SARAH ✔️

By auspicious_T

49.8K 2.5K 262

Kepulangan Sarah Sorfina ke tanah air bukanlah kehendak dia semata melainkan kemahuan Tan Sri Syazwan. Pertem... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75

BAB 11

593 39 5
By auspicious_T

——————————

"Haslina, can I ask you some questions?" soal Sarah memecah kesunyian apabila mereka berhenti di kawasan rehat RnR untuk berehat seketika.

"Yes sure, what is it boss?"

"I bukan nak menyibuk, but it seems like you have a problem with you father. So may I know why? Sebab lepas awak jumpa ayah awak, awak macam hilang mood je saya tengok" ucap Sarah jujur.

Memang Haslina membisu sedari tadi lagi dan dia sudah mulai berada dalam alam kebosanan yang melampau. Haslina terdiam sejenak.

"Sorry if it's too personal. It's okay if you don't wanna talk about this. I don't mind, I'm just curious. We can talk about something else."

Tangan Haslina diusap perlahan.

"Sebenarnya arwah suami saya, Amir, bukan calon menantu pilihan ayah. Ayah tak pernah restu pun saya kahwin dengan Amir. Tapi disebabkan ibu yang bersungguh-sungguh pujuk ayah, ayah setuju jadi wali saya. Tapi bukan dia yang nikahkan saya. Ayah memang ada masa akad nikah sebab kami nikah dekat rumah, tapi lepas je Amir lafaz akad, ayah terus naik atas. Saya ada empat orang adik beradik dan saya yang ketiga, adik yang bawah lelaki. Dua orang kakak atas saya perempuan dan ayah yang nikahkan diorang. Saya tak tahu kenapa ayah marah sangat saya kahwin dengan Amir. Even lepas saya lahirkan Aufa pun, ayah tak pernah sekali pun datang jenguk cucu dia" kata-kata Haslina terhenti untuk beberapa seketika.

  Sarah hanya senyap. Esakan halus Haslina kedengaran hanya buat seketika tapi air matanya masih setia mengalir.

"Cuma lepas Amir meninggal, baru ayah nak jenguk cucu-cucu dia. Tapi saya tak pernah menyesal kahwin dengan Amir, dia suami yang sangat sempurna untuk saya, bos. Saya jumpa dia masa majlis resepsi kakak kedua saya, kami hanya berkawan pada mulanya. Tapi perasaan cinta itu tiba-tiba je datang dan Amir buat keputusan untuk melamar saya. Dia lelaki paling baik saya pernah jumpa selepas ayah. Betul lah kata orang, orang yang baik memang selalu 'pergi' dulu. Saya faham Amir bekerja sebagai juruterbang dan memang dari awal perkahwinan kami, saya memang dah bersedia untuk redha kalau apa-apa terjadi kepada dia semasa bertugas. Sebab saya tahu bila saya kahwin dengan Amir, saya perlu siapkan diri saya mental dan fizikal, sama seperti apa yang dilakukan oleh isteri-isteri kepada pegawai polis atau askar di luar sana. Tapi saya tak sangka.. Amir meninggal dunia semasa hiking, bukan semasa bertugas. Mungkin ini balasan untuk saya sebab tak dengar kata ayah untuk tak berkahwin dengan Amir" sambungnya penuh sebak.

"I'm sorry to know that" hanya kata-kata itu yang mampu terluncur daripada bibir Sarah.

Mendengarkan kisah Haslina yang begitu menyentuh perasaan membuatkan dia terkelu daripada berbicara.

