Lagenda Kerajaan Reutus

By Lousylouss

18.8K 1K 42

"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Ve... More

PROLOG (Updated)
Mimpi - New Update
Planet Reutus
Rantai loket
Makmal- New Update
Holiday!
Bimasakti Highway
Luar biasa
Ketua Planet
Take a break
Umbrella
War 1 (Food & Water)
Krisis memburuk
A little help?
Satu syarat
Kerja Lapangan
Agenda tersembunyi
Devil's Dungent
Uneasy
Percubaan
Survive
Heudus city
Terhenti (updated)
Space elevator (New update)
Katerina (New update)
Pakatan rahsia
Waterfall
Healing
Pesanan penaja
Anger
Excited
2nd war (Serangan burung gergasi)
Tidak dijangka
It is the end already?
3rd war ( Robotic & Black Entities)
Post war
Venom House
Big Boss
Hospital
An attack
Horibbly sick
Dua sejoli
The truth
Cheerful morning
Dinner ( New Update)
Hallusination(New Update)
Perangkap (New Update)
Gertak
Is he still alive?
Getaway
It's over
Priosior Planet
Diamond necklace
Kate's upset
Farewell (New update)
Getting ready
Welcome home
An accident
The star
Kejutan
Abang Venus?
Mimpi indah
Terkenang
Lari?
Is it a dream?
Just a friend
Pertemuan mengejut
Adam's side
Venus side
Tragedi Kecil
Nota penulis

Bersama atau berpisah? : Finale

63 2 0
By Lousylouss

Kelihatan sepasang rama-rama terbang riang mengelilingi bunga-bunga yang berbagai warna.

Keadaan jeda dari tadi. Si gadis sedang ralit melihat bunga-bungaan yang mekar. Senyuman manis terukir di bibir. Tak sangka bunga yang ditanam beberapa bulan lalu tumbuh semekar ini.

Si jejaka pula ralit merenung gunung menghijau yang memukau pandangan. Air terjun kecil juga tenang mengalir antara gunung menghijau itu.

"I'm dying to see your smile, sweetheart."

Laura tersentak. Suara serak basah itu menerpa telinganya. Wajah maskulin itu ditenung sebentar. Mujur lelaki itu ralit merenung langit.

Dia masih lagi senyap tidak bersuara. Tiba-tiba rasa kekok duduk berduaan dengan lelaki ini. Entah mengapa.

"Aku faham kalau kau marah, sweetheart. I'm sorry." Ujar lelaki itu lagi apabila tiada respon yang diberi oleh gadis kesayangannya.

"Awak rahsiakan dari saya, yang awak masih hidup. Air mata saya banyak tumpah menangisi kepergian awak. Then, awak tinggalkan saya lepas beberapa jam jumpa saya. Awak expect saya boleh maafkan awak macam tu je?"

Gadis itu masih kelihatan tenang. Air matanya sudah kering nak menangis macam dulu. Tak kuasa dah.

" Laura! Ni buah yang awak order."
Seorang gadis muncul dengan bakul berisi buah di tangan.

Gadis itu baru hendak bangun dari kerusi namun terbantut apabila lelaki itu yang terlebih dahulu bangun dan menyambut bakul itu.

"Aku pergi dulu ya. Hensem betul bakal suami kau. Kahwin jangan lupa jemput!"

Gadis bertocang itu melompat naik basikalnya dan sempat menghadiahkan senyuman manis kepadanya.

Ei Heidi ni. Bila masa pulak lelaki menyakitkan hati ni bakal suami aku? Siap kau. Aku bahan kau dengan si Wendy sengau tu cukup-cukup!

"Best kan duduk dekat pedalaman macam ni. Buah fresh dari ladang. Daging pun fresh yang baru sembelih."

Laura hanya mampu mengangguk. Malas nak bersuara.

"Aku nak bina rumah impian dengan wanita kesayangan aku. Aku nak kerja penternak kambing biri-biri dan petani berjaya nanti."

Dam! Kepalanya bagai dihempap sesuatu yang berat. Dadanya sesak seketika. Siapa je yang relax bila lelaki kesayangan ada orang lain?

Wanita kesayangan?

Jadi selama ini lelaki itu ada kekasih lain selain dia? Sebab itu dia menghilang diri?

Mesti untung wanita tu kan. Sudahnya dia lah yang tak ada pasangan ni. Its okay lah. Lagipun dia dah janji dengan jasmine nak tua bersama.

Nak buka ladang betik bersama. Proposal baru hantar pada pihak berkenaan. Harap luluslah!

"Eh, awak tak balik ke Reutus?" Mulutnya dicepuk perlahan. Kenapa bodoh pergi soal pasal tu?

Aduh mulut.

"Kau nak halau aku?" Suara garau itu bersuara rendah. Kedengaran seperti berkecil hati.

