Adriana Mikayla

By Qallera

393K 18.3K 7.2K

Cinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan... More

Part 1
Part 2
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55

Part 3

6.6K 313 44
By Qallera

"Awak" Aryan mengalihkan pandangan memandang Khaira

"Awak free kan 3 minggu dari sekarang?"

"Saya ada outstation minggu depan, after that baru saya free sampai kita honeymoon" Aryan mengenyitkan matanya ke arah Khaira

"Tak boleh ke awak tak payah pergi outstation tu nanti?" soal Khaira berharap

"Saya kena pergi juga sebab ni projek mega.. Saya janji dengan awak, lepas je saya balik dari outstation tu saya tak kerja dah sampai kita honeymoon" Aryan mengalihkan pandangannya memandang hadapan apabila lampu isyarat bertukar hijau

"Janji?"

"Janji sayang" Khaira tersenyum malu

'Haihh kau ni Khaira! Dia panggil sayang pun dah lebur..Lepas kahwin nanti tak tahulah' kata hati Khaira

"Tapi kan, kita nak pergi honeymoon dekat mana?"

"Awak teringin nak pergi mane?"

"Emmm" jari telunjuk diletakkan di atas dagu runcingnya

"Saya teringin nak honeymoon dekat Paris"

"Bukan awak dah pernah pergi sana 4 tahun ke?"

"Haah, tapi saya still nak honeymoon dekat sana sebab Paris kan kota cinta... Aaaa seronoknyeeee" dirinya mula membayangkan saat-saat bahagia mereka ketika berbulan madu nanti.. Aryan tergelak kecil

"Tak sabar nak buat anak ke tu?" usik Aryan

"Ish apa awak ni! Asyik fikir benda tu je.. Gatal!"

"Saya tak gatal pun.. Kalau gatal mesti saya garu"

"Eii benci!" dikalihkan pandangannya memandang keluar tingkap

"Alalalala sayang! Janganlah merajuk" Aryan tersenyum saat mengalihkan pandangannya menghadap Khaira yang masih statik memandang luar tingkap

"Blushing lah tu"

"Eiii" lengan Aryan dipukul kuat

"Auchh sayang! Sakitlah.. Macam mana saya nak drive"

"Suka menipu! Awak ingat saya tak tahu yang awak tak rasa apa pun"

"Aik macam mana tahu tu?" sengaja Aryan menyoal

"Setiap kali saya pukul awak mesti jawapan awak 'macam kena gigit semua jela, saya ni sado.. Awak tu lembik , mana nak rasa ape' ha macam tu la yang awak selalu cakap" Khaira menjeling Aryan tajam.. Sengaja memerli Aryan semula.. Aryan hanya tergelak

"Comellah tunang saya ni"

"Ha memang pun!"

🌹

Televisyen yang menyiarkan drama korea ditonton tanpa perasaan..Popcorn yang terletak di dalam balang kaca diambil sedikit sebelum disumbatkan ke dalam mulut

"Hahhhh" kepala didongakkan memandang lampu yang terang benderang terpasang..Jam sudah pun menginjak ke 10 malam tetapi kakinya malas hendak melangkah ke tingkat atas

Diambil remote control yang berada di sebelahnya.. Punat OFF ditekan sebelum buntot diangkat

"Huwarghhhhh" tangan didepakan sambil kaki melangkah mendekati tangga.. Mulut yang terbuka akibat menguap dibiarkan

Kaki memijak setiap satu anak tangga, mata yang semakin kuyu cuba ditahan supaya tidak terlelap

Dummm

Plak

Mata Adriana yang semakin kuyu tadi mula terbuka luas.. Bunyi kilat yang sambar menyambar membuatkan denyutan jantungnya semakin laju.. Lampu yang terpadam menyebabkan peluhnya semakin laju membasahi muka

"Ya Allah, kau tolonglah aku" kakinya cuba diangkat memanjat tangga.. Suhu badan yang dari tadi sejuk bertukar panas

