Alexander Helena

By Nasyahani

99.4K 4K 384

cover by @-yourinternetgf ▶️ Presents to you, not a cliche one and an unpredictable love story between Carla... More

beginning of Alexander Helena
p r o l o g
0 1 | hola, malaysia!
0 2 | glance
0 3 | stalker
0 5 | bad news
0 6 | meet
0 7 | savior
0 8 | trouble
0 9 | target
1 0 | face
1 1 | enemies
1 2 | truth
1 3 | Razfel
1 4 | Syed's
1 5 | will
1 6 | take
1 7 | bump
1 8 | time
1 9 | shock
2 0 | reasons
2 1 | siblings
2 2 | 'Rish'
2 3 | miss
2 4 | test
2 5 | "what?.."
2 6 | deaths
2 7 | Charles
2 8 | visit
2 9 | "...killer"
3 0 | discuss
3 1 | preparation
3 2 | preparation II
3 3 | preparation III
3 4 | preparation IV
3 5 | D-day
3 6 | revenge
3 7 | reception
3 8 | fall
3 9 | safe
4 0 | "menyesal"
4 1 | "our fault"
4 2 | rage
4 3 | "selfish"
4 4 | advice
4 5 | "we've missed something"
4 6 | worried
4 7 | new target
4 8 | dead
4 9 | "too late"
5 0 | past

0 4 | drama

2.2K 105 8
By Nasyahani

Alex's POV

"Alex!"

Ah, apa lagi dia nak daripada aku? Menyusahkan aku la!

Lambat-lambat aku bangun, berjalan malas ke arah dapur.

"Hm, ada apa?" soalku. Dia menjelingku tajam. Heh, kisah apa aku dengan jelingan dia. Cukuplah childhood aku dipenuhi dengan mimpi ngeri.

"Dah pandai nak lawan aku sekarang huh? Kau ingat kau hebat sangat?!" jerkahnya lantang sambil menghentak tangannya ke meja. Tak lama kemudian, dia berdesis perlahan lalu meniup tangannya.

Sakit la tu.

Well, ladies and gentleman, introduce to you the arrogant 'Datin' Hazirah atau nama sebenarnya Zubaidah binti Abu. Aku pun tak faham kenapa dia ubah nama dia lepas kahwin dengan arwah ayah aku.

Yes, you read it right. Ayah aku dah lama tak ada, tapi kenapa dia masih guna title Datin? Heh. Tak sedar diri.

"Aku dah lama berani. Kau je tak tau." Selamba aku membalas. Puan Zubaidah tersenyum sinis.

"Kau jadi macam ni mesti sebab kawan-kawan kau kat kafe tu kan? Diorang yang ajar kau untuk kurang ajar dengan aku kan?! Eh, sedar sikit! Aku ni mak tiri kau!"

Suaranya mula naik seoktaf membuatkan aku mendengus kasar. Mata hazelku tajam merenung wanita tua ini. Nafas mula naik turun dengan kasar, tidak teratur.

"Jangan nak libatkan diorang la makcik! Aku yang ajar diri aku sendiri jadi macam ni sebab kau tu memang layak diajar!"

Pap!

Satu tamparan dihadiahkan ke pipiku, sebagai balasan aku berkasar dengannya.

"Eh budak, kau masih tak reti kenang budi kan? Cukup baik aku tak buang kau dari rumah ni lepas mak kau mampus!"

Pap!

Giliran aku naik tangan ke pipinya. Agak berbisa tanganku tapi hatiku puas bila melihat hujung bibirnya berdarah.

"Kau kutip aku pun untuk jadi anjing kau! Bukannya kau layan aku macam anak kau! Eh aku penat la jadi anjing kau untuk berbelas tahun ni."

"Kau jangan lupa. Bila-bila masa je aku boleh ambil balik rumah ni. Lagi sekali, kalau aku dengar kau hina arwah mama, aku takkan teragak-agak untuk tendang kau dan Erin keluar dari rumah ni! Faham?!"

Aku terus meluru laju ke bilikku lalu melanggar bahunya membuatkan gelas di tangannya jatuh ke lantai.

Prang!

"Alex!" Panggilannya membuatkan aku berhenti melangkah, namun tidak menoleh.

