Adriana Mikayla

By Qallera

393K 18.3K 7.2K

Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55

Part 38

7.7K 374 178
By Qallera

Guys, sebenarnya saya suruh pilih lagu je tadi hehehe. By the way thank you so much❤️🥺

Here we go!

🌹🌹🌹

Adriana yang mahu menekan pedal minyak terhenti apabila pintu belakangnya dibuka, membulat matanya melihat Qaisara dan Luqman yang sudah berada di seat belakang

"Korang buat apa ni?" soal Adriana tenang

"Kitaorang nak ikut kau" jawab Qaisara selamba

"Tolong keluar!" keras nada suaranya, tapi cepat sahaja Qaisara menggeleng.. Luqman hanya diam memerhati, ini semua kerana kerasa kepala Qaisara mahu mengikuti Adriana

"Kau nak mati ke?" air liur yang ditelan Qaisara terasa berpasir, dia menggeleng pula

"Jadi aku mohon kau turun"

"Aku selalu ikut kau kan!" mata Adriana tertumpu pada Luqman

"Kau jangan risaulah, Luqman tak macam kau jangka" Qaisara terus berkata memahami maksud tersirat Adriana, mana mungkin gadis itu mahu orang luar tahu tentang kerja yang dia lakukan sekarang sedangkan keluarga kandung gadis itu pun tidak pernah tahu

"Suka hati kau lah" Telefon yang berdering diangkat dan speaker ditekan

"Simpang 3 berdekatan kau" Qaisara mengerut dahi mendengar suara disebalik telefon Adriana, siapa pula gerangan itu

"Ok" hanya sepatah di jawab dan Adriana mula memecut, minyak ditekan laju.. Jika dia cepat, mungkin mereka akan terselamat

"Adriana-" panggil Rafael di sebelah sana

"Kita terlambat"

"Tak!" laju Adriana menjawab, dia pasti dia sempat

Tapi sangkaannya meleset apabila melihat sebuah kereta terbalik akibat terlanggar penghadang jalan, kereta itu dikerumuni ramai orang

Laju Adriana turun dan berlari ke arah kereta itu.. Qaisara dan Luqman yang berada di seat belakang tergamam sebelum mereka berlari mendapatkan Adriana

Kelihatan Adriana duduk memangku kepala seorang wanita separuh abad

"Mummy" hanya itu terkeluar dari bibirnya, kereta yang terbalik di hadapannya diperhati sebelum air matanya menitis

Mama

Papa

Daddy

"Ad—Adriana"

"Aku terlambat Qaisara" perlahan suara itu kedengaran, wajah berdarah di atas riba Adriana diperhatikan sebelum dia menekup mulut

"Mu—mummy Aryan" Adriana hanya diam

Pihak bomba dan polis mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta, hanya mummy Aryan selamat dikeluarkan terlebih dahulu sebelum pihak bomba tiba.. Mereka semua dibawa ke hospital

Baju putih Adriana yang kotor dengan darah mummy Aryan hanya dibiarkan, gadis itu duduk menunduk memandang lantai di hadapan bilik pembedahan. Qaisara dan Luqman turut berada di situ

Tidak lama kemudian, terdengar derap kaki berlari ke arah mereka. Adriana masih diam menunduk ke lantai. Mungkin menahan kesakitan yang menjalar ke hati, mungkin juga menahan tangisan dari terlepas

Kolar baju blouse yang dipakai Adriana dicekak oleh Kusya yang masih berbaju kurung.. Adriana hanya merelakan kerana dia

-

akan disalahkan lagi

dan dia merelakan segalanya tanpa ingin membela diri sendiri

"APA KAU DAH BUAT KALI NI HAH!" Adriana hanya memandang Kusya dengan pandangan kosong

"KAU TAK PERNAH SERIK KAN!" tubuh Adriana ditolak kuat sehingga gadis itu terjatuh ke atas lantai, membulat mata Qaisara sebelum menerpa ke arah Adriana

"TAK PUAS DENGAN BUNUH KHAIRA , KAU NAK BUNUH MAK AYAH SENDIRI PULAK?!" kali ini suara Tengku Khalif memetir buat pertama kalinya, Adriana mengemam bibirnya. Apa salah dia sehingga sering dituduh sebegini?

