SARAH ✔️

By auspicious_T

49.8K 2.5K 262

Kepulangan Sarah Sorfina ke tanah air bukanlah kehendak dia semata melainkan kemahuan Tan Sri Syazwan. Pertem... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75

BAB 28

557 35 7
By auspicious_T


————————

"Siapa orang-orang tadi tu nek?" soal Izabelle angkuh.

Bonda Maya yang sedari tadi memerhatikan pakaian cucunya menggeleng perlahan. Baju crop top jarang dan seluar pendek wanita muda itu dipandangnya geram.

"Belle tak ada pakaian yang lebih sopan ke nak pakai? Berapa kali nenek nak pesan, nenek tak suka Belle pakai baju macam ni" balas wanita tua itu tegas.

Izabelle membuat muka. Dia menjeling neneknya sekilas sebelum dengan selamba bersandar di sofa.

"Panggil Izabelle, Izabelle nek. Jangan panggil Belle. Bunyi kampung" ucap wanita itu dingin. Wajah meluat ditayangnya. Sungguh kurang sopan.

"Kampung apanya? Sedap apa nama Belle tu."

"Lantak nenek lah. Siapa orang-orang tadi tu?" tanya wanita muda itu sekali lagi.

"Itu kawan-kawan Dazrique. Belle jangan buat hal pula depan mereka. Itu tetamu Dazrique" pesan Bonda Maya penuh ketegasan.

"Dazrique tak stay sini ke? Lama Belle tak jumpa dia" ucap Izabelle bersama senyuman gatal. Neneknya sudah menggeleng kepala. Dia tahu cucunya itu sudah lama menyimpan perasaan kepada pemilik rumah agam itu.

"Dazrique dah balik Malaysia dah. Kamu jangan nak buat perangai pelik kamu dekat sini, ya. Jaga air muka nenek" balas wanita tua itu berbaur amaran. Izabelle hanya menjulingkan matanya ke atas.

"Kenapa kawan-kawan dia tak ikut balik?"

"Nenek pun tak tahu sangat. Apa yang nenek tahu, mereka tengah nak lindungi Sarah."

"Siapa Sarah?"

"Kawan Dazrique yang tengah mengandung tu. Baik budaknya, cantik pula tu."

"Mengandung? Silap-silap perempuan tu mengandungkan anak Dazrique, sebab tu Dazrique beria nak tolong dorang" ujar Izabelle tanpa bertapis. Bonda Maya tersentak. Lengan cucunya dicubit kuat sehingga wanita itu menjerit kesakitan.

"Kamu jaga sikit mulut, ya. Sarah tu dah bersuami, Mukhriz namanya. Jangan nak bawak fitnah dekat sini" marah wanita tua itu.

Izabelle hanya menjeling neneknya. Lengannya diusap perlahan. Dia cuba mengingati ayatnya sebentar tadi. Tanpa sedar, hatinya berdenyut geram. Macam mana kalau Sarah itu memang perempuan simpanan Dazrique? Izabelle meraup wajahnya geram. Dazrique hanya miliknya.

————————

Isaac menghela nafas berat. Deena yang sedang termenung di sisinya dipandang.

"Isaac.."

"Hm.."

"I boleh datang jenguk dorang lagi ke lepas ni?" soal wanita itu perlahan. Suaranya sedikit serak kerana banyak menangis. Isaac terdiam seketika. Dia menelan air liurnya pahit.

"Boleh. Tapi bukan dalam masa terdekat ni" balas lelaki itu juga perlahan. Deena terus berpaling menghadapnya.

"You janji akan lindungi I kan?" Mata wanita itu sudah berkaca. Isaac melepaskan keluhan lagi. Pandangannya yang tadi bertemu dengan Deena dihalakan ke arah lain.

"I will."

"I takut.."

Tangisan Deena mulai kedengaran. Kedua tangannya diangkat menutupi wajahnya. Esakannya ditahan dan bahunya terhinjut-hinjut. Isaac terkaku di tempat duduknya. Ini kali ketiga dia melihat wanita itu menangis sebegitu.