Dumm

"Arghhh" setitis air matanya jatuh.. Poket seluar tidur diraba

"Telefon telefon telefon" kepalanya diketuk saat teringatkan telefon bimbitnya di dalam bilik

"Ya Allah.. Kenapa time ni" makin laju air matanya jatuh

"Tolonglah hambamu" digagahkan juga diri walaupun kakinya terketar-ketar menuju ke tingkat atas.. Pemegang tangga dipegang kuat

Dummmm

Kaki yang baru hendak memijak anak tangga terakhir terus jatuh terjelepok di atas tangga.. Tangisannya makin kuat kedengaran.. Bibir Adriana tidak berhenti beristigfar.. Baju yang sudah basah dibiarkan saja

Dinding yang berada di sebelahnya dijadikan sebagai tempat menampung dirinya untuk bangkit.. Dijalan perlahan mencari pintu biliknya

Klakkkk

Kaki laju berlari menuju ke arah katil walaupun dalam keadaan gelap gelita.. Diraba seluruh katil sehingga telefon bimbitnya dijumpai .. Torchlight dibuka sebelum call log ditekan

Peluh yang menitik dibiarkan jatuh sama seperti air matanya yang tidak henti mengalir.. Butang call ditekan setelah menjumpai nama gadis itu

"Hello" suara serak basah Qaisara kedengaran di cuping telinga Adriana

"He—hello.. Qai—si—sini blackout"

"Hahhhhhh!!!"

"Tolonglahhhhhhh" tangisan Adriana yang tadi mula reda semakin kuat

"Okok tunggu jap.. 10 minit lagi aku sampai"

🌹

Tubuh Adriana yang tertidur di atas katil dipandang oleh Qaisara yang berada di atas sofa bilik Adriana..

Terlihat mata gadis itu sembab kerana menangis tadi.. Baju yang basah tadi sudah lama Adriana tukar

"Kau fobia gelap sebab dia" Qaisara tersenyum nipis

"Kau selamatkan dia dalam diam"

"Kau tahu siapa musuh dia"

"Tapi kau diam"

"Walaupun kau tak bagitahu aku, tapi aku tahu sebab aku yang selalu ada dengan kau"

"Aku bangga dengan kau Adriana" katanya sendirian sebelum melangkah ke arah tempat tidur bersebelahan Adriana

🌹

"Bila kau nak berhenti?"

"Bila dia selamat" jawapan Aryan mendapat jelingan maut daripada Danish

"Aku serious sekarang ni"

"Aku pun"

"Kau tak rasa ke benda ni akan buat Khaira marah dekat kau?"

"Aku buat benda ni untuk keselamatan dia , bukan saje-saje"

Danish mengangguk perlahan.. Betul juga!

"Lupa,, kau takkan buat sesuatu kalau benda tu tak bermanfaat" Aryan hanya membisu dan menyambung semula kerjanya yang tergendala

"Eh aku datang sini sebab nak ajak kau lunch"

"Aku lunch kejap lagi"

"Sekarang dah pukul 2 Encik Aryan Mikael,, Kau jangan sampai aku report dekat wife to be kau tu.. Mahu kena ceramah dengan dia sampai bernanah telinga"

Aryan menjeling Danish tajam,, ada hati nak ugut orang pula

"Mana yang lain?" soal Aryan sambil memakai kot yang dibuka sejak pagi tadi

"Yang lain semua busy,, ada meeting"

"Ooo kau je la takde kerja sebab tu jadi tetamu tak diundang aku"

"Diam la kau,, aku ajak lunch je pon"


















Korang kalau baca buka lagu dekat atas tak?❤️

Continue Reading

You'll Also Like

241K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
36.9K 2K 15
𝓐𝓻π“ͺ𝓡𝔂𝓷 𝓀𝓢π“ͺ𝓲𝓻π“ͺ ~ 𝓑𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻π“ͺ𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...