ADAKAH MASIH CINTA

By qtprinc3ss

846K 25.7K 961

Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Meg... More

🌺 SPECIAL INFO 🌺
ADAKAH MASIH CINTA 01
ADAKAH MASIH CINTA 02
ADAKAH MASIH CINTA 03
ADAKAH MASIH CINTA 04
ADAKAH MASIH CINTA 05
ADAKAH MASIH CINTA 06
ADAKAH MASIH CINTA 07
ADAKAH MASIH CINTA 08
ADAKAH MASIH CINTA 09
ADAKAH MASIH CINTA 10
ADAKAH MASIH CINTA 11
ADAKAH MASIH CINTA 12
ADAKAH MASIH CINTA 14
ADAKAH MASIH CINTA 15
ADAKAH MASIH CINTA 16
ADAKAH MASIH CINTA 17
ADAKAH MASIH CINTA 18
ADAKAH MASIH CINTA 19
ADAKAH MASIH CINTA 20
ADAKAH MASIH CINTA 21
ADAKAH MASIH CINTA 22
ADAKAH MASIH CINTA 23
ADAKAH MASIH CINTA 24
ADAKAH MASIH CINTA 25
ADAKAH MASIH CINTA 26
ADAKAH MASIH CINTA 27
ADAKAH MASIH CINTA 28
ADAKAH MASIH CINTA 29
ADAKAH MASIH CINTA 30
ADAKAH MASIH CINTA 31
ADAKAH MASIH CINTA 32
ADAKAH MASIH CINTA 33
ADAKAH MASIH CINTA 34
ADAKAH MASIH CINTA 35
ADAKAH MASIH CINTA 36
ADAKAH MASIH CINTA 37
ADAKAH MASIH CINTA 38
ADAKAH MASIH CINTA 39
ADAKAH MASIH CINTA 40
ADAKAH MASIH CINTA 41
🌺 ADDITIONAL INFO 🌺
ADAKAH MASIH CINTA 42

ADAKAH MASIH CINTA 13

21.4K 614 30
By qtprinc3ss

" Kau nak apa? Main terjah masuk aje! " marah Megat Haneef. Kelihatan Megat Faris tersenyum seperti kerang busuk.

" Dah pintu tak kunci aku masuk aje lah! " Megat Faris membela diri. Megat Haneef merengus kasar lalu menoleh memandang Farrahani.

" Buatkan air.. " arah Megat Haneef lalu mengucup pipi Farrahani sekilas sebelum melangkah keluar dari ruangan dapur. Megat Faris diheret menuju ke ruang tamu.

Farrahani seakan berada di awang awangan. Pipi yang dikucup Megat Haneef disentuh. Perlahan lahan bibirnya mengoyak senyuman.

" Amboi kau.. Aku ingat lepas ada yang baru kau lupa dah pada yang lama.. " ujar Megat Faris. Megat Haneef tersengih.

" For your information.. Dalam sebulan aku kahwin dengan Elliey, aku belum sentuh dia tau.. " ujar Megat Haneef selamba. Megat Faris terlopong .

" Biar betul! Ikan depan mata tapi kucing buat tak tahu? Okayy aku tak percaya! " ujar Megat Faris. Megat Haneef tergelak.

" Kau ingat aku sangap sangat ke hah? Lagipun bukannya ada guna pun kalau aku bersama dia. " Megat Haneef menekan remote control tv. Saluran 132 ditekan.

" Tak ada guna? Maksud kau? " kening Megat Faris bertaut.

" Dia kan model. Of course la nak jaga badan. Kau ingat dia tu baik hati sangat nak korbankan body shape dia semata mata nak bagi aku anak? " Megat Haneef menjulingkan matanya ke atas.

" Oooo.. I see. Membazir sel.. " Megat Faris tergelak. Megat Haneef mengecilkan matanya.

Seketika kemudian Farrahani muncul sambil menatang dulang berisi dua gelas air oren. Setelah memindahkan gelas dari dulang ke meja, dia lekas-ii bangun dan berlalu dari situ.

◾◾◾◾◾

" Farra.. " panggil Megat Haneef. Farrahani yang sedang duduk di tepi kolam menoleh.

" Kemas barang-ii kau. " arah Megat Haneef. Farrahani terkedu. Kemas barang? Megat Haneef ingin menghalaunya?

" Kemas barang. Pindah bilik atas. " terang Megat Haneef. Farrahani kelihatan lega.

" Tapi kenapa? "

" Buat aje lah.. " ujar Megat Haneef sebelum berlalu.

Farrahani melangkah ke biliknya. Baju-ii nya yang hanya disusun di atas lantai dimasukkan ke dalam beg.

" Dah? " soal Megat Haneef sambil bersandar pada pintu. Farrahani mengangguk. Beg pakaian yang dijinjing Farrahani dicapai lalu dibawa ke atas. Farrahani hanya mengikut tanpa kata.