"Nak apa?"

"Kau kemas ni sekarang!"

Eh, dia yang pecahkan suruh aku kemas pulak?

"Gelas tu bekas arak kau, rasa jijik aku nak sentuh. Jadi, kutip la sendiri. Adios." kataku lalu berjalan masuk ke bilik.

Tombol pintu dibuka lalu ditutup kembali. Badan terus direbahkan ke atas katil. Keluhan berat dilepaskan. Mata merenung ke langit.

Hm, bilik aku memang tak ada siling. Aku ubah suai bilik aku dan pasang tingkap lutsinar guna duit aku sendiri.

Bintang yang bertaburan di dada langit malam ini benar-benar menghangatkan hatiku. Tangan kanan dibawa ke belakang kepala membuatkan aku separuh terdongak.

I miss you. All of you.

"Arghhh!"

Aku mendengus kasar. Drama apa pulak dia buat malam-malam ni? Aku tidak mengendahkan jeritannya lalu menyambung anganku.

"Mama! Oh my God, apa dah jadi ni?! Mama! Wake up, ma!"

Oh, orang putih sungguh dia kejutkan mak dia.

Wait, kejutkan?

It's hell. Tunggu la Alex anak dia main ketuk-ketuk ramadan dekat pintu bilik kau.

Tok! Tok! Tok!

Gila ganas! Tu pintu aku la oi!

"Alex! Alex! Alex! Apa kau buat dengan mak aku hah?!"

"Kau keluar sekarang Alex! Keluar!"

Huh, drama swasta episod 1000 dah kembali malam ni.

×××

"Helena."

Elena mengangkat wajah dari membelek fail syarikat. Wajah Izmeer terpampang di muka pintu pejabat peribadinya.

"Oh Meer, have a seat." Izmeer melangkah masuk lalu duduk di hadapan Elena.

"What brings you here, bro?" Fail-fail yang menimbun disusun rapi.

"Hun,"

Tangan Elena yang ligat bergerak menyusun fail terus terhenti. Nafas dhela perlahan.

"Shoot, Meer." Duduknya dibetulkan. Shawl yang dirasakan sedikit berkedut turut dibetulkan.

"Kau nak buat apa dengan budak tu?"

"You mean, Hairi?"

Izmeer mengangguk. Elena merengus perlahan.

"Aku nak tau, kenapa BD hantar dia untuk stalk aku. Aku tak rasa kali ni dia main-main. He wants to play with me."

Izmeer menyandarkan tubuhnya ke belakang kerusi. Mata kelabunya masih tajam menatap mata biru laut milik Elena.

"Maksud kau?"

"Dia nak satu nyawa daripada aku. Tapi, aku tak pasti dia nak nyawa siapa."

Elena berdiri lalu berjalan di sekitar pejabatnya. Dia berhenti di hadapan satu frame gambar. Frame itu dicapai.

"Dia tau pasal Alex?"

Dug.

Jantung Elena bagai terhenti seketika saat nama Alex disebut oleh Izmeer. Frame di tangan diteliti. Tulisan kecil di hujung gambar dibaca.

'My only one son, Alexander Nuhayl.'

"Dia tak boleh tau, Meer. He's in dangerous kalau dia tau yang anak Ian Hanafi masih hidup lepas 20 tahun dia bunuh uncle. Dia tak boleh tau." ujar Elena sambil menggenggam erat hujung frame tersebut.

"Wait, Alex ada dekat situ?"

Elena berpaling ke arah Izmeer. Dahi dikerutkan.

"Uncle Emir tak bagitau kau ke?" Izmeer menggeleng.

"Alex saw everything. From the beginning until the end."

×××

"Look what have you done to her, Alex!"

Alex terkebil-kebil melihat Puan Zubaidah yang terbaring di lantai. Darah mengalir sedikit daripada tangannya.

"Tengok apa?" Alex memandang Erin dan Puan Zubaidah bergilir-gilir.

Erin memandang tajam Alex.

Dia boleh tanya tengok apa?!

"Kau ni, harap muka je handsome tapi otak bengap!"

Alex jeling Erin. Senyum sinis ditayang.

"Bukan kau ke yang bengap sekarang ni? Terang lagikan bersuluh dia pengsan gila! Dia cuma kelar lengan! Bukannya kelar nadi!"

