ADAKAH MASIH CINTA

By qtprinc3ss

846K 25.7K 961

Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Meg... More

🌺 SPECIAL INFO 🌺
ADAKAH MASIH CINTA 01
ADAKAH MASIH CINTA 02
ADAKAH MASIH CINTA 03
ADAKAH MASIH CINTA 04
ADAKAH MASIH CINTA 05
ADAKAH MASIH CINTA 06
ADAKAH MASIH CINTA 08
ADAKAH MASIH CINTA 09
ADAKAH MASIH CINTA 10
ADAKAH MASIH CINTA 11
ADAKAH MASIH CINTA 12
ADAKAH MASIH CINTA 13
ADAKAH MASIH CINTA 14
ADAKAH MASIH CINTA 15
ADAKAH MASIH CINTA 16
ADAKAH MASIH CINTA 17
ADAKAH MASIH CINTA 18
ADAKAH MASIH CINTA 19
ADAKAH MASIH CINTA 20
ADAKAH MASIH CINTA 21
ADAKAH MASIH CINTA 22
ADAKAH MASIH CINTA 23
ADAKAH MASIH CINTA 24
ADAKAH MASIH CINTA 25
ADAKAH MASIH CINTA 26
ADAKAH MASIH CINTA 27
ADAKAH MASIH CINTA 28
ADAKAH MASIH CINTA 29
ADAKAH MASIH CINTA 30
ADAKAH MASIH CINTA 31
ADAKAH MASIH CINTA 32
ADAKAH MASIH CINTA 33
ADAKAH MASIH CINTA 34
ADAKAH MASIH CINTA 35
ADAKAH MASIH CINTA 36
ADAKAH MASIH CINTA 37
ADAKAH MASIH CINTA 38
ADAKAH MASIH CINTA 39
ADAKAH MASIH CINTA 40
ADAKAH MASIH CINTA 41
🌺 ADDITIONAL INFO 🌺
ADAKAH MASIH CINTA 42

ADAKAH MASIH CINTA 07

17.6K 656 16
By qtprinc3ss

Megat Hakeem melangkah perlahan lahan ke balkoni apartment mewah itu. Keluhan panjang dilepaskan sambil termenung jauh.

" Abang rindukan Farra.. " bisiknya perlahan.

Iphonenya dikeluarkan dari poket. Terpampang wallpaper gambarnya bersama Farrahani.

" Maafkan abang.. " air mata bergenang di kelopak mata. Sakit kepala mula menyerang. Otaknya dirasakan bagai dicengkam dan dihempap sesuatu yang berat.

🔺🔺🔺🔺🔺

" Farra! " laung seseorang di luar sambil mengetuk pintu. Farrahani yang sedang menonton tv terus bangun menuju ke pintu.

Pintu dikuak. Matanya tertumpu pada Megat Haneef yang sedang dipapah. Mabuk lagi! Haih.

" Tepi sikit. Aku nak bawak dia masuk.. " arah Megat Faris. Farrahani akur lalu bergerak ketepi memberi laluan kepada Megat Faris untuk memapah Megat Haneef.

Megat Faris memapah sepupunya itu sehingga ke bilik tidur. Tubuh Megat Haneef dibaringkan di atas katil. Farrahani hanya memerhati di muka pintu.

" Farra! Nanti tolong mandikan dan tukar baju dia.. Dia muntah tadi. " ujar Megat Faris. Farrahani terkelu. Bagi mandi? Tukar baju? Biar betul?

" Err boleh tak kalau awak yang buat? " Farrahani tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Megat Faris mengerutkan dahinya. Hm macam ada yang tak kena.

" Haneef tak pernah sentuh kau ke? " duganya. Farrahani tersentak.

" Err.. Saya.. Err.. " Farrahani semakin buntu mencari alasan. Megat Faris tersengih.

" Hm takpala. Aku mandikan. Sediakan baju dia. " ujar Megat Faris lalu mendekati Megat Haneef. Lelaki itu dipapah dan dibawa ke bilik mandi.

Farrahani menghembuskan nafas lega. Langkah kaki diatur ke almari. Setelah menyediakan jogger pants bersama t shirt buat Megat Haneef, dia mencari cari pula surat yang dijumpai tempoh hari.

" Ish! Tak ada pun. Dia dah sorokkan kot! " Farrahani kecewa. Pintu almari ditutup. Matanya tertancap pada Megat Haneef yang dipapah Megat Faris. Sudah selesai mandi dan hanya mengenakan tuala.

" Err terima kasih sebab tolong! Saya keluar dulu. Bye. " Farrahani terus berdesup keluar.

