"Make an appointment for me to Millenium. And please ask that Firdaus to come along with me at that day. I would like to send back their dog."

Faiq mengangguk patuh, apabila arahan telah dijatuhkan. Lebih-lebih lagi ketika Elena menggunakan nada mendatar ketika berbicara.

"Baik, puan. Itu sahaja."

Elena menghela nafas kasar. Setelah hampir sebulan berlalu setelah majlis perkahwinannya dilangsungkan, ada sahaja perkara yang tidak kena dalam syarikatnya itu.

Drrrt.

Elena hanya menekan punat handsfree yang selalu dipakai di sebalik shawlnya.

"Speak."

"Chill young lady. It's me, your one and only twin!"

Elena melorek senyuman kecil apabila suara ceria Erfan kedengaran di hujung talian.

Syukurlah, separuh jiwa dari dirinya telah sembuh.

"Bila discharge?"

"Just a few hours ago. Where are you, little? I'm coming to you."

"Nah, don't be. I'm in a mess. I'm coming to you later. Kau kat mansion ke?" kata Elena.

"Mana lagi aku nak lepak. Penthouse? Bosan lah. Mama dengan papa pun tak bagi aku balik sana lagi," omel Erfan.

"Baguslah. Kau pun bukannya pandai jaga diri."

"Excuse me, Mrs Ian. Aku dah lama hidup berdikari lah. Kau tu yang tak pandai jaga diri."

Elena tersengih sinis.

"At least, aku dah ada seseorang yang boleh tolong jaga aku. Kau? Huh, sampai tua lah single jawabnya."

"Eh budak ni. Mamaaaa, tengok Rish ni ma! Dia ejek Fael single!"

"Dah memang kau single kan? Nak mengadu kat isteri aku apasal? Nak suruh dia buat blind date untuk kau?"

Bebelan Tuan Carl Hans di hujung talian mengundang sengihan lebar di bibirnya.

"Papa! You're not helping me!"

"Kau bukan budak kecil lagi. Dah tua bangka, boleh jadi ayah orang dah."

Mendengarkan pertengkaran manja antara abang dan ayahnya membuatkan Elena lupa dengan segala masalah di syarikatnya. Dia berasa tenang apabila dapat melihat semuanya kembali menjadi tenang.

Dan, dia sangat mengharapkan ketenangan yang dia kecapi ini akan berterusan. Sehingga akhir hayatnya.

×××

"Hi Hayden."

Hayden tersentak sebelum menoleh ke belakangnya. Wajah Keisha yang tampak letih itu menyapa pandangannya.

"Hi Keisha, awalnya awak balik."

"I can't sit still when I was there. Saya rasa tak tenteram. Lagipun, semua masalah saya dah selesaikan. Ayah saya pun bagi pelepasan untuk balik awal," kata Keisha sambil merenung sayu wajah abangnya yang lesu.

He's still in the same way since I left.

"I'm glad that you're safe. Awak nak jaga abang awak terus ke?"

Keisha menggeleng.

"Saya nak pergi ladies sekejap. Awak ke yang jaga abang saya sekarang? Mana Haydar?"

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now