[COMPLETED] If I Be Your Wife...

By SuamikuKacakGila27

449K 47.8K 2.3K

"Awak sudi nak jadi isteri saya?" "Eee... dahlah tanya tak romantik. Kasar." "Nak ke tak nak?" "Nak. Tapi de... More

Prologue 💦
Bab 1 💦
Bab 2 💦
Bab 3 💦
Bab 4 💦
Bab 5 💦
Bab 6 💦
Bab 7 💦
Bab 8 💦
Bab 9 💦
Bab 10 💦
Bab 11 💦
Bab 12 💦
Bab 13 💦
Bab 14 💦
Bab 15 💦
Bab 16 💦
Bab 17 💦
Bab 18 💦
Bab 19 💦
Bab 20 💦
Bab 21 💦
Bab 22 💦
Bab 23 💦
Bab 24 💦
Bab 26 💦
Bab 27 💦
Bab 28 💦
Bab 29 💦
Bab 30 💦
Bab 31 💦
Bab 32 💦
Bab 33 💦
Bab 34 💦
Bab 35 💦
Bab 36 💦
Bab 37 💦
Bab 38 💦
Bab 39 💦
Bab 40 💦
Bab 41 💦
Bab 42 💦
Bab 43 💦
Bab 44 💦
Bab 45 💦
Bab 46 💦
Bab 47 💦
Bab 48 💦
Bab 49 💦
Bab 50 💦
Bab 51 💦
Bab 52 💦
Bab 53 💦
Bab 54 💦
Bab 55 💦
Bab 56 💦
Bab 57 💦
Bab 58 💦
Bab 59 💦
Bab 60 💦
Bab 61 💦
Bab 62 (Final) 💦
Thanks From Us!

Bab 25 💦

7K 768 20
By SuamikuKacakGila27

Untuk tengah hari ini, kami semua bergerak ke Muzium Teddy Bear terlebih dahulu untuk memulakan acara bersiar-siar. Kami menaiki kereta sewa kerana untuk ke sini, kami menaiki kapal terbang. Jadi sebagai ketua pelancong, Hoseok lah yang mengeluarkan duit untuk semua itu. Siapa suruh ajak aku? Kah!

Masuk saja ke dalam, aku dah mula teruja. Melihat si kembar dan Helena pun aku dah gembira, lagikan dapat masuk ke dalam! Aku memang sukakan anak patung yang comel-comel.

"Daddy! Daddy!" Itu dia, si kembar menjerit, Helena pun ikut jerit. Aku senyum. Mulalah aksi bapak-bapak mengejar anak-anak yang berlari. Bimbang hilang, Jungkook dukung kedua-dua di kiri dan kanan, Hoseok pula mendukung Helena. Mencebik masing-masing tak puas hati. Mujur tak menangis.

Sampai di satu sudut, aku terpandang satu anak patung yang besar. Aku ternganga. Teruja punya pasal, aku mula melangkah ingin mendekati, tapi tangan aku cepat-cepat terasa dipegang erat.

"Hei, nak pergi mana?" Jimin tayang muka serius. Aku tengok tangan aku. Itu dia... genggam macam nak putus!

"Situ.." aku tunjuk. Kak Nara dan Kak Hessa dah ke haluan masing-masing dengan suami mereka. Aku dengan suami aku tersekat dekat sini. Aku berkeras juga nak ke situ, tapi Jimin buat tak tahu. Makin ditarik aku adalah.

"Bahayalah."

"Apa benda yang bahaya?!" Terasa nak mengamuk. Jimin masih buat tak tahu dan tarik aku ikut langkah kakinya yang entah pergi ke mana. Macam pergi ke kafe.

"Awak..."

"Hmm..."

"Nak pergi situ." Aku masih merengek. Sungguh, anak patung tu sangat cantik! Besar yang tak berapa besar, sesuai untuk aku peluk. Tapi itulah... ada 'daddy' besar tak bagi 'mummy' kecil nak dekat. Baru nak dekat je tau! Belum beli lagi. Huwargh!

"Jom makan." Kata Jimin. Aku akur. Aku dan dia sudah pun berdiri di hadapan kaunter, bersedia untuk membuat pesanan. Aku ingatkan dia nak lepaskan tangan. Tapi dia makin nak peluk aku! Aduh, suami siapalah ni.

"Nak makan apa?" Soal Jimin. Aku diam dan geleng. Jimin dah berdecit. Bukan marah, tapi macam nak pujuk.

"Sayang... please? Makan dulu. Baru kita pergi ke sana." Kata Jimin. Wajah aku terus segar.

"Janji?"

"Ya. Janji. Pesan dulu nak apa." Terus aku bersemangat. Disebabkan aku sekarang tengah diet, macam Jimin, jadi aku pesan yang ringan sahaja. Sekadar salad dan beberapa jenis buah-buahan. Jimin mencari tempat duduk yang agak terpencil dari semua orang dan mula makan.

"Awak nak beli anak patung tu untuk siapa? Mya?" Tanya Jimin. Aku panggung mata. Aku dah senyum panjang. Aku cuba nak bercakap, tapi Jimin dan besarkan mata.

"Habiskan dalam mulut dulu baru cakap."

"Sorry." Cepat-cepat aku habiskan dan mula bersuara.

"Mana ada untuk Mya. Dia kucing, tak reti apa-apa."

"Then?"

"Diri sendiri. Nak peluk-peluk masa tidur." Kata aku. Jimin ketawa halus dan menggeleng. Tapi kemudiannya, wajah dia mula berkerut.

"Bukan awak dah ada ke?" Aku pula kerut muka.

"Mana ada. Saya tak ada anak patunglah."

"Habis saya?" Aku diam sesaat sebelum tersenyum. Aku tekup muka dengan sebelah tangan. Malu! Jimin dah ketawa kecil.

"Awak lain, dia lain." Kata aku. Haihlah, hati. Cepat pula kau mencair sekarangkan?

"Tak payah belilah. Siapa nak peluk saya masa mengigau nanti?" Aku agak terpaku dengan ayat hasutannya.

"Awak sedar ke?" Soal aku. Jimin mendengus sinis.

"Setiap hari, bila saya bangun atau tersedar, muka saya dekat bawa lengan awak. Setiap hari. Kadang-kadang dekat dada. Dekat dada, saya boleh terima lagi. Kalau dekat bawah lengan tu..." aku terus kepitkan tubuh. Besar mata aku memandang Jimin. Oh my God. Lelaki ini sangat menyeramkan!

"Kenapa tak kejutkan saya? Eeee.. awak ni." Aku mula sumbat makanan laju-laju sebab malu. Jimin mengekek kecil.

"Tak naklah. Hilanglah bau wangi awak."

"Jimin!"

Dia terus ketawa berdekah-dekah. Mujur tak ada sesiapa yang nampak. Aku masih malu. Macam manalah keadaan aku boleh statik masa menenangkan Jimin? Bawah lengan? Lepas ni kena pakai dedorant sebelum tidur. Kalau tak... euw! Jangan bayangkan!

○ ●●●● ○

Dah2 tidur. Nanti lewat bangun sahur

Continue Reading

You'll Also Like

27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
75K 9.6K 24
Kerana satu malam, kau bertemu si dia. Start: 17/09/2020 End: 15/01/2021 Kredit poster: @crushleus
104K 8K 66
daripada pengasuh sampailah jadi isteri... Status: COMPLETE Start: 24 Oct 2018 End: 5 Oct 2020 hambar ? ofcourse
94.2K 12.3K 12
Tiada jalan pulang jika sudah tergoda. Start : 24/01/2019 End. : 16/04/2019