Lagenda Kerajaan Reutus

By Lousylouss

18.8K 1K 42

"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Ve... More

PROLOG (Updated)
Mimpi - New Update
Planet Reutus
Rantai loket
Makmal- New Update
Holiday!
Bimasakti Highway
Luar biasa
Ketua Planet
Take a break
Umbrella
War 1 (Food & Water)
Krisis memburuk
A little help?
Satu syarat
Kerja Lapangan
Agenda tersembunyi
Devil's Dungent
Uneasy
Percubaan
Survive
Heudus city
Terhenti (updated)
Space elevator (New update)
Katerina (New update)
Pakatan rahsia
Waterfall
Healing
Pesanan penaja
Anger
Excited
2nd war (Serangan burung gergasi)
Tidak dijangka
It is the end already?
3rd war ( Robotic & Black Entities)
Post war
Venom House
Big Boss
Hospital
An attack
Horibbly sick
Dua sejoli
The truth
Cheerful morning
Dinner ( New Update)
Hallusination(New Update)
Perangkap (New Update)
Gertak
Is he still alive?
Getaway
It's over
Priosior Planet
Diamond necklace
Farewell (New update)
Getting ready
Welcome home
An accident
The star
Kejutan
Abang Venus?
Mimpi indah
Terkenang
Lari?
Is it a dream?
Just a friend
Pertemuan mengejut
Adam's side
Venus side
Tragedi Kecil
Bersama atau berpisah? : Finale
Nota penulis

Kate's upset

146 5 0
By Lousylouss

Arissa menjeling Laura yang lencun dengan air mata di sisinya. Dadanya sebak namun sedaya upaya ditahan.

Takkan dua-dua nak menangis, berguling, meraung kan? Laura dah memang cengeng sejak kecil lagi. Jadi dia kena cool, acah-acah gentlewoman gitu.

Masalahnya dia sendiri sedaya upaya menahan sebak dalam dada. Siapa tak sedih bila hendak ucapkan selamat tinggal pada sekumpulan alien yang sangat baik, ikhlas, jujur, dan menerima mereka dengan baik di planef asing itu.

Heh, kalau alien lain, mahu kena tembak dengan laser dah. Syukur mereka dipertemukan dengan alien yang sangat baik seperti mereka semua.

Wajah dihadapannya ditenung satu persatu.

Venom, lelaki separuh abad yang banyak membantunya di planet asing ini. Sejak 6 bulan lalu, dia umpama ayah angkat mereka mengadu sakit pening.

Pluto, lelaki berambut kuning, Suka acah hensem walau kurus macam lidi. Lelaki itu sangat baik dan murah dengan senyuman. Rajin membantu mereka dalam apa jua situasi.

Greg, lelaki botak sebaya dengan Venom. First expression, he seems fierce but he really a nice guy. Memperkenalkan mereka kepada pelbagai jenis buah dan tumbuhan pelik yang terdapat di planet asing itu. Sangat ramah dan cool orangnya.

Ben, manusia seperti mereka, sudah lama bermastautin di pelbagai planet. Dia antara angkasawan terkandas yang tidak jumpa jalan pulang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjadi pengembara galaksi hingga kini.

Katerina, alien tercantik pernah dia lihat. Sebiji macam patung! Sifatnya persis wanita melayu terakhir. Seorang yang lemah lembut dan pendiam. Dalam diam ubi berisi, dalam tidak banyak bicara, dia juga seorang bijaksana.

(Author dah macam reka pantun😂 eh?)

Arissa memandang sekeliling mencari seseorang.

Kate tak nak jumpa mereka ke?

Dari tadi gadis alien itu tak menampakkan diri. Marah sangat ke? Keluhan berat dilepaskan.

"Maafkan anak uncle."

Eh?

Arissa menoleh seraya tersenyum hormat. Greg datang duduk disebelahnya.

"Dia tak bermaksud dengan apa yang dikatakan malam tadi."