Laura sedikit gelabah apabila wajah lelaki itu berubah tegang. Tadi tenang je muka maskulin tu.

"M-maaf saya tak sengaja. Saja tanya. Kan awak pengganti ayah awak? Dengarnya uncle Venom dah bersara?" Gugup dia membalas apabila bertentangan mata dengan mata helang itu.

Haish renungan dia kan. Geram nak cucuk dengan dahan pokok. Buat orang gerun jelah!

" Aku dah serahkan sepenuhnya pada budak-budak aku. Aku cuma jadi pemantau saja. Sekarang aku nak cari kebahagiaan aku. Buat apa aku kat planet sana, tapi kesayangan aku di sini."

"Untung perempuan tu kan." Ada rasa sakit di dada namun ditutup dengan senyuman hambar.

Laju pula bibirnya menjawab. Tadi bukan main liat!

"Ya, sangat beruntung."

Laura membulatkan mata apabila lelaki itu sudah berada betul dihadapannya.  Dadanya bagai mahu tercabut dari tangkainya. Muka boleh tahan serius Vens ni.

Lelaki tu marah dia ke sebab dia menyibuk nak bertanya mengenai buah hatinya itu?

Habislah dia. Kalau tak kerana tubuh kecilnya sudah terkunci oleh tubuh sasa lelaki itu, memang dia dah lari rasanya.

Tangan halusnya digapai lembut dan diletakkan di atas dada sasa lelaki itu.

"Kalau kau nak tau, perempuan tu ada depan aku sekarang ni. Perempuan yang selalu ada dalam hati aku sampai akhir hayat aku."

Laura yang terkejut lantas mendongak melihat wajah maskulin itu. Kepalanya hanya paras dada lelaki itu. Comel kan!

"Tipu...Pleaselah jangan tipu saya. Saya dah penat dengan semua ni."

"No, aku tak tipu." Lelaki itu bersuara yakin.

"Saya tak percaya!" Gadis itu menjeling tajam wajah tampan itu. Ingat hensem sangatlah muka serius macam tu?

"Sweetheart, kau tanyalah aku apa yang kau nak tau sangat tu. Aku janji aku jawab dengan jujur. Nak denda aku lepas ni pun aku sanggup."

"Semua orang tak beritahu saya yang awak masih hidup. Kenapa?"

Venus bangun dan menyandar di beranda. Wajah gadis itu ditenung lembut.

"Kematian aku sengaja dipalsukan. Papa aku sengaja rahsiakan untuk tujuan keselamatan kami. Khuatir muncul ancaman lain. Ben dan Katerina pun dapat tahu agak lambat. Masa tu aku dah sihat sikit."

"Apa yang dah jadi hari tu? Siapa yang letupkan kereta dekat dewan? Kenapa awak tinggal saya lepas muncul tiba-tiba? Geram tau tak! Saya bangun dari pengsan, Adam saja yang ada. Awak mana?"

Lelaki itu tergelak kecil mendengar bebelan panjang gadis itu. Geram nak cubit mulut tu. Kalau marah comel je.

" Sabar sayang.. Banyaknya soalan. Satu-satu ya. Aku akan terangkan ya."

Gadis itu menjelingnya tajam. Apa sayang-sayang. Dia geram nak tumbuk-tumbuk je bahu lelaki itu.

Geram!

"Soalan pertama, itu angkara makhluk kuasa api. Benda tu dah lama dendam dengan papa aku. Mereka pernah berlawan semasa papa muda dulu. Benda tu cedera parah dan balik dengan perasaan dendam dan marah."

Gadis itu hanya mengangguk.

"Eei mesti makhluk tu seram kan!"

"Yup. Makhluk tu besar, berduri, mata merah dan makan gadis cantik macam kau! Warghh!"

Laura menjerit kecil sebelum menumbuk kuat dada lelaki itu akibat terkejut.

"Aduh!" Lelaki itu terduduk menyeringai sakit. Laura serba salah. Sakit sangatkah tumbukan kecilnya tadi?

Tangan dia kecil dibanding dengan tangan kasar lelaki itu. Wajah lelaki itu berkerut-kerut.

"Awak tak apa-apa? Sorry.."

Tangannya mengusap lembut pipi lelaki itu. Serius dia tak sengaja!

Sejurus lelaki itu menekan perut sambil ketawa besar. Dia tak mampu menahan rasa geli hati melihat reaksi gadis itu.

"Awak!!" Laura menjerit sambil menolak badan sasa yang bersandar padanya. Tergolek lelaki itu melanggar kayu beranda.

"Argh, kenapa kau tolak aku?" Kini kepalanya betul-betul terasa perit melanggar kayu beranda.

Laura menjelir lidah sambil berpeluk tubuh. Puas melihat lelaki itu mengaduh sakit. Penipu!

"Padan muka! Tadi tipu orang sangat kan!"

Cett! Venus hanya menggeleng. Dia terhibur dengan telatah gadis itu. Semoga ada sinar buat mereka selepas ini.

❤️❤️❤️

"Saya harap awak sihat dan gembira di sana. Sampaikan salam saya pada pakcik ya."

Laura menekan bulat merah pada skrin tabletnya. Bunyi pintu dikuak dari luar mengalihkan pandangannya.

Beth?

"Kau kirim video pada Vens ya?" Sapa gadis itu dengan ramah sambil meletakkan dulang berisi beberapa biji kek cawan, biskut dan juga dua gelas lemon ais.

Laura tersenyum manis sambil mengangguk.

"Kau tak menyesal dengan keputusan kau ni?"

Laura memandang ke luar tingkap. Malam itu bintang berkelip-kelip di atas sana. Sungguh cantik sekali.

"Tak." Ujarnya pendek sambil tersenyum manis.

"Aku risau..."

Laura mendekati gadis kecil molek bergaun kuning itu. Dia mengelus lembut bahu sahabatnya yang sanggup susah senang bersama selama ini.

"Jangan risau. Aku okay. Cukup aku tahu dia masih hidup di planet sana. Kau pernah dengar satu pepatah?"

Beth membetulkan sanggul rambutnya dan menjungkit kening. Pepatah?

"Mencintai tak semestinya memiliki..." Meleret senyuman gadis itu sambil mengunyah kek cawan yang dihias cantik itu.

"Eh ni, kau tinggalkan telefon kat luar. Arissa call tadi."

Mata bulat Laura bersinar. Arissa?

Ya, Arissa kini tinggal bersama Pluto di Planet Reutus. Itu pun puas dia memujuk gadis itu bahawa dia tak apa-apa.

Lagipun mereka masih boleh berhubung melalui teknologi baru yang direka oleh Venus.

"Okay takpe. Nanti aku call dia semula."

Beth hanya merenung sahabatnya dengan riak wajah bersahaja.

"Aku nak berterima kasih pada kau. Sebab sudi jadi kawan aku. Iyalah, aku sedar aku tak serapat kau dengan Rissa..."

Laura mencebik. Mulalah emotional minah ni. Haih..

"Heh, apa kau merepek ni. Kau orang berdua sahabat aku tau! Tak ada beza."

"Kau nak tahu kenapa aku beria mendesak dia untuk tinggal di sana?"

Suasana jeda seketika. Hanya kedengaran bunyi unggas di luar.

"Sebab aku tahu mereka saling mencintai. Sesakit aku dulu, kau orang boleh nampak dan cuba untuk hiburkan aku. Tapi dia?"

"Maksud kau?" Beth berkerut tanda tidak memahami.

"Dia terlalu cintakan Pluto. Tapi dia pendam dan lama-lama menjadi parah tanpa dia sedar. Dia juga menangis seperti aku. Tapi dalam tidur."

"Jadi takkan kau sanggup.."

"Kau kan ada, Beth? Kau tulang belakang aku, selalu beri aku semangat ketika kedai kek aku ada masalah tahun lepas. Tanpa kau, aku rasa aku dah tak semangat nak teruskan bisnes ni."

Beth tersenyum.

"Itu sebab semangat kau kuat, Laura. Kau buka kedai kek itu dengan minat yang mendalam. Kau buat dan hias kek-kek tu semua bukan sahaja dengan bakat tapi dengan kasih sayang tau? Sebab tu sedap!"

Tawa mereka berdua pecah.

"Sebab kau orang berdua jugak."

"Hmm, kau jadi nak buka cawangan baru di Bandar Casa?"

"Hey, mestilah! Aku baru selesai urusan beli lot kedai disana?" Beritahunya teruja.

"Apa!? Kau beli? Bukannya sewa?"

"Hehe.."

"Hmm sukahati kaulah. Duit kau. Otak kau otak bisnes. Bukan macam aku, otak bontot kek. Tahu nak makan kek je, nak berniaga tak berapa pandai.."

Mereka berdua tergelak besar. Mereka merenung langit gelap pekat dengan senyuman lebar.

Hanya mengharap sinar kebahagiaan kian hadir, walau seketika terimbau pahitnya kenangan lama.

Tamat..
🌟🌟🌟
Terima kasih kerana membaca! Jangan lupa singgah ke buku ke-2 saya iaitu hikayat Mawar Berduri!

Sayonara!
🌟🌟🌟

Continue Reading

You'll Also Like

62.8K 8.8K 101
Kalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. **************...
64.2K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
121K 11.5K 68
Look! Dia tak mintak jadi seseorang half-blood okay! Memangnya dia yang mintak ke mak bapak dia yang separuh magika separuh manusia berkahwin sesama...
112K 781 8
duniaku yg penuh dgn dugaan