"Bos, saya mengaku yang saya pernah rasa menyesal sebab kahwin dengan Amir. Tapi bila saya tengok Aufa,saya tengok Afiq, saya tahu yang perkahwinan saya ni bukan satu kesilapan. Anak-anak saya lah yang menjadi penyebab kenapa saya masih boleh berdiri di atas kaki sendiri bila Amir tiba-tiba pergi buat selamanya. Sebenarnya sehari sebelum Amir meninggal, saya dah pun hantar surat perletakan jawatan saya pada Tan Sri, sebab memang planning awal Amir lepas saya lahirkan Aufa, dia nak saya berhenti kerja sebab gaji dia mampu tanggung kami. Cuma saya yang lambat hantar surat tu because I love my job. Masa hari Amir kata nak pergi hiking dengan kawan-kawan dia, we had a small fight dan saya tak sempat mintak ampun daripada dia masa tu. Sebenarnya pada hari Amir hiking dan cedera parah, dia sempat dimasukkan ke hospital dan pada hari itu jugalah ALLAH gerakkan hati saya untuk buat medical check-up sebab saya kerap muntah dan doktor mendapati yang saya pregnant. Masa tu jugak saya baru dapat tahu yang Amir dekat hospital tu jugak dan saya terus berkejar ke wad Amir. Doktor benarkan saya masuk wad I.C.U Amir untuk memberikan kata-kata terakhir.." Haslina menarik nafas seketika.

"Dan tak lama selepas itu, saya diberitahu bahawa suami saya sudah tiada peluang untuk hidup sebab pembuluh darah utama dia pecah. Alhamdulillah saya sempat beritahu Amir yang saya tengah mengandung dan saya sempat mintak ampun daripada dia, saya percaya Amir dengar. Saya jugak ada cakap yang saya perlukan dia, saya tak nak dia tinggalkan saya. Tapi Amir.. dia tetap tinggalkan saya.." esakan Haslina kedengaran lelah.

  Sarah terus menarik wanita itu kepelukan. Air matanya juga sudah menghujani pipi dengan lebat. Kisah duka yang dikongsi Haslina benar-benar menyayat hatinya.

"You memang ibu yang kuat Haslina" bisiknya sendu.

Mereka berpelukan untuk beberapa ketika sehingga tangisan masing-masing semakin mengendur. Semoga Allah panjangkan usianya dan suaminya, dia tidak dapat bayangkan hidupnya tanpa Mukhriz.

——————————

Sarah masih lagi membelek fail yang sudah disahkan tadi untuk kali ke berapa pun dia kurang pasti. Entah mengapa hatinya tidak sedap. Bagasinya untuk pulang ke Kuala Lumpur sudah siap dikemas. iPhone disisinya dibelek pula dan aplikasi WhatsApp dibuka. Masih tiada balasan mesej daripada Mukhriz. Mungkin masih kerja. Nombor mamanya pula didail tetapi tiada jawapan. Serentak dengan itu, terlintas wajah seseorang yang sangat dia dirindui. Nombor orang itu terus didail laju.

"Assalamualaikum pa. How are you? I just want to inform that Alhamdulillah I won the tender!" sapa wanita itu ceria sebaik sahaja talian disambungkan.


"Waalaikumsalam. Sarah dekat Penang lagi ke?" suara Tan Sri Syazwan yang kedengaran keras ditalian menyentak dirinya. Dia terus berdiri resah.

"Sarah dekat Penang lagi, tapi kejap lagi dah nak check-out and balik KL. Kenapa pa?"

Kerutan didahinya sudah semakin ketara. Entah kenapa dadanya sudah berombak kuat. Dia seperti dapat merasakan bahawa papanya ingin menyampaikan berita yang kurang enak.

"Sarah balik KL sekarang jugak. Papa dah maklumkan pada Haslina tadi, dia dah siap-siap. Papa nak Sarah balik sekarang jugak" arah lelaki tua itu penuh ketegasan. Sarah terdiam.

"Kenapa pa? Ada apa-apa yang jadi ke? Semua kat sana okey ke?" soal Sarah sedikit tergagap kerana terlalu cuak.

"Kami semua kat sini okey. Sarah balik je KL sekarang dan terus jumpa Deena. Papa dah suruh orang sampaikan bungkusan untuk Sarah dekat pejabat. Papa pun dah nak balik esok, I'll see you soon." Sarah melepaskan keluhan resah.

"Pa, just tell me what is this about. Papa buat Sarah tak sedap hati lah."

"Sekarang Sarah dengar cakap papa, Sarah balik KL sekarang jugak. Nanti Sarah akan tahu kenapa. Nanti papa call balik."

