Epilog Cinta Mikayla

By theannemoha

404K 15.6K 518

[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
AUTHOR's NOTE
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Author's Note ✍🏻
T e a s e r
Sorry 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Bab 52
Bab 53
HELPP 🙏🏻🙏🏻
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58

Bab 4

6.9K 299 0
By theannemoha

"Muiz! Muiz!" Panggil Melissa sambil berlari anak keluar dari dalam biliknya dan masuk ke bilik Muiz kemudiannya. Muiz yang sedang leka menghadap nota untuk kertas peperiksaan terakhirnya lusa terkejut dengan tindakan Melissa.

"Kenapa?" Soalnya sambil bingkas bangun dari kerusi di meja belajar. Diri Melissa dihampiri.
Telefon di tangannya dihulurkan buat Muiz.
Skrin yang sudah gelap dibuka olehnya.

Terpampang gambar Mikayla yang sedang duduk di sebelah lelaki dalam lingkungan lewat 30-an di dalam kelab malam.

"Is she the one yang Muiz tanya hari tu?" Soal Melissa.

Muiz yang terkejut dengan apa yang dilihatnya tidak dapat memproses persoalan Melissa. Dirinya seakan tidak dapat menerima apa yang baru dilihatnya.

"Kat mana ni?" Tanya Muiz kemudiannya.

"Escapade."

"Macam mana Mel boleh ada gambar ni?" Soal Muiz lagi.

"Tadi classmate Mel bagi sebab dia nampak Izzy dekat sini. Lepas tu Mel terperasankan yang Kay ni ada sekali." Jawab Melissa sambil menarik skrin menunjukkan gambar asal yang sudah dizoom untuk melihat Mikayla seketika tadi.

Niat asalnya mahu menanya Muiz adakah itu Mikayla yang ditanya Muiz sebelum ni.

"Mel tak sangka lah yang dia jadi gro sebenarnya. Izzy tu memanglah social sikit so Mel tak pelik sangat tapi Kay ni macam nerdy sikit tau. Sekali tengok pakai top tank and skirt pendek macam ni rasa nak je pergi tengok sendiri sebab tak percaya. Tapi muka dia tak nampak happy pun duduk sebelah pakcik tua tu." Omel Melissa sambil melihat semula gambar di dalam telefonnya.

"Muiz rasa kan.. Ehh?" Melissa yang baru sahaja ingin menyoal Muiz terkejut kerana kembarnya itu sudah tiada di kerusi dan sebaik berpaling, dia dapat melihat Muiz yang berdiri di hadapan almari pakaian.

"Eh siap-siap ni nak pergi mana?" Soal Melissa yang terkejut dengan Muiz yang sedang memakai jaket coklat gelap diluar t-shirt putih bersama jeans hitam.

Melissa yang kebingungan hanya mengikuti Muiz ke muka pintu.

"I wanna see it myself." Balas Muiz sambil mengambil kunci kereta. "Mel jaga diri. Kunci pintu lepas Muiz keluar nanti." Pesannya sambil menyauk kasut Nike.

"Err. Okey." Jawab Melissa mengiakan meskipun dia masih bingung dengan sikap Muiz.

🌸🌸🌸
Berkali-kali Muiz cuba menelefon Mikayla namun langsung tidak berjawab. Hatinya mula berasa berang kerana apa yang dilihatnya seketika tadi mungkin betul.

Mesej kemudiannya ditaip.

You kat mana?

Tiada jawapan.

"Arghh!" Jeritnya sedikit kuat sambil menghentak stereng kereta.

"Someone please tell me this is not true."

"Someone please tell me this is not true."

"Someone please tell me this is not true."

Muiz mengulang ayat tersebut beberapa kali seolah-olah sedang membaca mantera.

"Why should I care about her? Entah-entah dia dah lama buat kerja terkutuk tu." Omel Muiz perlahan.

Sedar tak sedar, dia kini sudah berada di hadapan kelab malam yang bernama Escapade itu.

Jarinya dilekapkan di dahi, memicit-micit kepala yang terasa sakit tiba-tiba. Tangan kirinya menelefon Mikayla sekali lagi sebelum dia nekad melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut.

Masih sama. Langsung tiada jawapan.

Muiz keluar dari kereta yang sudah di parking sebelum masuk ke dalam bangunan tersebut.
Keadaan yang bingit merimaskan Muiz. Entah betul atau tidak tindakannya masuk ke tempat yang terkutuk ini.

