..." Jeda. Entah mengapa dia bisa diselubungi rasa bersalah kepada manusia tetapi tidak dengan Tuhan. Novel lucah terus dibaca hinggakan faraj jadi berair dan berdenyut. Terkadang waktu itu jugalah teman lelaki mahu buat panggilan video dan mengajak perbualan lucah. Kemaluan lelaki itu juga telah dilihat hingga terliur, faraj seakan meminta untuk dimasukkan zakar ke dalam. Sofia hanya semakin lemas dalam kemaksiatan. Laksana orang terhanyut dalam sungai dan diberikan huluran dari darat, sanggup ditepis huluran itu dan kekal lemas. "Apa saya nak buat sekarang ni?"

"Sofia, akak dah berikan segala yang termampu waktu minggu pertama. Pergilah baca balik peti perbualan kita. Maaf ya ini saja yang akak mampu buat?" Soalan yang sama asyik dimainkan Sofia. Fatihah jadi penat.

"Akak tak nak jumpa saya dah lepas ni?" soal remaja perempuan itu.

"Akak akan jumpa juga. Kalau Sofia sayang diri, jangan berikan alasan dan terus buat tindakan. Jangan tangguhkan taubat kerana tiada jaminan kita akan hidup lima minit lagi... Akak pesan sebab akak sayang awak..." Ikhlas dari lubuk hati seorang pendosa. Tidaklah Fatihah mahu membantu seorang gadis melainkan telah diketahui perit menjadi penzina. Fatihah tersenyum nipis melihat remaja perempuan itu.  Kekura tangan Sofia diusap lembut. "Akak sayang awak kerana Allah..."

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now