  Talian mereka dimatikan serta-merta. Sarah terus terduduk di atas katil bingung. Apa yang papanya cuba sampaikan sebenarnya.


——————————

"What's going on sayang?" soal Mukhriz resah setelah merempuh masuk ke dalam pejabat isterinya.

Sarah dan Deena memandangnya sekilas dan kembali menatap pada gambar-gambar yang baru sahaja sampai ditangan Sarah itu. Air mata yang sedari tadi ditahan gugur jua membasahi pipi ibu mengandung itu.

"Riz.. apa ni?" soal Sarah tertahan.

Gambar-gambar itu dikutip dan dia lemparkan pada suaminya dengan penuh rasa kecewa. Riak wajah Mukhriz bertukar cuak.

"Sayang I can explain" Mukhriz terus memegang bahu isterinya erat. Sarah hanya menggeleng lemah. Gambar-gambar itu dijeling jelik.

"Apa lagi yang you nak explain, Riz? I pergi tiga hari je, Riz. Tiga hari je.. Kenapa you buat I macan ni Riz?" ucap Sarah bersama esakan panjang. Mukhriz memandang isterinya penuh bersalah.

"Sayang, semua ni bukan macam yang you fikirkan. I dengan Tikah, we.." belum sempat Mukhriz menghabiskan ayatnya, Sarah terus menghadiahkannya sebuah penampar kuat.

"What do you mean by tak macam yang I fikirkan? Mukhriz, semua bukti dah dibentangkan depan mata I and the worst is, papa I, mummy and daddy you, semua reporter kat Malaysia dah tahu pasal benda ni! Apa yang you dah buat sekarang ni bukan hanya melukakan hati I, tapi you jugak dah jatuhkan maruah keluarga kita! I tak kisah kalau gambar-gambar ni hanya gambar you dengan Tikah keluar lunch or dinner. Tapi you tengok lah sendiri! Gambar you berdua kissing, hugging in public! What is that, Mukhriz?! I malu Mukhriz, I bukan hanya malu pada family kita, bukan hanya pada perents I, pada parents you, pada Deena, pada Zael, pada Isaac ataupun pada Malaysia.. tapi I jugak malu pada Tuhan! I tak sangka you akan khianati I sampai macam ni sekali."

  Jelas kedengaran nada kekecewaan di dalam nada suara Sarah. Dada bidang suaminya diusap perlahan. Mukhriz masih diam.

"Sayang, I'm sorry. I admit I salah, I mintak maaf. Memang pada mulanya I cuma berkawan je dengan Tikah, but then perasaan suka tu datang bila kitorang dah mula selesa kerja bersama. I mengaku Sarah, I cintakan Tikah. We've fallen in love."

Pengakuan berani Mukhriz menyentap jiwa wanita Sarah. Matanya dipejamkan rapat. Deena yang masih duduk di kerusi sudah dihujani air mata kerana meratapi nasib kakak iparnya. Dia juga masih terkejut dengan berita kecurangan abangnya ini.

"I tak tahu macam mana perasaan tu boleh datang. I dah cuba nafikan perasaan tu, tapi the last two weeks Tikah pun dah confess dekat I yang dia pun cintakan I. Maafkan I sayang. I dah sedar apa yang I buat ni salah. I dah sedar. Gambar-gambar ni pun bukan gambar tiga hari lepas. Dah tiga hari Tikah tak datang kerja. I dah menyesal. I dah sedar. I mengaku I silap. I memang nak bagitahu you hal ni, but I don't wanna hurt you. I mintak maaf sayang.." ucapnya perlahan.

  Sarah menolak tubuh Mukhriz menjauhinya.

"You don't wanna hurt me? You tak fikir ke yang I akan lebih sakit bila dapat tahu hal ni daripada mulut orang lain, daripada papa I sendiri. You cakap gambar-gambar ni dah lama kan? That's mean dah lama lah you tipu I?" soal Sarah penuh kesal.

Mukhriz cuba untuk memegang lengan wanita itu tapi Sarah mengelak kasar.

