Lagenda Kerajaan Reutus

By Lousylouss

18.8K 1K 42

"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Ve... More

PROLOG (Updated)
Mimpi - New Update
Planet Reutus
Rantai loket
Makmal- New Update
Holiday!
Bimasakti Highway
Luar biasa
Ketua Planet
Take a break
Umbrella
War 1 (Food & Water)
Krisis memburuk
A little help?
Satu syarat
Kerja Lapangan
Agenda tersembunyi
Devil's Dungent
Uneasy
Percubaan
Survive
Heudus city
Terhenti (updated)
Space elevator (New update)
Katerina (New update)
Pakatan rahsia
Waterfall
Healing
Pesanan penaja
Anger
Excited
2nd war (Serangan burung gergasi)
Tidak dijangka
It is the end already?
3rd war ( Robotic & Black Entities)
Post war
Venom House
Big Boss
Hospital
An attack
Horibbly sick
Dua sejoli
The truth
Cheerful morning
Dinner ( New Update)
Hallusination(New Update)
Perangkap (New Update)
Gertak
Is he still alive?
Getaway
It's over
Priosior Planet
Diamond necklace
Kate's upset
Farewell (New update)
Getting ready
Welcome home
An accident
The star
Kejutan
Abang Venus?
Terkenang
Lari?
Is it a dream?
Just a friend
Pertemuan mengejut
Adam's side
Venus side
Tragedi Kecil
Bersama atau berpisah? : Finale
Nota penulis

Mimpi indah

238 7 3
By Lousylouss

Jet laju berkuasa tinggi gagah membelah angkasaraya yang dipenuhi dengan bintang dan asteroid kecil di sepanjang jalan.

"Rindunya nak tengok pemandangan angkasa! Finally dapat jugak. Thanks Vens!"

Seperti biasa Arissa tersenyum menoleh ke arah lelaki bertubuh tegap itu. Lelaki itu cuma tersenyum simpul. Tercapai akhirnya hasrat dua orang gadis bumi itu.

Laura pula ralit menikmati pemandangan indah di kiri dan kanan beliau. Jantungnya bagai nak melompat keluar rasanya.

Planet asing yang berbagai warna menarik perhatiannya. Sesekali jet mereka berpapasan dekat bintang-bintang yang bergerak laju.

Cantik sungguh!

"Gelap je aku nampak." Getus Pluto perlahan. Dia turut menjengah ke tingkap.

Gelap je dia nampak. Apa yang menarik pun dia tak tahu.

Arissa mencebik. Sibuk je mamat rambut kuning ni. Rambut kuning itu seperti mahu ditarik-tarik biar gugur semua. Padan muka botak!

"Diamlah. Kau tu yang tak reti menghargai keindahan angkasa raya ni." Balas gadis itu. Dasar hati batu!

"Eh, budak ni. Aku hari-hari hadap pemandangan angkasa rayalah. Nampak biasa saja pada mata aku." Pluto menyilangkan kakinya pula.

"Ceh, riak betul." Arissa mendengus. Geram dia melihat muka poyo Pluto yang tersengih senget.

Geram nak sekeh je. Haishh.

Venus yang sibuk meneliti skrin di hadapan hanya menggeleng kepala mendengar pergaduhan mereka berdua.

"Hai budak ni. Aku kahwinkan kau orang baru tahu. Dulu elok je bercinta, ni kenapa asyik gaduh pula?" Soal lelaki berambut coklat itu dengan tenang.

Pluto menggosok rambutnya dan tertawa kecil. Dia menjeling pujaan hati yang bermasam muka dek kerana perselisihan merepek mereka tadi.

"Saja Vens. Rindu nak gaduh dengan dia. But don't worry. I still love her so damn mucch."

Dia buat wink pada Arissa yang kebetulan bersabung mata dengannya. Arissa kemudian mengecil mata dan menjelirkan lidahnya.

"Ewerkk..Geli aku dengar. Simpan jelah sayang kau tu." Gadis itu mencebik.

Menyampah. Ingat sweetlah tu.

Pluto hanya tersengih melihat reaksi gadis itu. Mereka nampak macam tegang dari luar, tapi dalam hati ada taman bunga.

"Hahaha. Garang-garang aku makin sayang ni.."

Arissa membulatkan mata. Eh, miangnya dia ni! Siap kau!

"Aduh..kalau iya pun jangan main gigit..Sakitlah!" Lelaki kurus itu terkial-terkial melepaskan diri apabila Arissa mengigit lengannya.

"Ah, ada-ada saja korang ni. Haih, lantak koranglah." Vens membetulkan rambut yang terjuntai. Dia mencapai jus oren di atas meja dan melangkah mendekati Laura.

Gadis berambut blonde itu kelihatan termenung merenung ke luar tingkap.

"Laura are you okay? Senyap saja dari tadi? Ni minum sikit."

Gadis itu menoleh dan tersenyum. Dia mengambil segelas jus yang dihulur Vens.

