ADAKAH MASIH CINTA

By qtprinc3ss

846K 25.7K 961

Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Meg... More

šŸŒŗ SPECIAL INFO šŸŒŗ
ADAKAH MASIH CINTA 01
ADAKAH MASIH CINTA 02
ADAKAH MASIH CINTA 04
ADAKAH MASIH CINTA 05
ADAKAH MASIH CINTA 06
ADAKAH MASIH CINTA 07
ADAKAH MASIH CINTA 08
ADAKAH MASIH CINTA 09
ADAKAH MASIH CINTA 10
ADAKAH MASIH CINTA 11
ADAKAH MASIH CINTA 12
ADAKAH MASIH CINTA 13
ADAKAH MASIH CINTA 14
ADAKAH MASIH CINTA 15
ADAKAH MASIH CINTA 16
ADAKAH MASIH CINTA 17
ADAKAH MASIH CINTA 18
ADAKAH MASIH CINTA 19
ADAKAH MASIH CINTA 20
ADAKAH MASIH CINTA 21
ADAKAH MASIH CINTA 22
ADAKAH MASIH CINTA 23
ADAKAH MASIH CINTA 24
ADAKAH MASIH CINTA 25
ADAKAH MASIH CINTA 26
ADAKAH MASIH CINTA 27
ADAKAH MASIH CINTA 28
ADAKAH MASIH CINTA 29
ADAKAH MASIH CINTA 30
ADAKAH MASIH CINTA 31
ADAKAH MASIH CINTA 32
ADAKAH MASIH CINTA 33
ADAKAH MASIH CINTA 34
ADAKAH MASIH CINTA 35
ADAKAH MASIH CINTA 36
ADAKAH MASIH CINTA 37
ADAKAH MASIH CINTA 38
ADAKAH MASIH CINTA 39
ADAKAH MASIH CINTA 40
ADAKAH MASIH CINTA 41
šŸŒŗ ADDITIONAL INFO šŸŒŗ
ADAKAH MASIH CINTA 42

ADAKAH MASIH CINTA 03

19.5K 734 21
By qtprinc3ss

Megat Haneef merenung pantulan cermin yang memaparkan dirinya segak berbaju melayu putih lengkap.

" Betul ke apa yang aku buat ni? " gumamnya perlahan.

" Terima kasih.. " tegur satu suara dari belakang. Megat Haneef tersentak. Barulah dia perasan Megat Hakeem sedang memandangnya dengan pandangan seribu perasaan.

" Kem. Percayalah aku akan lebih sakitkan dia nanti. Aku benci dia. Aku takkan mampu bahagiakan dia macam yang kau harapkan! " Megat Haneef pusing menghadap abangnya. Megat Hakeem tersenyum tawar.

" Kau boleh. " Megat Hakeem memegang bahu adiknya.

" Dia layak untuk rumah tangga yang bahagia. Kau sendiri boleh fikir kan macam mana kalau aku mati dalam usia perkahwinan kami yang sangat singkat. Dia mesti sedih dan aku tak sanggup untuk tengok dia meratap pemergian aku. " luah Megat Hakeem.

" Stop talking nonsense! You are not dying. Kita boleh cari pakar terbaik untuk rawat kau! " tegah Megat Haneef. Tidak sanggup untuk hilang satu-ii nya abang dan keluarga yang dia masih ada.

" Segak adik abang. " Megat Hakeem mengelak dari berbicara tentang rawatan. Penyakitnya tidak dapat diubati lagi. Dia berada di tahap terakhir. Dia hanya perlu berserah kerana pada bila-ii masa sahaja nyawanya boleh diambil.

" Pengantin? Boleh turun sekarang? Tok kadi dah sampai! " Megat Faris menerjah masuk ke dalam bilik. Megat Faris adalah sepupu mereka.

" Dah! " jawab Megat Hakeem lalu memimpin adiknya ke muka pintu. Wajah Megat Faris berkerut.

