SARAH ✔️

By auspicious_T

49.8K 2.5K 262

Kepulangan Sarah Sorfina ke tanah air bukanlah kehendak dia semata melainkan kemahuan Tan Sri Syazwan. Pertem... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75

BAB 65

625 30 2
By auspicious_T



———————————

"What the fuck are you doing here?!" jerit Deena kuat. Jantungnya sudah berdegup laju. Niel hanya menayang wajah selamba. Kuah mi di dalam maggie cup di tangannya dihirup tanpa perasaan.

  "Deena ni memang tak masak ke? Takkan ada maggie cup je" balas lelaki itu selamba.

  "Macam mana abang Niel masuk rumah Deena ni? Bila abang Niel balik sini? Apa abang Niel buat dekat sini? Abang Niel nak rogol Deena ke?" soalan terakhir Deena menyentakkan lelaki itu. Cepat-cepat tangan wanita itu ditarik masuk ke dalam penthouse wanita itu.

"Ya Allah!! Mengucap abang Niel!!" teriak Deena lagi. Pegangan tangan lelaki itu direntap kuat.

"Niel! Deena! Apa bising-bising ni?" celahan Puan Sri Ruby yang datang dari arah dapur menyentakkan mereka berdua. Deena terus berlari dan berlindung di belakang wanita itu.

"Abang Niel cuba buat benda tak elok dekat Deena, aunty" adu Deena bersungguh-sungguh. Niel hanya menjelingnya sekilas.

"Tak adalah. Niel sengaja usik Deena tu" balas wanita lebih tua itu bersama tawa kecil. Bahu Deena ditepuknya sebelum mereka bersalaman.

"Eh wait, apa korang buat dekat sini? Macam mana boleh masuk rumah Deena?"

"Come, duduk dulu. We can explain" balas Puan Sri Ruby lembut. Senyuman manis ditariknya.

"Kalau betul pun nak pecah masuk, simpanlah kasut dekat dalam. Buat Deena terkejut je" perli Deena lagi. Lengan Niel dicubitnya kuat. Lelaki itu tidak membalas. Hanya pandangan yang sukar ditafsirkan diberi kepada Puan Sri Ruby apabila mereka sudah duduk di sofa penthouse itu. Belum sempat Niel mahu membuka mulut, pintu rumah itu terus ditendang kuat dari luar.

"Deena??!" Sergahan Isaac menyentakkan mereka semua.

"Apa jadi ni? Niel? Puan Sri?" wajah bingung Isaac jelas kelihatan. Deena hanya mengangkat bahu.

"Duduk dulu Isaac. This is very important" balas Puan Sri Ruby serius.

———————————

"Puan okay?" soal Haz lembut. Sarah tersentak. Air mata yang hampir kering di pipinya dihapus laju.

"I'm fine. Husband saya mana?"

"Tuan ada dengan Felix dekat dapur. Baru nak breakfast. Puan dah makan?"

"Saya tak ada selera, Haz. Badan rasa tak sihat sangat hari ni" balas Sarah seadanya.

"Kalau macam tu kita ke hospital lah. Puan pun dah sarat sangat ni. Kalau nak stay dekat dalam ward pun okay dah saya rasa."

"It's okay Haz. Biasalah badan orang mengandung ni. Kejap sihat kejap tak. I'm fine. Don't worry."

"Jangan macam tu Puan. Risau saya tengok Puan macam ni." Sarah tidak membalas. Matanya diliarkan memandang sekeliling.

"Haz, saya ada benda nak tanya. Awak ada nampak apa-apa ke yang follow husband saya?" tanya Sarah seperlahan mungkin.

"Saya baru nak check Tuan pagi ni. Tapi sejujurnya saya rasa macam ada yang tak kena."

"Maksud awak?"

"Puan ada nampak Tuan solat ke pagi tadi?"

"Husband saya tak tidur dalam bilik malam tadi. Pagi tadi pun dia masuk lepas subuh dah habis." Haz hanya mengangguk.

"Kenapa awak tanya?"

"Saya dah lama tak nampak Tuan solat. I mean sejak Tuan balik sini, saya langsung tak nampak dia solat. Kalau sebelum-sebelum ni, selalunya adalah jugak nampak Tuan pakai kopiah ke apa masa keluar bilik waktu subuh" jujurnya tanpa selindung. Sarah tidak terus membalas. Wanita berbadan itu mengeluh perlahan.

  "Awak buatlah apa yang patut Haz. Saya risaukan dia." Haz mengangguk patuh. Kepalanya ligat memikirkan perihal majikannya itu.

