Adriana Mikayla

By Qallera

393K 18.3K 7.2K

Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55

Part 29

5.2K 258 52
By Qallera

Adriana duduk di beranda menunggu sang suami pulang dari tempat kerja.. Rindu di hati cuba di simpan kemas, tidak mahu menelefon malah menghantar mesej.. Takut menganggu sang suami sedang bekerja

Tidak lama kemudian, kereta Audi i8 memasuki perkarangan rumah.. Bibir ditarik hingga menunjukkan lesung pipit yang jarang kelihatan, cepat-cepat Adriana memasuki bilik dan menyarungkan semula tudung di kepala

Tangga diturun dengan laju, terlihat kelibat mummy yang sedang membaca majalah di ruang tamu

"Hi mummy!" Adriana menoleh seketika ke arah Puan Sri Rafidah kemudian terus memecut ke muka pintu.. Puan Sri Rafidah hanya menggeleng kepalanya tanpa mempedulikan Adriana

Serentak itu pintu dibuka oleh Aryan dan Adriana.. Aryan terkejut melihat Adriana yang tersenyum di depan muka pintu tetapi cepat-cepat dia berdehem

"Apa kau buat dekat sini?" tanyanya dingin

"Sambut awak balik lah, sini" beg kerja Aryan diambil oleh Adriana lalu tangan berurat itu disalam hormat

"Awak nak air tak? Saya boleh bancuhkan" tanya Adriana lembut

"Tak" Aryan terus melencong ke arah Puan Sri Rafidah, beliau hanya tersenyum melihat anaknya sudah pulang dari bekerja

Aryan tunduk mencium hormat tangan yang membesarkannya itu selama ini

"Yan naik dulu mummy"

"Ha ye,, kejap lagi turun.. Mummy nak borak dengan kamu" Aryan hanya mengangguk.. Adriana yang hanya melihat dipandang sekilas sebelum dia mendaki tangga.. Cepat-cepat Adriana mengikut dari belakang

"Awak,, awak penat kan? Saya boleh tolong urutkan"

"Tak perlu!" balas Aryan tanpa melihat ke arah Adriana

"Awak nak makan? Saya panaskan lauk"

"Tak!"

"Awak nak—"

"Kau diam boleh tak!" jerkah Aryan, terhinjut bahu Adriana

"Ta—tapi saya cuma nak tolong awak"

"Tak payah dan tak perlu! Aku boleh buat sendiri! Jaga diri kau je!"

"Tapi tu semua kan tugas saya sebagai isteri"

"Isteri atas kertas!" tekan Aryan

"Tapi saya tetap isteri awak" Aryan merengus kuat

"Kau berbunyi lagi aku tak teragak-agak nak sakitkan kau! Kalau aku kata tak payah tu maksudnya tak payah! Jangan berani kau nak lawan!" Adriana hanya mendiamkan diri selepas itu,, kalau api lawan api entah apa yang bakal terjadi antara dia dan Aryan nanti

Pintu tandas dihempas kuat, Adriana hanya mengeluh perlahan sebelum melabuhkan duduknya di atas sofa

Apa boleh dia buat?

🌹

"Kau kemas barang-barang kau cepat"

"Kita nak pergi mana?" soal Adriana pelik,, takkan honeymoon kot? Tiket tulis lagi seminggu

"Kita pindah rumah aku"

"Rumah awak dekat mana? Besar tak? Banglo or teres?"

"Kau jangan cakap banyak boleh tak? Aku suruh kemas tu kemas je la!" cepat-cepat Adriana mengangguk

Mungkin perihal rumah ini yang diborakkan oleh suaminya dan mummy dibawah tadi,, akibat malas mahu masuk campur,, dia hanya sumbatkan nasi di dalam mulut tanpa mencelah

Segala pakaian yang baru dikemas semalam dibawa masuk ke dalam 'luggage' semula,, kira-kira dua beg baju miliknya yang perlu ditarik ke tingkat bawah.. Punyalah payah dia bawak naik 'luggage' ini pada hari pertama dia harus tinggal di sini, sekarang senang-senang sahaja suruh dibawa turun

Selesai sahaja menyusun baju miliknya dengan rapi dan kemas,, Adriana menolak kedua-dua 'luggage' yang berwarna merah jambu itu ke tepi dinding.. Kaki di atur ke arah Aryan

"Awak"

"Erm" Aryan hanya melihat ke arah skrin telefon tanpa memandang Adriana

"Nak saya tolong kemaskan baju awak?" sejak tadi Aryan hanya duduk tanpa mengemas baju miliknya, mungkin menunggu Adriana datang memberi 'rescue' ?

