The King Romance (HIATUS)

De Wnfhanna

715K 36.7K 7K

Raja Adriel Shah ♛ Alara Sophia Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat dira... Mais

PROLOG
The King Romance: 1
The King Romance: 2
The King Romance: 3
The King Romance: 4
The King Romance: 5
The King Romance: 6
The King Romance: 7
The King Romance: 8
The King Romance: 9
The King Romance: 10
The King Romance: 11
The King Romance: 12
The King Romance: 13
The King Romance: 14
The King Romance: 15
The King Romance: 16
The King Romance: 17
The King Romance: 18
The King Romance: 19
The King Romance: 20
The King Romance: 21
The King Romance: 22
The King Romance: 23
The King Romance: 24
The King Romance: 25
The King Romance: 26
The King Romance: 27
The King Romance: 28
The King Romance: 29
The King Romance: 30
The King Romance: 31
The King Romance: 32
The King Romance: 33
The King Romance: 34
The King Romance: 35
The King Romance: 36
The King Romance: 37
The King Romance: 38
The King Romance: 39
The King Romance: 40
The King Romance: 41
The King Romance: 42
The King Romance: 43
The King Romance: 44
The King Romance: 45
The King Romance: 46
The King Romance: 47
The King Romance: 48
The King Romance: 49
The King Romance: 50
The King Romance: 52
The King Romance: 53
The King Romance: 54
The King Romance: 55

The King Romance: 51

9.6K 664 115
De Wnfhanna


Alara membiarkan wajahnya di touch-up untuk babak akhir penggambaran hari ini. Dia telah kembali bekerja seperti biasa. Syukur bila dirinya masih diterima dalam industri. Ramai yang merindui kemunculannya setelah dia berehat selama dua minggu. Betul-betul dia menstabilkan emosi dan mental sebelum berjumpa dengan orang ramai.

"Okay Alara! Ready to the last scene." Jerit director.

Alara masuk ke set semula. Babak terakhir memerlukan dia untuk membuat aksi terjunan dari bangunan. Babak ini akan dilakukan oleh Alara sendiri tanpa menggunakan stuntman. Memang kebiasaannya, Alara melakukan sendiri untuk memberi hasil lakonan yang real.

Alara dipakaikan alat flying stunt. Cangkuk dikunci pada tali yang melilit pinggangnya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dia melakukan aksi nanti.

"3... 2... 1... action!" Clipper board ditekan.

Alara masuk ke mode lakonan. Dia mengucapkan dialog yang dihafal dengan baik. Dan babak yang paling dinanti-nantikan apabila berlaku adegan pergelutan di atas bumbung yang menyebabkan dia akan ditolak ke bawah bangunan nanti.

Semua berlaku dengan pantas apabila Alara selamat mendarat di atas tilam tebal di bawah.

"Cut! Good job Alara!" Director menepuk tangan.

Alara cuba untuk bangun. Beberapa orang crew lelaki ingin membantu Alara tapi Alara menghalang. Dia tidak mahu bersentuhan kulit dengan lelaki bukan mahram. Tapi, ada satu tangan yang datang membantu dan Alara hanya membiarkan sahaja.

"Thank you..." Ucap Alara perlahan sambil memandang lelaki yang mengenakan mask di wajah.

Rakan pelakon lain saling mengusik Alara bila Alara memperkenalkan lelaki itu sebagai PA merangkap bodyguard barunya untuk menggantikan ketiadaan Fariha buat sementara waktu.

"Lara... handsome betul ek PA baru."

"Itulah... dah lah dari tadi PA baru you tak berkelip pandang you."

"Untung betul Lara ni... nanti recommendlah mana you jumpa PA yang heloksss macam ni."

Alara hanya tersenyum simpul mendengar pujian-pujian itu. Alahai, menyempat ya mereka semua meng-usha PA baru dia hari ini. Jangan nak macam-macam. PA dia kali ini limited edition. Tidak boleh dijumpai atau ditemui di mana-mana.

Alara terus membawa langkah ke bilik yang dikhaskan untuknya. Selesai kerjanya untuk hari ini. Dia ingin pulang awal memandangkan ada urusan keluarga yang perlu dia hadiri nanti.

"Abang..." Lunak suara Alara sebaik pintu bilik ditutup.

"Ya sayang..." Raja Adriel menyahut.

Alara memeluk tubuh tegap Raja Adriel. PA yang dimaksudkan tadi ialah Raja Adriel. Suaminya menawarkan diri untuk menemani dia ke lokasi penggambaran bagi beberapa hari. Yang bestnya, Raja Adriel menyembunyikan identiti sebagai bodyguard rahsia. Yelaa, kang tidak jadi pula sesi penggambaran hari ini gara-gara kemunculan putera mahkota di lokasi.

"Lara rindu abang." Manja suara Alara. Mengada betul, padahal elok aje Raja Adriel di sisinya sepanjang hari.

