SARAH ✔️

By auspicious_T

49.8K 2.5K 262

Kepulangan Sarah Sorfina ke tanah air bukanlah kehendak dia semata melainkan kemahuan Tan Sri Syazwan. Pertem... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75

BAB 64

540 26 0
By auspicious_T




———————————

Sarah terus memeluk suaminya erat. Pemergian Mukhriz selama empat hari itu benar-benar membuatnya rindu. Air matanya menitis.

"I miss you so much" ucap wanita itu sebak. Mukhriz terus melonggarkan pelukan. Wajahnya beku.

"I nak mandi kejap. I penat." Balasan dingin suaminya itu menyentakkan Sarah. Cepat-cepat dia memujuk hatinya sendiri.

"Tak apalah kalau macam tu. You naik mandi dulu, nanti I hantarkan makanan. I ada buat nasi ayam favourite you hari ni" balas wanita itu lembut. Lengan suaminya dipaut erat.

"I tak lapar. I nak rehat je."

"Tapi you kan tak makan lagi? Ken kata dalam flight tadi pun you tak makan apa-apa."

"I said I'm not hungry. Apa yang you tak faham?" bentak Mukhriz tiba-tiba. Sarah tersentak lagi. Matanya sudah berkaca-kaca. Lelaki itu terus melangkah meninggalkannya di ruang tamu. Sarah memberikan senyuman pahit kepada mata-mata yang juga menyaksikan adegan itu.

"Sorry boys. Korang pergi lah makan. Kalau nak panaskan, masuk je dalam microwave" pesan wanita itu perlahan. Haz, Ken dan Felix hanya mengangguk. Mereka juga terkejut dengan sikap Mukhriz yang tiba-tiba berubah. Pemergian wanita mengandung itu dipandang penuh simpati.

"Mood Tuan memang tak baik ke masa dalam flight tadi?" soal Haz serius setelah memastikan kelibat Sarah sudah tidak kelihatan.

"Masa on the way dari airport lagi Tuan dah tarik muka" jawab Felix jujur.

"Tuan penat kot" celah Ken pula. Haz hanya mengangguk. Dia sempat cuba 'membaca' wajah Mukhriz tetapi dia tidak menemukan apa-apa yang pelik.

"Tak mungkin orang hantar 'benda' lagi" gumam lelaki itu perlahan.

"Apa dia Haz?" tanya Ken lagi. Haz hanya menggeleng. Tanpa menunggu lama, langkahnya terus diatur ke dapur. Perutnya yang kosong perlu diisi. Nanti sahajalah dia fikirkan masalah pasangan suami isteri itu.

———————————

Deena masih fokus menghadap jalan raya di hadapannya. Pemanduannya diperlahankan apabila dia hampir tiba di simpang rumah barunya. Kad akses kondominium itu dikerluarkan. Sudah hampir seminggu dia berpindah di situ dan ianya merupakan pemberian Isaac. Kereta yang dipandunya ketika ini juga sebenarnya milik lelaki itu. Hanya Tuhan yang tahu betapa besar rasa bersalahnya kepada lelaki itu.

Hasratnya untuk berpindah dari Malaysia terbatal kerana surat perletakan jawatannya di Clarris Holding tidak diterima dan dia mungkin akan disaman jika tidak melaporkan diri ke pejabat. Dia tidak mahu menyusahkan Isaac lagi memandangkan jumlah yang dia mungkin perlu bayar terlalu besar nilainya. Dia tidak cukup duit untuk menampung hal itu.

"Cik Deena" tegur pengawal keselamatan yang menjaga di lot parkir itu. Wanita itu terus menarik senyuman ikhlas. Tangannya diangkat tanda hormat. Sterengnya terus diputar ke kanan dan keretanya dipandu menuju ke kotak parkir khasnya. Sebuah motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Ninja H2 R yang terparkir elok di sebelah BMW X1 nya dipandang pelik.

"Takkan Isaac datang kot?" ucapnya perlahan. Lelaki itu pernah juga mengunjunginya beberapa kali dan kebiasaannya lelaki itu memang memarkir keretanya di situ. Deena terus melangkah keluar dari kereta dan pintu lif dituju. iPhonenya dikeluarkan. Nombor Isaac didail sebaik sahaja lif berhenti ditingkat unit penthouse yang ditempatinya.

"Yes Deena?"

"You datang penthouse ke?" soal wanita itu setelah berdiri betul-betul di hadapan pintu penthouse itu. Kasut kulit lelaki berwarna hitam yang berada di luar pagar pintu itu menguatkan tekaannya.

"Tak lah. I dekat office lagi ni. Kenapa?" Balasan Isaac di talian terus menyentakkan Deena. Wajahnya berubah.

"Deena? Answer me?" Wanita itu masih terdiam. Peluh dinginnya mengalir laju.

"Deena?!"

"Ada orang dalam penthouse" jawab Deena seakan berbisik. Jantungnya sudah berdegup laju.

"Stay there. I'll be there in 15 minutes" arah lelaki itu tegas. Talian termati serta-merta. Deena terus berundur ke belakang. Nafasnya cuba ditenangkan. Bunyi pintu terbuka dari dalam mengejutkan wanita itu. Wajah figura dihadapannya dipandang takut-takut. Matanya terbeliak.

———————————

"Sayang" seru Sarah lembut. Bahu Mukhriz yang sedang berbaring membelakanginya disentuh. Lelaki itu tidak menjawab.

"I ada buat salah dengan you ke?" Masih tiada balasan.

"I mintak maaf kalau I ada buat salah. I betul-betul mintak maaf." Kali ini nada suaranya sudah bertukar sebak. Kepalanya didekatkan dengan tubuh suaminya. Haruman Mukhriz dihidunya. Sungguh dia rindu wangian lelaki itu.

