ADAKAH MASIH CINTA

By qtprinc3ss

846K 25.7K 961

Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Meg... More

šŸŒŗ SPECIAL INFO šŸŒŗ
ADAKAH MASIH CINTA 01
ADAKAH MASIH CINTA 02
ADAKAH MASIH CINTA 03
ADAKAH MASIH CINTA 04
ADAKAH MASIH CINTA 05
ADAKAH MASIH CINTA 06
ADAKAH MASIH CINTA 07
ADAKAH MASIH CINTA 08
ADAKAH MASIH CINTA 09
ADAKAH MASIH CINTA 10
ADAKAH MASIH CINTA 11
ADAKAH MASIH CINTA 12
ADAKAH MASIH CINTA 13
ADAKAH MASIH CINTA 14
ADAKAH MASIH CINTA 15
ADAKAH MASIH CINTA 16
ADAKAH MASIH CINTA 17
ADAKAH MASIH CINTA 18
ADAKAH MASIH CINTA 19
ADAKAH MASIH CINTA 20
ADAKAH MASIH CINTA 21
ADAKAH MASIH CINTA 22
ADAKAH MASIH CINTA 23
ADAKAH MASIH CINTA 24
ADAKAH MASIH CINTA 25
ADAKAH MASIH CINTA 26
ADAKAH MASIH CINTA 27
ADAKAH MASIH CINTA 29
ADAKAH MASIH CINTA 30
ADAKAH MASIH CINTA 31
ADAKAH MASIH CINTA 32
ADAKAH MASIH CINTA 33
ADAKAH MASIH CINTA 34
ADAKAH MASIH CINTA 35
ADAKAH MASIH CINTA 36
ADAKAH MASIH CINTA 37
ADAKAH MASIH CINTA 38
ADAKAH MASIH CINTA 39
ADAKAH MASIH CINTA 40
ADAKAH MASIH CINTA 41
šŸŒŗ ADDITIONAL INFO šŸŒŗ
ADAKAH MASIH CINTA 42

ADAKAH MASIH CINTA 28

16.7K 495 14
By qtprinc3ss

Elliey merenung Farrahani yang sedang memberi ikan makan di kolam. Dia menapak mendekati gadis itu.

" Hebat kau kan. Dapat tarik perhatian Haneef dengan anak haram kau tu. " ujar Elliey dengan sinis sambil berpeluk tubuh. Farrahani tergamam. Dia menoleh memandang Elliey.

" Anak saya bukan anak haram.. " Farrahani cuba membela diri. Pilu hatinya apabila anak yang dikandung dituduh sebagai anak haram. Elliey ketawa sinis.

" Still nak nafikan? Aku saksi apa yang terjadi malam tu. " ujar Elliey. Dia cuba untuk meracun fikiran Farrahani agar gadis itu tertekan.

" Tak. Saya yakin anak ni anak Haneef. " ujar Farrahani sebak. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Elliey menapak mendekati Farrahani.

" Eh. " Elliey menunjal bahu Farrahani.

" Kau sedar sikit diri kau tu eh. Kau tak layak tau untuk Haneef. Perempuan kampung! Mengandung anak haram pulak tu! " jerit Elliey di akhir ayat sambil menunjal kuat kepala Farrahani. Farrahani terdiam. Hanya tangisan yang didengari.

" Kenapa kau masih lagi nak rebut dia dari aku? Kau tak malu ke rampas kebahagiaan orang? Kau tak malu ke menumpang kasih sayang dia? Hah? " jerit Elliey dengan kuat. Kepala Farrahani ditunjal lagi dengan lebih kuat.

" Aku hairanlah kenapa Haneef tu sukakan kau, kahwin dengan kau. Kau bomohkan dia ke apa hah? " jerit Elliey. Farrahani hanya diam tidak menjawab.

" Aku cakap dengan kau lah sial! " jerit Elliey lalu merentap rambut Farrahani. Farrahani menjerit kesakitan.

" Auu Elliey sakit Elliey! " adu Farrahani. Elliey tersenyum sinis. Farrahani kemudiannya ditolak kuat jatuh ke lantai papan. Berkerut wajah Farrahani menahan sakit di pinggangnya. Di bahagian ari-ii nya turut terasa sakit.

Farrahani kalut apabila celah pehanya sudah dibasahi darah. Dadanya sesak. Elliey tersenyum puas.

" Aku dah cakap kan aku sanggup buat apa sahaja demi Haneef.. " ujar Elliey dengan nada psycho. Farrahani cuba untuk bangun namun gagal. Dia merangkak perlahan. Elliey tersenyum melihat Farrahani tersiksa.

" Kau nak pergi mana huh? " soal Elliey lalu mencengkam rahang Farrahani dengan kasar. Farrahani meringgis kesakitan.

" Elliey! " jerit satu suara. Elliey pantas bangun dan menoleh ke belakang. Kelihatan Megat Haneef melangkah laju dengan penuh susah payah menuju ke arah mereka.

" Kau buat apa dengan bini aku hah! " tengking Megat Haneef lalu duduk dan memangku Farrahani. Elliey berasa geram dan tidak mampu membendung lagi perasaan cemburu dan iri hatinya.

