[COMPLETED] If I Be Your Wife...

By SuamikuKacakGila27

449K 47.8K 2.3K

"Awak sudi nak jadi isteri saya?" "Eee... dahlah tanya tak romantik. Kasar." "Nak ke tak nak?" "Nak. Tapi de... More

Prologue 💦
Bab 1 💦
Bab 2 💦
Bab 3 💦
Bab 4 💦
Bab 5 💦
Bab 6 💦
Bab 7 💦
Bab 8 💦
Bab 9 💦
Bab 10 💦
Bab 11 💦
Bab 12 💦
Bab 13 💦
Bab 14 💦
Bab 15 💦
Bab 16 💦
Bab 17 💦
Bab 18 💦
Bab 19 💦
Bab 20 💦
Bab 21 💦
Bab 22 💦
Bab 23 💦
Bab 25 💦
Bab 26 💦
Bab 27 💦
Bab 28 💦
Bab 29 💦
Bab 30 💦
Bab 31 💦
Bab 32 💦
Bab 33 💦
Bab 34 💦
Bab 35 💦
Bab 36 💦
Bab 37 💦
Bab 38 💦
Bab 39 💦
Bab 40 💦
Bab 41 💦
Bab 42 💦
Bab 43 💦
Bab 44 💦
Bab 45 💦
Bab 46 💦
Bab 47 💦
Bab 48 💦
Bab 49 💦
Bab 50 💦
Bab 51 💦
Bab 52 💦
Bab 53 💦
Bab 54 💦
Bab 55 💦
Bab 56 💦
Bab 57 💦
Bab 58 💦
Bab 59 💦
Bab 60 💦
Bab 61 💦
Bab 62 (Final) 💦
Thanks From Us!

Bab 24 💦

6.8K 743 46
By SuamikuKacakGila27

Aku memerhatikan si kembar sambil mendukung Helena yang dah lama tertidur di atas bahu aku. Adriana dan Ariana bermain-main pasir. 

Aku pula memerhatikannya dari bawah pokok. Tak jauh pun, dekat je. Sementara mummy dan daddy mereka menukar baju, tak pun berdating ke, akulah yang menjadi penjaga mereka bertiga. 

"Mummy Haerin!" Aku angkat kepala.

"Ya, Ariana? Kenapa?" Tanya aku. Ariana berlari-lari mendapatkan aku. Aku melihatnya dengan mata mengecil. Silau tapi tak ada matahari. 

"Apa ni?" Ariana menunjukkan sesuatu yang ada ditangannya. Kulit cengkerang.

"Ni cengkerang nama dia, sayang. Cuba sebut. Ceng.. ke.. rang.." aku mengajar Ariana. Ariana memerhatikan bibir aku yang sedang menyebut. Terherot-herot bibirnya mahu mengikut rentak bibir aku. Aku senyum.

"Macam mana nak sebut?" Desak Ariana lagi dengan kepelatannya. Siap pegang bibir aku tu.

"Ceng.. ke.. rang..."

"Mummy! Jangan laju-laju!" Aku ketawa. Sakit muka aku dicengkam Ariana sebab dia geram aku cakap laju-laju. 

"Ceng..." 

"Ce..." Ariana ikut.

"Ke..."

"Ke..." Ariana ikut lagi.

"Rang."

"Rang." 

"Cengkerang."

"Cekerang." Aku ketawa. Aku usap rambut keperangan coklat Ariana. 

"Mummy bagi... satu markah! Salah sebut." 

"Alahh.." panjang muncung Ariana. Aku menepuk punggungnya suapya menemani Adriana yang sendirian. Mereka berdua ni bukan boleh leka. Karang tak pasal-pasal terus hilang!

"Cengkerang." Aku terkejut dan terus laju menoleh. Jimin. Dia sudah menukar pakaiannya lebih santai. Aku tersenyum.

"Ya, cengkerang." Aku membuat suara sama seperti mengajar Ariana tadi. Jimin duduk di atas tikar yang sama dengan aku. Aku masih memeluk tubuh Helena. Jimin menongkat tubuh ke belakang menyebabkan kepala aku hampir mendarat di atas bahunya. 