"TAK CUKUP DENGAN TU MAK AYAH ARYAN PUN KAU NAK BUNUH?!" merah mata Tengku Khalif memandang Adriana masih terduduk di atas lantai, mereka yang berada di situ hanya memandang kosong padanya.. Aryan sudah tersandar di atas kerusi

"KAU MEMANG TAK SEDAR DIUNTUNG" pipi Adriana ditampar kuat oleh Tengku Khalif. Qaisara terjerit kecil akibat terkejut, pantas dia menahan tubuh Adriana daripada tersembam ke lantai. Membulat mata mereka yang memerhati

"KALAU TAK IKUTKAN MAK BAPAK KAU SAYANG KAU, AKU TAK IZINKAN KAU JADI SEBAHAGIAN KELUARGA NI!" mereka semua hanya diam memerhati, tiada sekelit rasa ingin membela gadis itu

"KAU TU CUMA ANAK SUSUAN! SEDAR SIKIT YANG KAU TU MENUMPANG" panggilan paklong sudah bertukar kepada aku dan kau. Mereka yang mendengar apa yang terluncur dari mulut Tengku Khalif tergamam sama seperti Qaisara, mungkin kerana ini Adriana mengajak dia keluar esok tapi lain pula jadinya

"Nampaknya kau dah tahu, lepas ni jangan tunjuk muka kau lagi depan keluarga aku!" tutur Tengku Khalif setelah melihat riak Adriana yang masih biasa

Adriana mengangkat wajah memandang Adrian dan Adriz, mereka hanya memandang dia dengan riak kosong, tiada sedikit pun rasa ingin membela dirinya dan kasihan

"Tengku, maaf tapi Adriana tak bersalah" Qaisara cuba membela Adriana

"KAU DIAM!" terdiam Qaisara

"Tapi memang benar Adriana tak bersalah!" bela Luqman pula. Adriana tersenyum nipis, sekurangnya masih ada yang sanggup ingin membela

"KAU DIAM SEBELUM AKU HALAU KAU DARI SINI! KAU TU ORANG LUAR" buat pertama kalinya, mereka melihat Tengku Khalif semarah ini

"DAN KAU! KAU BLAH DARI SINI SEKARANG" tunding Tengku Khalif tepat ke wajah Adriana

Laju Adriana menggeleng tidak mahu

"KAU—" tidak sempat Tengku Khalif berkata, pintu bilik pembedahan terbuka

Doktor yang merupakan kenalan Luqman itu terdiam seketika sebelum Tengku Hakim dan Aryan menerpa ke arahnya

"Macam mana dengan adik saya doktor?"

perlahan-lahan doktor itu menggeleng

"Maaf, saya sudah cuba yang terbaik tetapi Tengku Alham, Puan Marissa dan Tengku Ahmad tidak dapat diselamatkan akibat hentakan kuat dan kehilangan banyak darah.. Takziah! Kita sama-sama doakan mereka tergolong dalam kalangan orang beriman" ujar doktor itu, mereka terduduk lemah

"Ibu saya?"

"Alhamdulillah, Puan Sri Rafidah dapat diselamatkan.. Ibu Encik sudah dipindahkan ke wad biasa" Aryan mengucap syukur, sekurang-kurangnya mummynya masih bernafas

Qaisara membantu tubuh Adriana untuk berdiri, Adriana melangkah mengikut jejak Aryan diikuti Qaisara dan Luqman di belakang

"Kau betul nak pergi dekat Aryan?" Adriana mengangguk tenang

"Kau okey?" soal Qaisara lagi

Adriana tersenyum nipis dan mengangguk lagi tetapi Qaisara tahu, gadis itu sedang menangis. Dia sudah kenal Adriana lama, jadi dia tahu Adriana bagaimana.. Tidak seperti keluarga gadis itu yang hanya tahu menuduh

Pintu wad mummy Aryan terus diselak setelah mereka tiba, Adriana membatu melihat wajah mertuanya yang calar balar.

Kau memang tak guna Adriana

kata hati gadis itu sendiri

"Keluar" hanya itu terpancul dari bibir Aryan, Qaisara mengerut dahinya

Adriana terus mengambil tempat duduk berdepan Aryan, mereka hanya dipisahkan dengan sekujur tubuh kaku Puan Sri Rafidah di atas katil

"Aku kata keluar!" keras suara itu kedengaran

Laju Adriana menggeleng

"Sa—saya nak jaga mummy" perlahan suara itu berkata

Luqman menarik lembut lengan Qaisara untuk keluar tapi gadis itu menepis

"Saya risau dengan Adriana" luah Qaisara

"Aryan suami dia" akhirnya Qaisara mengalah dan mengikut langkah Luqman untuk keluar

"Baik kau berambus sebelum benda lain jadi" lelaki itu masih tenang memerhati ibunya di atas katil

Adriana menggigit bibirnya bagi menghilangkan rasa sakit di dada, dia terlalu lama menahan tangis

"To—tolonglah, saya cuma ada awak" bibir yang bergetar digigit kembali, dia sudah tiada sesiapa selain Aryan selepas ini.. Hanya lelaki itu!