" Yang you nak bela sangat perempuan ni kenapa hah? " jerit Elliey kuat. Dadanya turun naik menahan marah.

" Sepatutnya you bela I! I cinta pertama you Haneef! I yang you cinta dari dulu tapi kenapa sekarang perempuan kampung jalang ni yang jadi pilihan you! " jerit Elliey menghamburkan segala kemarahan yang terbuku di hati.

Megat Haneef naik angin. Farrahani yang kian lemah tidak mampu untuk berkata apa-ii. Dia hanya mampu menggenggam kemas tangan Megat Haneef.

" Eh perempuan! Kau cakap guna otak sikit boleh tak! Dia tengah mengandung kan? Yang kau ni kejam sangat kenapa? Anak dalam kandungan dia ni anak aku! " jerkah Megat Haneef yang berang dengan sikap Elliey. Elliey ketawa kuat. Megat Haneef berasa pelik.

" Anak you? You pasti anak you Haneef? " soal Elliey dengan sinis lalu ketawa lagi. Dahi Megat Haneef berkerut seribu.

" Anak tu bukan anak you Haneef! Anak tu anak haram Farra dengan boyfriend dia! " jerit Elliey kuat. Air mata Farrahani semakin lebat. Tangan Megat Haneef semakin kuat digenggam. Megat Haneef terkedu. Dia memandang Farrahani. Kelihatan isterinya itu menggeleng lemah.

" You tak percaya huh? I ada bukti! Bukti yang Farra curang masa you outstation dulu! " ujar Elliey dengan senyuman sinis. Telefon bimbit dikeluarkan gambar Khairul yang sedang mengucup rakus leher Farrahani ditunjukkan.

Megat Haneef tercengang. Elliey tersenyum puas.

" Kenapa? Terkejut tengok isteri yang you anggap macam malaikat tu sebenarnya perempuan jalang huh? " soal Elliey sinis. Dada Megat Haneef turun naik. Hatinya bagaikan disiat siat. Farrahani yang berada dipangkuannya direnung meminta jawapan.

" A..nak..ni..anak..awak.. " ucap Farrahani dengan susah payah. Suaranya tersekat sekat.

" Sebabtu I benci dia! Sebab I tahu perangai buruk dia belakang you! " Elliey menambah racun.

" Cukup Elliey. " ujar Megat Haneef keras. Elliey ketawa sinis.

" Itulah.. Jangan nak asyik cari salah I je. Kuman diseberang you nampak. Gajah depan mata tak nampak. " ujar Elliey lalu menapak pergi dengan senyuman puas.

Megat Haneef berasa keliru namun masih terselit perasaan simpati melihat keadaan Farrahani. Dia segera mengeluarkan telefon lalu menghubungi ambulans.

💕💕💕💕💕

" Puan Farrahani selamat dan alhamdulillah kandungannya pun selamat cuma berlaku sedikit pendarahan. Saya harap Encik Megat jangan benarkan isteri encik buat kerja berat lagi. Kalau pendarahan berlaku lagi, saya tak jamin anak encik akan selamat. " terang Doktor Suraya. Megat Haneef tersenyum kelat.

" Baik. Terima kasih doktor. "

Megat Haneef menapak mendekati katil Farrahani. Dia duduk di kerusi pelawat yang disediakan. Tangan Farrahani digenggam lalu dicium.

" Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau khianat aku. Tak cukup lagi ke kasih sayang yang aku bagi selama ni Farra? " soal Megat Haneef sendirian. Matanya merah menahan sebak dan kekecewaannya.

Seketika kemudian bebola mata Farrahani mula bergerak gerak sebelum perlahan lahan terbuka. Dia memandang sekeliling sebelum pandangan matanya beralih ke arah Megat Haneef yang duduk di sisi dan tertunduk.

" Awak.. " panggil Farrahani perlahan. Megat Haneef mendongak memandang Farrahani.

" Awak.. Anak.. " Farrahani tidak dapat meneruskan kata-ii nya apabila Megat Haneef memintas.

" Anak kau selamat. " ujar Megat Haneef tanpa rasa.

" Awak.. Percayalah ni anak awak.. Jangan buat saya macam ni.. " ujar Farrahani dengan sayu. Air matanya jatuh lagi. Megat Haneef mengeluh kecil lalu melepaskan tangan Farrahani.

" Habis gambar tu? " soal Megat Haneef. Dia cuba memberi peluang kepada Farrahani untuk memberi penjelasan. Farrahani terdiam. Bukti apa yang dia ada untuk mempertahankan diri? Air matanya semakin laju merembes keluar.

Megat Haneef tersenyum kelat.

" So betullah. Kau curang belakang aku. " ujar Megat Haneef kecewa. Farrahani menggeleng laju. Megat Haneef sudahpun berdiri dan ingin beredar. Farrahani segera mencapai tangan Megat Haneef lalu digenggam kuat.

" Saya tak ada apa-ii bukti untuk tunjukkan yang saya tak bersalah tapi percayalah. Anak ni anak awak! Tolonglah percaya! " rayu Farrahani. Hatinya dihimpit rasa sebak dan takut. Takut untuk kehilangan Megat Haneef.

