Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

AizackMesle द्वारा

599K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... अधिक

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 3

14.1K 1.6K 360
AizackMesle द्वारा

SUDAH seminggu kejadian di mana Jelita boleh terserempak dengan anak-anak 'raja' itu. Lagi yang tidak disangkakan adalah ketika Eshaq sanggup berjumpa dengannya senyap-senyap ketika di tandas restoran itu. Sampai ke hari ini, masih segar kejadian itu di kepalanya.

"Teacher jangan bagitahu sesiapa. Nanti daddy marah tak bagi Shaq jumpa orang tanpa izin dia. Shaq nak jumpa cikgu cantik je."

Cikgu cantik? Aku ke? Hahahaha.

Jelita ketawa-ketawa. Tak sangka dia boleh lihat sisi manja Eshaq yang itu. Di awal pertemuan mereka dulu, bila dia soal nama pun Eshaq seakan berat mahu buka mulut. Ternyata Eshaq ada sisi manja. Tipulah kalau tak ada, Eshaq itu budak-budak lagi. Memang patut dimanjakan pun.

Selesai membasuh tangan, Jelita pusingkan tubuh ke belakang tatkala merasakan ada jemari kecil memegang kakinya. Kening dikerutkan. Pandangan jatuh ke arah Eshaq yang sedang menguis-nguis rumput.

"Eh Eshaq!" Jelita pula yang terlebih teruja.

Bercangkung di depan Eshaq, laju saja tangan Jelita mengusap kepala budak itu penuh kasih sayang. Eshaq suka! Suka bila dimanjakan oleh cikgu cantik. Makin rapatkan tubuh, jemari kecilnya memegang bahu Jelita.

"Boleh Shaq peluk teacher?" soal Eshaq perlahan, berhati-hati.

Jelita diam sejenak. Anak matanya menyelam ke dalam pandangan penuh pengharapan Eshaq. Tidak tahu kenapa, Jelita jadi jatuh kesian. Tambahan lagi, bila teringat cerita Aliah tempoh hari. Kata Aliah, Eshaq tidak mempunyai seorang ibu.

Bibir tersenyum lembut. Tubuh Eshaq ditarik ke dalam dakapannya tanpa suara. Jelita mengusap kepala Eshaq berulang kali. Menyalurkan rasa sayang yang berlebih-lebihan kepada kanak-kanak lelaki itu. Eshaq masih terlalu kecil untuk tidak merasa kasih sayang seorang ibu.

'Aku dulu waktu berumur macam Eshaq ni, mak pergi tumpang jamban rumah Makcik Senah pun dah melolong macam apa.' Sempat hatinya berbisik.

"Eshaq nak makan ais krim, tak?" soal Jelita setelah berpelukan selama dua minit lamanya.

Eshaq terdiam. Mula-mula kepala sudah angguk, namun menggeleng laju beberapa saat kemudian. Tersedar dari fantasi. Jika daddy tahu, mungkin cikgu cantik dia akan dikenakan tindakan. Diam-diam Eshaq mengeluh. Banyak perkara yang dia tidak boleh lakukan tanpa izin daddy.

"Shaq tak nak? Betul ni?" Duga Jelita lagi. Nampak macam tak yakin je budak ni. Macam mahu tapi seperti ada halangan.

"Shaq tak makan benda tu..." 

Jelita garu kening, hanya menggangguk faham. Aik? Takkan ais krim pun tak makan. Datang dari planet mana budak ni. Sejurus itu, Jelita menggenggam tangan kecil Eshaq. Membawa muridnya itu masuk ke dalam sebuah bilik rehat. Tubuh kecil Eshaq diangkat lalu didudukkan ke atas meja. 

Bekas makanan berisi maggi goreng basah diambil dari dalam beg kertas yang dibawa. Dibuka penutupnya lalu dihulur kepada Eshaq. Maggi Goreng Basah Kaw-Kaw bersama telur mata kerbau daripada Chef Jelita. Pagi ini Jelita tak sempat masak nasi, boleh pula bangun lewat kerana layan drama Korea malam tadi. Terpaksalah masak apa yang ada. Mahu tanak nasi, lama pula perlu tunggu. Jelita lebih suka membawa bekal sendiri ke tempat kerja. Tak lekang tabiatnya ketika zaman U dulu. 