"Tak perlu, baju aku dah ada dekat sana"

"Ouh okey.. Jomlah, saya dah siap kemas"

"Hmm"

Aryan terus berdiri dan meninggalkan isterinya.. Kunci kereta di atas lampu meja diambil sebelum Aryan melangkah laju ke tingkat bawah

Adriana hanya memandang dari belakang sehingga hilang bayang Aryan dari situ, muka simpati yang dibuat sedari tadi tidak langsung dipandang oleh sang suami

"Dia buat der je?"

"Haih nasib kau lah Adriana" ingatkan dah ada suami boleh lah tolong angkat 'luggage',, rupanya tak.. Kehidupannya masih sama! Cuma perlu mendengar arahan daripada Aryan agar tidak dilabel sebagai 'isteri derhaka'

Luggage ditarik perlahan-lahan menuruni tangga,, mana tahu kalau ada tangga yang sumbing ke disebabkan perlakuan kasarnya nanti, lebih baik dia hindarkan diri daripada perlu menahan diri dimarahi mummy nanti.. Kalau ini rumahnya, sudah lama 'luggage' itu ditarik senang hati dengan laju

"Awak tunggu jap eh" pintu penumpang yang dibuka hanya dibiarkan sahaja selepas dia meminta Aryan untuk tunggu, bonet kereta ditutup cepat setelah dia memasukkan luggage ke dalamnya lantas terus berlari semula memasuki rumah

Puan Sri Rafidah dicari.. Adriana memanjat tangga dengan laju lalu pintu bilik Affiyah ditolak perlahan.. Adriana menjenguk ke dalam bilik tersebut dan kelihatan mummy sedang menemani Affiyah tidur

Perlahan-lahan Adriana mendaekati Puan Sei Rafidah tanpa menghasilkan bunyi.. Mummy yang sudah tahu Adriana di dalam bilik Affiyah hanya memandang sekilas,, malas mahu bermesra

"Kenapa mummy tak turun?" soal Adriana perlahan

"Buat apa pulak mummy nak turun?" soal mummy semula dingin

"Erm,, anak-anak mummy kan nak pindah rumah dah" Adriana tersengih dengan mata membentuk 'puppy eye'

"Mummy dah jenguk anak mummy tadi, kalau kau, mummy rasa tak payah kot, kau bukan anak mummy" tersentak Adriana tetapi cepat-cepat dia mengawal semula wajah

"Tapi Adriana kan menantu mummy"

"Menantu tak diiktiraf" tekan Puan Sri Rafidah

Adriana hanya tersenyum.. Tangan mummy diambil lembut dan dikucup penuh kasih

"Mummy, Adriana pergi dulu ye"

"Hmm"

Adriana beralih pula ke arah Affiyah yang hampir terlena itu.. Adriana membongkokkan sedikit tubuhnya.. Pipi gebu itu mahu dicium sekilas tetapi cepat Puan Sri Rafidah menegur

"Ha nak buat ape tu? Kata nak pindah kan? Pergilah cepat"

"Ad—Adriana nak cium pipi Pia"

"Tak perlu, kuman apa pula nanti melekat kat pipi anak munmy" perlahan-lahan tubuh yang membongkok tadi ditegakkan semula

"Sorry mummy, bye!" Adriana melambaikan ke arah Puan Sri Rafidah dan berlari pecut ke bawah

"Nanti ada masa, Adriana datang sini"

"Tak perlu"