"Tak panas ke ni, sayang? Helena tidur?"

"Taklah. Haah, tidur. Penat menangis tadi." Kata aku. Jimin mengangguk. Terasa tangan Jimin membetulkan rambut Helena yang berterbangan. Keadaan kami.. tak ubah seperti pasangan suami isteri yang mempunyai tiga orang anak. Okey, ni malu.

"Mya.. come to daddy." Aku pandang Jimin. Dia panggil.. Mya?!

"Apa awak bahasakan diri dekat Mya?" Tanya aku. Jimin sengih. Terus badan Mya diangkat dan diletakkan atas ribanya. Auww... comel.

"Daddy."

"Daddy?!"

"Apa? Awak bahasakan diri awak mummy dekat Mya. So why not me?" Aku ketawa tak boleh tahan. Hidup dengan Jimin, aku tak boleh berhenti ketawa. Ada je sesuatu yang mengusik jiwa aku. Hishh... pelik aku.

"Nak ambil gambar?" Tanyanya. Aku yang baru menurunkan Helena dari dukungan terus menoleh. Dan.. 

Capture

Besar mata aku.

"Jimin!" Dia ambil gambar aku tanpa amaran. Aku pantas menarik telefon bimbitnya dan melihat gambar tersebut. 

"Cantiknya," aku terharu. 

"Gambar tu jadi cantik sebab awak." Dagu aku ditarik dan dahi aku dicium. Aku terkaku sekejap. Dia suka.. cium dahi aku. 

"Terima kasih. Bagi saya tau nanti." Arah aku. Jimin angguk.

"Boleh." Kata Jimin. Tapi, aku nampak ada sesuatu yang dia buat. Dia buat gambar tu jadi...

"Awak letak dekat lockscreen?" Soal aku, tak percaya. Jimin angkat-angkat kepala. Leher aku dipeluknya. 

"No more history, now I'm just want you to be my sweet moment." 

"Auww... hati saya dah cair. Macam mana ni?" Aku buat-buat cemas sambil sentuh dada. Jimin ketawa. Buat kali pertama, dia buat aku bahagia. Bahagia sebab berjaya buat aku jatuh cinta.

"Jimin, saya rasakan, saya..."

"Hoi! Anak aku!" Aku terus pandang ke depan mendengar suara Jungkook melantang. Dan aku ternganga.

"Oh my God babies!" Aku tolak Jimin ke tepi dan berlari mendapatkan Adriana dan Ariana yang sedang mahu mendekati air. Walaupun mereka pandai berenang kerana telah dilatih dari kecil, tapi aku tak percaya! Lagi-lagi Adriana, tangannya dah nak menyentuh gigi air. Siap memuncung pula tu! Sukalah agaknya dapat lari dari perhatian aku.

"Babies, buat apa ni?! Terkejut mummy tau!"

"Mummy dengan Uncle Jimin tak layan pun Adriana panggil tadi." Aku menepuk dahi. Aku bawa kedua-dua si kembar ini ke daratan. Habislah aku, daddy dia dah bercekak pinggang.

"Sorry, Jungkook. Saya..." 

"Apa?" Aku sebenarnya nak ketawa. Baru nak bercinta kejap, dah kena marah. Cepat-cepat aku capai tuala dan lap kedua-duanya.

"Dah-dah, tak apa. Biar saya bawa ke bilik hotel. Awak dengan Jimin sambunglah bermadu kasih. Saya tak nak kacau." Kata Jungkook. Aku ketawa juga akhirnya. Adriana dan Ariana didukung oleh ayah mereka dan berlalu. Tinggal aku dan Jimin. Helena ada, tapi tidur. 

__________

AMARAN!

FANFIC DAN PART NI BANYAK GAMBAR. SEKIAN.

Continue Reading

You'll Also Like

27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
2.3K 403 18
Apabila si lelaki bernama Park Jimin dikehendaki menolong si hantu berambut blonde bernama Scarlet Jung. "EOMMMAAAAA!! HANTU MINAH TONG GAS SELUDUP M...
77.3K 397 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
1.9K 190 19
Jeon Wonwoo Short Story Dia sayang, cuma dia kasar