Tajam pandangan Aryan ke arah Adriana sebelum lelaki itu bangkit dan mengheret tubuh Adriana. Adriana ditarik secara paksa ke muka pintu

Tidak sempat Aryan menolak Adriana, gadis itu terus mendakap tubuh tegap Aryan erat

"Sa—ya perlu—kan awak"

"Aw—ak kata taknak tinggal—kan saya" tersangkut-sangkut suara Adriana, dadanya terlampau sakit saat ini

Pelukan pada tubuh tegap Aryan longgar sebelum dia jatuh melorot ke bawah, dadanya dicengkam kuat. Sakit! Terlampau sakit!

Aryan menunduk dan menarik tubuh Adriana untuk bangkit.. Tubuh isterinya dibawa duduk di atas sofa di dalam wad itu sebelum dia memandang Adriana yang agak kotor dengan darah yang masih melekat pada baju

"Kau nak mati ke!" gigi lelaki itu diketap kuat menahan rasa

"Kau dah bunuh bapak aku, kau masih nak tunjuk muka depan kau"

"Kau—" tidak sempat Aryan menghabiskan ayatnya, Adriana sudah melepaskan tangisannya

"To—tolong la percaya sa— ya tak buat"

"Sa—saya tak bunuh ayah awak" esakan yang tertahan dari tadi terkeluar dari bibir merah gadis itu.. Adriana menumbuk dadanya

"Sa—sakit!" kata Adriana dalam tangisan.. Aryan terus membawa tubuh isterinya ke dalam pelukannya

Aku tahu kau tak buat

🌹

Dipegang pipi Puan Marissa

Sejuk!

Kesian mama sejuk

Adriana tunduk mencium lama pipi mamanya penuh syahdu

Terima kasih besarkan Kayla mama, terima kasih sentiasa disisi Kayla bila Kayla sakit, terima kasih selalu sokong Kayla, terima kasih sebab jadi tongkat untuk Kayla terus berdiri, terima kasih sebab tak pernah bezakan Kayla dengan abang-abang.. Kayla minta maaf sebab selalu buat mama sakit, Kayla sayang mama dunia akhirat.. Kita jumpa dekat sana nanti eh

Setitis air matanya jatuh. Cepat-cepat Adriana mengelap air matanya sebelum beralih ke arah Tengku Alham

Wajah papanya sama seperti mama.. Sejuk!

Adriana tunduk mencium pipi Tengku Alham, lama sama seperti mamanya

Papa! Terima kasih main dengan Kayla masa kecil, terima kasih besarkan Kayla.. Terima kasih buat Kayla rasa macam papa ialah papa kandung Kayla, terima kasih selalu tenangkan Kayla dulu.. Terima kasih sentiasa jadi hero Kayla, terima kasih sangat-sangat papa.. Papa maafkan Kayla okey, Kayla banyak salah dengan papa.. Halalkan semuanya yang pernah Adriana ambil

Adriana cepat mangkit apabila air matanya tidak dapat ditahan lagi, Adriana melihat mentuanya pula.. Lama Aryan menatap wajah ayahnya sebelum lelaki itu bangkit berdiri

Tubuh tidak bernyawa kedua-dua ibu bapa mereka dikhafankan sebelum diletakkan ke dalam van jenazah

Tegak Adriana berdiri memandang pusara mama, papa dan mertuanya yang baru selesai dikebumikan.. Tiada sebarang esakan yang keluar dari bibirnya.. Rayban yang tersangkut di batang hidung menutupi matanya yang sembap.. Sakit! Terlalu sakit untuk menerima semua ini

Kenapa terlalu cepat

Langit yang mendung mula membasahi bumi dengan air hujan, semua berlalu pergi dan hanya meninggalkan Aryan, Adriana, Adriz dan Adrian..