"No no no! Adriana datang juga okey" terus Adriana memecut ke bawah, takut juga mahu menghadap Puan Sri Rafidah.. Nasib baik wanita tua itu masih menggelar dirinya sebagai 'mummy' kalau tidak, sekarang juga dia balik ke rumah mama

"Kau pergi mana? Macam sloth" berdesing telinga Adriana, baru je masuk kereta nak ambil feel baru,, ni dah kena panggil sloth

"Saya jumpa mummy tadi"

"Buat apa kau jumpa mummy?" Aryan menurunkan handbrake lantas mengundurkam kereta ke belakang sebelum mulakan perjalanan ke rumahnya

"Saya pergi salam je"

"Ooo,, nak pula mummy tengok muka kau"

"Ap—apa maksud awak" perhatian Adriana tertumpu kepada Aryan seratus peratus

"Kalau bukan disebabkan kau, tak payah aku susah-susah keluar malam pindah rumah—

Mummy benci tengok muka kau, muka yang dah bunuh menantu kesayangan dia"

"Tak pe lah kalau mummy benci.. Yang saya tahu, awak okey je dengan saya" balas Adriana setelah hampir 5 minit berdiam diri

"Aku boleh tahan dengan kau pun hanyalah sebab janji aku pada papa.. Kalau tak dah lama aku bunuh kau" kata Aryan tepat melumat-lumatkan lagi hatinya yang sudah sedia hancur sejak beberapa tahun lamanya

Adriana diam,, rohnya melayang memikirkan sesuatu hingga tidak perasan kereta yang dinaiki sudah berhenti di hadapan sebuah apartment

Pintu kereta yang ditutup menyedarkan Adriana dari sebuah lamunanya.. Cepat-cepat Adriana keluar dari kereta dan mengeluarkan semua beg roda miliknya

Ditarik dua buah beg roda itu mengikut langkah Aryan ke 'lift'

Masuk sahaja ke dalam rumah milik Aryan, Adriana terpana.. Walaupun hanya sebuah apartment, tapi kecantikan di dalamnya mampu memikat hati seorang wanita.. Bak kata Mak Nah, rumah idaman

Tapi langkah Adriana terhenti apabila mengingati sesuatu.. Aryan yang baru hendak membuka langkah ke biliknya terhenti apabila mendengar Adriana memanggil namanya.. Kening diangkat tanda 'apa'

"Kenapa awak tak ceraikan saya?"

Selepas sebaris soalan itu terpancul dari bibir merah Adriana, Aryan tergelak sinis.. Jujurlah cakap, siapa yang dengar akan sakit hati

"Kau nak aku ceraikan kau ke?"

Adriana terdiam

"Anytime Adriana,, anytime aku boleh ceraikan kau.. Kalau kau nak, sekarang pun boleh"

Perlahana-lahan Adriana menggeleng sambil menunduk ke lantai.. Dia tidak mahu memegang tittle 'janda' ketika masih muda

"Tahu pun kau.. By the way, bilik kau hujung sana"

"Awak" panggil Adriana lagi

"Apa yang kau nak lagi ni perempuan!" tajam mata Aryan memandang Adriana

"Awak tak sayangkan saya ke?"

Aryan merengus

"Apa ke bengap sangat kau ni? Aku tak pernah sayangkan kau, sikit pun tak pernah.. Susah sangat ke nak sedar diri"

Adriana mengeluarkan kertas yang dijumpainya tadi pagi dan ditunjukkan kepada Aryan.. Membulat mata lelaki itu

"Kalau awak tak sayang, kenapa ada benda ni!"

"Mana kau dapat?" Aryan mengetap giginya,, bergerak-gerak rahang milik lelaki itu.. Tepat Aryan menikam mata Adriana.. Kecut perut Adriana dibuatnya

'Apa aku buat ni ya Allah'








🌹
Sorry lambat

-29.12.2019-

Continue Reading

You'll Also Like

40.3K 2.7K 40
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
EVERISA By liz

Teen Fiction

115K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
1.2M 93.9K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...
57.7K 3.8K 82
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...