Adriana Mikayla

By Qallera

399K 18.4K 7.2K

Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55

Part 45

10K 408 188
By Qallera

Kaca mata hitam yang melorot sedikit ke bawah ditolak kembali ke tempat asal.. Mereka yang menegur hanya diabaikan, bilik kerjanya dimasuki.. Tangan diangkat separa bahu kepada Kak Farah supaya berhenti mengekorinya

Adriana bersandar pada kerusi mahagoni yang terdapat di dalam biliknya, tingkap tinted yang boleh menampakkan dunia luar dinikmati.. Gula-gula mint di dalam mulut dikunyah perlahan sebelum bibirnya menarik senyum sinis.. Rayban yang tergantung pada dua pasang telinganya ditarik dan diletakkan di atas meja

"Kau memang tak pernah penat kan" kaki terus memusingkan kerusi yang dia duduki, berpusing kerusi itu 360 darjah beberapa kali.. Penat! Penat berlakon!

Lama Adriana duduk memikirkan segalanya sebelum dia memberhentikan kerusi yang tidak henti digerak-gerakkan dari tadi.. Laci bertingkat di mejanya dibuka satu persatu seperti hari-hari sebelum ini dan tangannya berhenti pada laci yang terakhir.. Laci yang tidak dapat dia buka sejak hari itu

Adriana berdecit halus

Tubuh dibangkitkan sebelum dia meregangkan seluruh otot pada badannya.. Memandangkan dia masih belum mengunjungi setiap pelosok bilik ini, apa salahnya dia lakukan sekarang

Setiap perhiasan dan pelosok bilik itu diperhati, jari telunjuknya diletak dan diheret di atas kabinet kaca sebelum terjatuh ke sisi.. Bingkai gambar yang tergantung di dinding memaparkan wajah Puan Marissa bersama dengan seorang wanita yang anggun di sebelahnya diperhatikan

"Cantik" bibir itu menarik senyum

Bingkai gambar itu diturunkan dari tempat asalnya, belakang bingkai itu dilihat sebelum kunci yang dicarinya ditemui.. Adriana tersenyum sinis

Bertahun-tahun musuhnya ajak bermain, mana mungkin hal kecil seperti ini dia tidak dapat selesaikan.. Bingkai gambar itu digantung semula sebelum dia berlalu ke arah mejanya

Kunci disumbat dan dipusingkan, laci terakhir itu ditarik sebelum matanya dihidang dengan beberapa buah buku

Sebuah buku lusuh berwarna emas yang Adriana pasti adalah sebuah album gambar dibawa keluar, diletakkan tepat di hadapannya.. Dada yang berdebar ditenangkan

Kulit buku yang agak tebal dibuka perlahan-lahan sebelum matanya tertancap pada sebaris nama cantik yang elok diukir di atas kertas keras

"Tengku Kirana" membulat mata Adriana apabila membaca sebaris nama itu, dilihat berulang kali, tidak cukup dengan itu, nama itu disebut berkali-kali.. Mata ditonyoh sedikit apabila dia tidak percaya apa yang dilihatnya

"Tengku Kirana binti Tengku Haris" sekali lagi nama itu disebut.. What the hell is going on

Album itu diselak lagi, sekeping gambar memaparkan wajah atuknya yang tersenyum segak.. Di tepi gambar itu, tertancap sekeping lagi gambar seorang wanita yang tidak dikenalinya..Kedua-duanya masih muda

"Tengku Haris dan Zainab" berkerut dahinya.. Boleh tak dia nak mencarut sekarang? Rahsia apa lagi ni.. Rasa nak hentuk kepala dekat dinding je

Tok tok

Muka surat seterusnya yang mahu dilihat terus terhenti tatkala ketukan di muka pintu kedengaran

"Kak Mika?" terjenggul wajah Adam di muka pintu

"Ehem.. Ye?" Adriana berdehem sebentar.. Album tadi sudah selamat diletakkan semula di tempat asalnya.. Dikunci rapat seperti awalnya

"Abang hari tu datang" berkerut dahi Adriana cuba memproses.. Siapa abang hari tu? Sesaat, dua sesaat, tiga saat, dahi Adriana sudah hilang kerutannya.. Rafael huh

"Suruh dia masuk" Adam angguk sebelum berlalu pergi.. Adriana membetulkan duduknya, muka yang nampak serabut ditepuk-tepuk beberapa kali supaya kembali normal dan tenang seperti sediakala

"Hai my sweetie !" kenyitan mata dihadiahkan

"Kepala hangguk kau sweetie!" jelingan tajam dihadiahkan pada Rafael.. Macam-macam la mamat ni!