Adriana mengambil tempat duduk bersebelahan Adrian, lama dia memandang kubur mama dan papanya

Tangan diangkat memegang batu nisan ibundanya. Dirinya terasa kosong

Bibir dikemam seketika mengelakkan tangisan terlepas, semua orang yang dia sayang satu persatu meninggalkannya. Adriana memegang dadanya yang makin terasa sakit.. Ditumbuk perlahan bagi menghilangkan rasa sakit

Lama mereka disitu sebelum Adrian dan Adriz bangkit dan berlalu pergi meninggalkan Adriana dan Aryan. Dentuman guruh menyedarkan Adriana yang sudah lama tenggelam dalam lamunan

Aryan yang sudah basah kuyup di hadapan pusara mertuanya dipandang.. Lelaki itu masih tegak duduk memandang kubur ayahnya.
Perlahan-lahan Adriana bangkit dan menuju ke arah Aryan

"Awak, kita balik ye" perlahan suara Adriana kedengaran, bahu Aryan disentuh

Aryan hanya mengangguk dan bangkit sebelum mereka berdua pergi berlalu pergi meninggalkan kubur orang yang tidak pernah penat membesarkan mereka

Mama papa, Kayla pergi dulu.. Selamat tinggal.. Ampunkan Kayla sebab tak sempat balas jasa mama dan papa

-

dan teruntuk daddy, Kayla akan jaga anak lelaki daddy sebaiknya

Bilik Adriana di dalam rumah agam Tengku Alham dituju oleh kedua pasangan suami isteri itu, daripada dalam kereta, mereka hanya diam tidak bercakap.. Aryan terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri

Telefon Aryan yang berdering mengalih perhatian Adriana, dia bangkit dan melihat gerangan yang menelefon

"Hello abang"

"Dhia"

"Kak, abang mana?" tanya adik Aryan lembut

"Abang tengah mandi, kenapa?" soal Adriana perlahan

"Mummy dah sedar, abang kena datang hospital sekarang"

"Hm nanti akak bagitahu abang, mummy macam mana?"

"Mummy okey cuma mummy tak nak bercakap-" terdengar getaran pada suara Dhia

"Kak datang hospital sekali ye?" pasti gadis itu penat, bergegas pulang dari luar negara kerana perkara sebegini berlaku, pelajarannya di universiti terpaksa ditangguhkan

"Akak tak boleh pergi, ada hal yang belum selesai" selepas ini peguam akan hadir ke rumah mereka untuk mebacakan wasiat yang telah diberi oleh Tengku Alham dan Puan Marissa

"Hmm takpelah, Dhia letak dulu"

Tidak sempat Adriana berkata lagi, Aryan sudah keluar dari tandas.. Adriana tersenyum nipis sebelum meletak telefon Aryan di tempatnya semula

"Dhia call, katanya mummy dah sedar. Awak kena pergi hospital sekarang.. Tentang Affiyah, biarlah saya jaga dia" Aryan mengangguk sebelum mengambil baju di dalam almari

"Hati-hati" Adriana menghantar pandangan mata melihat kereta Aryan yang laju membelah jalan raya

Affiyah yang dijaga oleh Kak Dahlia sejak tadi diambil, wajah budak kecil itu seperti takut akan dirinya. Adriana terus mengangkat Affiyah ke dalam dukungannya.. Diucap terima kasih kepada Kak Dahlia sebelum dua tubuh itu berlalu masuk ke dalam biliknya

"Affiyah takut dengan kakak ke?" perlahan- lahan Affiyah mengangguk. Adriana tersenyum nipis, ini mesti kerana budak itu pernah melihat dia berlaku kejam terhadap Khaira

"Akak minta maaf" tubuh Affiyah dipeluk erat, terkebil-kebil budak kecil itu di dalam pelukan Adriana

"Akak minta maaf buat Pia takut, akak minta maaf biarkan Pia jadi anak yatim pada usia macam ni— akak minta maaf" akhirnya esakan daripada bibir merah Adriana terlepas, semua salahnya. Salahnya kerana lambat dan akhirnya nyawa tiga insan tidak bersalah terkorban

Affiyah hanya diam dalam pelukan Adriana, tidak memahami apa yang dicakap tetapi tangan kecil budak itu laju menepuk belakang Adriana.. Mungkin Adriana mahu dipujuk sama seperti mummy buat kepadanya

"Akak, ane mummy ngan daddy? Fiya windu" soal Affiyah setelah tangisan Adriana berhenti

Adriana tersentak

"Da—Daddy dah takde sayang" sebak di dada cuba ditahan

"Daddy gi keje ke?" soal Affiyah lagi, mata bulatnya memandang mata Adriana meminta jawapan

Adriana mengangguk mengiyakan













🌹
Agak bosan tapi baca je lah🥺 I'm sorry🥺❤️🖐🏻

08.04.2020

Continue Reading

You'll Also Like

Lanets By /zu:/

Teen Fiction

3M 304K 86
γ€Œ completed 」 γ€Œ inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...
1.5M 78.3K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
763K 40.5K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...
37K 2K 15
𝓐𝓻π“ͺ𝓡𝔂𝓷 𝓀𝓢π“ͺ𝓲𝓻π“ͺ ~ 𝓑𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻π“ͺ𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3