Moga kehilangan Fatihah hanyalah berita yang disalahfaham. Dia tidak sanggup hendak sampaikan hal yang ini kepada Mahfuz. Telefon pintar digenggam lelaki itu, dikira pada hari esok juga Mahfuz akan dibebaskan setelah terbukti tidak bersalah. Kebanyakan kelebihan sedang ada dengan mereka, pihak tertuduh.

Kringgg

Arif mengangkat panggilan tanpa usul periksa. Pelipis diurut perlahan dengan mata yang terpejam.

"Assalamualaikum, Encik Arif. Mahfuz sedang menerima rawatan di hospital sekarang ni... di unit rawatan rapi dan bawah pemantauan doktor."

Detakan jantung Arif hilang sesaat. Dunianya menjadi kelam seketika. Sungguh kata-katanya menghilang walaupun sang peguam bertanya. Kaki dan tangan mendahului segala tindakan. Dia terkejar-kejar mahu ke arah kereta saat itu.

Mahfuz mengerdipkan mata lalu tersenyum nipis. "Rep, jantung aku rasa sakit lagi..."

Tidak terlintas pun penyakit yang lain, melainkan satu.

Arif menenyeh kelopak matanya. Enjin kereta mula dihidupkan.

"Ya Allah..."

Kasih sayangnya pada lelaki itu seumpama kasih pada diri sendiri. Sebahagian iman terlengkap dengan persaudaraan yang melebih isi dan kuku. Arif diselubungi 1001 kebimbangan semasa membelah jalan raya. Kenderaan lain di atas jalan dipotongnya sesuka hati. Kaki pula menekan pedal minyak, semahunya ingin tiba secepat mungkin dan menemani Mahfuz.

"Mahfuz, tahanlah sakit ni... Aku tahu kau kuat..."

***

Seketika lensa hazel Mahfuz statik pada satu wajah. Anak mata hitamnya membulat, fokus pada satu arah. Sepasang mata sedang memandangnya juga.

"Jom balik," pintanya cepat-cepat pada Arif.

Si gadis ketawa halus, barangkali terhibur dengan wajah cuak lelaki itu. Dia berkerut juga pada awalnya. Namun setelah lama difikirkan, lelaki ini berbeza jika nak dibandingkan dengan lelaki lain. Apabila mata bertaut, lelaki itu tertunduk malu dan mahu berangkat segera.

Nyaman udara pada petang hari memberikan cahaya baharu pada Fatihah. Fatihah menggeliat kecil dalam pakaian sukannya. Tidak sangka niat yang sekadar melewati kawasan tasik menemukan dia dengan Mahfuz. Moga keesokan hari, mereka akan ditakdirkan tuk bersua muka dan nama sebenar lelaki itu dikhabarkan sebagai permulaan detik perkenalan.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now