Tempat berhadapan Adriana diambil, jelingan Adriana diabaikan.. Senyuman manis dihadiahkan pada puteri di hadapannya

"Kau apahal senyum-senyum macam kerang busuk"

"Congrats!"

"For?" berkerut dahi Adriana.. Memang hari ni dahi dia kena selalu berkerut ke.. Boleh cepat tua la gini haish

"Misi kau"

"Aku tak sangka kau boleh bawak watak cam gini!" ibu jari diangkat.. Adriana tersenyum sinis

"Come on lah! Belasan tahun kot aku berlakon depan semua orang.. Setakat depan perempuan tu apa la sangat" Rafael tersentak sebelum keluhannya terlepas

"Look Adriana, aku—"

"Rafael, aku okey" Adriana tersenyum nipis.. Sekali lagi, keluhan terlepas dari bibir lelaki itu.. Sekeping sampul diletakkan di atas meja dan ditolak ke arah Adriana

"Lily Nafira" Adriana mengangguk, sampul itu diambil dan dibuka.. Setiap gambar perbuatan jenayah gadis itu ditilik satu persatu

"Kau tangkap je lah dia"

"Tak boleh.. Kalau aku tangkap dia hari ni, esok dia akan bebas semula.. Jadi, aku mesti cari lagi banyak bukti supaya ikat jamin sekalipun dia tak dapat dibebaskan"

"Mak mertua aku nak jodohkan dia dengan laki aku" gambar Lily diletak semula di atas meja

"Kau kata apa dekat mak mertau kau lepas tu?" Rafael mengangkat keningnya

"Aku pujuk dia lah — emm tak— aku merayu, kau gila ke nak bagi laki aku tu kahwin dengan perempuan gila ni.. Memang tak lah! Langkah dulu mayat aku" Adriana merengus perlahan, kenapa mummy tiba-tiba jadi lain macam lepas accident ni.. Haish!

"Aku rasa baik kau izinkan je"

"Kalau dia bunuh laki aku macam mana? Aku tak nak jadi janda!" tajam mata Adriana memanah anak mata Rafael.. Melampau hah!

Rafael berdehem kecil sebelum membetulkan duduknya.. Kakak! Janganlah tengok macam tu! Saya takut kak!

"Takpe, aku ada untuk ambil kau jadi bini"

"Aduh" tidak sampai sesaat dia menuturkan ayat itu, dahinya sudah merah dibaling pen.. Rafael memegang dahinya

"Aku tak nak kau" Rafael mencebik.. Jual mahal! Ceit

"Kau—" kata Rafael terhenti apabila telefon Adriana berdering.. Rafael hanya diam.. Jangan risau! Percakapannya selalu dipotong! Takpe, abang inspektor dah biasa

Dua pasang mata itu tertancap pada nama yang terpapar di skrin telefon

"Aku caw dulu lah, cik abang kau dah call" Adriana menghayunkan tangannya ke depan dan ke belakang gaya menghalau.. Rafael menjuih bibirnya

Sebaik Rafael menutup pintu biliknya, terus senyuman manis terukir.. Sudah dua hari lelaki itu pergi outstation, baru sekarang terdetik nak telefon dia.. Hehe gedik sangat tunggu Aryan call

"Hyee" sapa Adriana ceria

"Hm" terus menjuih bibir Adriana, nak jawapan lain, hmm je yang keluar

"Kenapa?"

"Kenapa apa? Awak yang call saya"

"Oh, aku ke yang call? Ha takpelah aku nak letak ni" tercengeng Adriana, apa masalah kau ni Aryan!

