The Zarif Haikal Possession

By Fiezajungkookie

4.7M 195K 19.9K

Zarif Haikal menatap Zara tajam. Gigi diketap kuat menahan perasaan geramnya pada Zara. Zara menunduk diam... More

Pengenalan
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Part 60
Part 61
Part 62
Part 63
Part 64
Part 65
Part 66
Part 67
Part 68
Part 69
Part 70
Part 71
The Pirate's Obsession
Part 72
Part 73
Part 74
Part 75
Part 76
Part 77
Part 78
Part 79
The Insane of Luth Adryian
Part 80
Part 81
Part 83
Part 84
Part 85 ( END )
Special part
TOR
TOR 2

Part 82

37K 1.7K 128
By Fiezajungkookie

" Abang! Turunkan Zara! ". Jerit Zara tertahan. Pukulan masih tidak berhenti. Zarif Haikal hanya diam membawa Zara masuk ke dalam bilik mereka yang jauh daripada bilik si kembar dan Zayfa. Satu bilik yang berada di ruang tamu bilik yang jarang di gunakan.

Bilik yang mereka selalu guna hanya bersebelahan dengan bilik anak mereka bertiga. Tetapi Zarif Haikal membawa Zara ke bilik lain. Mungkin lebih selamat jika terjadi pergaduhan antara mereka berdua dan anak-anak tidak mendengar.

" Diam aku cakap! ".

Balas Zarif Haikal yang sedang menuruni tangga dengan biasa seakan hanya dirinya yang berjalan. Zara menjerit kecil, dengan perasaan yang mula berubah semakin takut. Zara yang mengetahui ke mana mereka akan pergi semakin menguatkan rontaan.

Zara risau lain jadinya nanti? Sampai di dalam bilik, Zarif Haikal langsung mengunci pintu lalu dia mencampak badan Zara ke atas katil seraya bercekak pinggang dengan wajah yang tegas. Zara lekas bergerak membetulkan baju yang terselak dan segera turun daripada katil lalu berdiri.

" Bagitahu aku apa yang dah jadi? Kenapa kembar tak layan aku? Kenapa kau jauhkan diri kau dari aku? ". Sejujurnya Zara sudah berasa seram sejuk dengan suara datar Zarif Haikal. Padahal Zarif Haikal cuba untuk tidak mengeluarkan rasa marahnya.

Dia masih menahan sehingga Zara mahu membuka mulut. Dia sendiri tak faham apa yang jadi. Jadi tolong jelaskan sebelum angin dia naik. Zara menutup mulutnya rapat tetapi pandangannya lurus merenung wajah suaminya. Sekilas adegan petang tadi terbayang.

Mendadak hatinya terasa pilu. Zarif Haikal pulang selepas sehari suntuk tiada khabar. Lepastu datang dalam keadaan marah marah macam ni? Sebenarnya salah siapa ni? Zarif Haikal memejamkan matanya sekilas apabila tiada balasan daripada Zara.

Mulut Zarif Haikal terbuka sedikit dengan lidah mula bergerak menolak dinding mulut. Tabiat jika sedang menahan marah. Zara pasti Zarif Haikal betul betul sedang menahan marah. Zarif Haikal mengangkat tapak tangan mengusap sekitar wajah. Dia cuba mengawal kemarahan daripada terletus.

" Bagitahu aku Zara?! Apesal kau diam?! ". Kening Zarif Haikal semakin menekuk tajam. Tubuhnya kian mendekat pada Zara yang mula mengundur ke beelakang. Dia sudahlah penat balik kerja sehari suntuk dan apa yang dia dapat? Zara mengelak ketika tangan suaminya mengapai lengannya.

Baru kakinya ingin berlari tangan Zarif Haikal lebih pantas berbanding kakinya. Zarif Haikal mengenggam lengan Zara kuat menghalang agar isterinya melarikan diri. Bukan dia tak tahu Zara cuba nak larikan diri kan. Semua itu ada dalam otak Zarif Haikal lah. Kalau Zara takut mesti dia akan larikan diri dari Zarif Haikal.