Lelaki itu menggaru pelipisnya sambil melontarkan pandangan pada air beriak perlahan tidak jauh dari situ.

Air hijau jernih yang meruak-ruak keluar dari nun atas sana menambahkan keindahan petang itu. Grennie waterfall antara air terjun terkenal di seluruh angkasa.

Sebut saja nak jumpa alien macam mana?

Semua ada. Yang kepala petak? Yang kaki pendek? Dari yang pelik sampailah yang cantik menawan tahap bidadari. Betapa terkenalnya air terjun di salah satu kaki gunung , di Pulau Rhenea, Reutus. Satu galaksi menyebut tentang keindahannya.

"Its okay uncle. Saya faham." Arissa menoleh ke arah alien yang berkumpul menikmati rumpai laut berduri yang dilambakkan atas tikar terapung.

Sedap ke?

Entahlah dia tak pernah cuba. Menempah maur namanya kalau suka suki cuba makanan pelik itu. Maunya duri tercucuk kulitnya, rabak habis. Konform masuk icu.

"Dia tak pernah ada kawan sebelum ini. Puas uncle nasihat supaya keluar berkawan, macam orang lain. But she refuse to do so. "

Arissa mengangguk perlahan.

"Marah betul dia pada kami ya uncle? Bukan kami takkan duduk sini, tapi kami kena balik. Our family need us." Laura bersuara perlahan.

Arissa menjeling perlahan. Ada suara rupanya budak ni. Ingat bisu dah tadi. Mata tu bengkak dah asyik menangis dari pagi.

"Uncle rasa dia datang tak? Malam ni, kami nak bertolak. Takut tak dapat jumpa dah."

Laura menongkat dagu merenung batu-batuan yang dipenuhi lumut. Lumutnya berwarna jingga-unggu. Cantik betul.

Arissa hanya diam. Mengiyakan saja kata Laura itu.

"She will be here soon. Both of you are the closest one to her. Semalaman dia menangis tak berhenti. Berjuta kali jugak dia soal uncle, kenapa kamu berdua nak tinggalkan dia."

"But don't worry. She will be here any minutes. Kate marah tak lama selalunya." Ujar Greg sebelum meminta diri untuk menyertai Venom dan yang alin yang sedang berkerumun di unggun api.

Masak daging rusa salai kot.

Entah bila mereka akan ke sini lagi. Mereka ke sini pun dibawa oleh Venus. Itupun menggunakan teknologi tercanggih mereka.

Kalau tak, dah berkedut muka pun tak sampai lagi mereka.

Mengenangkan lelaki sombong tapi kacak itu meruntun hatinya. Dia memalingkan muka memandang sahabatnya lama.

Dia tahu, gadis itu masih bersedih dengan kehilangan alien itu. Mata hazelnya tidak bercahaya seperti sebelum ini.

Suram. Lagi-lagi lepas kena serang dengan Kate semalam. Nafas dihela perlahan.

Imbas kembali.....

Yesterday, hutan woodie

Pluto mencampakkan kain berwarna cream.

Pufff.. Kain tadi bertukar menjadi sebuah khemah yang lengkap dengan perabot di dalamnya. Gila bukan?

Di hadapannya terdapat sebuah meja panjang yang dipenuhi dengan makanan yang menyelerakan sesiapa sahaja.

Ada kek coklat, kek cawan, pizza, spagetthi, donut coklat, jus oren, coklat panas, teh panas dan macam-macam lagi.

Laura muncul dengan muka masam sambil mengelek kayu api yang baru dikutip bersama Ben sebentar tadi.

"Kan ada Gip, buat apa nak cari kayu lagi? Berat tahu?" Bebel gadis itu sambil tunduk meletakkan kayu di atas tanah. Gip kalau si bumi macam lighter. Tapi canggih sikitlah benda alah ni.