Muka Erin memerah. Dia memandang kembali tubuh ibunya terbaring tidak sedarkan diri.

Benar. Darah mengalir betul-betul di lengan, bukan pergelangan tangan.

Aduh ma, apa ni?! Buat malu Erin je la mama ni! Dengus Erin dalam hati.

"So, pandai-pandai kau la settle mak kau eh? Bukan salah aku."

Alex terus berjalan selamba masuk ke dalam biliknya kembali.

Haha, drama tak menjadi la guys.

"Alex!"

Langkah Alex terhenti. Muka dipalingkan sedikit.

"Apa lagi?"

"Mak aku, tak bernafas!" jerit Erin cemas. Alex tersengih sinis.

"Dia pengsan, belum mati lagi!"

Erin menggeleng. Tangannya terus mencapai tangan Alex lalu terus diletakkan ke bawah hidung Puan Zubaidah.

"Tak ada rasa pernafasan kan? Tak ada kan?" Alex terkedu untuk seketika.

"Call ambulans. Aku tak rasa dia pengsan sebab darah yang tiga titik je keluar."

Erin terus mencapai telefonnya lalu mendail nombor kecemasan. Alex terus memerhati tubuh Puan Zubaidah.

Great game old woman.

×××

Elena's POV

Touch me like you touch nobody,
Put your hands all up on me,
Tired of hearing sorry,
Kiss and make, kiss kiss and make up~


Aku terus capai iPhoneku yang elok terletak bersebelahan Macbook Air. Tertera nama Razfel. Aku terus slide ke ikon hijau. Telefon ditekapkan ke telinga.

"Helo?"

"Hola cik muda! Balik Malaysia tak cakap eh?"

"Apasal? Nak jemput aku dari airport ke?"

"Hahaha memang tak la! Aku saja call kau. Bosan la."

Aku sengih sinis. Dasar anak buah tak sedar diri. Solo baru nak call bos. Kalau ada partner huh, batang hidung pun tak nampak.

"Kau kat mana gila? Sunyi je sekeliling kau."

Razfel senyap seketika.

"Depan rumah suami kau la." Bibir bawah aku ketap kuat.

Geramnya aku dengan Razfel ni la!

"Kejadah kau suami aku! Kahwin pun belum la sengal!" Razfel gelak kuat.

"Gurau. Tapi kan, aku nampak ambulans datang sini la. Nanti aku call kau balik."

"Follow them."

"Alright. I'll call you back."

Tut. Talian diputuskan.

Ambulans? Siapa sakit? Dia ke? Eh, tak mungkin. Hari tu aku nampak dia sihat walafiat je. Tak mungkin dia jatuh sakit tiba-tiba.

Ah, tak boleh jadi ni!

Dompet aku masukkan ke dalam poket seluar. Shawl hitam dililit ke kepala lalu hoodie hitam disarung ke tubuh. Aku terus bergegas turun ke bawah menuju ke rak pameran kunci kereta.

Hm, Audi seems good for this time.

Kunci Audi R8 aku ambil lalu kaki laju melangkah ke arah rak kasut. Converse hitam dicapai lalu disarung.

Apa lagi yang tertinggal?

Ha! Fael!

"Fael! Aku keluar kejap! Bye!"

Punat kunci kereta ditekan. Pintu dibuka lalu memboloskan tubuh ke dalam. Pintu utama penthouse tertutup dengan sendirinya setelah aku mengimbas retina mataku. Setelah menghidupkan enjin, keretaku terus berjalan keluar dari perkarangan rumah.

"Hospital. Hospital. Hospital," gumamku sambil mengetuk stereng kereta. Seketika aku tersedar.

"Kejap, dia pergi hospital mana hah? Aduh Lena! Bengapnya kau ni!" omelku sendiri memikirkan kebodohan yang tiba-tiba datang menyinggah.

iPhoneku yang terletak di phone holder menyala.

Incoming call...
Razfel.

Aku menekan punat handsfree yang berada di sebalik shawl aku.

"Helo?"

"Tak ada benda lain ke selain helo?"

Sawan ke apa budak ni?

"Assalamualaikum?"

Senyap. Aik? Sentap ke brother?