Bila sejenis ada masalah trust issue kepada makanan luar, macam itulah dia. Kecuali kalau ada orang belanja, memang Jelita nombor satu mengajak! Tapi tak adalah teruk sangat, cumanya Jelita kadangkala memilih tempat makan. Trauma ketika zaman sekolah dulu, tak pernah luput dari ingatan. 

Ingat lagi waktu itu, ketika Jelita makan bersama rakan sekolahnya di sebuah kedai makan yang baru saja dibuka. Bukan main teruja waktu itu kerana ada orang ingin belanja dia makan. Tetapi hampir separuh makan sambal ikan keli, barulah salah seorang rakannya menegur. Ada sesuatu benda bergerak di dalam ikan itu. Bukan seekor dua tetapi banyak! 

Menangis tak berlagu Jelita ketika itu. Hampir seminggu tidak hadir ke sekolah. Demam dan muntah-muntah. 

"Apa ni, teacher?"

"Maggi goreng dengan telur mata kobau!" Sengih, memaparkan barisan gigi putih ratanya. 

"Makanlah. Teacher nak Eshaq rasa. Teacher masak sendiri tau!" 

Eshaq angguk. Anak mata koko cairnya jatuh pada makanan di dalam bekas itu. Senyum nipis, Eshaq sambut garpu daripada Jelita. Memutar sedikit mi maggi tersebut mengelilingi garpu tersebut. Perlahan dibawa ke dalam mulut. Mata Eshaq terpejam, tak pernah makan makanan sesedap ini. Suapan pertama selesai. Menelan perlahan-lahan, mahu menikmati kelazatan. 

Pandangan beralih ke Jelita semula. "Boleh Eshaq makan lagi?" 

Aww! Jujurnya, Jelita sudah jatuh hati. Eshaq memang budak sopan. Mahu makan pun minta izin. 

"Makanlah sayang..."  Kepala Eshaq dibelai. Dari luaran Eshaq nampak 'keras' tetapi sebenarnya hati budak itu terlalu lembut. Mungkin cara dan persekitaran dia dibesarkan menjadikan Eshaq begitu. 

"Teacher..." 

Jelita jungkit kening. Tawa halus terletus dari bibir apabila Eshaq menyua maggi ke mulutnya. Tidak menunggu lama, Jelita menerima suapan tersebut. Ketawa senang hati dapat melayan kerenah Eshaq. Tambahan lagi, dia memang sukakan budak-budak. Kalau boleh, sudah kahwin nanti, dapat anak sedozen pun tak apa. Setidaknya dapat menjadi peneman hari tua. 

Ralit Jelita memerhatikan Eshaq makan. Sopan betul, penuh dengan tatatertib. Sesekali Eshaq suap dia. Sampai habislah makanan itu, barulah Eshaq hulurkan kembali bekas dengan senyuman lebar. Jarang sekali dapat lihat Eshaq senyum macam ini. Memang jarang! Setahun sekali pun payah. 

"Dah habislah teacher. Sorry...brughhhk," ucap Eshaq serba salah. Siap dengan pakej sendawa sekali. 

Jelita ketawa lepas. 

"Tak apa, teacher pun dah kenyang. Brughhhk!" Turut berpura-pura sendawa. Eshaq ketawa tetapi perlahan dan bertahan hanya untuk beberapa saat sahaja. 

Suasana kembali senyap selepas itu. Eshaq hanya memerhatikan Jelita yang sedang membasuh bekas makanan tadi tanpa suara. Wajah manis Jelita diperhatikan dari sisi, sampai terteleng kepalanya. Tangan ditompang ke bawah dagu. Tidak berkelip mata. 

Kalaulah cikgu cantik ini mummy Shaq...