Wergh..habis kasar tangan dia yang halus lagi mulus ni. Balik cabin kene sental ni!

"Hahahahahaha."

Ben yang berdiri di belakangnya menghamburkan tawa. Comel pulak budak ni melenting marah.

Laura mengetap bibir. Lelaki bertubuh tegap itu dijeling sekilas.

"Apa gelak-gelak? Ini semua tugas orang lelaki tahu? Aku patutnya masak je kat sini macam diorang."

Dia menunding jari kepada Katerina dan Arissa yang riang bergelak ketawa sambil mengacau sup dalam periuk.

Sedangkan dia, comot berceloreng macam askar dah gayanya! Dasar lelaki suka buli orang!

Tak adil!

Sangat tak adil!

"Woo..chill. Aku nak kau kenal hutan Woodie ni. Kan kau yang beria nak masuk? Cantik tak hutan ni?" Pluto membetulkan uratnya yang terasa lenguh akibat berdiri terlalu lama.

Mereka berkhemah memakai alatan tradisional. Kecuali khemah berteknologi tinggi. Suhu hutan ni bukan boleh dibuat main. Tak pasal-pasal boleh beku kesejukan atau rentung kepanasan. Cuaca yang tidak menentu membuatkan dia terpaksa menggunakan khemah eletronik itu.

Yang lain 100% memakai kayu api, buluh dan tumbuhan sekitar. Dia menyeka peluh di dahi

"Hurm, sangat cantik. Tadi aku jumpa dengan binatang cantik terbang-terbang tu. Unicorn ke?"

Dia teringat pada rancangan kartun di televisyen. My little pony. Sempat lagi tu.

"Really?" Kate menyampuk. Dia kini berada di sebelahnya. Arissa menggaru kepala sambil memandang dari jauh.

Laju betul minah ni. Baru tadi gadis alien itu menghulur senduk padanya. Alih-alih dah hilang.

Sebut haiwan apa saja dalam Reutus, laju minah ni. Pencinta haiwan sungguh. Semua info tentang haiwan semua dia tahu. Bagus betul budak ni.

" Fredg tu sejenis kuda terbang. Kau boleh jumpa mereka dalam hutan ni saja. Mereka jarang munculkan diri kalau ada makhluk lain masuk. You are so lucky!"

Mata birunya bersinar. Fredg merupakan binatang kesukaannya. Haiwan itu hampir pupus di planet lain namun planet ini berusaha memelihara dan membiakkan kuda terbang spesis pelangi ini.

Sejak sepuluh tahun lalu, kerajaan Reutus telah mengeluarkan larangan menangkap haiwan terancam ini di sesetengah hutan.
Terdapat juga beberapa pusat pelindungan dibina, namun tempat itu dirahsiakan oleh kerajaan.

"Aku tetap tak puas hati. Tengok habis rambut aku!" Laura merengus geram. Rebennya hilang tersangkut ranting mana tah. Habis kusut masai.

Rambut blondenya yang terikat kemas sebelum masuk ke dalam hutan tadi, kini terurai dan menggerbang. Pakej dengan celoreng pada mukanya. Sebiji macam askar gadis itu.

"Hahahaaha."

Ben berguling ketawa atas tanah. Kenapa kelakar sangat? Aduss terlepas pulak, penat dia cover tadi. Senak perut tau.

Lantaklah.

"Kenapa kau gelak? Suka tengok rupa aku yang tak serupa orang ni?" Marah gadis lagi.

Kate dan Arissa hanya mendiamkan diri. Perempuan kalau marah memang menakutkan bukan? Dari mereka berdua kena marah sekali nanti, baik diam menikus kat situ.

Poyo betul. Habistu diorang bukan perempuan ke? Katerina tersengih sendiri.

"Eh tak. Aku bukan gelakkan rupa kau. Aku gelak sebab nama binatang terbang tu kelakar. Macam FRIDGE- Peti sejuk."