———————————

"What?! Bomoh?! Uncle Syazwan?! Korang ni sah lah dah gila" ucap Deena laju. Kepalanya digeleng dan wajahnya jelas seperti tidak dapat mencerna fakta-fakta yang diberikan oleh Niel tadi. Berbeza pula dengan Isaac yang hanya diam dan fokus mendengar.

"Well, that's the ugly truth" balas Niel mendatar.

"Selama ni dia buat ritual tu dekat mana?" soal Isaac pula.

"Basement rumah" celah Puan Sri Ruby sedikit perlahan.

"Sorry but it doesn't make sense to me. Takkan you tak perasan yang suami you buat kerja macam ni? I mean, you sleep with him everyday. You share your bed with him and you are married to him bukan hanya setahun dua, Puan Sri" bidas lelaki itu lebih tegang. Wanita 30-an itu tersenyum pahit.

"I tak mintak you all percaya I but believe it or not, I rasa mungkin mata I di 'hijab' dan I sendiri di 'bodoh' kan selama ni. Masa I dan Ayda cuba untuk siasat perkara ni lah baru I macam betul-betul tersedar tentang perkara pelik pasal suami I." Mereka semua terdiam.

"Apa motif uncle buat macam ni dekat kak Sarah?"

"Simple answer, lelaki tua tu gila talak" ucap Niel tenang. Wajahnya masih dibekukan dan menyebabkan mereka semua sukar untuk membaca emosi lelaki itu.

"Tapi kenapa sampai kena hantar benda-benda syirik macam ni? Uncle tak sayang anak ke? Tak sayang cucu? Bukan tu aje, sampai Deena sekeluarga pun terkena tempiasnya."

"Again, simple answer lagi, sebab dendam."

"Apa kaitan dengan Deena dan keluarga? Kalau betul berdendam, lepaskan ajelah dekat aunty Salma." Isaac bersuara sekali lagi. Niel menayang wajah sinis.

"Don't pretend like you don't know anything, bro. Aku tahu kau pun ada hantar orang untuk siasat benda ni. Sebab tu bomoh Siam tu cuci tangan kan?" perli abang tiri Sarah itu. Deena dan Puan Sri Ruby memandang sesama sendiri. Isaac tidak membalas.

"Sorry mencelah lagi, bomoh Siam? Apa maksud abang Niel?"

"Lelaki tua tu guna dua bomoh. Bomoh yang pertama adalah bomoh Siam, bomoh tu lah yang buat rumah tangga Sarah dan Riz kacau bilau. Tapi bomoh tu dia tak pakai lama sebab boyfriend Deena ni dah rasuah bomoh tu untuk stop dan ayah Haz, Ustaz Hanafi pun dah gertak balik bomoh tu dengan hantar balik semua 'benda' yang bomoh tu pernah hantar pada Sarah."

"Since when Isaac ni boyfriend Deena? Ish. Okay sila sambung." Sempat juga wanita muda itu merungut.

"Bomoh kedua pulak bomoh made in Malaysia. Nama dia Syansat."

"Syansat?" soal Deena kembali.

"Syazwan bangsat." Terburai ketawa Isaac di situ.

"Bodoh lah. Jangan lah main-main abang Niel!" marah wanita muda itu. Kusyen yang diletakkan di atas ribanya dibaling tepat ke wajah lelaki itu.

"Sorry eh Ruby" ucap lelaki itu perlahan. Risau juga jika isteri pada si pelaku itu terasa dengan kata-katanya. Puan Sri Ruby hanya tersenyum senget dan mengangkat tangan tanda tidak kisah.

"Okay, tu cut the story short, disebabkan bomoh Siam tu berjaya di rasuah, lelaki tua tu pun belajar sendiri ilmu khurafat tu dan hantar 'benda' bukan-bukan lagi."

"Kenapa uncle aim kak Sarah eh? Bukan mama? And kenapa aim Deena? Bukan abang Riz?" tanya Deena lagi.

"Dia aim Sarah sebab Sarah lah kelemahan mama dan dia aim Deena sebab Deena kelemahan Riz" jawab Niel masih tenang.

"Tak sangka uncle sekejam ni.." ucap wanita muda itu perlahan. Mereka semua terdiam sejenak dan masing-masing seperti kehilangan kata-kata buat seketika. Iya lah, siapa aje yang boleh terima kenyataan yang tak masuk dek akal ini. Siapa sangka yang 'kebaikan' dan 'kasih sayang' yang Tan Sri Syazwan tunjukkan kepada anak perempuannya selama ini adalah palsu semata-mata.