" Macam mana aku nak percaya Farra.. Gambar tu dah jelas. " ucap Megat Haneef perlahan. Nadanya kedengaran kecewa. Pahit untuk ditelan kebenaran yang baru diterima.

" Tak! Haneef saya teraniaya. Percayalah. Demi Allah! Saya berani sumpah Haneef saya tak pernah curang dengan awak. Saya cintakan awak.. Tolonglah percaya cakap saya kali ni. Saya merayu. " rayu Farrahani di dalam tangisannya. Megat Haneef hanya diam. Fikirannya celaru.

" Saya sanggup sujud kaki awak untuk buktikan yang saya tak salah Haneef. Tolonglah beri saya peluang. Saya tak ada sesiapa Haneef. Saya ada awak sorang je! Tolonglah.. Percaya cakap saya. " Farrahani mengemaskan genggamannya apabila Megat Haneef ingin meleraikan pegangan.

Elliey yang mencuri dengar perbualan dari luar ward terus menerjah masuk.

" Peluang apa lagi? Masa Haneef accident dulu pun jantan kau yang hantar kan? Kau nak selindung lagi hah? " jerit Elliey. Megat Haneef terkedu. Farrahani menggeleng laju.

" Tak! Itu kawan saya, Amsyar! Tolonglah percaya! Saya tak salah.. " Farrahani sudah pun bangkit dari pembaringannya. Lengan Megat Haneef dipeluk kemas.

" See. Bukan main mesra. " Elliey menunjukkan gambar Farrahani yang sedang berbual dengan Amsyar di luar ward emergency semasa Megat Haneef kemalangan.

Sekali lagi Megat Haneef berasa kecewa. Hatinya bagaikan disiat siat dengan sembilu tajam.

" Elliey tolonglah jangan buat saya macam ni Elliey! Tolong bagitahu perkara sebenar! " rayu Farrahani. Elliey ketawa sinis.

" Kau nak aku bersekongkol dengan perbuatan busuk kau tu? Sorry. Aku dah tak boleh simpan and harini, aku bongkarkan semua supaya Haneef ni sedar yang kau tu tak layak untuk dia! Aku yang layak! " jerit Elliey. Farrahani terkedu.

" Haneef.. Tolonglah. Semua tu tak betul. Saya merayu. Tolong bagi saya peluang Haneef.. " Farrahani menggoncang lengan Megat Haneef yang hanya mematung.

Megat Haneef kemudiannya menolak tangan Farrahani yang memeluk lengannya. Farrahani menggeleng laju apabila menyedari Megat Haneef percaya akan kata-ii Elliey. Dia cuba meraih kembali lengan Megat Haneef namun gagal.

" Haneef! Saya tak salah! " jerit Farrahani sekuat hatinya. Tidak pernah seumur hidupnya dia menjerit sekuat itu. Megat Haneef mula menapak meninggalkan ward tersebut diikuti Elliey. Sempat gadis itu melemparkan senyuman kemenangannya pada Farrahani yang menangis bagaikan orang gila.

Farrahani teresak esak menangis berseorangan. Dia duduk memeluk lutut lalu menyembamkan wajahnya pada lututnya.

💕💕💕💕💕

Megat Haneef hanya diam merenung ke luar tingkap kereta. Fikirannya melayang jauh. Elliey yang sedang memandu memandang Megat Haneef disebelah. Tangan lelaki itu dicapai dan digenggam.

" I faham berat untuk you terima semua ni but this is the facts Haneef. You kena terima. It's okayy benda dah jadi kan. You lepaskan je lah dia supaya dia boleh bahagia dengan lelaki yang dia cinta. " Elliey menambahkan lagi bisa di dalam racun.

" You tak perlu susah-ii fikir okayy? I ada untuk you. Sampai bila-ii pun I tetap akan ada untuk you. I setia tunggu you Haneef. " ucap Elliey dengan lembut. Megat Haneef hanya diam. Dia tidak ada rasa untuk berbalas kata-ii.

Dia cuba mencerna semula kenangannya bersama Farrahani. Gadis itu kelihatan ikhlas di dalam semua perbuatannya. Senyumannya, tingkah laku dan belaiannya tidak ada satu pun yang menunjukkan keterpaksaan malah gadis itu sanggup menjaganya dikala dirinya disahkan lumpuh. Atas apa semua itu? Belas kasihan?

Farra kenapa kau sanggup lukakan hati aku? Kenapa kau khianati cinta aku? Apa yang aku tak beri pada kau Farra? Apa? Kenapa kau buat aku macam ni? Hati aku sakit Farra. Sakit sangat! Aku kecewa.

To be continue..

Thankyou for reading ❣️

Continue Reading

You'll Also Like

52.3K 2.7K 48
Menjadi seorang polis adalah cita cita serta tanggungjawab yang besar dan keseronokan bagi Akma. Tapi, tidak pada umi dan abah Akma yang sering risau...
1.1M 48.1K 67
Syafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan...
493K 17.1K 70
( In editing process...) š€š‘ - š‘š€š˜š˜š€š - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
96.7K 6.5K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...