" Ni bilik kau. " Megat Haneef membawa Farrahani ke sebuah bilik paling hujung di tingkat atas. Farrahani memerhati di segenap ruang bilik itu.

" Besarnya.. " komen Farrahani.

Usai menutup dan mengunci pintu bilik, beg pakaian Farrahani diletak di tepi almari. Lengan Farrahani ditarik sehingga gadis itu terdorong ke pelukannya.

" Now, lets continue our romance.. " bisik Megat Haneef sambil tersenyum gatal. Farrahani menelan liur. Darah mula menyerbu ke muka.

Megat Haneef mula mendekatkan wajah mereka. Bibir munggil kemerahan milik Farrahani begitu menggodanya. Disambar bibir itu dengan lembut. Perlahan lahan tubuh itu dihimpit ke katil tanpa melepaskan tautan di bibir.

Farrahani canggung. Dia berasa segan namun pada masa yang sama perbuatan Megat Haneef yang membuaikan membuatkan dirinya tidak membantah.

Kucupan Megat Haneef mula turun ke leher Farrahani. Kesan-ii merah ditinggalkan di serata leher. Megat Haneef berhenti seketika lalu bangun. Bajunya ditanggalkan lalu dilempar ke tepi. Tali pinggang dibuka sebelum kembali menindih Farrahani.

👻 ~ • skip • ~ 👻

Megat Haneef merangkul erat pinggang Farrahani. Kepala Farrahani terlentok elok pada dada bidangnya yang tidak berbaju. Gadis itu hanya diam di dalam pelukannya dan langsung tidak mahu mengangkat muka memandangnya. Malu barangkali.

Farrahani mengukir senyuman kecil. Hatinya terasa sedikit bahagia dengan layanan baik Megat Haneef. Entah apa mimpi lelaki itu tiba-ii sahaja berubah arah angin.

Farrahani mendongak memandang Megat Haneef.

" Awak tak patut ada kat sini. Nanti isteri awak balik.. " kata-ii Farrahani terhenti apabila Megat Haneef memintas.

" Alaa biarlah. Lagipun kau pun isteri aku kan? Kau still kena jalankan tanggungjawab kau.. " ujar Megat Haneef.

" Elliey kan ada? " tukas Farrahani.

" Aku tak suka perempuan papan! Kau rasa dia ada dada ke? Punggung pun tak ada kau tahu tak! " kutuk Megat Haneef. Farrahani tercengang. Wah bawang jugak mulut dia ni!

" Tak baik awak cakap macam tu.. "

" Aku cakap benda betul. Kau lain lah.. Sedang mata memandang.. Sedap lagi bila di.. "

" Awak! " wajah Farrahani sudah pun kemerahan. Megat Haneef tergelak.

" Alolo ada orang blushing lah.. " usik Megat Haneef. Farrahani menyembunyikan wajahnya di dada lelaki itu. Tidak sanggup untuk mengangkat muka memandang Megat Haneef.

◾◾◾◾◾

Setelah menghidangkan makan malam, Farrahani kembali ke biliknya. Dia cuba mengelak daripada bertembung dengan Elliey. Ini kerana lehernya yang penuh dengan kesan gigitan ' nyamuk gatal '.

Sedang Farrahani menapak anak tangga dengan kalut, mereka bertembung di atas.

" Eh Farra. Tak makan sekali? " tegur Elliey. Farrahani laju menggeleng.

" Err saya sakit perut.. Nak ke tandas. " dalih Farrahani. Dia tergesa gesa meneruskan langkahnya namun dihalang Elliey.

" Eh kejap. Kenapa dengan leher you? " soal Elliey apabila matanya menangkap kesan-ii merah pada leher gadis itu.

" Err ni err.. Saya ellergic! Saya salah makan! " bohong Farrahani dengan tergagap gagap. Peluh mula merenik di dahi.

" Ouh.. You nak ubat? Nanti I mintak Haneef belikan.. " pelawa Elliey. Farrahani laju menggeleng.

" Eh tak payah! Nanti baik lah ni! Takpe. Saya nak ke tandas dulu! " Farrahani tersenyum sebelum lekas-ii berlalu. Fuh nasib baik dia percaya. Farrahani menghembus nafas lega.

Ketika sedang menapak ke bilik, dia bertembung dengan Megat Haneef yang baru hendak keluar dari bilik untuk turun makan. Kelihatan lelaki itu tersenyum miang sambil mengenyit mata.

Farrahani hanya mengabaikan suaminya dan cepat-ii berlalu ke bilik.

Megat Haneef menapak anak tangga sambil tersenyum. Elliey mengerutkan dahinya melihat tingkah si suami. Sedari tadi lelaki itu kelihatan riang sekali.

