Mine (Always & Forever) ✔️ Co...

De anissyaaa

272K 15.6K 870

Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos Mai multe

Prologue
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Epilogue
NOTICE eBook
Tumpang Promote
Appreciation giveaway
I need your opinion pls
LAST DAY PROMO
Promo ebook
Aydan Haqq's
CNY ebook promo
10 ebooks RM20 sahaja
PROMO RAYA
CONTEST VIDEO MENARIK

Bab 1

11.8K 526 17
De anissyaaa

Law 1

-eyes is the reflection of heart-

Sudah hampir sejam Adwa menunggu adiknya datang menjemputnya di stesen bas.  Namun bukan setakat batang hidung, panggilannya juga tidak berjawab.  Perasaan geram terhadap adik  bongsunya menggunung tinggi.

"Manalah kau ni Faris,  kalau aku dapat kau.  Siap kau, "

Tidak lama, hon kereta dibunyikan.  Dari jauh Adwa melihat adiknya itu tersengih.  Bertuah punya adik. Dengan perasaan geram yang menebal, Adwa menarik bagasi menuju ke kereta adiknya.

"Explain sebelum aku meletop, " kata Adwa setelah masuk ke dalam kereta. Dia berpeluk tubuh.

"Aku tertidur, " selamba Faris membalas.  Adwa mendengus geram. 

"Salah kau lah, " tambah Faris seraya memberi signal sebelum membelok ke kanan.

"Kenapa pulak salah aku? " Adwa menyoal keliru.  Apa yang aku buat?

"Sebab ummi suruh aku carikan barang-barang untuk kau.  Kau pulak,  tak ada masa yang elok sikit ke nak kawin? Dahlah last minute plan, " Faris mula membebel.

Adwa mengerut dahi.  Dia salah dengar kah?  Kahwin?  Siapa yang nak kahwin? 

"Siapa yang nak kahwin? " Adwa menyoal keliru. 

Faris menayangkan riak menyampah.  Apa yang bengap sangat kakaknya yang seorang ini. 

"Kaulah.  Siapa lagi? "

"Hah?! "

Faris menutup telinga.  Suara kkakaknya, takpakai micorphone pun boleh dengar satu kampung. 

"Kau pandu laju sikit, " Adwa sudah menggelabah.  Bila masa pulak aku nak kahwin ni.  Ummi, Abah. Apa semua ni.  Nak cari calon pun takkan tak tanya pada tuan punya badan dulu. 

"Faris!  Bawak laju sikit boleh tak? " Adwa menggesa adiknya.

"Kau nak kita accident ke apa? " tingkah Faris. Entah apa pulak masalah kakaknya. Dia sendiri tidak pasti.

"Jangan banyak cakap,  kalau kau taknak tengok kakak kesayangan kau ni menderita.  Kau bawak laju sikit, " Adwa mula kalut.

"Drama lah kau ni, " Faris menggeleng lemah.  Penat melayan kerenah kakaknya.

Tiba di rumah,  Adwa terus melompat keluar dari kereta sebelum sempat Faris mematikan enjin kereta.  Dia terus melaung memanggil Umminya.

"Woi kak,  beg kau ni.  Amiklah dulu, " laung Faris.  Nasib dia lah dapat kakak macam ni.

"Ummi, " Adwa terus menerpa umminya yang sedang bersembang dengan abahnya.

"Budak bertuah ni,  balik bukan reti nak bagi salam. " Puan Shilla membebel.  Adwa pantas bersalam dengan ummi dan abahnya sebelum mengambil tempat duduk bersebelahan umminya. Encik Sulaiman hanya sekadar menggeleng dengan telatah Adwa.

"Ummi betul ke Ummi jodohkan Adwa? " tanpa bengkang bengkok, Adwa menyoal.  Puan Shilla dan Encik Sulaiman berpandangan.  Masing-masing keliru.

"Umi tak jodohkan kamu.  Kamu sendiri yang cari, " balas Puan Shilla memandang satu-satu anak perempuannya.

"Apa maksud ummi? " Adwa menyoal keliru.  Bila masa pulak dia jodohkan diri sendiri. 