"Olololo... abang rindu sayang jugak. Sayang ada sakit-sakit atau luka-luka tak?" Raja Adriel menarik mask di wajah. Dia membelek siku dan bahagian tubuh Alara yang lain.

Bukan main terpegun Raja Adriel bila melihat Alara berlakon di depan mata. Memang lakonan penuh berkelas dan bermutu. Tidak banyak take yang diambil. Semua babak dapat disiapkan dengan cepat. Hebat sungguh seorang pelakon bernama Alara Sophia.

"Lara okaylah abang..." Alara ketawa kecil melihat kerisauan yang terpacar di wajah suaminya.

"Sure eh, sayang? Kalau ada sakit mana-mana, bagitau abang tau."

"Baik suamiku... setakat ni Lara sakit hati aje..."

"Sakit hati kenapa, yang?"

"Sakit hati sebab ramai yang terpikat dengan abang." Alara buat-buat cemburu.

"Ohhh... itu dorang punya hal lah. Yang penting, abang terpikat pada sayang aje. One and only, my beautiful wife..." Raja Adriel mengucup pipi mulus Alara.

Alara sudah merah wajah. Segan betul bila Raja Adriel memujinya begini. Malu tapi mahu.

"Abang ni... pandailah ambik hati Lara..."

"Mestilah... takkan abang nak biarkan isteri abang ni sakit hati lagi. Dah, sini sayang. Duduk..." Raja Adriel menarik kerusi buat Alara di hadapan vanity mirror. Sebotol minuman dan sebungkus roti dihulurkan kepada Alara untuk alas perut.

Alara seraya duduk. Raja Adriel terus mencapai wet tissue dan membersihkan wajah Alara dari sisa makeup. Dia sudah menuntut ilmu dengan Fariha tentang tugas selaku PA kepada selebriti. Seluruh wajah Alara kini bebas dari solekan.

Raja Adriel kemudian beralih kepada jari-jemari Alara. Kuku palsu isterinya yang berwarna ombre ditanggalkan dan disimpan di dalam bekas kecil. Rambut Alara yang didandan pula dibuka ikatan sehingga jatuh mengurai.

Selesai tugas pada Alara, Raja Adriel membantu Alara untuk mengemas barang-barang keperluan isterinya pula. Mereka akan pulang untuk bersiap di rumah pula. Alara tidak lepas dari memaut lengan sasa Raja Adriel sehingga ke kereta MPV. Lain betul bila encik suami ada di sisi sewaktu bekerja. He he he.


♛♛♛♛♛♛


Alara mengemaskan selendang yang diletakkan di atas bahunya. Kerongsang diraja berwarna perak dikelip di sponge baju kurung moden rekaan dari designer tempatan yang bekerja untuk menghasilkan busana-busana bagi majlis keramaian diraja.

Alara kemudian mencapai hair spray untuk di spraykan pada rambutnya yang cantik disanggul supaya terletak elok tanpa bercabang. Ayu sungguh penampilannya hari ini, sesuailah dengan majlis yang akan dihadiri petang nanti.

"Sayang... cantiknya sayang ni..." Raja Adriel memeluk pinggang Alara dari belakang.

Alara tersenyum herot. Dia memandang Raja Adriel di sebalik cermin kaca. Secocok mereka mengenakan persalinan warna hitam. Tampak elegan dan eksklusif.

"Abang pun apa kurangnya. Handsome jugak..." Alara memusingkan badan dan membetulkan sampin Raja Adriel. "Lara risau ada awek-awek lain yang tergoda dengan abang nanti."

"Abang lagi risau kalau pakwe-pakwe lain pun cair dengan sayang nanti." Raja Adriel tak nak kalah.

"Pandailah abang nak kenakan Lara balik eh." Alara menjuihkan bibir.

Raja Adriel menundukkan badan dan menghadiahkan satu kucupan di bibir Alara yang telah dioles dengan lipstik merah hati. Alara ketawa saat melihat bibir Raja Adriel berbekas dengan warna lipstiknya.

"Abang ni... dah comot dah bibir abang. Sini, Lara sapu..." Alara meraih wajah Raja Adriel.

"Takpelah, yang... biar aje bibir abang kalau ini yang boleh mengurangkan risau sayang. At least, kalau awek-awek tanya, abang akan jawab... bini cium..."

Alara terharu. Tidak menyangka Raja Adriel yang mementingkan penampilan sanggup membiarkan bibirnya merah. Alahai, sampai begitu sekali pengorbanan Raja Adriel untuk menjaga hatinya. Manalah dia tidak makin hari makin jatuh cinta pada Raja Adriel.

"Tapi... Lara tak boleh kurangkan risau abang..." Alara sengaja mengusik.

"Sini... abang sendiri yang akan kurangkan risau abang." Raja Adriel melabuhkan bibir di batang leher Alara. Menggeliat isterinya menahan kegelian bila lama bibirnya mengucup leher mulus itu. "Nah, nanti kalau pakwe-pakwe tanya, sayang jawab aje... suami gigit."

Membulat mata Alara melihat tompokan kesan merah di leher belah kanannya.