Venus menekan sesuatu di papan kunci di panel hadapan. Seketika keluar imej planet yang berwarna warni dan suara robot memberitahu mereka jarak dan waktu mereka bakal sampai ke planet tersebut nanti.

Panel manual ditukarkan kepada automatik. Mesej juga sudah dihantar untuk memberitahu mereka akan mendarat kelak.

"Nah i'm okay. Aku just menikmati pemandangan. I miss the float planets and stars all over the space. Thanks awak bawa kami jalan-jalan." Dia menyisip jus oren. Sedap.

Satu senyuman diberikan kepada lelaki yang ralit merenungnya sejak tadi. Haih, dah kenapa pula ni?

Muka aku sememeh sangat ke?

Dia menoleh untuk melihat biasan wajahnya di cermin jet. Rambut blondenya yang terjuntai ke dahi diselit ke telinga. Aih, okay je muka dia.

"Why are you staring at me?" Wajahnya dibuat-buat garang. Realitinya dia nak sorokkan muka dia bawah kerusi. Mukanya sudah merah menahan segan.

Pluto menahan ketawa melihat gelagat teruna dan dara.

"Haih..remeo nak mulakan drama pukul 7 dahhh." Perlinya sambil mencuit Arissa yang sudah separuh mamai.
.
Venus melayang perlahan ke belakang sebelum kembali ke tempat duduknya dan mengenakan seat belts.

"Wow. Your face turn red. Just like toto."

Laura tenganga. Toto?

"Toto?" Soalnya sambil mengerutkan dahi.

"Buah bulat yang mummy kau letak dalam makanan tu. Warnanya merah kan? Aku suka rasanya masam-masam."

Buah merah?

Letak dalam makanan?

Rasanya masam?

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

"Maksud kau tomato?" Arissa memandang Vens yang kelihatan yakin dengan jawapannya.

Satu saat...

Dua saat..

Ruangan jet itu dipenuhi dengan gelak ketawa. Ada patut tomato jadi toto? Lawak apakah ini?

"Muka kau konfiden gila pula tu." Pluto yang paling kuat ketawa. Lelaki itu menekap perutnya menahan senak akibat terlalu banyak ketawa.

Vens..Vens..

"Habis tu toto tu apa?" Soalnya sambil menggaru pelipis kanannya. Senyuman senget diberikan.

"Kalau di bumi, toto tu adalah alas tempat tidur." Terang Laura yang masih mengekek ketawa.

"Rasanya aku patut belajar banyak benda fasal bumi. A lovely place to visit."

"Kami sedia membantu kau, Vens. Tanyalah apa yang kau nak tahu. Kalau kami tahu, kami jawablah."

Jet menghampiri Pearl planet. Sila siap sedia untuk pendaratan.

Laura dan Arissa berbalas pandang. Kilauan planet itu sentiasa membuatkan mereka terpukau dan terpesona dengan keindahannya.

Tujuan mereka ke situ bukan sahaja untuk jalan-jalan tetapi dengan satu lagi tujuan iaitu...

Berjumpa dengan Katerina! Masih teringat lagi tentang kedatangan pakcik Greg dan pakcik Venom ke bumi untuk memujuk mereka berjumpa dengan Katerina.

Katanya gadis cantik itu bersedih dan berkurung sejak mereka meninggalkan planet itu 3 tahun lalu.

Jangan risau Kate, kami juga rindukan kau!

Laura menyapu sisa air mata. Pandangannya dilepaskan ke arah luar tingkap. Beberapa gugusan bintang melepasi jet yang dinaiki.

🌟🌟🌟🌟

Video tiga orang gadis sedang riang bermain di air terjun pelangi ditenungnya lama. Banyak memori mereka diabadikan dalam memori digital dinding biliknya.

Apa khabar mereka berdua agaknya? Dia mengeluh lembut. Sejak mereka berdua pulang ke planet asal mereka, dia sering menyendiri dan termenung.

"Cik Kate, sudah tiba waktu makan." Beberapa jenis cendawan pelbagai warna disuakan padanya.

Dia menoleh dan menekan butang kecil di sisi katil. Video terpapar tadi serta merta terpadam.

Robot pembantu meletakkan dulang kecil di atas meja berdekatan anak majikannya.

" Saya keluar dulu, cik."

Senyuman manis terukir di bibir robot wanita itu.Dia melangkah keluar untuk menyambung tugasan membersihkan rumah pula.

Katerina hanya merenung cendawan berwarna warni yang terapung itu. Dia tidak lapar. Perutnya terasa sebu.

"Ini makanan kamu? Hanya makan ini saja ke??" Gadis itu berkerut memandangnya menelan satu persatu cendawan aneh yang terapung itu.

Katerina tergelak kecil. Naif sungguh sahabatnya dari bumi ni.

"Kalau Laura nak tahu, inilah makanan harian kami. Kami menggelarnya sebagai Ferium."

Laura dan Arissa terlopong. Makanan harian? Kalau di bumi, cendawan dimasak sebagai sayuran dan dimakan dengan nasi atau mee.

"Boleh kenyang ke?"