"Jangan sentuh I! Kalau betul lah you sedar silap you, Mukhriz. You takkan biarkan I tertipu untuk jangka masa yang lama macam ni and you wanna know something Mukhriz, sebab hal macam ni lah yang membuatkan I takut untuk berkahwin sebenarnya. That's why bila you ajak I kahwin, I tolak pada mulanya. I takut kalau perkahwinan I berakhir macam papa dengan mama. Thank you Mukhriz Arrayan, thank you sebab sedarkan I bahawa mencari yang sempurna itu sesuatu yang mustahil. Thank you buat I menyesal cintakan you. Thank you!"

Usai berkata-kata, Sarah terus mencapai handbagnya dan berlalu keluar meninggalkan dua beradik itu. Ada bermacam perasaan yang dirasakan saat ini, ada marah, ada kecewa, ada geram dan dia pasti... masih ada perasaan sayang.

"Abang, I have lost my word for you. I thought you really love kak Sarah. Deena tak nak berat sebelah, tapi pada Deena, apa yang abang dah buat sekarang ni, memang sukar untuk dimaafkan. I'm sorry, but I'm not a liar like you. Deena kecewa dengan abang tapi Deena pasti kak Sarah lebih kecewa."

  Deena terhenti sejenak. Anak mata abangnya direnung dalam. Tangan Mukhriz ditarik dan digenggam erat.

"Kalau betul abang dah sedar, bagus lah. Lagi pun tak lama lagi anak abang akan lahir. Deena harap abang betul-betul ikhlas masa abang cakap abang dah menyesal. Deena maafkan abang tapi kemaafan Deena tak penting sekarang. Deena hanya mampu doakan abang dapat kemaafan kak Sarah semula" ujar Deena sepatah demi sepatah.

  Mukhriz sudah tersandar ke dinding lemah. Wajahnya diraup dengan begitu kesal. Deena menyentuh bahu abangnya dan mengusapnya lembut.

"Deena mengaku, pengetahuan Deena tentang agama bukan lah dalam mana tapi Deena tahu yang selagi kita ni digelar sebagai manusia, kita memang tak boleh lari daripada buat silap. Kak Sarah, she's a woman who has a big heart. Deena percaya yang satu hari nanti kak Sarah akan maafkan abang. Tapi sekarang emosi dia tengah tak stabil and she's pregnant. So let's give her some space to heal herself" tambah Deena lagi seraya menepuk bahu abangnya sekali sebelum terus melangkah keluar daripada pejabat kakak iparnya.

  Mukhriz masih menunduk. Kepalanya diraup penuh kesal.

——————————


Tubuh Tan Sri Syazwan didakap seeratnya. Datin Salma disisi hanya mampu menangis tanpa suara. Mereka yang lain terkelu tanpa bicara.

  "Pa.. " esakan Sarah kedengaran sayu. Tan Sri Syazwan mendongakkan wajah anaknya dan menatapnya dengan senyuman hiba.

  "ALLAH tengah uji Sarah sebab DIA tahu yang anak papa ni kuat" balas lelaki tua itu penuh kelembutan.

Sarah teresak lagi. Datin Salma dan Puan Sri Ruby yang melihat juga turut menangis.

"Pa, jangan tinggalkan Sarah."

"I won't dear."

Kepala anaknya diusap penuh kasih.

"Pa, I miss our family, yang dulu.." Tan Sri Syazwan berbalas pandangan dengan Datin Salma lama.

Wanita tua itu tersenyum pahit seraya menarik tangan Puan Sri Ruby untuk mendekati anak dan belas suaminya.

"Sarah, papa dan mama dah pilih jalan hidup kami masing-masing dan Sarah perlu hormati keputusan kami. Apa pun yang jadi antara mama dan papa, Sarah tetap anak kami dan selamanya anak jadi anak kami. We will never treat you any differently dan kami tetap sayangkan Sarah" ujar Datin Salma sebak.

Sarah terus melonggarkan pelukan papanya dan memeluk mamanya erat untuk seketika sebelum dia berpaling menghadap Puan Sri Ruby di sisi orang tuanya.

