ADRIANA ALISSA ( A Wounded He...

Por YourLittleN

4.8K 397 10

{ COMPLETE } DULU ADA SINOPSIS CERITA YANG BAHAGIA, SEKARANG TIADA... Tiada apa-apa. Sama seperti sekeping... Mais

DISCLAIMER๐ŸŒ•โœจ
CAST !! ๐ŸŒ•โœจ
INTRO INTRO ๐ŸŒ•โœจ
Prolog ๐ŸŒ•โœจ
AA 1 ๐ŸŒ•โœจ
AA 2 ๐ŸŒ•โœจ
AA 3 ๐ŸŒ•โœจ
AA 4 ๐ŸŒ•โœจ
AA 5 ๐ŸŒ•โœจ
AA 6 ๐ŸŒ•โœจ
AA 7๐ŸŒ•โœจ
AA 8 ๐ŸŒ•โœจ
AA 9 ๐ŸŒ•โœจ
AA 10 ๐ŸŒ•โœจ
AA 11๐ŸŒ•โœจ
AA 12 ๐ŸŒ•โœจ
AA 13 ๐ŸŒ•โœจ
AA 14 ๐ŸŒ•โœจ
AA 15 ๐ŸŒ•โœจ
AA 16 ๐ŸŒ•โœจ
AA 17 ๐ŸŒ•โœจ
AA 18 ๐ŸŒ•โœจ
AA 19 ๐ŸŒ•โœจ
AA 20 ๐Ÿ’โœจ
AA 21 ๐Ÿ’โœจ
AA 22 ๐Ÿ’โœจ
AA 23 ๐Ÿ’โœจ
AA 24 ๐Ÿ’โœจ
AA 25 ๐Ÿ’โœจ
AA 26 ๐Ÿ’โœจ
AA 27 ๐Ÿ’โœจ
AA 29 ๐Ÿ’โœจ
AA 30 ๐Ÿ’โœจ
AA 31 ๐Ÿ’โœจ
AA 32 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 33 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 34 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 35 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 36 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 37 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 38 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 39 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 40 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 41โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 42 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 43 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 44 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 45 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 46 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
AA 47 โค๏ธโ€๐Ÿฉนโœจ
SPECIAL CHAPTER ๐Ÿ’๐Ÿ’
MY LAST WORDS ๐Ÿ’Œ

AA 28 ๐Ÿ’โœจ

56 6 0
Por YourLittleN

"Comelkan anak Shahira tu". soal Alissa kepada Farhan. Mereka baru saja pulang dari melawat adik Sham yang baru saja melahirkan anak sulungnya.

Melihat Farhan yang hanya diam itu buatkan Alissa mengeluh kecil. Entsh kenapa Farhan sudah tidak melayaninya seperti selalu. Lelaki itu juga selalu gelisah tak tentu masa. Bila ditanya tak ada apa. Alissa juga bingung kenapa dan apa masalah lelaki itu.

"Biyy kenapa dah dua hari biyy dingin dengan sayang". soal Alissa perlahan.

"Bila masa". Jawab Farhan acuh tak acuh. Alissa istighfar di dalam hati bagi menenangkan hatinya.

Dia penat tu  Alissa. Pujuk Alissa di dalam hati.

"Kita dah lama kan bercinta , Biyy tahu tak kalau sayang pergi office biyy kan mesti staff biyy tanya bila nak kahwin deng.....".

"Helo, hah kau ada mana ?". Alissa terus menoleh ke arah Farhan yang menjawab panggilan telefon itu. Alissa yang sedang seronok bercerita itu entah dia dengar atau tidak. Alissa memandang ke arah Farhan yang masih bersama telefonnya itu.

Alissa baru hendak membuka mulut saat Farhan sudah ada di depannya , Farhan terlebih dulu memotong.

"Aku ada kerja. kau balik dengan kawan-kawan kau nanti. Aku dah call diorang. Kau tunggu la sampai diorang sampai. Aku gerak dulu". tanpa menerima balasan dari Alissa, Farhan terus mengorak langkah meninggalkan Alissa keseorangan di pantai itu.

Ya Allah. Sakit Ya Allah Tanpa dipinta laju saja air mata nya mengalir. Kenapa Farhan berubah begini sekali. Kenapa Farhan bersikap dingin sebegini dengan dia.

