ADAKAH MASIH CINTA

By qtprinc3ss

846K 25.7K 961

Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Meg... More

🌺 SPECIAL INFO 🌺
ADAKAH MASIH CINTA 01
ADAKAH MASIH CINTA 02
ADAKAH MASIH CINTA 03
ADAKAH MASIH CINTA 04
ADAKAH MASIH CINTA 05
ADAKAH MASIH CINTA 06
ADAKAH MASIH CINTA 07
ADAKAH MASIH CINTA 08
ADAKAH MASIH CINTA 09
ADAKAH MASIH CINTA 10
ADAKAH MASIH CINTA 11
ADAKAH MASIH CINTA 12
ADAKAH MASIH CINTA 13
ADAKAH MASIH CINTA 14
ADAKAH MASIH CINTA 15
ADAKAH MASIH CINTA 16
ADAKAH MASIH CINTA 17
ADAKAH MASIH CINTA 18
ADAKAH MASIH CINTA 19
ADAKAH MASIH CINTA 20
ADAKAH MASIH CINTA 21
ADAKAH MASIH CINTA 22
ADAKAH MASIH CINTA 23
ADAKAH MASIH CINTA 25
ADAKAH MASIH CINTA 26
ADAKAH MASIH CINTA 27
ADAKAH MASIH CINTA 28
ADAKAH MASIH CINTA 29
ADAKAH MASIH CINTA 30
ADAKAH MASIH CINTA 31
ADAKAH MASIH CINTA 32
ADAKAH MASIH CINTA 33
ADAKAH MASIH CINTA 34
ADAKAH MASIH CINTA 35
ADAKAH MASIH CINTA 36
ADAKAH MASIH CINTA 37
ADAKAH MASIH CINTA 38
ADAKAH MASIH CINTA 39
ADAKAH MASIH CINTA 40
ADAKAH MASIH CINTA 41
🌺 ADDITIONAL INFO 🌺
ADAKAH MASIH CINTA 42

ADAKAH MASIH CINTA 24

16K 569 13
By qtprinc3ss

Seminggu Kemudian..

Pemandu teksi tersebut membantu memindahkan Megat Haneef dari keretanya ke kerusi roda.

" Terima kasih. Nah simpan bakinya. " ucap Farrahani sopan seraya menghulurkan sekeping not 50.

" Eh puan banyak sangat ni. " ucap pemandu lelaki itu. Tambangnya hanya RM 25. Masih ada baki RM 25.

" Takpe saya sedekah. " Farrahani tersenyum ikhlas.

" Terima kasih puan. " ucap pemandu teksi itu lalu menunduk sedikit sebelum meloloskan diri ke dalam teksinya. Syukur atas rezekinya hari ini. Cukuplah untuk membeli susu buat anaknya. Semoga Allah memudahkan urusan dia.

Farrahani menolak kerusi roda Megat Haneef masuk ke dalam rumah.

" Aku tidur bilik bawah je. Susah nak naik atas. " ujar Megat Haneef.

" Betul ke? Awak tak kisah? " soal Farrahani inginkan kepastian. Megat Haneef mengangguk lalu tersenyum pahit.

" Yelah nanti saya kemas bilik tetamu. Awak duduk sini eh. Saya masakkan untuk awak. Dari semalam awak tak makan. " ujar Farrahani. Megat Haneef menggeleng.

" Aku tak ada selera Farra. " ujarnya. Farrahani mengeluh kecil.

" Awak kena makan jugak nanti awak sakit macam mana? " Farrahani risau. Lelaki itu kelihatan tidak bermaya.

" Farra aku.. " Megat Haneef ingin membantah namun Farrahani segera memintas.

" No! Makan jugak! Wajib makan. " Farrahani memintas kata-ii Megat Haneef sebelum berlalu ke dapur.

Farrahani menatang dulang berisi semangkuk bubur ayam bersama hot chocolate ke ruang tamu. Kelihatan Megat Haneef sedang menonton tv.

" Awak makan.. " Farrahani mengacau bubur ayam tersebut lalu menceduknya dengan sudu. Bubur itu ditiup tiup sebelum disua ke mulut Megat Haneef. Megat Haneef menggeleng.

" Kalau awak taknak makan, saya pun tak nak makan. " ugut Farrahani. Megat Haneef mendecit. Mana aci main ugut-ii.

Megat Haneef kemudiannya membuka mulut. Farrahani tersenyum. Bubur disuap ke dalam mulut suaminya. Megat Haneef terpegun dengan keenakkan bubur tersebut.

" Sedap. " pujinya. Farrahani tersenyum.

" Tengoklah siapa yang masak.. " ujar Farrahani seraya menjongket kening berkali kali. Megat Haneef tersenyum.

Megat Haneef kemudiannya merampas sudu dari pegangan Farrahani. Bubur disudu lalu dihala ke mulut isterinya.

" Kau pun kena makan jugak. " ujarnya. Farrahani akur. Dia membuka mulut. Tidak cukup semangkuk, Megat Haneef menambah sebanyak 2 kali bubur ayam tersebut. Mereka saling suap menyuap. Farrahani gembira melihat suaminya berselera.