"I takkan biar orang sentuh you, Deena. Jangan risau" ucapnya yakin. Sapu tangan di kocek seluarnya dikeluarkan dan diberikan kepada wanita itu. Deena menyambut. Tangisannya terhenti setelah setengah jam. Isaac mengintai ke sisinya apabila esakan wanita itu tidak lagi kedengaran. Isaac tersenyum segaris. Deena sudah terlena.

Lelaki itu melepaskan keluhan perlahan. Badannya dikedepankan dan selimut yang terlipat cantik di dalam laci tempat duduknya diambil dan dibalutkan kepada tubuh wanita itu. Dia tidak mahu Deena kedinginan. Wanita itu bergerak sedikit apabila terasa tubuhnya menghangat.

Isaac bersandar kembali kepada kerusinya. Tanpa disangka, kepala Deena terlentok jatuh kepada bahu lelaki itu. Isaac tersentak seketika. Nafasnya dihela perlahan. Dia membiarkan sahaja perlakuan di bawah alam sedar wanita itu. Matanya memberat setelah beberapa minit. Tanpa dia sedar, lelaki itu juga sudah melentokkan kepalanya ke kepala Deena. Mereka terlena.

————————

"Niel ada hubungi awak, Haz?" soal Mukhriz tegang. Sarah di sisinya hanya memilih untuk diam.

"Tak ada, Tuan."

"Saya ada cuba call tapi tak dapat. Hati saya macam tak sedap sangat" jujurnya. Mereka terdiam seketika. Tiba-tiba ada bunyi bising di luar rumah agam itu.

"Kenapa tu?" soal Haz kepada salah seorang anak buah Isaac.

"Ada orang cuba masuk kawasan ni." Mukhriz dan Haz terus bangun dan berjalan keluar. Sarah yang masih ragu-ragu mengikuti langkah mereka perlahan-lahan.

"Niel?" Mereka tersentak. Kelihatan Niel yang sedang bergelut dengan salah seorang lelaki yang menjaga di situ.

"Tak apa, lepaskan dia. Dia ni abang ipar saya" ucap Mukhriz tegas. Mereka menurut. Tubuh Niel ditolak.

"Niel buat apa dekat sini?" soal Sarah cemas.

"Korang tau tak korang dekar rumah siapa ni? Macam mana korang boleh kenal dia?" soal Niel tegang. Wajahnya bengis merenung ke arah Mukhriz tajam.

"Jom masuk dalam. Kita bincang dekat dalam" balas Mukhriz tenang. Pakaian abang tiri isterinya itu diperhati sekilas. Sama seperti pakaiannya sewaktu mereka bertemu di N.Y.C dulu. Beg galas lelaki itu juga dipandang. Dia pasti ada senjata di dalamnya.

————————

"Deena pergi mana sebenarnya ni? Lama Deena tak balik. Baju pun Deena tak bawak. Deena tahu tak mummy dengan daddy risau" bebel Puan Sri Ayda perlahan. Tubuh anaknya dibelek lagi.

"Tak apalah, yang penting Deena dah balik. Awak cuba bertenang sikit, sayang" celah Tan Sri Mahadi tenang. Deena mengeluh perlahan.

"Deena kan dah cakap Deena dengan kawan Deena. Bukannya Deena tak call mummy langsung. Mummy jangan lah risau" balas wanita itu lembut. Tubuhnya yang sengal kerana perjalanan yang memakan masa lebih daripada 24 jam itu benar-benar memenatkan.

"Deena naik dulu, ya. Nak mandi" tambahnya sopan. Langkahnya dibawa naik ke atas.

"Saya rasa macam anak abang tu rahsiakan something lah daripada kita" ucap wanita tua itu. Kerutan di dahinya masih kelihatan. Suaminya hanya menjeling sekilas.

"Tak ada apalah. Deena penat tu. Biar dia rehat dulu. Nanti-nanti aje lah awak tanya dia" balas Tan Sri Mahadi masih tenang.