" Kau nak pergi mana? Aku suruh kau bagitahu aku apa yang jadi kan? Asal kau nak lari ". Zara semakin di landa ketakutan, suaminya tak main main sekarang. Zara cuba melepaskan jari jemari Zarif Haikal yang terkait rapat pada lengannya.

" Abang lepas! Lengan Zara sakitlah! ". Zara hampir menumpahkan air mata kerana sakit yang menyengat pada lengannya. Sungguh kuat cengkaman Zarif Haikal ke atas dirinya. Ini lah Zarif Haikal jika dalam kemarahan. Zarif Haikal semakin panas akibat penolakan Zara.

Cengkaman pada lengan Zara di kuatkan seraya menarik kasar ke arah dirinya. Zara yang tidak seimbang terdorong ke dada suaminya yang terdedah kerana butang baju yang terbuka. Dia mendongak ke atas linangan air mata yang bertakung akibat takut.

Zarif Haikal mengemam bibirnya sebelum membuka mulut.

" Bagitahu aku apa yang jadi sebenarnya. Jangan buat angin aku naik Nur Zara ". Jika nama penuh Zara sudah di sebut, Zara faham Zarif Haikal mahukan jawapan bukan penolakan seperti ini. Semakin dirinya menolak suaminya akan semakin kasar. 

" Sepatutnya abang sendiri faham kenapa semua ni berlaku. Bukan tanya dekat Zara balik. Kenapa abang tak balik semalam? Kenapa Zara call langsung tak angkat? Kenapa? Abang boleh jelaskan?  ". Cara petuturan Zara mula meninggi sedikit dengan rasa sakit menyerang hatinya.

Zarif Haikal kaku sendiri dalam beberapa saat dengan pandangan berubah redup merenung wajah Zara. Namun itu hanya sekejap sebelum matanya menajam kembali sebaik cengkaman pada lengan Zara terlepas. Isterinya masih ingin melarikan diri tanpa dengar sebarang kata dari pihaknya.

Zara yang dapat melepaskan diri lekas berlari kecil menuju ke arah pintu. Baru tombol ingin di pegang bunyi dentuman benda pecah tepat di sebelah kepalanya.  Dengan tangan memegang tombol pintu, matanya melirik ke bawah.

Pasu bunga kaca yang sepatutnya berada di atas meja tepi katil kini berderai menjadi kepingan kaca. Zara menatap serpihan kaca tersebut dengan tatapan terkejut bercampur tidak percaya. Za—rif Haikal baru membaling pasu bunga berisi air dan beberapa batang bunga mawar ke arah dirinya?

Dirinya sudah berada di tahap takut kini berubah menggigil dengan kedua tangan mulai menjadi sejuk. Langkah berat di belakang tubuhnya semakin dekat. Kaki Zara terasa berat ingin membuka langkah, tangannya pula sudah tidak sanggup memulas tombol pintu lagi.

Zarif Haikal berdiri tepat di belakang tubuh kecil Zara dengan tatapan kosong lalu tangannya terangkat menghentak pintu yang membuat isterinya semakin ketakutan. Air mata yang berlinang sudah membasahi kedua pipi Zara seraya kakinya menjadi lemah dan berkemungkinan akan menyebabkan dia jatuh ke lantai jika Zarif Haikal tidak menyambut dirinya.

" Jangan main main dengan aku Zara. Sekali aku minta kau cerita apa yang jadi sebenarnya kau mesti cerita macam mana aku nak. Bukannya jawab dengan soalan balik ". Intonasi Zarif Haikal berbisik halus. Tangannya mengapai tangan Zara yang tadinya menyentuh tombol pintu sebelum di tarik ke belakang badan dengan satu sentakan.

" Ah! Abang sakit.. Tangan Zara sakit abang.. ". Serentak Zara menjerit sakit dengan tarikan berupa hentakan tadi. Zarif Haikal semakin di luar kawalan dengan emosi memuncak penuh di atas kepala.