Megat Faris hanya menggeleng perlahan. Baju dan seluar Megat Haneef dicapai lalu disarung ke tubuh. Megat Haneef yang mamai meracau sesuatu yang tidak difahaminya.

Megat Faris menolak kuat tubuh Megat Haneef apabila lelaki itu ingin menciumnya.

" Hoii gila! Ni aku lah! Faris! " jeritnya. Kelihatan Megat Haneef hanya ketawa kecil. Megat Faris mengeluh kecil. Semasa memandikan Megat Haneef tadi dia turut diraba oleh lelaki itu.

" Kau ni kemaruk sangat! Isteri sikit punya cantik, kau tak layan. Aku yang jantan ni jugak kau berkenan! " leter Megat Faris.

🔺🔺🔺🔺🔺

" Weyh Farra! " panggil Megat Haneef. Farrahani yang sedang menyiapkan sarapan tersentak. Dia menoleh memandang Megat Haneef yang masih lagi belum mandi dan sedang berdiri terpacak di belakangnya.

" Kenapa? " soalnya lembut. Sedikit kegusaran singgah di hati.

" Kau tukar baju aku? Kau mandikan aku semalam? " soalnya. Keningnya bercantum. Matanya tajam menikam Farrahani yang terkulat kulat.

" Eh mana ada! Saya suruh err.. " kata-ii Farrahani terhenti. Siapa lelaki semalam tu eh? Alaa lupa nak tanya nama!

" Suruh apa? " soalnya lagi dengan keras. Terkejut beruk dirinya apabila bangun dari tidur pagi tadi dirinya terasa segar dan tidak melekit serta pakaiannya sudah ditukar.

Manalah tahu semalam ada perempuan ikut dia balik dan perempuan itu yang membersihkan dirinya serta menukar pakaian. Dan.. Bagaimana kalau dia tidur dalam keadaan mabuk bersama perempuan itu? Shit! Aku taknak jadi bapak lagi!

Jika dahulu, abangnya yang akan memandikan dan menukar pakaiannya jika dia pulang dalam keadaan mabuk. Tapi sekarang abangnya tiada. Siapa yang buat? Takkan Farrahani. Macam tak percaya je.

" Saya tak tahu nama dia.. Dia tinggi macam awak. Kulit macam awak. " terang Farrahani. Wajah Megat Haneef berkerut.

" Kau cakap fasal siapa nih? "

" Err dia.. Rambut dia perang-ii lepastu dia buat line dekat tepi ni. " ujar Farrahani sambil menunjuk bahagian tepi kanan kepalanya.

" Oh.. " barulah Megat Haneef faham siapa yang dimaksudkan Farrahani.

" Tu Megat Faris. Sepupu aku. " ujarnya sebelum berlalu meninggalkan ruangan dapur.

Fuh nasib baik Faris.

🔺🔺🔺🔺🔺

" Malam ni aku nak makan. " ujar Megat Haneef sepatah sebelum berlalu naik ke bilik. Farrahani hanya mengangguk faham.

Megat Haneef duduk di birai katilnya sambil termenung.

" Kesian pulak tengok dia. Haih.. Kalaulah kau bukan punca mak bapak aku mati. Mesti aku takkan layan kau teruk macam ni.. " gumamnya perlahan.

Bingkai gambar yang elok berdiri di meja lampu tidur dicapai. Wajah mummy dan daddynya diusap.

Adik rindu mummy dengan daddy.. Kenapa mummy dengan daddy tinggalkan adik? Abang pun tinggalkan adik. Adik tak ada sesiapa..

Mata Megat Haneef semakin merah menahan air mata yang bergenang.

~ • flashback • ~

" Kau perempuan! Kau bunuh mak bapak aku! Sial! " jerit Megat Haneef sambil berura ura mahu menyakiti Farrahani namun ditegah Megat Hakeem. Farrahani hanya menikus di penjuru dinding hospital sambil menangis.

" Adik. Sudahlah. Bukan salah dia! Benda dah nak jadi dik.. " pujuk Megat Hakeem.

~ • flashback • ~

Raihana dan Megat Hazren telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan secara tiba-ii sebelum merempuh kereta Farrahani dan terjunam ke dalam gaung.

Farrahani hanya cedera ringan manakala Raihana dan Megat Hazren meninggal dunia di tempat kejadian. Oleh kerana itu, Megat Haneef menyalahkan Farrahani kerana dianggap sebagai punca ibu dan bapanya kemalangan.

Dan dari peristiwa itu juga Megat Hakeem telah berkenalan dengan Farrahani dan bercinta.

Megat Haneef melepaskan keluhan kasar. Teringat pula akan kata-ii abangnya.

