ADAKAH MASIH CINTA

By qtprinc3ss

846K 25.7K 961

Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Meg... More

🌺 SPECIAL INFO 🌺
ADAKAH MASIH CINTA 01
ADAKAH MASIH CINTA 02
ADAKAH MASIH CINTA 03
ADAKAH MASIH CINTA 04
ADAKAH MASIH CINTA 05
ADAKAH MASIH CINTA 06
ADAKAH MASIH CINTA 07
ADAKAH MASIH CINTA 08
ADAKAH MASIH CINTA 09
ADAKAH MASIH CINTA 10
ADAKAH MASIH CINTA 11
ADAKAH MASIH CINTA 12
ADAKAH MASIH CINTA 13
ADAKAH MASIH CINTA 14
ADAKAH MASIH CINTA 15
ADAKAH MASIH CINTA 16
ADAKAH MASIH CINTA 17
ADAKAH MASIH CINTA 18
ADAKAH MASIH CINTA 19
ADAKAH MASIH CINTA 20
ADAKAH MASIH CINTA 21
ADAKAH MASIH CINTA 22
ADAKAH MASIH CINTA 23
ADAKAH MASIH CINTA 24
ADAKAH MASIH CINTA 25
ADAKAH MASIH CINTA 26
ADAKAH MASIH CINTA 27
ADAKAH MASIH CINTA 28
ADAKAH MASIH CINTA 29
ADAKAH MASIH CINTA 30
ADAKAH MASIH CINTA 31
ADAKAH MASIH CINTA 32
ADAKAH MASIH CINTA 33
ADAKAH MASIH CINTA 35
ADAKAH MASIH CINTA 36
ADAKAH MASIH CINTA 37
ADAKAH MASIH CINTA 38
ADAKAH MASIH CINTA 39
ADAKAH MASIH CINTA 40
ADAKAH MASIH CINTA 41
🌺 ADDITIONAL INFO 🌺
ADAKAH MASIH CINTA 42

ADAKAH MASIH CINTA 34

18.4K 641 16
By qtprinc3ss

Elliey menapak mendekati Farrahani perlahan lahan namun entah di mana silapnya, Elliey tergelincir lalu jatuh terduduk dan serentak itu, dia menjerit kesakitan. Pinggangnya diurut urut.

Farrahani pusing lalu memandang Elliey dengan senyuman.

" Sedap? " soal Farrahani dengan sinis. Dia kemudiannya menceduk air sabun menggunakan mangkuk lalu disimbah ke wajah Elliey. Elliey ternganga sedikit.

" Apa masalah kau hah pompuan! " tengking Elliey dengan kuat. Farrahani tersenyum sinis.

" Pulangkan anak aku baru aku berhenti buat semua ni. " ujar Farrahani serius. Matanya tajam merenung Elliey. Elliey tersenyum sinis.

" Anak? Kau nak anak kau? " soal Elliey lalu ketawa jahat. Farrahani tidak beraksi. Hanya serius memandang Elliey.

" Anak kau dah mati lah pompuan! Dah mati! Dah ada dalam tanah kau faham? " ujar Elliey dengan keras lalu tersenyum puas hati apabila mengenangkan kejayaannya membunuh anak Farrahani dan Megat Haneef.

" Anak aku mati sebab kau yang bunuh dia pompuan sial! " ujar Farrahani tenang namun nadanya keras. Di matanya membara seribu api dendam. Farrahani kemudiannya melangkah pergi.

Elliey terkedu. Farrahani kelihatan pelik. Kata-ii Farrahani kedengaran seperti seseorang yang waras dan langsung tidak kedengaran gila. Elliey termenung seketika.

💕💕💕💕💕

Elliey meneguk perlahan air sejuk dari gelas jernih itu. Tiba-ii gelas itu ditepis kuat oleh seseorang. Gelas tersebut jatuh berderai ke lantai. Elliey mengetap kuat bibirnya.

" Kau nak apa hah gila? " tengking Elliey. Farrahani ketawa kuat sebelum tiba-ii menjadi serious.

" Aku nak kau mati. " jawab Farrahani ringkas. Elliey tergelak sinis.

" Aku atau kau yang mati huh? " soal Elliey penuh nada sinis. Farrahani tersenyum senget.

" Kalau aku mati sekalipun, aku akan pastikan hidup kau tak tenang. " ucap Farrahani penuh nada psycho sebelum menapak pergi. Elliey mengetap bibir.

" Eh pompuan! " Elliey memanggil Farrahani. Dia ingin menapak mengikuti langkah Farrahani namun nasibnya malang apabila di terpijak serpihan kaca gelas tadi.

" Auu! " Elliey meringgis kesakitan. Dia terjingkit jingkit. Tapak kakinya diangkat dan dibelek. Serpihan kaca besar itu ditarik perlahan lahan. Sambil itu, suaranya tidak henti-ii menjerit kesakitan. Serpihan kaca yang dibasahi darah tersebut dilempar kasar ke lantai.