Bukan ke Zarif Haikal pernah cakap dia bukan jenis seorang lelaki yang penyabar. Apa yang dia mahu mesti dia dapatkan. Semakin kau menolak semakin kuat keinginan Zarif Haikal ingin mengetahuinya. Tambah lagi seluruh anaknya menolak dirinya dan isterinya juga?

So apa yang patut dia buat? Memang dia tak balik semalam. Tapi sebab kerja. Kerja yang begitu penting untuknya yang perlu di selesaikan. Jadi tidak adil bagi dia jika Zara hanya memutuskan untuk menjauh dari dirinya? Zara lupa ke siapa dirinya sekarang ini?

Zarif Haikal dia perlu disiplin isterinya sedikit keras mungkin. Agar Zara meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada dirinya. Bukannya menghindari dia dengan cara bodoh macam ni. Dia menarik kuat tangan Zara ke belakang dengan sebelah tangan memeluk pinggang isterinya ketat.

" A—Abang sa–sakit.. Tolong jangan macam ni Zara takut... ". Jantungnya memacu laju seakan mahu pecah. Sikap Zarif Haikal satu ini begitu menakutkan dirinya. Sudah lama Zara tidak melihat sisi hitam suaminya yang satu ini kecuali jika terlalu marah seperti sewaktu mereka belum berkahwin dulu.

" Kau selalu cakap macam tu bila kau takut Zara— Ayat tu akan keluar bila kau takut— Tapi... Bukan ke kau yang buat aku jadi macam ni— Kalau kau tak cabar sisi buruk aku keluar dia tak akan keluar Zara— ". Zarif Haikal seakan bukan dirinya sahaja. Dengan perlahan bibirnya mengucup leher terdedah Zara lembut.

Zara semakin menggigil takut, sebelah tangannya yang di kepak ke belakang sudah terasa kebas. Jika dia tidak menghentikan Zarif Haikal, suaminya akan pergi lebih jauh dan mengerikan.

" —Aku cuma nak kau cerita apa yang dah jadi.. tu je.. Tapi kenapa kau cuba larikan diri kau dari aku? Aku pasti kau kenal diri aku dengan baik Zara ". Kucupan lembut tadi beralih ke hujung telinga Zara. Dia menarik pinggang Zara sedekat tanpa meninggalkan jarak.

" Abang— Lepaskan tangan Zara.. Sakit... Za—Zara janji akan cerita semuanya tapi lepaskan tangan Zara dulu.. ". Zara sudah kehabisan akal, dia mesti memghentikan kegilaan Zarif Haikal sebelum menjadi teruk. Dia tahu hanya dirinya mampu mengawal Zarif Haikal. Zara percaya.

Zarif Haikal menampung dagu ke atas bahu Zara seraya mata yang tertutup rapat. Mungkin cuba menenangkan jiwanya yang semakin kacau. Tapi pegangan pada tangan Zara masih tidak di lepaskan.

" Boleh ke aku percaya cakap kau sedangkan kau tak percaya dekat aku ". Zara turut memejamkan matanya seketika, bisikan datar Zarif Haikal cukup terdengar tepat pada telingnya dengan hembusan nafas yang berat.

Zara rasa lebih baik dia menggerakkan tubuhnya sendiri terlebih dahulu. Dengan gerakan perlahan dia menarik tangan yang tersentak tadi dan berhasil! Pegangan suaminya melemah seakan memberi izin untuk melepaskan dirinya. Dia mengelus tangannya yang memerah sempurna.

Cengkaman Zarif Haikal bukan main main. Lebih baik Zara mengalah untuk waktu ini sebelum semuanya berubah buruk. Zara menolehkan kepala untuk melihat wajah suaminya dan tengoknya kerutan di dahi Zarif Haikal masih ada. Cuma matanya terpejam rapat.