"Abang! Menyempat lagi eh tinggal lovebite dekat sini! Eeiii!" Rengus Alara.

Raja Adriel ketawa besar. Punya mencuka wajah isterinya tika ini sambil membelek-belek leher yang dibuat tanda olehnya.

"Jangan sapu sayang. Just let it be... dah jom."

Raja Adriel mencapai handbag Alara serta heels hitam Alara yang dihiasi batu permata swavroski di tangan sambil sebelah tangan lagi menjinjit kasut kulit hitamnya untuk turun ke bawah. Alara mengikut langkah Raja Adriel dengan memeluk pinggang suaminya.

Raja Adriel memakaikan Alara heels sebaik tiba di muka pintu utama. Seperti biasa, plaster telah dilekatkan di tumit belakang kaki isterinya. Dia sangat aware dengan keadaan kaki Alara yang mudah melecet. Alara turut memakaikan Raja Adriel stokin sebelum suaminya menyarungkan kasut kulit berjenama mewah di kaki. Give and take.

Pintu kereta di buka untuk Alara. Raja Adriel akan memandu hari ini secara rasmi sambil diiringi polis trafik serta pengawal-pengawal peribadi. Biasalah kalau melibatkan urusan istana.

Tidak sampai satu jam memandu, Alara dan Raja Adriel tiba di perkarangan istana. Kereta-kereta kaum kerabat yang lain sudah membanjiri ruang legar itu. Alara dan Raja Adriel berpimpinan tangan untuk masuk ke dewan yang cantik digubah untuk singgahsana majlis pertunangan Raja Haziq dan Fariha.

Alara dan Raja Adriel mengambil tempat di hadapan. Mata-mata ahli keluarga yang hadir hari ini tidak lepas memandang pada mereka dengan melemparkan pujian sama cantik sama padan. Walhal, yang nak bertunangnya pasangan lain tapi yang mendapat perhatian adalah mereka.

Yela, mana tidaknya, Raja Adriel merupakan pewaris takhta pertama dalam keluarga selepas YDPA Raja Tan Sri Azman Shah. Mengikut kepada susur galur pewarisan takhta, Jemaah Pangkuan Diraja Negeri dalam Majlis Raja-Raja Melayu bersetuju untuk mentabalkan Raja Adriel sebagai putera mahkota dan diikuti oleh Raja Haziq di kedudukan sebagai pewaris kedua.

Alara tersenyum manis apabila kata putus antara kedua keluarga telah dicapai. Fariha dan Raja Haziq akan disatukan dalam masa terdekat memandangkan keluarga Raja Haziq akan berangkat ke luar negara atas beberapa urusan penting. Tidak menyangka, Fariha bertemu jodoh dengan Raja Haziq. Kecil betul dunia.

"Alhamdulillah... cucu-cucu lelaki Nenda semua dah jumpa pasangan masing-masing." Ucap Raja Bariyah lega. "Ni nanti... boleh lah sepakat bagi Nenda cicit pulak."

Ahli keluarga yang ada berdekatan ketawa kecil mendengar usikan itu.

"Inshaallah Nenda... untuk Nenda semua boleh." Raja Haziq yakin menjawab.

"Amboi... laju ya kamu. Ni si Ariel yang patut jawab dulu. Kamu tu tak kahwin lagi." Raja Bariyah menampar bahu Raja Haziq yang sedang tersengih nakal.

"Alaaa Nenda... Aziq tak sabar tu sebenarnya. Tah-tah bunting pelamin Fariha nanti." Raja Adriel bercanda.

Lagi sekali dewan gamat dengan gelak tawa mereka sekeluarga.

Alara kemudian berpisah dengan Raja Adriel bila dia mendekati rakan-rakannya yang turut hadir. Siapa lagi kalau bukan geng Qiamuallail dia yang tak jadi. Ha ha ha.

"Lara!!!" Sapa Andrea, Ayana, Salwa dan Huda.

Mereka berpelukan persis lama tidak berjumpa. Padahal, baru beberapa hari mereka dilarang berjumpa oleh suami masing-masing. Kata sang suami, risau jika mereka merancang sesuatu di luar kawalan lagi. Sampai begitu sekali ya?

Alara bermain dengan anak-anak mereka semua. Meriah sungguh bila rakan-rakannya sudah bergelar ibu. Memang tidak menang tangan bila yang sorang berlari dan sorang menangis. Huru-hara betul dia yang melihatnya.

"Weh Lara... kau perasan sesuatu tak?" Andrea berbisik pada Alara.

"Perasan apa?" Alara bertanya.

"Tuuu... tetamu-tetamu kat sana tu tak lepas pandang suami kau." Beritahu Andrea.

Alara memandang pada sekumpulan tetamu wanita yang tidak jauh darinya. Mereka khusyuk duk tilik geng-geng suami yang sedang rancak berborak di ruang tengah khemah makan.

"Bukan suami aku aje tu... suami kau dan yang lain-lain pun kena usha tu." Alara membalas.