" Aik? Kenapa Nif? Bukan abang? " Megat Faris keliru. Megat Hakeem tersenyum.

" Jangan maklumkan apa-ii pada pengantin perempuan. Ingat! " pesan Megat Hakeem kepada Megat Faris. Megat Faris hanya mengangguk meskipun hatinya tertanya tanya.

🔺🔺🔺🔺🔺

Farrahani memandang susuk tubuh bakal suaminya yang membelakanginya. Entah kenapa hatinya berasa ragu-ii. Susuk tubuh lelaki itu nampak lain.

" Megat Haneef Megat Hazren.. "

" Saya.. "

Farrahani terkelu. Otaknya cuba memproses apa yang didengari. Megat Haneef? Bukankah itu adik Megat Hakeem yang membenci dirinya? Tapi kenapa?

Farrahani mendongak apabila mendengar saksi sudah pun mengesahkan akad yang dilafaz. Liur ditelan kesat apabila melihat wajah yang sedang menghampirinya.

Megat Haneef? Kenapa? Mana Megat Hakeem? Mana lelaki yang telah berjanji akan menjaganya? Adakah lelaki itu telah meninggalkan majlis dan adiknya terpaksa menjadi galang ganti? Fikirannya buntu.

Megat Haneef melutut di hadapan Farrahani. Tiada senyuman yang terukir di bibir. Hanya riak bengis yang tidak ceria menghiasi wajahnya.

Seluruh tetamu tergamam kerana Megat Haneef yang melafazkan akad. Setahu mereka Megat Hakeem yang akan berkahwin namun didiamkan sahaja. Masing-ii berpendapat mereka yang tersalah.

Mak Senah dan Aina saling berpandangan serta terpinga pinga. Mereka turut terkejut dengan pengantin lelaki Farrahani. Mereka tidak bersuara namun akal mereka ligat berfikir.

Farrahani teragak agak ingin menghulur tangannya untuk disarung cincin. Mak Senah memandang tajam Farrahani sebelum dia menolak tangan gadis itu. Megat Haneef menyarungkan cincin dengan lekas-ii. Dahi Farrahani dicium tidak ikhlas.

🔺🔺🔺🔺🔺

" Apa semua ni? Mana Hakeem? " selesai sahaja majlis akad nikah, Farrahani terus menyerang Megat Haneef. Megat Haneef hanya menayang wajah ketat.

" Saya tanya ni! Mana Hakeem? " soal Farrahani lagi. Suaranya mulai kendur. Wajahnya yang mendung merenung tepat wajah bengis Megat Haneef namun lelaki itu hanya melempar pandangan ke arah lain.

" Abang kat sini.. " tegur satu suara dari belakang. Farrahani menoleh.

" Abang.. " Farrahani melangkah mendekati Megat Hakeem.

" Apa semua ni? Kenapa bukan abang yang kahwin dengan Farra? Kenapa Haneef? " soal Farrahani tidak sabar untuk mendengar penjelasan Megat Hakeem.

" Aku tak cintakan kau sebabtu bukan aku yang kahwin dengan kau. Aku nak main-ii je. Haneef terpaksa ganti tempat aku sebab nak jaga maruah kau. " dengan berat hati, Megat Hakeem terpaksa mengeluarkan ayat itu. Rasa sebak di hati dan sakit yang mencengkam dikepala ditahan.

Farrahani tersentak. Jantungnya seakan akan berhenti berdegup. Megat Haneef hanya diam memandang lantai.

" Apa abang cakap ni? Abang tak bermaksud pun kan? Tolong cakap Farra yang semua ni prank je. Abang! Tak kelakar la! " suara Farrahani kedengaran sebak. Tubir mata yang berat sudah tidak dapat menampung air matanya.

Perlahan lahan mutiara-ii jernih turun membasahi pipi mulusnya. Matanya yang berkaca memandang wajah Megat Hakeem dengan penuh rasa kecewa.