Tangan isterinya diraih dan ditepuk perlahan. Satu helaan lega dilepaskan. Sekurang-kurangnya Deena sudah pulang. Fikirannya kembali kepada anak lelaki dan menantunya. Ke mana agaknya mereka menghilang. Mereka sudah pun membuat laporan polis tentang kehilangan Mukhriz dan Sarah tapi masih tiada berita yang diberitahu.

————————

"Korang kenal ke siapa Dazrique tu?" soal Niel penuh tersirat.

"Nama dia Isaac Dazrique, kitorang panggil dia Isaac. Dia pernah berjiran dengan Sarah masa kecik dan Isaac tu kawan Riz masa belajar dulu" terang Sarah tenang. Mukhriz di sisinya pula tidak membantah atau menambah.

"Riz, kau tahu tak apa pekerjaan Dazrique tu?" tanya lelaki itu tapi kali ini lebih kepada sindiran. Mukhriz terbatuk kecil. Renungan lelaki itu dibalasnya berani. Haz yang ada di situ hanya memilih untuk membisu. Dia berdiri di belakang Sarah.

"Deena mana?"

"Deena dah balik dengan Isaac pagi tadi" balas Mukhriz tenang. Niel membulatkan mata.

"Kau percayakan Dazrique?"

"Sorry to interrupt, but why Niel daripada tadi attack Isaac ni? Niel tahu tak Isaac yang selamatkan kitorang. Kalau dia tak cepat hari tu, mungkin Sarah dah tak ada dekat sini" celah Sarah sedikit emosi. Dia dapat lihat riak benci Niel apabila berbicara mengenai perihal kawan baiknya itu.

"He's a mafia." Sarah dan Haz tersentak. Mata mereka membulat. Mukhriz pula hanya menayang riak wajah tenang.

"Don't lie, Niel" balas wanita itu lagi. Suaminya dipandang.

"I'm not lying. You can ask your husband for comfirmation." Niel menarik senyum sinis. Mukhriz tersenyum pahit.

"Korang fikir korang selamat sangat ke duduk bawah perlindungan ketua kongsi gelap macam dia? Kau bodoh ke, Riz?" sindir lelaki itu lagi.

"Kenapa you tak pernah bagi tahu I, Riz? Apa lagi rahsia yang you sorok daripada I ni?" soal Sarah berbaur kecewa. Tangannya yang cuba diraih lelaki itu ditarik kasar. Dia terus bangun dan berlalu daripada situ.

"Thanks Niel" ucap Mukhriz sinis seraya terus mendapatkan isterinya.

"Macam mana Tuan boleh sampai sini?" soal Haz musykil.

Dia tahu yang amat mustahil untuk orang luar sampai di rumah agam itu. Apatah lagi jika orang itu hanya orang biasa. Ingatannya kembali kepada cerita Mukhriz di rumah tasiknya tempoh hari. Majikannya itu mengatakan bahawa Niel pernah membunuh orang di depan matanya sendiri. Haz tersentak. Beg sandang Niel dijeling sekilas. Jangan-jangan..

"Dah tahu?"

Niel tersenyum sinis lagi. Dia bangun dan meninggalkan lelaki itu sendirian. Wajahnya yang tadi dibekukan bertukar resah. Dia menghela nafas perlahan. Dia risaukan Sarah. Langkahnya terus diatur menjauhi rumah agam itu. Jet Ski hitam miliknya yang diparkir tadi dihampiri. Enjin dihidupkan dan dia terus hilang dari pandangan orang ramai.

————————

PS: As usual, double update! Nampaknya Deena dah ada saingan🙊✌🏻

Continue Reading

You'll Also Like

137K 8.3K 67
3RD ROMANCE BY _AISYWA THE WATTY AWARDS 2019 WINNER ROMANCE ⚠️ Penulisan dalam karya ini adalah versi belum sunting (edit). Raw/draft version (pls ex...
327K 9.2K 65
Biar beribu kali kau menolak, Aku sasarkan target berpeluru cinta... ****** "Kita tidur asing-asing ke?"Dengan polos aku bertanya. Bukan aku tak tahu...
573K 21.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
379K 19.8K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...