Kini Zara cuba melepaskan sebelah tangan Zarif Haikal yang melilit erat pinggangnya. Tidak berhasil suaminya masih memegang erat seakan tidak mahu berjauhan dengan dirinya. Ketika itu barulah Zara tersedar, sepatutnya dia tidak terlalu berat memikirkan kejadian ini.

Sepatutnya dia bertenang dan bertanya dengan baik secara bersemuka bukannya menolak menjauhkan diri seperti ini. Mereka berdua suami isteri dan mempunyai tiga anak sepatutnya tidak begini. Zara menarik lepas tangan Zarif Haikal.

Serentak itu kelopak mata Zarif Haikal terbuka luas dengan kening berkerut tajam. Dia tadinya cuba mengawal emosi tapi kenapa Zara terus terus dan terus menolak. Zara cuba meletakkan perasaan takut ke tepi emoai Zarif Haikal perlu di turunkan dulu.

Dia memutarkan badan bersama senyuman manis terukir lalu berjinjit badan mencuri sebuah ciuman kilat pada bibir Zarif Haikal sebelum memeluk tubuh suaminya erat. Dia membenamkan wajahnya tepat pada dada Zarif Haikal yang terkedu dengan perbuatan berani Zara.

Secara perlahan sesaat demi sesaat pandangan tajam berserta kosong tadi berubah menjadi biasa dengan menggerakkan kepala memerhati Zara dan sekeliling sehingga terhenti pada pasu bunga yang sudah pecah berderai. Mendadak dia memeluk tubuh Zara kuat seakan takut kehilangan isterinya.

#####

" I'm sorry Zara. Tolong letak kepercayaan kau dekat aku Zara ".

Setelah hampir setengah jam, barulah Zarif Haikal membuka mulut. Mereka berdua berbaring bersama dengan Zara berada begitu dekat tanpa melepaskan pelukan. Dia menyelak rambut Zara lalu mengucup lembut. Zara mendongak dengan senyuman di wajah.

Bila marah sisi jahat Zarif Haikal akan begitu jahat. Tapi bila baik, suaminya begitu baik sehingga takut melepaskan dirinya pergi.

" Abang okay dah tak marah kan. Abang kalau marah menakutkan tahu tak ". Zara mencubit dada Zarif Haikal perlahan yang mana membuat tatapan suaminya berubah sayu. Zara ketawa kecil sambil merapatkan badan sehingga tiada ruang di antara mereka.

" I'm sorry Zara ". Pinta Zarif Haikal lagi.

" Tak apa lah, tadi kan abang tengah marah. Zara faham abang jangan risau mungkin salah Zara jugak sebab tak bagi abang peluang untuk bercakap kan ". Zara mengelus rahang Zarif Haikal dengan lembut tanpa sedar suaminya menghela nafas kerana rasa bersalah.

Zarif Haikal juga tersedar tangan yang mengelus pipinya ini merupakan tangan yang tadi dia cengkam kuat ke belakang. Dia menangkap tangan Zara untuk di kucup sekilas. Nampak kesan merah yang dia tinggalkan kepada Zara.

" Aku betul betul mintak maaf Zara. Tentang semalam aku tak balik sebab aku ada kerja penting kena buat sampai lupa nak bagitahu kau. Aku minta maaf kau percayakan aku kan Zara ". Sejak dulu lagi Zarif Haikal sudah menyuruh Zara untuk meletakkan sepenuh kepercayaan pada dirinya.

Zarif Haikal takut kalau Zara tak percaya dekat dia lagi. Dia takut Zara berpaling kepada orang lain. Zara hanya melebarkan senyuman sebelum mengangguk laju. Dia percaya suaminya walaupun ada sedikit keraguan tentang wanita yang dia lihat bersama Zarif Haikal.

Perlu ke dia tanya atau tidak?

" Cakap something Zara aku tahu ada benda kau nak tanya. Cakap aku dengar ". Zarif Haikal melihat riak wajah Zara yang tertahan seakan menyimpan sesuatu perkara. Zara memilih untuk diam beberapa saat.