"Eh eh tunggulah! Jangan la letak lagi" dapat Adriana dengar Aryan tergelak kecil di sebelah sana.. Tak guna! Dia kena main ke sekarang ni? Okok Fine!

"Kau pergi rumah mummy masa aku takde?" soal Aryan

"Haah saya pergi.. Kenapa?"

"Mummy ada cakap apa-apa ke?"

"A—ada" hmm hmm hmm nak jujur ke nak tipu kalau soalan tu muncul.. Haih suami! Saya tak nak tanggung dosa

"Mummy cakap apa?" Adriana menggigit bibirnya

"Mummy nak awak kahwin dengan pilihan mummy"

"Oh" Adriana menggenggam penumbuknya.. Oh. Oh je ke! Woi! Aku hari tu bukan main merayu dekat mummy kau tahu tak!

"Awak setuju ke nanti?"

"Lepas tu kau kata apa dekat mummy" soalan Adriana dibiar sepi.. Adriana tersenyum sinis.. Heh

"Saya ehem saya merayu.. Saya kata ehem ehem ehem"

"Kau kenapa bahlul" terus Adriana mencebik.. Aku tak bahlul la

"Sabar la kejap"

"Ehem ehem" Adriana berdehem sekali lagi sebelum menyambung bicaranya

"Saya kata — ehem — can I have your son for the rest of my life? Say yes, say yes cause i need to know" Adriana diam sesaat sebelum menyambungnya kembali

"Lepas tu, mummy say I'll never get her blessing till the day I die. Tough luck, my friend, but the answer is 'no'"

"Why mummy gotta be like that? Don't she know i'm human too? Why mummy gotta be like that? I'm gonna life with you forever! Ha tu je la" Adriana tersenyum setelah selesai menghabiskan bicaranya.. Bukan bicara tetapi nyanyian

"Kau.Memang.Tak.Guna! Aku tengah serious la Adriana Mikayla" terletus tawa Adriana.. Isteri awak tengah seronok ni, jangan lah marah cik abang

"Kau tunggu aku balas bila aku balik nanti"

"Tengah tunggu la ni"

"Baguslah! Aku pun tak sabar nak balas" kecur air liur Adriana apabila mendengar suara sinis Aryan

"K bye" panggilan terus dimatikan dari orang sebelah sana.. Adriana menjeling telefon bimbitnya.. Sepatutnya dia yang letak dulu.. Nasib kau suami aku je tahu tak!

Tangan terus mencapai kunci dan membuka laci paling bawah sekali.. Buku tulis berwarna hitam diambil.. Mana tahu ada sejarah ke dalam ni.. Daripada biar lama-lama nanti, baik dia baca sekarang

Dengan lafaz basmallah helaian pertama dibaca.. Satu persatu dibaca dengan tenang dan dihadam walaupun sepatutnya sekarang dia meletup.. Nafas masih tenang walaupun dada sudah berkobar rasa nak tercabut.. Mata kian lama kian merah entah menahan marah atau menahan tangisan

Buku itu terus ditutup kasar

Adriana bangkit dari duduknya, baju diperbetul sebelum kaca mata hitam dipakai.. Gula-gula getah dimasukkan ke dalam mulut dan Adriana melangkah keluar dari bilik itu.. Sempat kepingan gambar Lily diselitkan ke dalam handbagnya bersama dengan buku hitam.. Album emas sempat diambil dan dipegang begitu saja








🌹
Double update untuk korang! ❤️🌹

Promote!

Gabriella Highschool - adiksemut

🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹

Continue Reading

You'll Also Like

Lanets By /zu:/

Teen Fiction

3M 305K 86
ใ€Œ completed ใ€ ใ€Œ inspired by Ouran Highschool Host Club ใ€ [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...
2M 79.8K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
75.3K 4.9K 63
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
216K 11.7K 63
Dia kasar.. Dia ganas.. Dia misteri.. Aku benci dia! Tapi.. Dia baik.. Dia lembut.. Dia romantik.. Yang paling penting.. dia hero aku.. "By hook or b...