"Please darling, don't ignore me. Kita boleh bincang kan?"

"Tidurlah Sarah. Dah lewat ni" balas Mukhriz dingin. Sarah tersentak. Tiada panggilan sayang yang meniti bibir suaminya.

"Macam mana I nak tidur kalau you ignore I macam ni? Jangan macam ni, Riz. Kita boleh bincang."

"I penat ni. Kita sambung gaduh esok je."

"Siapa yang ajak gaduh ni? I ajak bincang. Kalau I ada salah, you kena bagi tahu I. Bukan layan I macam orang bodoh." Sarah terus bangun dari pembaringannya. Mukhriz sudah mengeluh berat. Giginya diketap dan urat-urat di lehernya sudah jelas kelihatan.

"Tidur Sarah."

"I tak nak tidur selagi you tak bagi tahu I apa salah I. I tak suka you buat I macam ni." Lelaki itu tidak membalas. Sarah menarik nafas dalam.

"Tolong jangan jadi budak-budak. Kita boleh bincang kan?"

"Aku kata tidur!! Kau tak faham bahasa ke?!" Tengkingan Mukhriz mengejutkan wanita itu. Bahunya turut terhinjut sama. Suaminya sudah lama tidak meninggikan suara malahan menengkingnya sebegitu. Air matanya mengalir laju.

"Cakap sikit terus sentap. Lepas tu mulalah buat drama air mata! Serabut lah kau ni!" tambah lelaki itu kasar. Dia terus bangun dari baringnya. Wajah Sarah ditatap marah. Hati wanita itu tersentap lagi. Esakannya mulai kedengaran.

"Susah sangat ke nak ikut cakap aku? Aku suruh tidur aje kan. Apa yang susahnya?!" bentak lelaki itu lagi. Wajah Sarah yang sudah dihujani air mata tidak dihiraukan. Dia terus bergerak untuk menuruni katil tetapi dihalang wanita itu.

"Okay fine. I tidur. You pun tidurlah. I janji tak kacau you lagi" ucap Sarah selembut mungkin. Egonya dibuang ke tepi. Dia tidak mahu melawan seperti dulu lagi. Pegangannya direntap Mukhriz.

"Kau tidurlah. Aku nak tidur bilik lain. Rimas!" balas lelaki itu selamba. Langsung tidak memikirkan perasaan isterinya. Sarah memegang dadanya yang sakit. Suaminya terus keluar dari bilik tanpa berpamitan. Pintu bilik itu juga dihempas kuat. Sarah meraup wajahnya. Tangan kanannya terus bergerak mengusap perutnya.

"Apa salah I, Riz?" Matanya dipejam. Kantuknya hilang serta-merta. Mahu sahaja dia mengejar suaminya tetapi dengan kandungannya yang semakin sarat, dia tidak berdaya untuk bangun dari katil itu. Tubuhnya dibaringkan semula ke atas katil. Tangisannya diteruskan sehinggalah dia sendiri yang tertidur.

———————————

Mukhriz meraup wajahnya lagi. Perasaannya memang tidak enak sejak berada di lapangan terbang lagi. Berat hatinya untuk pulang ke Manhattan. Kalau bukan kerana Tan Sri Mahadi yang memaksanya untuk cepat-cepat pulang ke sini, dia memang tidak terasa seperti ingin kembali di sini lagi. Entah mengapa dia berasa jijik dengan Sarah. Mendengar suara wanita itu sahaja sudah boleh membuatkannya meradang marah, apatah lagi apabila melihat wajah wanita mengandung itu.

"Tuan?" Teguran Haz menyentakkan lelaki itu. Dia berdehem kecil.

"Minum Haz" pelawa lelaki itu selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mug kopinya diangkat.

"Tak apa saya nak minum air kosong aje. Tuan tak nak makan ke? Ada lagi masakan Puan Sarah tadi." Mukhriz terus menarik muka sebal.

"Saya tak lalu nak makan."

"Penat Puan Sarah masak untuk Tuan. Saya dah pesan suruh beli je tapi Puan Sarah berkeras

jugak" pancing Haz lagi. Sengaja dia menyebut nama Sarah berulang kali.

"Kalau awak nak makan, awak makanlah. Saya memang tak ada selera."

"Tuan tak nak rasa sikit pun?" Mukhriz sudah mengeluh kuat. Wajahnya menegang.

"Saya cakap saya tak selera, Haz. Tak payah nak guilt trip saya macam wife saya buat" balas lelaki itu keras. Haz menyimpan senyuman sinis. Dia pasti ada 'sesuatu' yang bakal dan telah terjadi dengan pasangan suami isteri itu.

"Saya masuk tidur dulu. Esok kita pergi office macam biasa. Suruh Ken dan Felix siap jugak."

"Kalau kami semua ikut Tuan, Puan Sarah macam mana?"

"Pandai-pandailah dia hidup."

  Haz tersentak. Wajah sinisnya ditahan sedaya mungkin. Kalau tidak diikutkan akal warasnya, pipi majikannya memang sudah ditampar saat itu juga. Cakap guna lutut memang macam tu lah.

"Apa dia Haz?"

"Oh no. Saya cakap okay nanti saya bagi tahu Ken dan Felix" balas lelaki itu berlagak tenang. Mukhriz hanya mengangguk.

———————————

*PS: Ada yg tunggu update #Sarah ke? 🙊 Sorry lambat, my mental health is quite unstable this week 🤧

Continue Reading

You'll Also Like

749K 42K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
379K 19.8K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
1.3M 45.3K 86
[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pun boleh lari kalau dengar dia mengamuk...