Andrea, Ayana, Salwa dan Huda memandang serentak. Memang tidak dinafikan, suami-suami mereka terlalu menarik perhatian. Walah, tak boleh jadi ni. Mereka perlu lakukan sesuatu.

"Kau tunggu sini kejap tau..." Ucap Andrea sebelum beredar.

Alara hanya melihat rakan-rakannya mendekati para suami masing-masing. Anak-anak di tangan diserahkan pada sang suami. Alara hampir tergelak. Dia faham taktik rakan-rakannya itu. Ni mesti nak bagitau pada dunia bahawa mereka bukan sahaja suami orang, tapi bapak orang juga. Kelakar betul.

"Okay Alara... jom kita sembang..." Ujar Andrea.

"Dan nanti... kita ambik gambar pulak." Ayana menyampuk.

"Kejap... mana Fariha?" Salwa melilau mencari Fariha yang sibuk melayani tetamu.

"Nanti aku panggilkan. Fariha sini... sini." Huda melambaikan tangan disaat Fariha terpinga-pinga.

Kini, lengkap sudah mereka sebagai satu kumpulan. Misi untuk bersembang dengan tenang telah dicapai. Pelbagai tips dan perkongsian mereka berikan kepada bakal pengantin. Alara tidak terkecuali juga memandangkan Alara dikira pengantin baru yang tidak berapa nak baru. Tapi takpe, tips bakal ibu khusus buat Alara.

Sementara Raja Adriel pula pening kepala melihat rakan-rakannya bergelut memujuk anak-anak yang menangis di pangkuan. Fuh, memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Captain Aaryan dan Tengku Ervan memegang anak ketiga yang berusia lapan bulan. Hazwan dan Helmi pula memegang anak kedua berusia empat bulan. Belum ditambah anak-anak yang sudah besar. Memang kecoh suasana.

"Kau tak payah nak buat muka sangatlah Riel... nanti turn kau pulak kena layan anak-anak macam ni." Tegur Captain Aaryan.

"Ha'ah... Nenda kau pun dah mintak cicit. So bila lagi, Riel?" Tengku Ervan bertanya.

"In the making..." Jawab Raja Adriel ringkas. Yela, tunggu ajelah berita isterinya mengandung. Dia dah usaha sehabis baik dah. Bergallon-gallon peluh dikeluarkan hanya untuk merealisasikan permintaan yang satu ini.

"Pergh, jangan lama-lama weyyy. Kau tu makin tua... tak larat nanti nak jaga anak." Hazwan mencelah.

"Itu arrr tu... sorang boleh tahan lagi. Buatnya dua tiga orang. Fuh, naya mat..." Helmi menyokong. Gaya cakap macam dah tua sangat aje. Padahal member baru nak menginjak ke usia tiga puluhan.

"Susah sangat ke jaga anak?" Raja Adriel sekadar bertanya.

"Susah... tapi tak lah sesusah nak kena jaga maknya..." Jawab Captain Aaryan. "Anak ni boleh kita marah-marah lagi, tapi maknya... haaa silap hari bulan kita yang kena marah balik."

Mereka semua ketawa jantan. Memang itu pun yang mereka lalui bila dengan isteri masing-masing. Dekat luar nampak aje gah, tapi dekat rumah, lembik seperti agar-agar. Takut bini katakan.

"Apa yang korang sembang ni? Macam seronok aje?" Raja Haziq yang melintasi mereka tertarik untuk menyertai perbualan suami-suami kacak seantero dunia.

"Sembang keluarga aje, bro..." Jawab Hazwan. "Oh by they way, kitorang ada nak tanya ni..."

"Tanya apa?" Raja Haziq memandang wajah rakan-rakannya yang bersongkok.

"Sejak bila kau tinggalkan zaman playboy kau?" Soal Hazwan.

Mereka cukup tahu perangai Raja Haziq yang asyik bertukar perempuan. Bertuahnya Raja Haziq apabila kisah-kisah kenakalannya tidak dihebohkan pada media. Cukup yang terdekat sahaja tahu.

"Well... aku ni manusia biasa aje. Bila diberi hidayah... aku berubahlah. Penatlah aku asyik jadi playboy aje..." Balas Raja Haziq bangga.

"Patutlah kau join Qiamullail. Sekali pakej berzikir, marhaban dan nasyid lagi." Usik Helmi.

"Ada lagi wehhh... kena cuci tandas masjid jugak." Tambah Tengku Ervan.

"Tunggu nak join tahajjud aje nanti tu..." Hazwan menokok.

Mereka ketawa lagi. Teruk Raja Haziq dibahan gara-gara persetujuannya untuk menyertai kumpulan para isteri.

"Tapi itulah... aku terkejut jugak dapat tahu berita kau nak kahwin." Captain Aaryan mencelah.

"Kenapa? Pelik ke kalau aku kahwin?" Raja Haziq bertanya.

"Agak arrrrr... sebab cepat betul kau nak kahwin. Bila masa kau bercinta tah..." Balas Captain Aaryan.