" Boleh Zara tanya... Siapa perempuan yang abang jumpa dekat restoran tadi? ". Zarif Haikal beriak terkejut. Macam mana Zara boleh nampak? Zara ikut dia ke? Jadi semasa di restoran tadi ada sesuatu perasaan tidak enak datang ini lah dia?!

Zara nampak dia dengan Betty? Tapi Zara dengar sekali ke perbualan dia? Zarif Haikal tidak. Semoga tidak. Dia dengan Betty bukan ada hubungan istimewa. Tidak sama sekali. Jangan kata Zara jauhkan diri sebab nampak dia dengan Betty berdua? 

" Macam mana kau tahu? ". Sedikit rasa takut muncul membuat Zarif Haikal terlihat gugup. Dalam diam Zara sudah dapat agak ada sesuatu yang Zarif Haikal sembunyikan di belakang dia.

" Tadi ingat tak kita janji nak bawa kembar dengan Zayfa keluar jalan jalan tapi kan abang tak ada. Jadi Zara bawak lah anak-anak pergi keluar sendiri dan kebetulan masa makan Zara nampak abang dengan satu perempuan, siap bersalam lagi. Jadi— Zara simpulkan abang mungkin busy dengan perempuan tu ".

Bibir mengetap kuat menahan perasaan pilu setiap kali teringat perkara itu. Zarif Haikal mengelengkan kepala laju seraya menarik Zara ke dalam dakapan. Bukan bukan. Isterinya salah faham. Dia tak akan curang dengan Zara! Iya dia salah sebab lupa janji dia dekat ketiga anaknya dan Zara.

" Ini bukan yang macam kau fikirkan Zara. Aku kerja aku tak tipu! Perempuan tu rakan kerja aku nama dia Betty. Aku perlukan bantuan dia jadi sebab tu aku jumpa dia nak bincang fasal kerja. Tu je aku tak curang. Kau percaya aku kan Zara! ".

Betty nama perempuan tadi. Zara masih ragu namun tidak sebanyak tadi. Mungkin kata Zarif Haikal benar. Mungkin mereka berdua bertemu sebab kerja. Tapi di balik hatinya masih ada sisa tidak percaya lagi.

" Kalau macam tu Zara minta maaf sebab salah faham. Zara cuma risau sebab abang tak bagitahu apa apa dekat Zara. Lain kali kalau ada kerja penting bagitahu lah dekat Zara tak ada lah kita jadi macam tadi tu ". Di hujung ayat Zara ketawa tipis cuba menutup keraguan yang tersisa.

" Thanks Zara tolong percayakan aku. Aku janji bila kerja ni selesai aku akan bawak kau jumpa Betty. So kau akan tahu apa yang jadi sebenarnya. Tunggu sikit lagi okay ". Zarif Haikal mengucup dahi Zara selepas mendengar balasan Zara yang melegakan hatinya.

Zarif Haikal memeluk tubuh Zara erat. Hari sudah larut malam, Zara pun dah mula mengantuk jadi biarlah isterinya tidur dulu. Beberapa minit Zara sudah tertidur dengan perlahan dia bangun membersihkan pecahan pasu bunga.

Sesekali dia mengumpat pada dirinya yang boleh terbabas membaling pasu bunga sehingga pecah. Kalau kena Zara kan terluka nasib baik tak kena. Selepas selesai membersihkan serpihan tadi, dia bergerak menuju ke arah bilik anaknya berada.

Zarif Haikal mahu melihat lutut Zakiff yang terluka tadi. Ketiga anaknya menolak serta mengabaikan dirinya mungkin sebab dia tidak menepati janji tadi. Dia berjanji ini kali terakhir benda ni terjadi.

Zarif Haikal membuka pintu dengan perlahan tidak mahu menganggu tidur lena anaknya. Sampai di depan Zakiff dia terus menyelak seluar tidur pendek anaknya ke atas. Tepat itu dia melihat plaster ironman tertampal. Dia memajukan kepala mencium lutut Zakiff,  berharap rasa sakit itu akan hilang.