"Teacher..." Panggil Eshaq perlahan. 

Jelita bawa langkah ke arah Eshaq. Berdiri tepat di hadapan budak kecil itu. Tubuh dicondongkan sedikit bagi menyamai paras Eshaq. Tangan ditahan ke lutut. 

"Ya?"

"Boleh Eshaq peluk teacher lagi?"

Detik itu, Jelita hanya mengangguk dan terus menarik Eshaq ke dalam pelukan hangat dan erat. Seakan tidak mahu dilepaskan lagi budak itu. Belakang tubuh Eshaq digosok lembut.

*****

AIK? Bukan juga? Tergaru-garu kening, tidak faham apa yang diinginkan oleh tuan muda itu. Ainun, wanita berusia pertengahan 30-an yang sudah berkhidmat di rumah agam ini sebagai pembantu rumah hampir 10 tahun lamanya. Kali ini kotak Koko Krunch dihulurkan kepada Eshaq. Hampir setengah jam melayan kerenah budak itu. Kata lapar tetapi bila dihidangkan makanan seperti kebiasaan, Eshaq menggeleng tidak mahu. 

"Tak nak..." Eshaq menolak lagi. 

Ainun mengeluh. Tidak tahu ingin menawar apa lagi kepada Eshaq. Selalunya Eshaq makan saja apa yang terhidang. Bukan tak sedap tetapi Eshaq sengaja buat perangai hari ini. Masakan lazat taraf hotel lima bintang itu ditolaknya mentah-mentah. 

"Shaq nak makan apa? Cuba bagitahu." 

Kaki menguis lantai sambil tertunduk. Nak cakap tapi takut Ainun bagitahu perkara tersebut kepada daddy. 

"Shaq nak maggi goreng dengan telur mata kabau..." jawabnya perlahan, hampir tidak kedengaran. Takut daddy yang ketika ini berada di ruang tamu terdengar perbualan tersebut. Daddy tak pernah mengizinkan dia memakan makanan begitu. Semua makanan yang terhidang perlu ada ciri-ciri 'sihat', berwarna hijau dan bagus untuk kesihatan. 

"Hah? kabau? Apa pulak kabau tu?" Berlapis-lapis dahi Ainun. 

Kabau pun kabaulah, Eshaq. Hahahaha. 

"Kenapa ni, kak? Shaq buat apa dekat sini?" soal Luthfan yang baru tiba di ruang makan. Mahu mengambil air kosong untuk melegakan tekak kering sebenarnya. Ternampak pula Ainun bersama Eshaq. Macam sedang buat perbincangan kelab sekolah je gayanya. Terkerut-kerut dahi Ainun itu. 

Kemudian, pandangan beralih pada deretan makanan di atas meja makan. Penuh dengan makanan kegemaran Eshaq. Erk, sebenarnya dia pun tak tahu itu makanan kegemaran Eshaq atau tidak. Cuma dia selalu nampak Eshaq makan makanan itu je. Tapi saat ini, semua makanan itu sedikit pun tidak berusik. 

"Err Tuan Luth, Shaq ni tak mau makan. Kata lapar tapi bila saya hidangkan makanan, semua ditolaknya," jawab Ainun sepenuh jujur. 'Bukti' penjelasannya ditunjukkan di depan mata Luthfan. Tak ada satu pun makanan tersebut disentuh. Jangan katakan sentuh, pandang pun Eshaq tak mahu. 

Luthfan kerutkan kening. Memandang Eshaq meminta penjelasan. Bercangkung di hadapan Eshaq, lengan budak itu dipegang lembut. Jarang sekali Eshaq buat perangai. Emiir terlalu tegas dengan Eshaq sampai tak berani budak itu untuk meminta macam-macam. Selalunya Eshaq hanya akan menerima apa saja pemberian Emiir tanpa bantahan. Tak pernah walau sekali pun Emiir tanya Eshaq apa yang dia suka atau apa yang dia tidak suka. 