"Pihak lelaki kata,  kamu berdua setuju nak kahwin.  Lagipun abah rasa tak benda tu salah.  Lelaki tu pun cukup syarat untuk kahwin, " terang Encik Sulaiman menambahkan lagi kerutan di dahi Adwa. 

"Adwa cakap nak kahwin? " Adwa menyoal memandang ummi dan abahnya untuk kepastian.  Serentak Encik Sulaiman dan Puan shilla mengangguk.  Adwa diam.  Cuba mengingati.

"Siapa? " soal Adwa. 

"Kawan kamu.  Aakiff, " balas Puan shilla.  "Pandai kamu pilih.  Ummi sebenarnya memang dah lama berkenan dengan si Akiff tu?," ujar puan Shilla mengukir senyuman lebar.  Adwa ternganga.  Akiff?  Akiff Muhammad.  That heartless and emotionless friend of her.  Tak mungkin.

"Tapi aakiff tak kerja lagi abah, " kata Adwa.  Sebab dia tahu abahnya tidak akan setuju kalau bakal suaminya tidak mempunyai sebarang kerja untuk menyara anaknya.

Kali ini giliran Puan shilla pula mengerutkan dahi.

"Kamu tak tahu? "

Adwa keliru.  Apa yang dia tak tahu sebenarnya.  Aakiff muhammad. Apa yang kau dah buat ni???

"Bila tarikh kahwin? " soal Adwa.

"Dua minggu depan, "

Hampir sahaja terbeliak mata Adwa.  Dua minggu depan.

"Ini bukan main-main kan? "

"Ini betul betul.. Bukan cubaan.  Dah pergi mandi.  Ummi dengan abah ada nak bincang tentang ni,"

Macam orang mamai, Adwa melangkah ke biliknya.  Kenapa Aakiff tak bagitahu apa-apa kepadanya.  Adwa duduk di birai katil termenung.  Fikirannya kembali kepada episod beberapa hari yang lalu sebelum habis last paper.

**
'" Seronoknya dapat kahwin dengan pilot.  Hari-hari boleh melancong, " ujar Adwa setelah mendengar kawannya bercerita tentang sepupunya yang berkahwin dengan seorang pilot.

"Kau nak ke hari-hari kena tinggal, " Aakiff yang dari tadi sedang makan bersuara.  Adwa menjeling tajam.  Berangan saja bukan betul-betul.

"Betul tu Kiff.  Sepupu aku tu ada jugak mengadu, bosan duk kat rumah sorang-sorang, " Mawar menyokong membuatkan Aakiff mengukir senyuman sinis kepada Adwa. 

Adwa mencebik.

"Tak salah bercita-cita, " tingkah Adwa.  Aakiff senyum segaris.

"Lupakan sajalah,  kau takkan kahwin dengan pilot, " balas Aakiff yakin.  Adwa mengecilkan mata memandang Aakiff.

"Kalau aku kahwin dengan pilot, kau jangan datang, " balas Adwa geram.  Aakiff memang suka buat darahnya mendidih.

"We will see, " kata Aakiff memandang tepat ke arah Adwa.  Mata Aakiff menunjukkan keyakinan.  Adwa pantas mengalihkan pandangan.  Dia menelan air liur.  Tak guna punya Aakiff. 

**
Adwa menjerit geram.   Inikah yang dimaksudkan oleh Aakiff. Adwa pantas mencapai telefonnya. Nombor Aakiff didail.  Tidak diangkat.

Adwa menarik tudungnya dengan perasaan geram.  Mana kau Akiff..  Sekali lagi Adwa mendail.  Tetap tidak diangkat.  Dengan perasaan sebal, Adwa membaringkan badan ke katil.  Tanpa sedar dia tertidur kerana badannya masih kepenatan setelah 5 jam perjalanan.

Adwa menutup telinga apabila telefonnya tidak henti berbunyi.  Dia membiarkan sahaja telefonnya berbunyi sebelum ia senyap dengan sendiri.  Adwa kembali menyambung lenanya.

Sekali lagi telefonnya berdering membingitkan telinganya. Dengan perasaan malas,  Adwa menjawab panggilan tanpa melihat.

"Apa? " sapanya.

"Maghrib tak baik tidur, "

Secara automatik,  Adwa terus segar bugar. Aakiff.