" Baby.. Kenapa happy sangat ni? " soal Elliey sambil memandang Megat Haneef yang sedang mengambil tempat di meja makan.

" Huh? Takda apa. Saja.. " Megat Haneef mengukir senyuman manis. Elliey mengerutkan wajahnya. Something wrong.

◾◾◾◾◾

Elliey mengusung mug berisi hot chocolate ke ruang tamu. Tanpa sengaja, dia terlanggar Farrahani yang datang dari arah bertentangan. Gadis itu turut tidak perasan akan kehadiran Elliey di ruangan dapur.

Mug berisi hot chocolate yang masih panas jatuh terhempas kuat ke lantai dan mengenai kaki Farrahani. Farrahani meraung kesakitan.

" Auu! " wajah Farrahani berkerut kerut. Dia segera turun melihat keadaan kakinya yang sudah pun merah menyala dan sedikit luka kerana mug tersebut berderai.

" Farra! Sorry-ii I tak sengaja! " Elliey kalut. Dia turut membelek kaki gadis itu.

" Tak saya yang cuai. Saya buatkan hot chocolate yang baru.. " Farrahani segera mengutip serpihan kaca di lantai.

" Takpe. Sini I rawat kaki you.. " ujar Elliey. Farrahani menggeleng laju.

" Takpe.. Sikit je. " ujar Farrahani. Serpihan kaca yang dikumpul dibuang ke tong sampah. Jalannya sedikit terhincut.

" Farra! It's okayy I bersihkan. You pergi balut kaki you.. " tegah Elliey.

" Tapi.. "

" Farra! Just go okayy? Jangan risau I boleh bersihkan.. " Elliey tersenyum ikhlas. Farrahani berlalu dengan serba salah.

◾◾◾◾◾

Megat Haneef memulas perlahan tombol pintu bilik Farrahani. Dikuak perlahan lahan pintu itu sebelum melangkah masuk. Pintu ditutup semula.

Langkah kaki diatur mendekati katil Farrahani. Kelihatan gadis itu telah pun terlena. Punggung dilabuhkan di hujung katil. Kaki Farrahani yang berbalut diusap lembut.

Megat Haneef bangun dari duduknya. Wajah manis itu direnung seketika sebelum melekapkan seketika bibirnya pada dahi gadis itu. Ubun-ii Farrahani diusap lembut sebelum berlalu keluar.

◾◾◾◾◾

" You lain kali hati-ii lah. Kesian dia nak buat kerja dengan kaki sakit.. " ujar Megat Haneef.

" Tapi I tak sengaja.. " wajah Elliey mulai keruh.

" Thats why I cakap.. Hati-ii. " Megat Haneef bangun dari meja makan. Briefcase dicapai sebelum mengatur langkah ke muka pintu. Elliey membuntuti langkah Megat Haneef.

" Baby! You marah I? " soal Elliey. Wajahnya muram. Hatinya berasa sedikit pelik dengan tingkah Megat Haneef. Lelaki itu nampak marah benar jika terjadi apa-ii pada Farrahani.

" Taklah. " Megat Haneef terus melangkah ke keretanya seusai menyarung kasut. Elliey mengeluh kecil. Megat Haneef kelihatan dingin dengannya selepas dia memberitahu tentang Farrahani semalam.

◾◾◾◾◾

" Sakit lagi ke kaki tu? " soal Megat Haneef lembut. Farrahani yang sedang mengemas katilnya tersentak lalu menoleh memandang Megat Haneef.

Kelihatan lelaki itu melangkah mendekatinya sebelum melabuhkan duduk di birai katil.

" Dah okayy sikit. " jawab Farrahani sambil memandang Megat Haneef.

" Tengok. " Megat Haneef menarik Farrahani agar duduk di ribaannya. Kaki Farrahani diraih dan dibelek. Farrahani agak terkejut dengan tindakan drastik Megat Haneef.

Kelihatan kaki Farrahani masih lagi merah dan terdapat kesan koyakkan yang sudah pun kering.

" Kenapa tak balut? " soal Megat Haneef. Kaki Farrahani dilepaskan. Pinggang si isteri dirangkul erat.

" Saya rimas. Susah nak pergi toilet apa semua.. " terang Farrahani tergagap gagap. Dia sebenarnya berasa segan.

" Kenapa kau selalu blushing hm? " soal Megat Haneef sengaja ingin mengusik.

" Mana ada! " Farrahani menutup wajahnya dengan telapak tangan. Megat Haneef ketawa kecil.

To be continue..

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 47K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
97.2K 6.5K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
173K 10.6K 36
HAQEEM | MYROSE Kisah mengenai seorang gadis gemuk bernama Myrose Aeera yang kembali ke bumi Malaysia setelah 2 tahun dengan penampilan yang agak ber...
1M 31.4K 69
Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimp...