nazrin amsyar : his another h...

By caramelkaychiato

7.1K 663 97

Nazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan... More

amsyar's || 000
amsyar's || 001
amsyar's || 002
amsyar's || 003
amsyar's || 004
amsyar's || 005
amsyar's || 006
amsyar's || 007
amsyar's || 008
amsyar's || 009
amsyar's || 010
amsyar's || 011
amsyar's || 012
amsyar's || 013
amsyar's || 014
amsyar's || 016
amsyar's || 017
amsyar's || 018
amsyar's || 019
amsyar's || 020
amsyar's || 021
amsyar's || 022
amsyar's || 023
amsyar's || 024
amsyar's || 025
amsyar's || 026
amsyar's || 027
amsyar's || 028
amsyar's || 029
amsyar's || 030

amsyar's || 015

358 31 4
By caramelkaychiato

      Dari hari ke hari, hubungan Aalya dan Amsyar makin akrab. Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu mereka akan keluar bersama-sama.

Bunga-bunga cinta di dalam hati masing-masing semakin mekar. Namun sayang, bunga yang berkembang itu tidak dipetik. Masing-masing memilih untuk berdiam daripada menyuarakan perasaan mereka.

" Jangan balik lewat sangat. Keluar tu keluar juga, jangan lupa solat bila dah masuk waktu nanti. " Pesan Puan Amanina kepada Aalya dan Aayan

" Jaga kakak kamu ni, Yan… " pesan Puan Amanina kepada Aayan pula

Tidak perlu diberitahu pun dia tahu akan tugasnya sebagai adik kepada seorang kakak perempuan sulungnya..

" Tak payah cakaplah mama… Abang Amsyar ada kan, mana mau Yan jaga kakak. Lepaslah tanggungjawab Yan dekat dia. Biar dia ambil alih. " Kata Aayan lagi

" Mana boleh macam tu, Amsyar belum lagi jadi suami kakak kamu. Kakak kamu tu masih di bawah tanggungjawab kamu. " Kata Puan Amanina lagi

" Tah kau. Dia pun bukannya teman lelaki aku lagi. " Balas Aalya

" Bukan teman lelaki konon… lagak masing-masing dah macam suami isteri. " Balas Aayan

Aalya hanya mampu mendiamkan diri. Bukan terasa dengan kata-kata Aayan namun, setiap kali nama Amsyar dibawa naik dalam perbualan berkenaan dirinya, sudah pasti dia akan malu. Habis merah wajah gadis itu.

" Assalamualaikum… "

Aayan berlari menuju ke pintu utama sebelum dibuka. Seorang jejaka berpakaian t-shirt kelabu berdiri di depannya.

" Mama! Abang Amsyar dah sampai! " Jerit Aayan

Belum sempat Aayan mempelawa Amsyar masuk, Puan Amanina dan Aalya terlebih dahulu muncul di ruang depan.

" Amboi, patutlah anak perempuan mama ni nak sangat pinjam baju kelabu mama tadi. Matchy Matchy rupanya. " Usik Puan Amanina

Aalya mencuit lengan ibunya, manakala Amsyar sekadar mengusap belakang tengkuknya… agak kekok dia di situ. Sememangnya, malam semalam perbualan antara Amsyar dan Aalya di Whatsapp ada menyebut bahawa mereka ingin mengenakan warna baju yang sama untuk hari ini.

" So sweet~ auch! " Usik Aayan pula

Aalya hanya mampu pasrah… belum official sebagai pasangan pun sudah kecoh sebegini…

" Pergilah jalan-jalan, jaga anak-anak aunty ni. Bawa mereka balik sebelum pukul lima ye, Amsyar. " Pesan Puan Amanina

Amsyar sekadar mengangguk sebelum mereka menuju ke kereta honda-nya.

Pintu di sebelah penumpang dibuka dan diberi ruang untuk Aalya masuk ke dalam. Gentleman sungguh!

" Kita nak ke mana bang!? " Tanya Aayan dengan penuh teruja







━━━━━━







     " Aayan tak kesah ke dia duduk sorang-sorang dekat sana ? " Tanya Amsyar kepada Aalya yang sibuk menghadap telefon pintarnya

" Dia dah selalu macam tu. Dulu waktu Aalya teman dia keluar dengan teman wanita dia, Aalya macam tu jugalah. Kali ni biar dia yang rasa. " Kata Aalya

" Awak ajak saya yang keluar, tapi dia pulak tergedik-gedik nak ikut. " Tambah Aalya lagi

" Kan aunty dengan Encik Syauqi suruh Aayan teman. Kita mana boleh berdua. " Kata Amsyar

" Tu Aalya tahu. Tapi, kalau mama dengan papa tak suruh teman pun, dia sibuk nak ikut jugak. " Kata Aalya lalu matanya menjeling ke arah Aayan yang duduk di meja sebelah

Amsyar sekadar tergelak kecil. Nampak perasaan geram terbit dalam diri Aalya. Siapa saja suka jadi third Wheeler. Sudahlah single, tup tup kena teman pasangan semanis madu keluar bersama-sama.

" Kesian Aayan… " kata Amsyar lagi, dia saja je nak naikkan geram Aalya. Entah kenapa Amsyar suka melihat muka cemberut yang ditayangkan

" Awak tak kesian lah dekat Aalya setiap kali Aalya kena teman dia keluar dengan teman wanita dia ? " Tanya Aalya

Dirinya yang sibuk dengan telefon bimbit tadi terus diletakkan di atas meja makan. Matanya rejam memandang mata Amsyar menginginkan penjelasan.

" Bukan, saya cuma cakap je. Kesian tengok Aayan dekat meja sana sorang-sorang. Tapi saya lagi kesian tengok awak bila jadi mangsa. " pujuk Amsyar

Aalya mencebik seketika sebelum matanya terarah ke dekorasi restoran yang tampak mahal. Sudah tentu Amsyar sendiri yang memilih lokasi ini untuk menjadi tempat santapan tengahari mereka.

“ Kita tak pernah perkenalkan diri kan? “ Kata Amsyar

“ Tak pernah eh? “ Balas Aalya dan Amsyar sekadar mengangguk

“ Kita jumpa pun macam secara tak sengaja. Tambahan pula, kebetulan saya ni guru praktikal di sekolah Aayan.Cerita pertemuan kita macam berkait. Atau mungkin sudah ditentukan? “ Kata Amsyar

Aalya terdiam seketika. Senyuman diukirkan. Mungkin benar kata-kata Amsyar. Pertemuan mereka ibarat sebuah cerita yang telah tersedia babak-babaknya.

“ Saya Nazrin Amsyar, 26 tahun. HAHAHA tua kan? Awak? “ Kata Amsyar memperkenalkan dirinya

“ Saya? Saya Aalya Syahmina, tujuh tahun muda dari awak. “ Balas Aalya sebelum mereka berdua ketawa. Kekok pula rasanya

Dah berbulan-bulan kenal, sekarang baru nak memperkenalkan diri masing-masing.

“ Kalau awak tak kesah, banyak benda yang saya nak tahu pasal awak. “ Kata Amsyar dengan jujur

There is nothing special about me, Nazrin Amsyar. “ Kata Aalya

In the eyes of the right man, you will always look special in his eyes, Adiratna. “ Balas Amsyar dengan penuh makna








-ℕ 𝔸 ℤ ℝ 𝕀 ℕ 𝔸 𝕄 𝕊 𝕐 𝔸 ℝ-

━━━━━━ ❝ sorry guys, dah lama tak update and sorry for thee short chapter. Masa dan idea memang mencemburui kita betullah!!. Time-time macam ni, idea tak nak muncul. Rasa nak menangis je.❞

Continue Reading

You'll Also Like

476K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
74.3K 7.4K 41
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
16.3K 1.5K 21
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...