Sedang Farrahani berada di dapur membersihkan peralatan yang digunakan untuk memasak, Elliey pulang. Dia terkejut melihat Megat Haneef sudah pulang ke rumah namun tidak diendahkan lelaki itu. Dia terus menapak naik ke biliknya. Tiada niat untuk bertanya khabar suaminya itu.

Megat Haneef turut tidak mengendahkan Elliey. Hatinya sudah tertutup rapat buat gadis itu. Seminggu dirinya dirawat di hospital, Elliey sama sekali tidak pernah melawatnya. Hanya Farrahani yang gigih berulang alik dengan teksi. Kasihan gadis itu.

Tidak hairanlah jika suatu masa dahulu abangnya begitu menyayangi Farrahani. Farrahani merupakan seorang gadis hang baik.

💕💕💕💕💕

Segala isi perutnya membuak buak keluar. Farrahani berkumur menyuci mulutnya setelah habis muntah. Dia tersandar pada kabinet dapur. Kepalanya terasa berpinar.

" Ya Allah kau sihatkanlah tubuh badanku supaya aku boleh jaga suami aku Ya Allah. " doanya. Farrahani kemudiannya menapak ke arah ruang tamu namun Megat Haneef tiada di situ. Farrahani bergerak ke arah bilik tamu. Pintu dikukak perlahan.

Kelihatan lelaki itu sedang menunaikan solat sunat dhuha. Farrahani tersenyum. Pintu ditutup kembali. Elliey yang sedang menapak turun disapa.

" Elliey awak taknak sarapan dulu ke? " soalnya lembut. Elliey merengus kasar sambil menjuling matanya ke atas.

" Tak payah. Aku makan dekat luar. Kau bagilah suami cacat kau tu makan kang kebulur mampus pulak. " ujar Elliey dengan pedas. Farrahani mengeluh kecil.

" Tak baiklah. Dia kan suami awak jugak. " pujuk Farrahani. Elliey mencebik.

" Aku tak hinginlah nak ada suami cacat macam dia. Kau tahu tak menyusahkan? Me-nyu-sah-kan! Dahlah aku dah lambat. Buang masa layan kau. " bidas Elliey lalu menapak pergi. Farrahani hanya memandang sayu langkah madunya. Lembutkanlah hati dia Ya Allah.

💕💕💕💕💕

" Bosan you tahu tak ada suami cacat dekat rumah. " Elliey meenjulingkan matanya ke atas. Khairul menggeleng perlahan.

" Dah kalau macam tu mintak cerai je la. " ujar Khairul. Elliey menggeleng.

" No. Harta family Haneef yang diwariskan pada dia tu banyak tau! Rugilah I. " Elliey menyedut apple juice nya perlahan.

" So you dah tak payah risaulah fasal jantan yang koma tuh. " ujar Khairul lalu membuang pandangan ke luar restoran. Elliey tersenyum sinis.

" Of course tak payah risau. Haneef dah tak boleh buat apa-ii. Dia dah cacat. Kalau si Faris tu nak report polis pun, dia tak ada bukti. Bukti ada dekat I. " Elliey menunjukkan telefonnya. Di telefon itu mengandungi video pendek yang diambil pada malam mereka merancang untuk mengenakan Farrahani.

Dan di telefon itu juga mengandungi gambar Farrahani bersama lelaki asing yang menghantarnya ke hospital pada saat Megat Haneef kemalangan. Ianya boleh digunakan sebagai elebai bahawa Farrahani yang mengajak Khairul ke tempat tidur memandangkan dia mempunyai bukti kononnya Farrahani berlaku curang.

" Jahat you ni eh. Kejam. " komen Khairul. Elliey ketawa sinis.

" I memang macam ni. Kenapa? You tak suka ke? " soalnya manja. Rambutnya yang menutupi leher diselak ke belakang. Khairul tersenyum senget apabila melihat kesan merah pada leher Elliey.

" Malam ni you balik ke tidur rumah I lagi? " soal Khairul. Elliey tersenyum manja memandang Khairul.

" Rumah you. "

💕💕💕💕💕

Farrahani melangkah keluar dari klinik dengan senyuman bahagia. Perutnya yang masih kempis diusap perlahan. Tidak disangka muntahnya selama ini dek kerana di rahimnya telah wujud satu nyawa baharu.

Jika diikutkan, dia sama sekali tidak terfikir untuk pergi ke klinik membuat pemeriksaan namun setelah didesak Megat Haneef, dia akur. Lelaki itu takut kalau-ii dia sakit.

Namun tak lama kemudian senyumannya mati tiba-ii. Akalnya diganggu dengan status bapa bayi tersebut. Farrahani menelan liur. Wajahnya yang tadinya bahagia berubah mendung.

" Ya Allah semoga benih ini adalah suamiku dan bukannya orang lain. " gumamnya perlahan.

Dia kemudiannya menahan teksi untuk pulang ke rumah. Farrahani menapak masuk ke dalam rumah bersama bungkusan ubat berserta vitamin di tangan. Megat Haneef menolak roda wheelchairnya menuju ke arah Farrahani.