"Alaaa... benda tak pasti takkan nak diheboh-hebohkan. Ye dokkk?" Raja Haziq mengangkat kening.

"Yeee... tapi harap kau ready mental fizikal lah. Jangan kau fikir perkahwinan ni indah semuanya." Ucap Tengku Ervan. Sengaja nak menakutkan Raja Haziq.

"Asal weh? Ada pape ke di sebalik perkahwinan?" Raja Haziq berkerut.

"Cuba kau tanya sepupu kau... confirm sepupu kau boleh jawab." Tunjuk Tengku Ervan pada Raja Adriel yang sedang bersilang tangan.

"Haaa kenapa, Riel? Sharelah apa yang patut aku tahu..." Gesa Raja Haziq.

"Well, Ziq..." Raja Adriel meletakkan tangan di bahu Raja Haziq. "Seperti yang dibincangkan tadi, kau perlu tabah untuk berdepan dengan isteri kau nanti. Jangan buat perangai sikit pun... dan ni... mata kau... mulut kau... jangan senyum atau pandang perempuan lain selain isteri kau."

"Laaaa, kenapa pulak?" Raja Haziq tidak faham.

"Lagi mahu tanya... sah-sah lah isteri kau mengamuk nanti. Ingat, setia pada yang satu. Kalau isteri kau bangkitkan isu poligami. Kau support aje isteri kau. Jangan memandai nak bangkang. Dan kalau boleh, jangan berahsia dengan isteri." Pesan Raja Adriel.

"Hek eleh... takut bini ah korang ni. Santai arrr... beras kita beli." Kerek Raja Haziq menjawab.

"Kau jangan lupa... lauk isteri yang masak." Sarkastik Hazwan membalas.

"So, selagi kau tak kahwin ni. Enjoy puas-puas sebelum kena ikat." Helmi berkata.

"Beresss... takde hal arrr... dengan korang sekali aku nak ajak enjoy nanti." Beritahu Raja Haziq. "Tapi... kalau korang kena jaga anak-anak macam ni... hmmm... rasanya baik aku enjoy sorang aje kot."

Raja Haziq ketawa melihat telatah rakan-rakannya yang struggle mengendong dan mendukung anak-anak kecil sementara para isteri sibuk duk ber-ootd dan berselfie. Parah betul. Memang GTB!



♛♛♛♛♛♛


"Yang..."

"Ayang..."

"Sayang..."

Raja Adriel memanggil Alara yang berada di bilik kerjanya. Isterinya khusyuk menghadap iMac untuk membuat sedikit kerja berkaitan dengan editing dan designing untuk urusan kerjanya memandangkan iMac miliknya ada software tersebut.

"Ya abang..." Sahut Alara kuat.

Raja Adriel melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia berdiri di belakang kerusi Alara. Rambut Alara dikucup berkali-kali. Fokus betul Alara sehingga tidak menoleh langsung padanya.

"Sayang... busy sangat ke?" Tanya Raja Adriel.

"Takdelah busy sangat pun. Lara nak siapkan sikit lagi ni..." Beritahu Alara sambil tangannya lincah memegang cursor.

"Boleh abang ganggu sekejap tak?" Berhemah Raja Adriel bertanya lagi.

Alara mengangkat muka memandang Raja Adriel yang menongkatkan tangan ke meja.

"Sure abang... kenapa tu? Abang ada nak pape ke?" Sopan Alara bertanya.

"Exactly my wife... abang nak sayang..." Ucap Raja Adriel menggoda.

"Alaaa abang... kan awal lagi ni..." Alara mengerling jam di skrin. Baru pukul 6.30 petang. Suaminya memang meminta tidak kena masa.

Raja Adriel menyimpan senyum dengan rungutan Alara. Comel betul Alara yang cuak itu.

"Apa sayang fikir ni, hmm?" Raja Adriel mengucup cuping telinga Alara.

"Errr... Lara fikir apa yang abang fikirlah..." Jawab Alara menahan geli.

"Apa abang fikir?" Raja Adriel buat-buat bertanya.

"Errr... abang nak tuuu kan?" Alara malu muka.

Raja Adriel ketawa kecil. Pantas pipi Alara pula dikucupnya.

"Sayang ni... memanglah abang nak tuuu... tapi sekarang ni abang nak sayang tolong abang carikan baju untuk pakai malam ni dulu."

"Baju? Baju apa? Abang nak pergi mana malam ni?" Giliran Alara pula menyoal.

"Aziq ajak abang attend majlis agama." Beritahu Raja Adriel jujur. Memang itu pun jemputan yang diterima dari sepupunya tadi.

"Majlis agama?" Alara berkerut dahi. "Dekat mana?"

"Entah... abang tak sure. Aziq ajak join aje..." Maklum Raja Adriel lagi. "Cepatlah sayang, tolong abang cari baju..."

Alara terpinga-pinga bila lengannya sudah ditarik. Terpaksa dia tinggalkan kerjanya sekejap demi mendahului syurganya.