"Uh, waalaikumussalam. Kau kat mana ni?"

"Kereta. Kau?"

"Hospital. Bukan dia yang sakit. Kebayan tu pengsan."

Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Alex berada dalam keadaan selamat.

"Hospital mana?"

"Prince Court. Aku pun tak tau asal ambulans tu bawa dia ke sini. Jauh nak mampus. Dahlah tank minyak aku tinggal 3 bar, nasib sempat sampai. Apa benda sia driver tu."

Sempat lagi dia mengutuk.

"Ha okey. Lagi 15 minit aku sampai."

"Okey, aku tunggu kau. Ciao."

Tut!

Eh? Mati macam tu je? Tak guna punya anak buah! Eii, rasa nak gilis dengan JCB je dengan perangai tak semenggah dia tu.

Razfel bongok.

×××

Prince Court Medical Centre.

"Macam mana keadaan dia doktor?"

Alex terus menyerbu doktor wanita itu setelah keluar dari bilik kecemasan. Erin di sebelah turut berasa cemas. Doktor wanita itu senyum nipis.

"Alhamdulillah, she's fine. Cuma, dia terlebih dos alkohol yang membuatkan tubuh badan dia lemah."

Alex senyum sinis. Tu la kau! Dah tua pun masih nak teguk air kencing syaitan tu.

Erin mengerutkan dahi.

"Habis, luka torehan kat lengan dia?" Doktor wanita itu tersengih kecil.

"Tak ada apa-apa. Itu cuma luka kecil. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu?" Alex mengangguk.

"Oh, boleh doktor." Dia mengiring sedikit ke kiri, memberi laluan kepada doktor itu.

"Thanks." ucap Alex setelah doktor melepasi dirinya. Dia mengangguk dan terus berlalu pergi.

"See? It ain't my fault. Aku tak buat apa-apa pun dekat mak kesayangan kau tu. Sekarang ni, kau pergi la jaga dia. Aku nak balik, tidur." kata Alex lalu berjalan keluar dari ruangan menunggu meninggalkan Erin yang terpinga-pinga.

Alex meraup kasar rambutnya. Nafas dihela beberapa kali. Kaki panjangnya melangkah keluar dari perkarangan hospital.

Tired asf. Tired for watching this shitty drama for years.

"Kau bernasib baik aku ada hati. Kalau tak, sejak aku umur 18 aku dah halau. 10 tahun berlalu pun masih tak berubah. Just wait and see, aku tunggu masa yang sesuai untuk halau korang. Tunggu la," omelnya lalu berjalan ke arah perhentian bas.

Telefon dikeluarkan. Aplikasi GrabCar dibuka.

"Aduh, tak ada Grab? Serius la?" Alex mendecit. Bibir diketap. Telefon digenggam. Tangan kiri naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Aku nak balik naik apa ni sia!" rungutnya lagi.

Tiba-tiba, sebuah Mazda CX-5 berhenti di hadapan Alex. Cermin tingkap diturunkan. Seorang lelaki yang memakai topi kelabu memandang Alex.

"Bro, naik la! Aku tumpangkan!"

Alex membuat muka pelik. Apahal lelaki ni tiba-tiba nak tumpangkan aku?

"Aku kenal kau la! Aku Rafiq, kau kenal kan? Aku jiran baru depan rumah kau la!"

Alex mengerutkan dahi seketika sebelum mengangguk laju. Mulutnya separa terlopong.

"Rafiq Iskandar kan?" soal Alex. Rafiq mengangguk.

"Masuk la!" Alex tersengih segan mendengar pelawaan Rafiq.

"Tak apalah bro, segan la." Rafiq tergelak kuat.

"Ala jiran sesama jiran, tak apa. Masuk je la."

"Betul ni?" Rafiq mendecit.

"Iya, masuk je la." Alex tersenyum. Pintu dibuka lalu memboloskan tubuh ke dalam.

"Thank you bro." ucap Alex sambil menepuk bahu Rafiq.

"Small matter la." balasnya lalu tersenyum sinis dalam diam. Kereta mula dipandu semula ke destinasi.

vote and comment! ♥

Continue Reading

You'll Also Like

366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
57.6K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
158K 10.2K 32
Adam Hirdy | Azalea
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...