" Hah macam mana? Kau sakit apa? " soal Megat Haneef tidak sabar. Farrahani tersenyum nipis.

" Aku tanya kau senyum pulak! " Megat Haneef geram kerana dibiar tertanya tanya. Farrahani mencapai tangan Megat Haneef lalu dibawa ke perutnya.

" Awak bakal jadi ayah. " ujar Farrahani lembut. Serta merta Megat Haneef mengukir senyuman.

" Serius? " soal Megat Haneef seakan tidak percaya. Farrahani mengangguk. Dia harus yakin anak itu milik Megat Haneef. Buat masa sekarang dia harus fokus terhadap kandungan serta proses pemulihan Megat Haneef. Dia harus kuat dan tabah serta percaya kepada Allah.

Elliey yang terdengar akan perbualan merpati dua sejoli itu hanya mencebik.

" Nasib kaulah mengandung tengah-ii si Haneef tu cacat. Memang menyusahkan. Malang betul nasib kau Farra. " gumamnya sendirian.

💕💕💕💕💕

" Kau tak rasa macam nak lari ke Farra? " soal Elliey. Saat itu Farrahani sedang sibuk menyediakan mandian buat Megat Haneef di bilik mandi bawah.

Farrahani menoleh lalu memandang Elliey dengan kerutan di wajah.

" Kenapa pulak saya nak lari? " soalnya pelik. Elliey merengus kasar. Lembap.

" Haneef tu kan cacat. Menyusahkan. Dengan kau mengandung, nak jaga dia lagi. Membebankan right? Asal kau tak ikut je boyfriend kau tu? " provok Elliey. Farrahani semakin bertambah pelik.

" Boyfriend? " berkerut kerut dahinya.

" Lelaki yang hantar kau dekat hospital tu lah ish. " Elliey mendecit.

" Itu kawan sayalah. " nafi Farrahani.

" Cakap je lah boyfriend. Kau ingat aku bodoh ke? " sindir Elliey dengan sinis. Dia kemudiannya menapak pergi meninggalkan Farrahani. Farrahani mengeluh kecil lalu menggeleng. Dia kemudiannya menapak mendapatkan Megat Haneef di ruang tamu.

" Awak jom mandi. " Farrahani menolak kerusi roda Megat Haneef menuju ke bilik mandi. Megat Haneef hanya menurut. Farrahani membantu Megat Haneef duduk di kerusi yang sudah disediakan di bilik mandi.

" Aku ni menyusahkan kau kan? Dah lah kau tu mengandung. Nak jaga aku lagi. " Megat Haneef merasakan dirinya seolah olah beban. Dia sepatutnya menjadi pelindung kepada isterinya dan bukannya manjadi beban.

" Awak janganlah cakap macam tu. Saya ikhlas jaga awak. Awak kan suami saya. Syurga saya. " pujuk Farrahani lembut sambil menanggalkan baju Megat Haneef. Sabun digosok pada tubuh suaminya.

" Lebih baik aku mati je kan dalam kemalangan tu? Tak adalah kau susah macam ni. " gumamnya. Farrahani mendecit geram. Dia duduk melutut lalu memandang tepat mata Megat Haneef. Tangan lelaki itu digenggam erat.

" Boleh tak awak stop cakap yang awak ni menyusahkan? Saya tak pernah pun rasa macam tu! Awak je yang fikir bukan-ii. " pujuk Farrahani. Dia tahu lelaki itu hilang keyakinan diri. Kata doktor, hal itu adalah normal bagi mereka yang mengalami kecacatan setelah kemalangan.

" Aku kecewa Farra. Aku kecewa bila tak dapat nak jaga kau macam suami orabg lain. Sepatutnya aku belai kau dan bagi kasih sayang bila kau tengah mengandung macam ni tapi aku? " ujar Megat Haneef sebak. Matanya merenung tepat ke dalam mata Farrahani. Farrahani tersenyum nipis.

" Saya tak kisah pun awak. Saya tak perlukan semua tu. Saya cuma nak awak ada dengan saya sampai akhir hayat kita. Itu je. " bisik Farrahani. Dia turut berasa sebak. Matanya mula berkaca kaca. Dia kemudiannya bangun lalu memeluk Megat Haneef.

" Saya janji dengan awak. Selagi saya bernafas saya akan tetap bersama awak sampai bila-ii. "

To be continue..

Thankyou for reading ❣️

Continue Reading

You'll Also Like

173K 10.6K 36
HAQEEM | MYROSE Kisah mengenai seorang gadis gemuk bernama Myrose Aeera yang kembali ke bumi Malaysia setelah 2 tahun dengan penampilan yang agak ber...
394K 8K 61
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞 ] ~ El Naura Elena seorang pelakon dan model terkenal terpaksa dikahwinkan bersama Amsyar Qairi seorang lelaki yang miskin dan kek...
8.5K 553 47
"I'm yours, remember?" ~Forever Mine~ #Sequel I'm Yours?
490K 17.1K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...