Megat Hakeem melempar pandangan ke arah lain. Dia tidak sanggup melihat wajah sedih Farrahani lagi-ii apabila air mata gadis itu sudah jatuh.

" I am telling you the truth. Aku tak cintakan kau. Aku hanya nak mainkan kau sebab aku nak balas dendam atas kematian mak bapak aku. " Megat Hakeem terpaksa mengeluarkan kata-ii yang sama sekali tidak benar.

Megat Haneef mendongak memandang wajah abangnya. Dia tahu lelaki itu terpaksa. Abangnya benar-ii menyintai Farrahani sehinggakan sanggup dirinya dibenci daripada diratapi.

" Panggg.. "

Megat Hakeem terkedu. Pipinya yang perit akibat ditampar Farrahani diraba perlahan. Kepalanya semakin berpinar namun digagahi diri untuk bertahan. Dia tidak kisah jika dia ditampar mahupun dibunuh oleh gadis itu. Dia benar-ii menyintai Farrahani.

Dada Farrahani turun naik menahan amarah di dada. Tega sekali lelaki itu mempermainkannya sedangkan dia mencintai lelaki itu dengan tulus.

Megat Haneef mengetap rahang menahan geram. Berani sungguh gadis itu menampar Megat Hakeem. Jika diikutkan hati mahu sahaja dilempang kembali gadis itu namun ditahan. Farrahani tidak mengetahui kebenaran.

" Terserah kau nak anggap aku apa. Yang penting aku puas sebab dapat mainkan hati kau. " Megat Hakeem berpaling dan terus melangkah dari situ. Dia pantas mengatur kaki menuju ke biliknya. Denyutan di kepala semakin menggila.

Farrahani terduduk di lantai. Bahunya terhincut hincut akibat esakan yang semakin menggunung. Megat Haneef tersenyum sinis. Suka benar hatinya melihat gadis itu menangis.

Macam itulah yang aku rasa bila mak bapak aku mati. Dasar pembunuh!

Megat Haneef mendekati Farrahani. Dia duduk mencangkung di hadapan gadis itu. Rahang gadis itu dicengkam kuat dan dipaksa agar memandangnya.

" Welcome to hell! " Megat Haneef tersenyum sinis. Farrahani terkesima.

Rahang Farrahani dilepas kasar dan terus bangun. Sebelum berlalu..

" Alang-ii kau dah jadi isteri aku, biarlah aku siksa kau cukup-ii. Aku akan pastikan hidup kau tak pernah bahagia! " ucap Megat Haneef dengan keras lantas mengatur langkah. Api dendam begitu membara membakar hatinya.

Farrahani terkelu. Dia bungkam. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Kata-ii Megat Haneef menakutkannya. Dia tahu Megat Haneef membenci dirinya dan tidak mustahil jika lelaki itu benar-ii akan menyakitinya.

Ibu.. Tolong Farra. Apa yang perlu Farra buat? Kenapa semua ni jadi dekat Farra? Farra tak layak ke untuk bahagia?

Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Terlepas dari makngah dan Aina, terperangkap pula dengan Megat Haneef. Dia buntu.

To be continue..

So best tak? If sampai bab 10 still tak ada sambutan, author unpublish haha kbye

Continue Reading

You'll Also Like

101K 6.6K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
497K 17.2K 70
( In editing process...) š€š‘ - š‘š€š˜š˜š€š - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
339K 14K 26
[Status: Completed ] Tak tahu macam mana boleh dia terlalu suatu lorong sunyi membuatkan dia terlibat menjadi saksi satu kes perbuatan kejam. Hidupny...
93.6K 4.8K 51
Dia. Balqis Qaisara. Seorang gadis yang baru nak menginjak usia 18 tahun. Belum pun menginjak usia 20-an, hidupnya sudah dibanjiri kisah cinta yang...