"Ya Allah, apa salah aku dengan dia Ya Allah.... Apa salah sayang BIyy, kenapa biyy mesti layan sayang macam ni biyy". Alissa teresak-esak menangis. Hati mana tidak sedih bila ditinggalkan berhari-hari. Bila dapat jumpa kembali ini yang dia dapat.
.
.
.
.
.

"Issa". tegur satu suara sambil menepuk lembut bahunya. Alissa mengangkat kepalanya memandang ke arah suara itu. Syaa.

"Syaa....". panggil Alissa sebelum dia masuk ke dalam pelukan Syaa Syaa yang terkejut dengan tindakan Alissa itu tetap memeluk sahabatnya erat.

"Apa salah aku Syaa". soal Alissa di dalam pelukan Syaa.

"Kau kenapa ni. Okay tak. Farhan cakap kau ajak kita semua lepak tengok sunset". Alissa yang mendengarkan kata Syaa itu memandang ke arah Syaa lama.

"Wohoooooo !! Sunset im coming !".

"Ehh Issa mana Ann , kata nak tengok suns...". terdiam Sham saat melihat wajah Alissa yang basah dengan air mata. QIla dan Hazim yang baru sampai dengan makanan penuh di tangan turut tergamam memandang Alissa.

Alissa memandang satu persatu wajah di depannya.

"Farhan cakap apa dekat korang semua". soal Alissa dengan nada suara yang bergetar menahan rasa.

"Di.. dia.. aaa...ajak datang sini se.. sebab kau nak tengok sunset dengan kitorang". jawab Hazim teragak-agak. Dengar saja jawapan itu air matanya kembali membasahi pipi.

"Ehh Issa". QIla yang terkejut melihat tangisan Alissa itu laju saja menghulurkan bungkusan plastik di tangannya kepada Sham lalu tubuh Alissa dipeluk. Dia memandang Syaa namun Syaa hanya menggeleng tidak tahu.

"Aku sampai dia memang dah menangis". kata Syaa menjawab pandangan mereka.

"Issa kau kenapa ni , jangan menangis macam ni". pujuk Qila sambil mengusap air mata Alissa. Syaa yang masih setia memeluknya juga turut mengusap lembut bahu dan kepala Alissa.

"Kenapa dia buat aku macam ni, dia janji dari dulu nak berubah tapi kenapa dia masih sama". luah Alissa.

"Aaa..aku sa...sa..kitt.. aku pe..penat..Aaa..apa salah aku Syaa, Qila ". soal Alissa dalam esakan.

"Farhan mana Issa, jawab soalan aku please". soal Sham lembut sambil mencangkung di depan mereka bertiga. Hazim membuka satu botol mineral lalu dihulurkan kepada Syaa. Syaa mengambil air itu sebelum disuakan ke bibir Alissa.

"Kenapa ni, ceritalah dengan kitorang". soal Syaa.

"Dia cakap aku ajak korang datang sini untuk tengok sunset ?". yang lain mengangguk mendengar soalan Alissa. Alissa menunduk cuba mengawal emosinya.

"Kenapa?". soal Hazim pula.

"Di..dia tipu". jwab Alissa perlahan.

"Dia kata dia ada kerja, dia suruh aku balik dengan korang sebab dia dah call, dia pun langsung tak bercakap dengan aku lepas balik dari tengok Shahira tadi. Cara dia cakap tadi pun kasar. Dia dah tak panggil aku sayang, dia gunakan Kau Aku je sekarang. Aku ada salah ke sampai dia berkasar dengan aku".

Sham dan HAzim yang mendengar jawapan alissa itu mengerut dahi. sedangkan Farhan hubungi mereka mengatakan hal lain tadi.

"Aku penat , Aku sakit bila dia selalu layan aku macam ni". Alissa kembali menangis.

"Shuhhh sokayy dah dah. Bukan salah kau. Farhan  tu yang moody tak tentu pasal". pujuk Syaa lagi.

"Korang bawak Issa balik dulu, dah nak maghrib ni. kami berdua cari Farhan". arah Sham.

"No. Aku taknak balik. Aku taknak family aku tengok aku macam ni. Aku taknak diorang risau". pinta Alissa.

"kau stay dengan kitorang". jawab Qila.

"Yes. malam ni kita tidur rumah Qila, aku pun ada teman kau". Alissa mengangguk setuju.

.

.

.

.

.

.

.