"So what's your plan now, Niel?" tanya Isaac serius.

"Eh, sabarlah. Banyak lagi soalan I belum tanya ni." Tangan Deena dengan spontan

menepuk lengan Isaac yang berlapik.

"Apa soalan you?"

"Since when you start siasat tentang bomoh Siam tu?"

"Ingat tak masa malam you call I suruh teman cari Riz dan Sarah? Masa kita pergi rumah dorang tapi rumah dorang kosong tu? Sejak malam tu lah" jawab lelaki itu tanpa berjeda. Deena hanya mengangguk seakan menvalidasi jawapan yang diberikan Isaac.

"Haa, macam mana pulak pasal mimpi abang Niel and Ustaz Hanafi tu? Tu semua memang dirancang uncle jugak ke?"

"Betul Deena, dirancang jugak" celah Puan Sri Ruby perlahan. Wajahnya masih tenang dan dicuba untuk dimaniskan. Hanya Tuhan yang tahu betapa hancur hatinya saat menerima semua penjelasan dari Raven alias Niel yang diupahnya itu.

"Dan bukan itu aje. Lelaki tua tu pun hantar orang untuk cederakan mama and yes, accident Puan Sri Ayda tu pun dia puncanya. Kenapa Tan Sri Mahadi marah-marah tu pun disebabkan oleh 'benda' yang dihantar tu jugak" tambah Niel. Deena tersentak. Matanya sedikit berkaca.

"Macam mana keadaan kak Sarah dan abang Riz sekarang?" Belum sempat Niel mahu membuka mulut, iPhonennya berdering nyaring.

"Give me a sec. I'll be back."

"Siapa?" soal Puan Sri Ruby.

"Haz." Mereka semua tersentak. Masing-masing menahan debaran di dada apabila melihat wajah serius yang ditayang Niel. Lelaki itu sudah berdiri sedikit menjauh dari kedudukan mereka bertiga. Selang beberapa saat selepas itu, iPhone Isaac pula yang berbunyi.

"Sorry guys, I have to take this." Lelaki itu turut berdiri menjauhi kedua wanita itu. Deena dan Puan Sri Ruby kembali berbalas pandangan.

"Hati Deena tak sedap lah."

"Aunty pun sama." Mereka berdua mengeluh perlahan. Puan Sri Ruby sempat menggenggam tangan Deena perlahan. Peluh dingin yang mengalir di dahinya dihapus.

"Puan Sri, pass me your handbag now!" arah Isaac tegas. Wanita itu hanya menurut walaupun

dia sendiri agak terkejut dengan permintaan lelaki itu. Kelihatan Isaac yang agak tergopoh-gapah menyelongkar handbag wanita itu. Niel hanya memerhati dari ekor mata. Earpiece di telinganya dibetulkan.

"Kenapa ni Isaac?" soal wanita itu cemas.

"Fuck!!" Bahu Deena terhinjut dek pekikan lelaki berpangkat Dato' itu.

  "You cari apa?" tanya Deena pula. Dia turut mengintai ke dalam handbag Puan Sri Ruby. Matanya membulat.

  "Cepat suruh budak-budak I dekat luar tu masuk" arah lelaki itu dingin. Matanya masih difokuskan kepada 'alat' yang berada di dalam handbag ibu tiri Sarah itu. Apabila melihat tiada respon dari Deena, dia terus mendengus kasar.

"Cepat Deena!!" jerkahnya lebih kuat. Barulah wanita itu bergegas menuju ke pintu penthouse itu. Kakinya agak menggigil apabila melangkah.

"Berapa minit?" tanya Niel tanpa memberikan apa-apa reaksi.

"3." Jawapan sepatah Isaac mengejutkan lelaki itu. Barulah dia terus pergi mendapatkan Isaac. Puan Sri Ruby dijelingnya sekilas. Wanita itu seperti kehilangan kata-kata, dia sudah lelah menanggapi 'permainan' suaminya itu.

———————————


















*PS: Lama jugak I stop SARAH ni, last publish April 🤧 Sorry readers, I baru start cuti sem so baru ada masa. Don't worry, kali ni insya Allah xhilang dah. Thank u sebab tunggu! ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

445K 14.2K 65
Gelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam k...
280K 18.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
327K 9.2K 65
Biar beribu kali kau menolak, Aku sasarkan target berpeluru cinta... ****** "Kita tidur asing-asing ke?"Dengan polos aku bertanya. Bukan aku tak tahu...
939K 31.3K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...