Matilah Muiz kalau Datuk Mus tahu.

Mata melilau melihat keadaan sekeliling yang gelap dan hanya disirami lampu berwarna warni dan Muiz memfokuskan penglihatannya untuk mencari Mikayla di dalam kelab tersebut.

Beberapa wanita menyapanya untuk menjadi temannya malam ini namun ditolak Muiz dengan mengatakan dia sudah mempunyai teman.

Berhampiran dengan tempat tarian, Muiz dapat menangkap wajah Mikayla yang baru sahaja berdiri kerana ditarik oleh lelaki yang Muiz lihat dalam gambar di rumah seketika tadi.

Tubuh Muiz terasa menggeletar dengan apa yang dilihatnya dan tanpa sedar kaki Muiz mulai menghampiri mereka.

"Come on darling. Just one dance with me." Pelawa lelaki tersebut.

Mikayla hanya mengeleng. "I don't know how to.." Jawabnya cuba menolak dengan cara baik.

"Who cares. You just dance with your own way. No one really cares." Marah lelaki tersebut.

Muiz menepuk bahu lelaki tersebut.

"Excuse me. May I talk to her for a while?" Ujar Muiz dengan riak tegas namun dia cuba berlagak tenang.

Lelaki itu menolak Muiz dengan sedikit kuat. "What the heck dude?! She's my company for tonight. I already paid her to entertain me." Balasnya sambil merengus.

"How much did you pay her?" Soal Muiz.

"250 bucks." Balasnya tanpa perasaan.

Muiz telan liur. 250 dollar untuk satu malam? Dia cuba menenangkan diri sebelum memberikan respons.

"I can repay you more. 300? Or just choose any other hot chick in here. The one with you is so suck at bed. I'm settling my bed issue with her." Tawar Muiz kepada lelaki tersebut dengan yakin meskipun dia sendiri segan dengan ayat yang keluar dari mulutnya.

Riak wajah pelanggan Mikayla sedikit kendur. Seolah terbeli dengan kata-kata Muiz memandangkan layanan Mikayla yang hambar terhadapnya. "I'lll take your offer. She's bad at entertaining me anyway and yet she could be bad in bed too. So annoying. Give me the money." Dia hulurkan tangan di depan Muiz.

Dengan lagak tenang Muiz meletakkan tiga keping AUD 100 ke atas tangan lelaki tersebut sebelum menarik Mikayla untuk mengikutinya.

Muiz kini mampu menarik nafas lega. Sebenarnya dia takut juga untuk berhadapan dengan lelaki tadi namun tanpa disangkanya dia mampu bersikap rasional dan tidak banyak tanya.
Mikayla di hadapannya di tarik keluar dari kelab malam tersebut.

"Apa masalah you ni?" Soal Mikayla sambil meronta mahu lengannya dilepaskan.
Kehadiran Muiz secara tiba-tiba sangat mengejutkannya dan Mikayla dua kali lebih terkejut apabila kedatangan Muiz ke Escapade adalah untuk menariknya keluar dari situ.

"We'll talk later. I nak keluar dari sini dulu."

"Bagi I ambil barang I dulu." Rayu Mikayla.

"Okey."

Mikayla masuk ke dalam loker dan mengambil barangannya sebelum segera menghampiri Muiz.
Riak Muiz dilihatnya sekilas. Langsung tiada kelembutan dan hanya ketegasan yang dipamerkan.

"Masuk." Arah Muiz setelah tiba di tempat parking kereta.

"Why should I?" Marah Mikayla.

Muiz ketap rahang. Cuma mengawal amarahnya.
"Get in the car." Arahnya sekali lagi dengan rahang yang diketap.

"Taknak."

"Better you masuk before I yang tarik you. You won't know what I'm capable of." Ugut Muiz dengan tegas. Matanya mencerlung ke arah Mikayla.

Takut dengan sikap Muiz yang tiba-tiba itu, Mikayla masuk perlahan-lahan ke dalam kereta milik Muiz itu.

Sebaik duduk di tempat penumpang, Muiz mengikutinya masuk ke dalam kereta dan melemparkan jaket coklatnya ke atas riba Mikayla.

"Tutup sikit paha you tu. Karang ada juga orang yang kena terkam." Ujar Muiz selamba dan sekaligus membakar pipi Mikayla.