" Maafkan papa sayang ". Gumam Zarif Haikal penuh rasa bersalah dia memerhati ketiga anaknya lalu mendekati Zayfa yang tertidur di katil bersaiz sederhana dengan kelengkapan yang selamat tepat di sebelah si kembar. Dia mengucup pipi tembam Zayfa sebelum pergi ke arah kembar.

Zarif Haikal mengusap kepala Zafril yang berada di tepi lalu menghadiahkan ciuman penuh kasih sayang. Beralih ke Zakiff yang berada di tengah, dia turut melakukan seperti Zafril tadi namun lebih lama. Anak sulungnya lebih terluka. Dia bangkit ingin pergi namun ada satu benda menahan tangannya.

" Jangan pergi papa ". Zarif Haikal berpaling mendengar ujaran lirih Zakiff yang rupanya memegang tangannya. Lekas dia bergerak mendekati Zakiff yang berlinangan air mata dengan cepat si abang kembar memeluk perut papanya erat sambil menangis.

" Hey Zakiff kenapa menangis ni. Iya iya papa tak pergi ni sayang. Zakiff nak minum susu ke papa ambil kan ya. Jangan menangis Zakiff cakap good boy ". Zarif Haikal mengambil tempat Zakiff lalu menarik tubuh anaknya untuk di letak ke riba dengan usapan lembut.

Menggigil badan Zakiff kerana menangis. Akibat tangisan itu adik kembarnya ikut terbangun. Zafril bangun secara duduk sambil menggosok kedua matanya untuk melihat siapa yang menangis. Buka je mata dia nampak papa tengah peluk Zakiff.

" Pa-pa ". Zarif Haikal menoleh ke arah suara Zafril. Mahu tergelak dia melihat wajah blur Zafril yang baru bangun tidur. Dia menepuk sebelahnya dengan maksud agar Zafril duduk di sebelahnya. Dengan baik dia menuruti sambil bersandar seperti papanya.

" Kenapa Zakiff nangis papa ". Suara baru bangun Zafril kedengaran comel. Zarif Haikal menggosok rambut anaknya seraya menarik untuk di peluk. Tangisan Zakiff sudah surut hanya tinggal sedu sedan yang tersisa.

" Zakiff rindu papa kot. Zafril rindu papa tak? ". Zarif Haikal sengaja ingin menyakat. Jam sudah menjelang satu pagi.

" Rindu rindu! Rindu gila! ". Jawab Zafril laju. Entah mana belajar cakap macam tu. Zakiff lah ni. Zakiff menarik kepalanya yang habis menangis dengan cebikan bibir. Memandang wajah papanya yang terasa sudah lama tidak dilihat. Zarif Haikal mengusap wajah basah Zakiff, habis hingus hingus keluar sampau ke bibir.

Tanpa rasa kotor, Zarif Haikal mengesat hingus Zakiff dengan menggunakan tangannya sendiri sebelum mengesatkan ke bajunya. Zakiff masih mencebik tapi wajahnya terlihat marah. Kening tu menakuk tajam macam Zarif Haikal kenapa?

" Kenapa menangis Zakiff? Lutut sakit ke— ".

Puk

Belum sempat Zarif Haikal ingin bertanya sebuah pukulan kecil melayang pada hidungnya. Dia menatap Zakiff blank. Kenapa tiba-tiba pukul papa ni? Cadangnya dia nak bertanya kembali namun sekali lagi Zakiff memukul dirinya tapi kini di pipi pula.

" Hey hey kenapa pukul papa. Sakit tahu tak ". Zarif Haikal menangkap tangan kecil Zakiff di pegang agar tidak memukul lagi. Budak ni dari kecik suka main pukul pukul dah besar nanti jadi tukang pukul orang ke apa.