"You owe me explanation," kata Adwa geram.  Dia terus bangkit dari perbaringan.  Sempat dia mengerling ke arah jam.  8.15 . Sudah masuk isyak.  Mujurlah dia cuti.  Kalau tak dapat dosa free.

"What explanation? " tenang Aakiff bersuara membuatkan Adwa semakin geram.

"Pasal kita nak kahwin ni la, " Adwa membalas geram. Dia berpeluk tubuh.

"So? " Aakiff membalas endah tak endah.

So? Boleh dia cakap so..  Ya allah si Aakiff muhammad memang takkan berubah.

"Apa so-so.  Asal tiba-tiba nak kahwin? " Adwa menyoal.  Masih lagi marah.

Aakiff mengeluh kecil. 

"Kau yang ajak aku kahwin, " balas AAkiff tenang. 

"Bila? "

"Kau dengan sikap lupa ingatan kau memang tak pernah berpisah kan, " sindir Aakiff.

"Kau takpayah nak sindir aku, " 

"Okaylah. See you on our akad nikah, bye.  "

Belum sempat Adwa membantah.  Aakiff terlebih dahulu mematikan panggilan.

"Dia tutup?  Takguna kau Aakiff, " Adwa mendengus geram.

"Bila masa aku cakap nak kahwinn... " Adwa menggaru kepala. 

Dia terus melangkah ke bilik air.  Usai mandi,  Adwa join ummi dan abahnya yang sedang bersembang diruang tamu.

"Kakak,  tadi Aakiff called.  Katanya sehari sebelum majlis mereka akan sampai.  Abah dah bookkan homestay untuk pihak lelaki.  Cuma masalahnya,  Aakiff bertegas nak setelkan semua bayaran. Kamu pujuklah dia, Abah boleh setelkan yang tu, " kata Encik Sulaiman rasa bersalah dengan bakal menantunya.

"Alaa abah, kalau dia nak sangat bayar.  Biarlah dia bayar, " rungut Adwa.  Rezeki. 

Puan shilla menepuk perlahan paha anaknya itu.

"Apa cakap macam tu, " Sekali umminya memberi jelinga, Adwa terus mengalah.

Adwa masih tidak puas hati.  Bagaimana Aakiff ada nombor abah dan umminya.  Dahtu,  mesej abah boleh balas.  Mesej aku tak reti nak balas pulak. Memang nak kena betul si aakiff ni.

Ralit berbual, satu memori menerjah ke fikirannya.

"jom kahwin. "

"Bila? "

Automatik Adwa terdiam.  Dia menarik nafas kasar.  Oh my god.

"Jom kahwin? "

"Kau memang dah gila Adwa. " Adwa bersuara membuatkan Encik Sulaiman dan Puan shilla memandang pelik ke arahnya.

"Kenapa aku cakap mcam tuuuuu..  Apa yang aku pikir, " Adwa meraup wajahnya.  Ini semua idea gila aku.  Puan shilla memandang suaminya.  Encik sulaiman sekadar mengangkat bahu.

"Kau memang dah gila Adwa.  Dah gila.  Tapi dah kenapa pulak si Aakiff tu setuju, " Adwa masih membebel sendirian. Rasa macam ingin hantuk kepala di dinding saat ini. 

Habislahh?!! Dalam masa dua minggu lagi,  dia akan bergelar isteri kepada Aakiff Muhammad.  Aakiff seorang yang lansung tak romantik,  tak sweet.  Apa nasib kau Adwaaa... 

Continuă lectura

O să-ți placă și

205K 13.6K 38
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
2.5M 62.7K 88
Dua hati disatukan tanpa ikatan cinta. Bukan paksaan keluarga. Bukan kerelaan hati. Tengku Ammar Mukhriz mengahwini Nur Rania Erynna tanpa mengenal...
107K 9.9K 84
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan...
685 94 23
⋅•⋅⊰∙∘☾ 𝑻𝒉𝒆 𝑩𝒆𝒕𝒘𝒆𝒆𝒏 𝑼𝒔 𝑽𝒐𝒍 2☽∘∙⊱⋅•⋅ Started - 21 July 2023 End - 13 Oktober 2023 ALVIRA XAVIERA AURALIE. Adik hongsu dan anak terakhir...