Kakinya yang berlumuran darah perlu dibersihkan. Elliey menapak perlahan lahan ke tandas untuk menyuci luka di kakinya. Farrahani hanya tersenyum sinis di sebalik dinding pemisah ruangan dapur sebelum berlalu dari situ.

💕💕💕💕💕

" Kau dah kenapa? " soal Megat Haneef apabila melihat Elliey melangkah dengan bersusah payah serta kakinya yang berbalut.

" Terpijak kaca. " jawab Elliey malas. Dia terus menapak ke ruang tamu. Duduk dilabuhkan di sofa empuk tersebut. Megat Haneef yang berdiri di tepi tangga tidak diendahkan.

" El.. " panggil Megat Haneef sambil melangkah mendekati Elliey. Elliey menoleh memandang suaminya.

" Aku nak tengok balik gambar haritu. Kau simpan lagi? " soal Megat Haneef. Elliey berasa pelik. Tiberr.

" You nak buat apa? Bukan you percaya pun kan isteri kesayangan you tu curang. " sindir Elliey.

" I nak tengok. Please? " pinta Megat Haneef. Ada satu hal yang perlu dipastikan. Elliey merengus kasar. Iphonenya dikeluarkan. Gambar Farrahani bersama Khairul tempoh hari dibuka.

Elliey kemudiannya menghulurkan telefonnya pada Megat Haneef. Megat Haneef menyambutnya. Gambar tersebut ditenung. Dia kemudiannya menekan button share lalu dihantar kepada dirinya sendiri melalui WhatsApp.

" Nah. Thanks. " Megat Haneef memulangkan semula telefon Elliey sebelum berlalu naik ke tingkat atas. Elliey termanggu di situ. Kenapa?

💕💕💕💕💕

Elliey mencapai botol shampoonya lalu dituang ke tangan sebelum cecair pekat bewarna putih susu itu dilumurkan ke rambutnya. Shampoo itu diratakan. Rambutnya diramas dan dielus. Seketika kemudian kepalanya berasa gatal tiba-ii. Semakin lama semakin merenyam rasanya.

" Argh apahal gatal sangat ni! " bentak Elliey sambil tergaru garu kepalanya. Wajahnya berkerut kerut dengan mata yang tertutup. Dia meraba raba paip pancuran air. Paip tersebut dipusingkan namun air tidak juga keluar.

" Argh! Farra! " jerit Elliey kuat.

Farrahani yang berdiri di luar bilik Elliey ketawa kuat. Epal hijau di tangannya digigit lalu dikunyah laju dengan senyuman yang masih terpalit.

💕💕💕💕💕

" Kau ni dah kenapa tergaru garu macam babun ni? " soal Megat Haneef pelik apabila melihat Elliey asyik tergaru garu kepalanya. Wajahnya langsung tiada senyuman. Wajahnya ketat menahan geram.

" Diamlah. " marah Elliey. Sesungguhnya dia tidak mempunyai mood tatkala ini. Kulit kepalanya yang masih merenyam digaru bebas sehingga terdapat luka-ii kecil dek kerana kukunya.

" Tanya pun marah? Hak alah. " Megat Haneef akhirnya malas mahu mengambil tahu. Dia terus menapak anak tangga lalu bertembung dengan Farrahani di tengah tangga.

" Abang! Abang tahu tak dalam rumah kita sekarang dah ada monkey! " ujar Farrahani. Megat Haneef mengerutkan dahinya.

" Monkey? "

Farrahani mengangguk laju lalu menjuihkan bibir ke arah Elliey.

" Tuu tergaru garu. Banyak sangat kutu dia. Baik abang jangan tidur dengan dia! Nanti habis kutu dia merayap dekat abang! " ujar Farrahani dengan penuh bersungguh. Megat Haneef tersenyum nipis.

" Hm yelah. " Megat Haneef menggeleng perlahan sebelum menyambung langkahnya menuju ke atas namun langkah terhenti tiba-ii. Dia menoleh semula memandang Farrahani.

" Farra.. "

Farrahani menoleh memandang suaminya.

" Kau panggil aku apa tadi? " soal Megat Haneef dengan senyuman lebar.

" Abang. Kenapa? " soal Farrahani kembali dengan polos. Senyuman Megat Haneef semakin melebar. Dia kemudiannya menggeleng.

" Tak ada apa. Saja tanya. " ujar Megat Haneef lalu terus menuju ke bilik.

To be continue..

Thanks for reading 💓 .
Maaf kalau hambar ☹️ .

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 50.4K 69
COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
884K 6.8K 12
QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia tidak akan bahagia bersama Adam kerana Ad...
1.8M 44.8K 45
Pertemuan antara Azwina Sofea dan Airul Syafiq telah mengubah hidup Azwina serta merta. Dari pekerja bawahan kepada seorang yang bergelar isteri. Ist...
173K 10.6K 36
HAQEEM | MYROSE Kisah mengenai seorang gadis gemuk bernama Myrose Aeera yang kembali ke bumi Malaysia setelah 2 tahun dengan penampilan yang agak ber...