Alara memilih sehelai kurta premium warna maroon untuk Raja Adriel. Segak suaminya bila kurta itu dipadankan dengan slim fit slack. Ralit Alara memerhati suaminya sehingga tidak sedar namanya diseru berkali-kali.

"Sayang..."

"Aaaa... yaaa abang?"

Alara tersedar dari lamunan.

"Abang nak gerak dah ni. Abang akan solat Maghrib dekat luar tau."

"Oh okay abang..." Alara mengangguk faham. "Abang... nak salam..."

Alara pantas mencapai tangan Raja Adriel dan disalami tangan kasar itu.

"Sayang... sayang dah batalkan wudhuk abang." Gerutu Raja Adriel.

"He he he... fair and square abang. Bluerrrkkk..." Alara menjelirkan lidah.

"Nakal isteri abang... sini abang cium sikit. Malam nanti abang bagi lebih ya. Special untuk isteri abang." Raja Adriel mencium seluruh wajah Alara sebelum dia keluar meninggalkan bilik.

Sebaik bayangan Raja Adriel hilang, Alara terus mencapai Iphone. Ada sesuatu yang dia musykil. Majlis agama apa yang diajak oleh Raja Haziq? Boleh percaya ke majlis agamanya sedangkan tempoh hari pun mereka sudah kantoi busuk tentang majlis agama. Haih, sangsi betul dia sekarang.

Tanpa lengah, Alara menaip sesuatu di whatsapp group Qiamullail. Laju aje mereka semua respons pada mesej Alara. Dan perbualan di ruang sembang itu berlanjutan untuk mencari jawapan kepada jemputan yang diterima oleh suami masing-masing.



♛♛♛♛♛♛




Raja Adriel turun dari kereta. Dilihat rakan-rakannya yang lain telah tiba dan sedang bersandar pada badan kereta. Raja Adriel bersalaman dengan mereka. Captain Aaryan, Tengku Ervan, Hazwan dan Helmi di ajak juga untuk menyertai majlis agama. Masing-masing segak mengenakan kurta lengan pendek.

"Mana si Aziq?" Raja Adriel tidak nampak kelibat Raja Haziq. Mereka telah diarah untuk berkumpul di depan bangunan Arte, Mont Kiara.

Belum sempat semua menjawab, bunyi kereta Raja Haziq berdesup masuk ke lobi bangunan. Mereka saling berpandangan apabila melihat Raja Haziq santai mengenakan casual outfit. Aik, kata nak pergi majlis agama?

Raja Haziq menghulurkan paperbag kepada mereka semua.

"Nah, korang pergi tukar baju dulu..." Arah Raja Haziq sambil menolak tubuh-tubuh sasa itu untuk masuk ke ruang pertukaran pakaian.

Tidak sampai sepuluh minit, mereka semua keluar dengan gaya baru. Mereka tertanya-tanya sambil mengikut langkah Raja Haziq yang menaiki lif ke rooftop.

"Weh bro, kau nak bawak kitorang pergi mana ni?" Raja Adriel bertanya.

"Well guys... malam ni kita akan having fun..." Jawab Raja Haziq.

"Having fun? Having fun apa? Bukan nak pergi majlis agama ke?" Captain Aaryan pula bertanya.

"Who's said? It's just a propaganda aje... actually aku nak bawak korang attend bachelor party aku." Tanpa bersalah Raja Haziq berkata.

"Haaaa?!?!?!" Terkejut mereka semua.

"Weh, kau ni gila ke?!" Marah Raja Adriel.

"Gila apa?" Raja Haziq menyoal.

"Gila ke bagitau last minute macam ni?! Kenapa tak inform awal-awal? Aduh... tak memasal apa nanti bini aku fikir..." Keluh Raja Adriel.

"Tah kau ni... mahunya kena tuduh menipu pulak..." Captain Aaryan turut berkata.

"Ziq... kau jangan buat hal. Kalau kantoi ni teruk kitorang kena..." Tengku Ervan cuak.

"Guyssss... lek arrrr... bini-bini korang takkan tahulah... aku berani jamin punya. Alasan yang aku bagi tu dah cukup untuk tutup mata bini-bini korang..." Yakin Raja Haziq membalas. "Dah, takyah fikir... malam ni kita enjoy..."

"Ish... kau ni... enjoy apanya... aku tengok ramai perempuan ni." Hazwan memandang keadaan sekeliling. Macam tak selamat aje.

"Tah... kau kata dah berubah... haihhh... takkan main perempuan lagi kot?" Tembak Helmi.

"Bro... kau dah nak kahwin tau. Jangan majlis kahwin bertukar majlis tahlil. Risau aku." Captain Aaryan takut-takut.

"Alaaa... apa korang ni? Tak sporting arrr... hari tu korang jugak bagitau suruh aku enjoy puas-puas sebelum kahwin. Haaa... ni lah yang aku buat sekarang." Bentak Raja Haziq.