Mereka yang ada di situ tergelak kecil. Hanya Laura yang masih muncung sedepa.

"El, aku tak gelakkan kau la."

"Tipu!"

"Betul!"

"Tipu!"

"Okay. Im sorry. Saja nak kacau kau. Nanti kau balik bumi, aku nak menyakat siapa pulak." Ben bersuara rendah cuba mengawal suasana.

Perempuan kalau marah memang menakutkan. Baik dia berhenti menyakat sekarang.

"What?"

"Apa?" Ben menyoal balik. Dah sorang ni kenapa pulak main tarik kolar baju? Baju ni mahal tahu?

"Kenapa aku tak tahu?" Suara itu membentak. Anak mata coklat gelap itu menikam dalam mata hijau Arissa yang menikus sedari tadi.

Sumpah scary! Air liur ditelan pahit.

"Er..sebenarnya.."

"Kau janji nak duduk sini. Sampai hati korang nak tinggalkan aku?" Kate bersuara rendah. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Hanya menanti untuk pecah.

"I can explain this..." Laura menunduk menguis rumput. Rasa bersalah menyelubungi diri.

"Aku taknak dengar!"

"Relaks, Kate.." Pluto bersuara menenangkan keadaan.

"SHUT UP! THIS THING JUST BETWEEN US!"

Lelaki berdua itu terus terdiam. Nak menyampuk sangat kan. Ha, ambik kau!

"Where are you going? Kan kita nak camping sama sebelum diorang balik esok?"

"Buat apa aku kat sini. Kan aku ni tak penting pada korang! Baik aku pergi je." Kate bersuara mendatar. Hatinya pedih diperlakukan begitu oleh sahabat sendiri.

Gadis berambut perang itu berjalan laju melepasi rimbunan berwarna-warni itu.

"Wait-" Laura cuba mengejar namun gagal. Gadis alien memecut menggunakan kelajuan cahaya. Memang tak terkejarlah jawabnya.

Arissa pantas mendapatkan Laura yang terjelepok atas daun-daun kering.

Semua yang ada terkedu. Lelaki berdua itu juga terdiam dan terpaku.

"Shit, kenapa kau tak kejar?" Pluto mengeluh kasar.

"Relaks bro. She needs space. Esok okaylah tu." Ben menepuk perlahan bahu Pluto.

"Bukan kami taknak bagitau kau, Kate. Kami tak sampai hati." Arissa bersuara perlahan. Laura sudah tersedu menangis tidak jauh darinya.

Lamunannya tersentak apabila kekecohan berlaku tidak jauh dari situ sekaligus menarik perhatian semua di situ.

"How dare you!" Jerit suara halus itu. Habis burung-burung terkejut dan terbang mengejut.

Minah mana pula meroyan ni? Kacau mood dia nak menikmati suasana nyaman air terjun tercantik nilah!

Dia bangun dan menapak perlahan. Siapa buat kecoh ni? Rasa nak tonyoh muka gerangan yang menghancurkan kedamaian pada petang itu.

Arissa membulat mata. Laura yang berada di sisinya terkedu.

Apakah?

Continue Reading

You'll Also Like

DOUBLE DATE? By nur irwarda

Historical Fiction

538 121 28
a woman who has two boyfriend S1 female hunter.more about her? read yourself>•< update setiap Random muah 💋
104K 11.8K 121
Hidup aku. Dari dulu tak pernah normal. Aku yang dulunya dijulung sebagai anak jenius dalam bermain piano. Namun semua itu mula hancur apabila aku...
156K 7.3K 48
Street Girl + Propper Gang = dunia hancur. Asal bertembung jer gaduh, bak kata pepatah seperti anjing dan kucing. Kalau tak bertembung rindu pulak...
121K 11.5K 68
Look! Dia tak mintak jadi seseorang half-blood okay! Memangnya dia yang mintak ke mak bapak dia yang separuh magika separuh manusia berkahwin sesama...