Tangan segera menarik jaket milik Muiz menutupi pahanya yang terdedah dan kereta mula membelah jalan raya yang agak lengang. Mikayla hanya memandang luar tingkap.

"Ehh you nak bawa I pergi mana ni?" Soalnya apabila Muiz tidak melalui jalan ke tempat tinggal Mikayla sebaliknya membelok ke arah lain.

"Rumah I."

"You ingat I ni apa? Senang-senang je you tarik keluar macam tu. You siap bayar lagi dekat lelaki tu. 300 dollar. Semurah tu je ke harga diri I pada you?!" Marah Mikayla. Tidak dia sangka yang Muiz akan membawanya pulang ke rumah.

Huhh. Ingatkan dia baik tetapi lelaki, sama je.

Terdengar ketawa kecil yang terbit dari mulut Muiz.

"I tak suruh you ketawakan I pun! You ingat lawak ke drama you malam ni?" Soal Mikayla masih bengang dengan Muiz. Suaranya juga sudah mulai meninggi berbanding tadi.

"I kelakar dengan sikap you. Sedar pula yang your worth is more than merely 300 dollar. Tadi masa dekat kelab tu takde pula rasa macam takde harga diri kan?" Bidas Muiz tidak teragak-agak. Dia yang sedari tadi cuba menahan perasaan akhirnya meluahkan juga apa yang terpendam semenjak dia melihat gambar Mikayla tadi.

Mikayla merasa tertampar dengan ayat balas dari Muiz. Salah dia sebenarnya kerana mahu mencuba sedangkan apa yang dilakukannya sebentar tadi terang-terangan sesuatu yang haram. Meskipun terpaksa, Mikayla turut merasa tidak selesa dan benci akan dirinya sendiri apabila dipegang dan diraba oleh pelanggannya tadi.

Kereta dihentikan di hadapan bangunan 3 tingkat. Mikayla tahu Muiz tinggal di sini dan dia tidak menyangka yang Muiz betul-betul membawanya pulang ke rumah.

"Man will always be man." Gumam Mikayla perlahan.

"You ingat I tak dengar?" Kelar Muiz. "Cepat keluar. Zip jaket you sekali. You kalau tak malu nak seksi-seksi pun, nak dedah sana sini ke.. Sedar sikit yang perempuan ni kena la juga ada harga diri dan I still hormat aurat you walaupun you bangga tayang aurat macam ni." Sindir Muiz lagi.

Sesungguhnya dia tidak sanggup untuk melihat baju Mikayla yang ketat serta terdedah di bahagian dada kerana potongan low v neck. Malah baju tersebut turut mengikut bentuk tubuh. Bagi Muiz itu sangat menjolok mata dan tidak sepatutnya dipakai oleh seorang muslim.

"You tak payah nak cakap pasal harga diri ke maruah ke apa depan I. You ingat benda yang you buat ni bermaruah sangat ke? Bawa I balik rumah you malam-malam buta ni? Entah-entah perangai you lagi setan dari lelaki-lelaki yang dekat club tadi tu. Apa masalah you sebenarnya? I kenal you pun tak. Jumpa sekali dua je pun tapi dah suka-suka hati nak tarik orang sana sini. You know what? You are much more pathetic than me!" Marah Mikayla bertubi-tubi dan panjang lebar. Dia tidak tahan dengan sikap Muiz yang berlagak seperti Mikayla berada di bawah jagaannya itu.

Bossy!

"Mikayla!" Jerkah Muiz sedikit kuat. Hatinya agak tersentap dengan kata-kata yang diucap Mikayla seketika tadi. "You ingat I takde iman sampai macam tu sekali ke? You ingat I tergoda ke dengan you? I rasa I dah cukup baik untuk bawa you keluar dari tempat terkutuk tu. Could you please stop being a typical woman? It's suck. Suka assume bukan-bukan, taknak dengar penjelasan dan cakap langsung tak pakai otak. You ingat I lelaki yang macam tu ke? Trust me. I takkan ambil kesempatan dekat you pun. In a way that you've been thinking. Parents I dah bagi I ajaran agama yang cukup selama ni. Walaupun tak sempurna tapi cukup untuk halang I buat benda yang you fikir tu." Selar Muiz membuatkan Mikayla diam tidak terkutik.

"Ikut I." Ajak Muiz.