"Papa jahat buat mama sedih. Huawaa.... Hiks.. hiks.. Papa bad boy ". Zakiff kembali mengeluarkan tangisan kuatnya serentak itu Zafril yang baru nak tertidur terjaga. Zarif Haikal nak tergelak mendengar anaknya menggelar dirinya sebagai bad boy.

Haha. Pandai Zakiff cakap macam tu iya. Tapi kembali ke ayat pertama, barulah dia faham kenapa Zakiff pukul dia sebab buat Zara sedih. Jadi Zakiff pun tahu jugak. Budak kecil pun boleh faham kalau tengok mama papa dia sedih. Dia tak sangka Zakiff turut mengetahui.

Zakiff baru berumur lima tahun tapi otaknya seakan umurnya jauh lebih tua. Zarif Haikal lekas memujuk Zakiff dengan menimang nimang tanpa henti. Zafril mula jengkel dengan tangisan abangnya yang tidak berhenti. Nak tidur pun susah.

" Dah dah papa dah minta maaf kan mama dah. Mama dah tak sedih dah Zakiff. So stop menangis nanti Zayfa bangun Zakiff nak tidurkan balik? ". Sedikit ancaman berjaya membuat tangisan Zakiff menghilang. Sekali lagi Zarif Haikal mengesat hingus yang keluar meleleh.

" Betul? Papa tak tipu? Papa good boy bukan bad boy? ". Zakiff menayangkan jari kelingking gemuknya ke muka Zarif Haikal. Bibir masih mencebik sehingga pipinya melorot seakan mahu jatuh. Zarif Haikal sebenarnya nak gelak bila dengar Zakiff cakap good boy bad boy ni. Ingat papa dia budak budak ke.

" Iya iya papa good boy bukan bad boy. Dah dah jom tidur dah malam ni ". Zarif Haikal mengaitkan jari mereka jika tidak si degil satu ni tak nak tidur. Zakiff terus berubah tersenyum comel dengan menarik papanya supaya tidur bersama.

" Sini sini sini papa tidur dengan Zakiff! ". Malas mahu menolek tarikan Zakiff, Zarif Haikal mengikuti sahaja. Dia di tengah dengan si kembar berada di kiri kanan memeluk tubuhnya. Tidak lupa kedua kaki pendek kembar naik ke atas badan papanya.

" Good night papa ". Ujar si kembar bersamaan lalu menutup mata erat. Zarif Haikal memeluk keduanya sambil berfikir sesuatu. Kalau Zakiff pun faham situasi begini macam mana kalau dah besar nanti. Harap boleh  lindung mama dengan Zayfa nanti.

" I love you my baby boys and baby girls ". Kenapa baby girls? Sebab Zarif Haikal ada dua orang perempuan kesayangannya. Zarif Haikal terlelap tidak lama kemudian tanpa menyedari segalanya di tonton oleh seseorang melalui pintu.

Siapa lagi kalau bukan Zara, dia melihat semuanya. Tadi dia mendengar tangisan sebab tu dia bangun untuk melihat. Sekali suaminya tiada di atas katil, tengok tengok ada drama rupanya pagi pagi buta ni.

####

Sorry komeee author baru update semalam tak jdi sorry 😫🙇

Ni pjg kan amikkk 3163 words paling pjg dlm sejrh story author 🤣

Author tak expect chap 81 boleh kebaboom camtu 😭 korangg still tunggu tenkayu 💜💜😫

🌠

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 61.8K 86
A Beautiful love story between: TENGKU FARREL FAHREZZI ♥️ ANGGUN ADELINA Anggun Adelina merupakan cinta pertama Tengku Farrel Fahrezzi. Berpisah bert...
4.8M 220K 60
[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. ...
1.8K 222 9
"Awak ni asyik merajuk je kerja. Budak kecik ke apa ni?" - Adella Durrah Dapat seorang suami seperti kebudak-budakkan bukanlah sesuatu yang dia impik...
148K 10.5K 46
𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬�...