"Shaq nak apa?" soal Luthfan, pandangan bertukar lembut. 

"Maggi goreng dengan telur mata kabau..." jawab Eshaq tetapi hanya berbisik di telinga Luthfan. 

"Maggi? Kabau? Sejak bila Shaq pandai makan maggi? Kabau ni apa benda pulak?"

Telur mata kabau? Mana pula nak cari kabaunya. Kali ini dengan Luthfan sekali berkerut tidak faham. Tambahan lagi, Eshaq meminta maggi. Setahu dia, Emiir melarang Eshaq memakan makanan segera macam itu. Tak baik untuk kesihatan Eshaq katanya. Terlalu banyak perencah dan perasa tiruan. 

"Alaa, telur mata kabau macam cikgu cantik buat..." Makin tidak jelas suara Eshaq apabila perasan kedatangan daddy ke arah mereka. Yang tadinya memandang Luthfan terus tundukkan wajah. Makin rapat ke tubuh teman rapat daddy dia, Luthfan. Eshaq berbisik sesuatu ke telinga lelaki itu. 

"Jangan bagitahu daddy, please..." rayunya perlahan. Pasti Emiir akan memarahi dia cukup-cukup jika lelaki itu tahu dia buat perangai. 

Luthfan hembus nafas panjang, rasa serba salah bila dengar rayuan Eshaq. Jika Emiir tahu, berkemungkinan Emiir akan menghukum Eshaq. Hukuman paling ringan pun, mungkin tidak dibenarkan keluar dari rumah selama seminggu. Kejam? Tidak. Bagi Emiir, dia hanya mahu Eshaq belajar supaya lebih berdisiplin saja. Budak besar itu disuruhnya jadi matang sebelum usia. 

"Ada apa hal berkumpul ni?" Suara serak-serak basah Emiir menyapa pendengaran. Walaupun kedengaran biasa tetapi tetap membuatkan Eshaq semakin mengecilkan diri di sebalik tubuh Luthfan. 

"Eshaq—"

"Tak ada apa. Saja aku tegur Eshaq dengan Kak Ainun tadi. Dia baru nak makan. Kan, Shaq? Kak?" Luthfhan mencantas kata-kata Ainun laju-laju. Kening dijungkit kepada wanita itu. Guna isyarat mata agar Ainun tidak buka mulut kepada tentang perkara tadi kepada Emiir.

Keluhan lega dilepaskan apabila Emiir angguk kepala. Percaya kepada kata-katanya. Syukur kali ini dia mampu 'selamatkan' Eshaq. Jika Luthfan tak ada di situ, tak tahulah apa Emiir akan lakukan.

"Pergi makan," arah Emiir kepada anaknya.

Eshaq angkat wajah tetapi pandangannya hanya pada Luthfan. Penuh berharap Luthfan dapat memenuhi permintaan dia untuk memakan makanan yang sama seperti Jelita masak. Tetapi kali ini tiada apa  yang mampu dilakukan Luthfan.

"Pergi makan, ya?" Luthfan belai kepala Eshaq. Memujuk budak itu penuh kelembutan. Mujurlah Eshaq sejenis budak yang mendengar kata. Akur saja kepada setiap arahan.

Tanpa kerelaan hati, Eshaq bawa langkah ke meja makan. Membiarkan Ainun menolak pinggan berisi nasi putih bersama lauk sayuran hijau. Tertelan-telan liur sendiri.

'Shaq nak cikgu cantik...'




Coldest Husband,
31 December 2021

Selamat tahun baru semua. Wishing you good fortunes.

Choose one,
Telur mata kabau( bak kata Eshaq) or sayuran ?

TARGET : 150 COMMENTS

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

371K 1.1K 10
Fun wlw sex. Different kinks and stuff, all about trying things. May even include potential plot lines and will definitely include some form after ca...
2.1M 122K 43
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
264K 9.6K 35
The Sokolov brothers are everything most girls want. Intimidating, tall, broody, they are everything to lust after. Not that they... particularly car...
1.9M 104K 89
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...