"Enjoy tu enjoy tapi..." Raja Adriel tidak sempat menghabiskan ayat.

"Dahhh... jangan jadi party pooper. Jom, meriahkan bachelor party aku." Ajak Raja Haziq untuk ke ruang tengah kolam. Dia tidak mahu suasana ceria menjadi rosak disebabkan oleh rakan-rakannya itu.

Mereka semua berpandangan. Sempat doa pendek dibaca agar perbuatan mereka malam ini tidak terkantoi. Aduh, ini semua rancangan bodoh Raja Haziq. Silap hari bulan, mereka yang kena selam dalam kolam nanti.

Muzik kedengaran kuat memenuhi rooftop bersama lampu-lampu warna-warni. Raja Adriel, Captain Aaryan, Tengku Ervan, Hazwan dan Helmi hanya berdiri setempat.

Mahu mengucap mereka semua melihat Raja Haziq yang sakan menari bersama wanita-wanita seksi. Mashaallah, baru dua hari lepas di majlis pertunangan, Raja Haziq memberitahu telah mendapat hidayah. Ini dah rupa hidayah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri aje ni.

"Haiiii..." Seorang pelayan wanita datang dengan menatang dulang. "Want some drinks?"

Mereka terpaksa menyambut huluran gelas goblet yang berisi Sparkling Grape Juice. Kepala sekadar digerak-gerakkan untuk mengikut rentak muzik. Mereka bukannya tidak pernah berhibur seperti ini, cuma mereka telah lama meninggalkan hiburan yang lagha ini.

Tiba-tiba pentas dinyalakan dengan lampu utama. Seorang wanita memegang mikrofon. Wah, ada konsert nyanyian juga ke?

Abang pilih yang mana?

Perawan atau janda?

Perawan memang menawan

Janda lebih menggoda

Abang pilih yang mana?

Perawan atau janda?

Perawan memang cantik

Janda lebih menarik

Bingit suasana bila lelaki-lelaki nakal yang ada di situ menjerit tanpa henti. Malah, perempuan-perempuan pula sakan bergelek. Amboi, betul-betul lupa dunia.

Dan pentas digelapkan untuk memberi laluan kepada nyanyian sepenuhnya. Raja Adriel menyeluk sebelah tangan ke dalam poket seluar sambil meneguk minuman di tangan. Alang-alang ada di sini, dia nikmati ajelah. Lagipun sekejap nanti mereka akan pulang juga.

Dan mahu tersembur minuman dari mulut Raja Adriel saat melihat beberapa kelibat wanita yang memenuhi pentas utama.

'Pfftttt.'

Yang lain-lain juga tidak jadi untuk minum bila wajah-wajah cantik di depan mereka amat dikenali. Terus rasa lembik lutut untuk berdiri.

Alunan muzik kedengaran lagi sekali memenuhi ruang itu. Kali ini mereka sudah hilang mood berhibur kerana perasaan takut sudah menguasai lagi-lagi bila lagu yang dinyanyikan sangat menikam jantung hati. Dan penyanyi-penyanyi itu pula adalah Alara, Andrea, Ayana, Fariha, Salwa dan Huda.

Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku

Sakitnya tuh di sini melihat kau selingkuh

Sakitnya tuh di sini pas kena hatiku

Sakitnya tuh di sini kau menduakan aku

Teganya hatimu

Permainkan cintaku

Sadisnya caramu

Mengkhianati aku

Sakitnya hatiku

Hancurnya jiwaku

Di depan mataku

Kau sedang selingkuh

Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku

Sakitnya tuh di sini melihat kau selingkuh

Sakitnya tuh di sini pas kena hatiku

Sakitnya tuh di sini kau menduakan aku

Sakit sakit

Sakitnya tuh di sini

Sakit sakit

Sakitnya tuh di sini

Raja Haziq juga berhenti dari bergelek. Dia terus mara ke arah rakan-rakannya. Pucat lesi semua wajah bila perkara tak diduga berlaku sekelip mata.

"Guys... ni bukan cobaan kan?" Tanya Raja Haziq ketar.

Mereka semua menggeleng. "Bukan... ni betul... betul..."

Tepukan gemuruh diberikan sebaik persembahan tamat. Para isteri turun dari pentas dan menghampiri para suami. Tajam pandangan diberikan bak singa yang akan menyinga bila-bila masa sahaja.

"Abang!!!!" Panggil mereka serentak.

Raja Adriel bertindak dulu dengan meraih bahu Alara.

"My queen... abang boleh explain..." Ujar Raja Adriel laju.

"Explain apa?! Oh, abang cakap nak pergi majlis agama. Majlis agama atau majlis maksiat?" Keras Alara bertanya. Marah sungguh bila dia dikhabarkan tentang keberadaan suaminya sekarang. Ewah, kemain ambil wudhuk nak solat diluar. Nasib dia batalkan wudhuk suaminya awal-awal sebelum perempuan lain yang membatalkannya.