Laura menguis cendawan berwarna ungu. Cantiknya!

Biar betul mereka makan cendawan saja? Makanan mereka tak ada variasi ke?

Katerina mengangguk sebelum menyambung hujahnya.

"Di Pearl, zaman nenek moyang kami sama seperti kamu. Mereka menternak burung dan arnab serta bercucuk tanam. Hasil itulah dibuat bahan makanan."

"Namun sejak 100 tahun lalu, burung dan arnab makin pupus kerana persekitaran terlalu sejuk. Tanaman tidak banyak yang membuahkan hasil. Banyak yang beku dari yang berbuah.

"Oleh itu, datuk saya juga seorang saintis, telah menemui ada sejenis cendawan yang boleh hidup dalam suasana sejuk sebegini. Rasanya yang lemak manis akhirnya merungkai masalah kekurangan bekalan makanan di planet kami. Ia dinamakan Ferium" Terang Katerina panjang lebar.

Dia bangun dan menuju ke pinu biliknya.

"Mari ikut saya ke dapur. Saya tunjukkan jenis Ferium yang ada." Pintu bilik Katerina terbuka dan kemudian tertutup sendiri setelah mereka bertiga melangkah keluar.

Kredit: pinterest

Gadis berdua itu tergamam.

Itu...

Cendawan..

Tapi warnanya ada pelbagai.

Cantik sungguh!

" Ferium warna putih itu bekalkan karbohidrat. Kuning bekalkan protein, merah bekalkan lemak. "

"Ferium coklat mengandungi mineral dan ungu mengandungi serat yang diperlukan dalam badan."

Wah, begitu rupanya. Satu jenis sahaja boleh beri mereka pelbagai nutrien penting. Yang beza cuma warna sahaja.

Jika di bumi, pelbagai makanan mengandungi nutrisi yang berbeza.

Roti, jagung dan kentang sumber karbohidrat.

Daging,susu dan telur pula merupakan sumber protein.

"Yang warna biru itu pula beri kami vitamin dan mineral tambahan supaya kulit kami kekal cantik dan awet muda."

"Er.. Kate.." Laura menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Katerina tersenyum memandang budak berdua yang berkerut sejak tadi.

"Mesti kamu berdua ada banyak soalan kan? Tanyalah."

"Kalau penduduk Pearl sakit, makan apa?"

"Untuk pengetahuan awak berdua, kami sangat jarang sakit. Sekiranya sakit, kami akan diberi Beberus."

Kredit: pinterest

"Wah, bunga ros warna-warni!" Laura menjerit girang.

"Cantiknya!" Teriak Arissa pula.

Ini kali pertama mereka melihat bunga yang sangat cantik begini.

"Setiap rumah di sini, ada menanam beberus. Ia berfungsi untuk menyembuhkan segala jenis penyakit."

"Wahh!" Dua gadis bumi itu membulatkan mata kagum. Seriuslah?

Speechless dibuatnya.

"Kami akan salai di atas api dan diperah dengan jus Ferium dan diminum.Pesakit selalunya akan sembuh dalam jangka masa sehari."

"Kate!"

"Kate!"

"Katerina!" Suara garau itu memanggil kuat.

Katerina tersedar dari kenangan 3 tahun lalu. Dia mengangkat wajahnya. Air mata yang bersisa disapu.

"Kamu tak apa-apa?"

"Erm, Kate okay. Papa tak perlu risau." Kate tersenyum tawar. Harap papanya tidak perasan yang dia menangis.

"Papa ada salai beberus. Jangan lupa makan ya. Muka kamu pucat tu."

Wajah separuh abad itu tampak risau. Anak tunggalnya itu seakan murung dan tidak bermaya.

"Baik papa. Nanti saya makan."

"Kamu sunyi Kate? Papa boleh panggilkan Helda atau Yeri untuk meluangkan masa dengan kamu?"

Kate tersenyum tawar. Mereka kawan yang baik dan prihatin. Cuma mereka tak sama dengan dua gadis bumi itu.

Sangat lain!

"Tak perlu. Kate mahu bersendirian. Harap papa faham." Dia memegang lembut kekura tangan papanya.

Sayang betul dia pada insan yang membesarkannya selama ini. Dia tidak mahu papa kesayangannya bersedih.

Greg mengangguk. Rambut emas Kate dielusnya perlahan.

"Kate berehatlah ya. Jangan lupa makan beberus dan ferium tu ya."

Susuk tubuh tegap itu berlalu. Dia berharap anaknya akan kembali ceria dan bersemangat.

Tapi bagaimana?

🌟🌟🌟🌟

Continue Reading

You'll Also Like

3.1K 290 30
#BOOK_3 I choose dare to know the truth in your heart. ©️cikanggun | 2023 [Based on a true story] cover by @yourainynight <33 ‼️short story & short...
294K 16.1K 41
Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan ayah angkatnya, Lisara terpaksa mewarisi sebuah rumah agam di kawasan pedalaman milik mendiang Julius Acker...
5.4K 36 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
139K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...