Alissa melangkah masuk ke dalam biliknya itu setelah dua hari dia tidak pulang kerana menetap di rumah Qila. Selama dua hari itu juga Farhan langsung tak menghubunginya apatah lagi menghantar apa-apa pesanan kepadanya. Perkataan maaf juga tiada dari lelaki itu.

Ditambah pula dengan berita yang baru dia dengar dari Along tadi juga mengejutkannya. Farhan yang tiba-tiba saja memutuskan hubungan kerjasama antara syarikat miliknya dengan syarikat keluarga Alissa. Selama dua hari itu juga puas Alissa memikirkan apa salah yang dia buat hingga begini sekali Farhan membalasnya.

Air matanya yang menitis, dia seka lembut. Dua hari sudah cukup dia menangis melepaskan semuanya, SHam dengan Hazim juga sudah buntu memandangkan mereka langsung tidak dapat menghubungi Farhan.

Patung beruang pemberian Farhan masa candle light dinner mereka yang pertama, di mana Farhan meluahkan perasaannya dipandang sayu.

RINDU....

Dia rindukan kehadiran lelaki itu, dia rindukan manja dan kasih sayang dari lelaki itu. Dia rindukan seorang Farhan Hakim. Tapi sayang, rindunya kini tidak dibalas lelaki itu. Di mana Farhan yang dulu.

"Biyy, sayang rindu Biyy. Apa salah sayang dengan Biyy, Kenapa buat sayang macam ni". Alissa memeluk patung beruang itu sambil menangis melepaskan rasa rindunya kepada Farhan.

Adwa yang kebetulan lalu di depan bilik Alissa mendengar setiap luahan dan tangisan Alissa. Dia mengepal penumbuknya menahan marah. Tidak pernah dia melihat kakaknya itu menangis terluka demikian. KAkinya laju saja melangkah ke dalam bilik,

Telefonnya yang dicas itu diambil. Nombor seseorang didail.

"Mana abang kau ?". soal Adwa dingin.

"Abang aku kan keluar dating dengan kakak kau, Dia bagitau ummi tadi dia ada dinner dengan Kak Issa". jawab suara di hujung talian sana.

"Kurang ajar".

"Ehh , kenapa Adwa ?". soalnya.

"Dia dah seksa perasaan kakak aku, tanpa rasa bersalah dia boleh hidup aman dekat sana. Sudah lah tu dia menipu pulak kata dia keluar dengan kakak aku. Ehh kakak aku ada rumah tengah sakit sebab jantan tu la !!!".

"Adwa. Spill. ". serius saja suara disana bertanya. Adwa menceritakan semua yang terjadi antara Alissa dan Farhan.

Bukan dia tidak tahu kenapa kakaknya sorang itu tidak pulang ke rumah selama dua hari ini. Dia ada di pantai yang sama dengan Alissa dan dia juga lihat bagaimana Farhan melayani Kakaknya, dan bagaimana Alissa menangis kerana perangai Farhan. Dia nampak semuanya, BElum sempat dia mahu pujuk sang kakak, rakan-rakan mereka terlebih dahulu sampai. Dia tahu tapi dia diam sebab dia ingin lihat kejujuran kakaknya sendiri.

Tapi sayang....

Alissa Adriana memilih untuk menyembunyikan semuanya..

.

.

.

.

.

.

"Sayang inhale... exhale..."

"Abang, sakit bang".

"Ye sayang tahan sikit je baby dah nak keluar sayang".

"Puan sekali lagi Puan, kepala baby dah keluar, saya kira sampai tiga ya".

"Satu"

"Dua"

"Tiga".

"ARGHHHHHHHH !".

"Alhamdulillah. Tahniah Puan, Tahniah Tuan. Anak lelaki.

"Alhamdulillah. Thankyou wifey".

"Thankyou sebab teman sayang bersalin abang".

"Anything for you sayang, finally". dia menggenggam tangan sang isteri.

"The End". ucap mereka berdua.

.

.

.

.

.

.

.

.

Continuar a ler

Tambรฉm vai Gostar

256K 10.1K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
22.6K 714 24
[ ๐œ๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž ] ~ Iris Eryna seorang gadis yang ada segala galanya kecuali bahagia. Mukanya sentiasa beku tanpa secalit senyuman sehinggalah mun...
1K 22 4
Diberi peluang untuk menunaikan umrah, Masytah bersungguh-sungguh melakukan ibadah di Masjidilharam. Dia mencari damai disana, kerana kusutnya kehidu...
5.3K 231 31
Sejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pa...