"Errrr..." Raja Adriel kelu lidah. Dia tahu kalau dijelaskan pun, belum tentu Alara akan faham.

Captain Aaryan turut memegang tangan Andrea.

"My world... bagi abang explain jugak ya..." Captain Aaryan cuba untuk berani.

"Dah terang lagi bersuluh! Nak explain apa lagi?!" Tempik Andrea.

Tengku Ervan pula mencuba nasib. Ayana didekati.

"My role model... sayang tahu kan explanation tu penting. Jadi..." Kata-kata Tengku Ervan mati.

"Tak payah nak guna pyschology lah abang!" Potong Ayana.

Hazwan, Helmi dan Bahri tutup mulut. Melihat kepada kemarahan para isteri membuatkan mereka kecut untuk berkata-kata juga. Memang tiada peluang dan ruang untuk selamatkan diri.

"Girls... girls... girls..." Raja Haziq terpaksa mencelah. "Cool down... tarik nafas hembus... korang tak boleh marah-marah macam ni. Nanti jatuh peranakan."

"What?! Jatuh peranakan?!" Fariha bersuara tinggi. "Oiii, takde kaitan langsung. Awak jangan nak main rembat aje fakta mengarut awak tu. Cukup awak aje mengarut! Huhhh, kemain cakap nak pergi majlis agama... nak belajar tentang perkahwinan kononnya! Belum pape, dah tempah keranda!!!"

Terkejut Raja Haziq dihambur oleh bakal isterinya. Fuh, pertama kali dia kena marah. Mak aii, belum kahwin tapi dia sudah rasai apa yang diberitahui oleh rakan-rakannya itu. Apalah nasib labu.

"Errr... errr..." Raja Haziq tidak mampu bersuara.

"Dah... jom kita balik!" Alara ingin beredar.

"Jom!" Mereka semua membuka langkah.

"Sayang!" Para suami menjerit memanggil isteri masing-masing tapi tidak diendahkan.

Raja Haziq tiba-tiba tercetus idea untuk menghentikan langkah mereka. Parah jika kemarahan mereka berlarutan. Kesian rakan-rakannya nanti kena tidur luar pula. Ceyyy, bagus betul dia. Masih memikirkan tentang nasib rakan-rakannya walhal nasib sendiri belum selamat.

Maafkan kami...

Maafkan kami...

Maafkan kami...

Eh, Maafkan kami...

Raja Haziq memulakan nyanyian setelah dia meminta mikrofon dari person in charge yang menjaga audio system.

Wahai cik adik,

Jangan merajuk,

Maafkan kami si para suami.

Jikalau salah, tolonglah tunjuk,

Kami rela hai kena ketuk.

Raja Haziq memberi isyarat pada Raja Adriel, Captain Aaryan, Tengku Ervan, Hazwan dan Helmi untuk mengikut nyanyian bersama. Biar mereka susah sama-sama, senang sama-sama.

Nandung-nandung, dayang senandung

Wahai saudari, maafkan kami

Maafkan kami...

Maafkan kami...

Maafkan kami...

Maafkan kami...

Eh, maafkan kami...

Wahai cik adik, jangan marah sangat

Sedangkan Nabi ampunkan umat

Kalau cik adik mukanya kelat

Ke lubang jendela kami nak lompat

Nandung-nandung, dayang senandung

Wahai saudari, maafkan kami

Maafkan kami...

Maafkan kami...

Maafkan kami...

Maafkan kami...

Alara, Andrea, Ayana, Fariha, Salwa dan Huda langsung tidak terkesan dengan nyanyian mereka walaupun riak wajah sedih dan monyok yang ditunjukkan oleh mereka. Huh, pandai buat salah pandailah tanggung sendiri.

Raja Adriel, Raja Haziq, Captain Aaryan, Tengku Ervan, Hazwan dan Helmi menggarukan kepala tidak gatal. Bala sungguh malam ini. Lain yang dirancang, lain yang jadi. Ya Allah, bantulah hamba-hamba-Mu yang teraniaya ini. Amin.




Geng takut bini 😂

Votes and comments for next chapter.

Continue lendo

Você também vai gostar

535K 20.6K 46
⚠️ WARNING!!! : YOUNGADULT, 18+ ‼️ hars word, smut . Tak ingin terlihat gamon setelah mantan kekasihnya berselingkuh hingga akhirnya berpacaran denga...
3.4M 36.6K 31
(⚠️🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞⚠️) [MASIH ON GOING] [HATI-HATI MEMILIH BACAAN] [FOLLOW SEBELUM MEMBACA] •••• punya banyak uang, tapi terlahir dengan satu kecac...
1M 103K 27
Karmina Adhikari, pegawai korporat yang tengah asyik membaca komik kesukaannya, harus mengalami kejadian tragis karena handphonenya dijambret dan ia...
7.2M 351K 75
"Baju lo kebuka banget. Nggak sekalian jual diri?" "Udah. Papi lo pelanggannya. HAHAHA." "Anjing!" "Nanti lo pura-pura kaget aja kalau besok gue...