" Adik.. Kemalangan tu berlaku sebab Allah dah tetapkan. Kalau Farrahani tak ada waktu tu sekalipun, mummy dengan daddy tetap akan kemalangan sebab dah memang takdir yang tertulis macam tu.. "

Megat Haneef tersentak apabila pintu biliknya diketuk.

" Nak apa? Masuk ah. " ujarnya

Tersembul wajah Megat Faris.

" Hah kau.. Kenapa? Tak ada angin tak ada ribut tiba-ii muncul. " ujar Megat Haneef lalu bersandar pada kepala katil. Kotak rokok dicapai. Satu puntung rokok dikeluarkan dan dinyalakan.

" Ni haa. Kau tertinggal dekat dalam kereta aku semalam. " Megat Faris menghulurkan telefon bimbit milik Megat Haneef lalu duduk di birai katil.

" Ouh. Kereta aku? " soalnya.

" Macam biasa. Aku suruh Deyz hantarkan. " jawab Megat Faris. Deyz merupakan rakan baik mereka merangkap pengurus kelab malam yang mereka sering kunjung.

" Okayy alang-ii kau datang. Dinner sini. Farra masak. " pelawa Megat Haneef. Megat Faris tersengih.

" Cakap fasal Farra.. Aku nak tanya. Asal kau belum sentuh dia eh? Bukan kau pantang nampak perempuan ke? " soal Megat Faris. Megat Haneef ketawa sinis.

" Aku tak berminat dengan pembunuh. Aku kahwin dengan dia sebab Hakeem je. " ujar Megat Haneef sambil menghembuskan asap rokok.

" Asal kau tanya? Kau nak dia ke? " soal Megat Haneef lagi.

" Kalau kau bagi.. Aku on je. " Megat Faris sengaja mahu menduga.

" Tak payah nak gatal. Banyak lagi perempuan yang lagi cantik dari dia sesuai untuk kau.. " ujar Megat Haneef.

Megat Faris tersenyum kecil. Tak bagi pulak.. Ego!

" Nif.. Dia tak salah lah. Kau tak rasa bersalah ke dengan abang kau? Kau kata kau sayang dia tapi kau sia-ii kan amanah dia. " nasihat Megat Faris dengan lembut.

Megat Haneef terdiam.

" Aku tahu kau dera dia. Aku nampak lebam-ii dekat muka dia. "

" Aku tahu kau sedih sebab kau hilang parents kau tapi sedarlah Nif.. Dia sendiri pun tak mintak semua ni jadi. "

" Aku tahu kau baik. Kau tak kejam macam ni. Mana Haneef yang dulu? Haneef yang tak sukakan kekerasan.. Mana dia? "

" Haneef tu dah hilang. Dia dah terkubur bersama mak bapak dia yang dah mati. " ujar Megat Haneef perlahan namun keras.

" Aku bukan nak tunjuk baik tapi Nif.. Kau tak patut buat dia macam tu. Kalau abang kau tahu, mesti dia kecewa dengan kau. "

" Dia sayangkan Farra sampaikan dia sanggup berkorban. Dia tak sanggup nak tengok Farra sedih bila tengok dia mati so that dia mintak kau gantikan dia sebab dia nak kau bahagiakan Farra. "

" Kalau ya pun kau tak boleh nak cintakan dia.. Just treat her as a human. Don't abuse her. She's just a weak girl. She need your protection. "

" Fikir-ii lah apa yang Abang Hakeem rasa kalau dia tahu apa yang kau buat pada Farra. "

" Aku balik dulu. Kalau kau nak share apa-ii ke ada masalah ke, kau cari je aku. Aku ada. " Megat Faris menepuk bahu Megat Haneef sebelum berlalu. Megat Haneef termenung jauh.

To be continue..

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 50.4K 69
COMPLETE βœ… (The Best Floriarity Romance 2020πŸ…) (TopπŸ₯ˆNovelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
5.7K 166 33
α΄Ήα΅ƒα΅α΅–α΅˜α΅α΅ƒΚ° α΅ƒα΅α΅˜ α΅α΅‰βΏΚ²α΅ƒα΅ˆβ± αΆœα΅ƒΚ°α΅ƒΚΈα΅ƒ α΅ˆα΅ƒΛ‘α΅ƒα΅ α΅ˆα΅˜βΏβ±α΅ƒ α΅α΅‰Λ‘α΅ƒα΅–α΅α΅˜? α΄„Κœα΄€Κœα΄€yα΄€ ᴍᴀyα΄€ & κœ°α΄œΚ€qα΄€Ι΄ α΄€ΚŸ-Qᴀᴍᴀʀ Dear Diary Of Sadness Live, Chahaya Maya. Sesungguhnya, kehadiran dia...
1.1M 48.1K 67
Syafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan...
493K 17.1K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...