"Look. Walaupun you takde niat nak buat benda yang tak sepatutnya tu, still salah kan kalau I masuk rumah you. Memang lah dekat sini takde pencegah maksiat whatsoever but then what's haram will always be haram." Balas Mikayla sedikit berlembut. Kalau dua-dua berkeras macam mana nak settle?

Hati Muiz merasa tenang sedikit mendengarkan jawapan Mikayla. Senyum diukir nipis hujung bibir. "No worries. Adik I ada sekali and I need to have the talk. Jom." Jawab Muiz dengan nada tenang.

Percayakan Muiz, Mikayla membontotinya dan menaiki tangga ke tingkat dua. Muiz mengeluarkan kunci sebelum mengajak Mikayla masuk ke dalam.

"You duduk la dulu." Pelawa Muiz sebelum berlalu. Dia kemudiannya berpaling ke arah Mikayla sewaktu dia ingin melabuhkan punggung di atas sofa. "Wait. Maybe you should just stand. You know..." Sambung Muiz sambil melirikkan pandangannya ke arah paha Mikayla. Sengaja dia melakukan itu untuk melihat reaksi Mikayla.

Pipi Mikayla memerah dengan lirikan nakal Muiz itu. Pervert much!

Pintu bilik Melissa diketuk. "Mel."

Tiada jawapan. Muiz membuka tombol yang tidak berkunci. Melissa sudah tertidur dengan buku teks di dada. Muiz melangkah menghampiri katil sebelum duduk di birai.

"Mel." Bahu Melissa ditepuk lembut.

Melissa membuka mata yang berpisat-pisat. "Ada apa?" Soalnya beberapa ketika kemudian.

"Tolong Muiz jap." Ujar Muiz penuh mengharap.

"Tolong apa?" Tanya Melissa sambil menahan kantuk. Matanya hampir terpejam semula.

"Bagi pinjam dekat Mikayla baju. Muiz tak selesa la dia pakai macam tu je." 

"What??" Melissa yang hampir tertidur membeliakkan mata. Jarinya menggenyeh mata beberapa kali. "Come again?"

"Muiz nak minta Mel pinjamkan baju untuk Mikayla tu. Her clothes is sooo. Hmm exposing." Jelas Muiz sekali lagi.

Meskipun masih bingung dengan kenyataan yang diberikan Muiz, Melissa tetap bangun dan berlalu ke arah almari pakaiannya. Sehelai jogger pant dan t-shirt di ambil.

"Dia kat mana?"

"Kat luar."

Sebaik sahaja mendengar jawapan Muiz, Melissa melangkah keluar ke arah ruang tamu dengan pakaian di tangan.

Kelihatan Mikayla yang sedang memerhatikan keadaan ruang tamu rumah mereka sambil berdiri membelakanginya, Melissa berdehem perlahan. "Ehem."

Mikayla berpaling mencari arah suara tersebut. Dia sedikit terkejut melihat Melissa kini berdiri di hadapannya. Mikayla pernah berjumpa dengan Melissa sebelum ini dan tidak menyangka bahawa rakan Izzy itu merupakan adik Muiz.

What a small world!

Tidak tahu mahu membuat reaksi bagaimana, Mikayla hanya senyum segaris.

"Ambil lah baju ni. Tukar dalam bilik I pun boleh. Belok kanan ya." Ujar Melissa sambil menghulurkan pakaian yang dibawanya.

Setelah pakaian bertukar tangan, Mikayla berlalu masuk ke dalam bilik Melissa. Sebaik Mikayla tidak kelihatan, Melissa menghadiahkan pandangan curiga kepada Muiz.

"Care to explain?" Soal Melissa sambil jongketkan kening. "Sejak bila Muiz ada something dengan Kay? No wonder lah kan haritu tanya pasal dia." Sambung Melissa dengan kedua tangan disilangkan di dada. Wajah Muiz yang hanya beberapa inci hadapannya dipandang tajam.

Muiz hela nafas panjang. "Kita tunggu Mikayla keluar."

Continue Reading

You'll Also Like

120K 3.4K 61
PUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan...
942K 31.4K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...
510K 15.1K 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...
28.9K 1.4K 34
Setiap rumah tangga pasti ada ujiannya. "Just like this Dahlia Natasya?"-Zafril Zafril cuba menepis segala fikiran negetif terhadap isterinya. "Apa y...