"Ruby, I'm so sorry sebab selalu biadap dengan you. I have no intention to hate you. Apa yang dah lepas biar lah berlalu. I mintak maaf sebab tak pernah bagi kesempatan untuk you berbaik dengan I dan mama. I terlalu ego. I'm sorry."

  Sarah terus mendakap tubuh ibu tirinya erat. Wanita itu juga sudah dihujani air mata pilu. Pandangan matanya yang sukar ditafsir bertembung dengan Datin Salma. Dia menarik nafas perlahan.

"I'm the one who should apologise to you. Dari dulu lagi patutnya. I mintak maaf. I tak bermaksud untuk jadi orang ketiga, semuanya berlalu terlalu cepat, kalau dulu I tahu, I takkan.. I'm so sorry Sarah. I have ruined you childhood life and to kak Salma too, I'm really sorry." Puan Sri Ruby sudah teresak panjang. Datin Salma memeluk mereka daripada belakang.

"It's okay dear, let bygones be bygones okay. I dah lama maafkan you dan Syazwan. Yang penting sekarang kita dah dapat bahagia kita masing-masing dan ada kehidupan sendiri" ucap Datin Salma lembut.

Puan Sri Ruby hanya mengangguk. Laju tangan wanita tua itu menghapus air mata yang mengalir dipipi isteri bekas suaminya dan wanita yang jauh lebih muda daripadanya itu turut melakukan hal yang sama. Sarah menarik senyuman hiba. Pintu biliknya diketuk dari luar perlahan.

"Ya, Mak Teh" sahut Tan Sri Syazwan.

"Keluarga Tan Sri Mahadi dan Tuan Isaac datang, Tan Sri" ujar Mak Teh.

Mereka terdiam dan keluhan kecil dilepaskan Sarah. Bengkak dimatanya kerana menangis sepanjang malam masih kelihatan sangat ketara.

"Keluarga Tan Sri Mahadi? Siapa je yang datang Mak Teh?" soal Puan Sri Ruby pula. Datin Salma terus memimpin anaknya untuk duduk di atas katil.

"Ada Tan Sri Mahadi, Puan Sri Ayda, Deena, Shaz, Zael dengan Riz tak silap Mak Teh" tambah Mak Teh perlahan.

"Sarah tak nak jumpa sesiapa sekarang ni." Ada getaran dalam suara Sarah.

"Sarah, jom lah kita bincang elok-elok" pujuk papanya lembut. Sarah hanya diam bersama air mata yang masih mengalir.

"Sarah nak rehat, please."

"Okey, mama temankan Sarah, ya. Mama suapkan bubur untuk Sarah, kesian baby Sarah nanti. Mesti dia lapar" pujuk Datin Salma pula.

Sarah menyentuh perutnya perlahan. Matanya dipejamkan penuh sebak.

"Sarah nak makan sendiri. Please, leave me alone! Now!" balas Sarah tegang.

  Mereka terdiam sejenak. Puan Sri Ruby terus menarik tangan bekas isteri suaminya dan suaminya untuk beredar. Biar lah Sarah menenagkan dirinya dulu..

"Makan tau sayang"  pesan Datin Salma sekali lagi.

Tan Sri Syazwan menutup pintu bilik anaknya rapat dan menguncinya. Dia tahu anaknya perlukan masa.

Sarah terus merebahkan tubuhnya di atas katil lemah. Matanya dipejam rapat. Ada air mata yang mengalir. Dia penat.


——————————

"Mukhriz, we need to talk" ujar Tan Sri Syazwan tegas apabila matanya bertembung dengan menantu lelakinya itu.

  Mukhriz mengangguk patuh dan mengikuti langkah bapa mertuanya ke ruang kerja lelaki tua itu tanpa bantahan. Mereka yang lain hanya mampu membisu.

"Sarah macam mana Salma?" soal Puan Sri Ayda risau.

"Dia okey, cuma sekarang dia nak rehat dulu" balas besannya itu pahit. Puan Sri Ruby di sisinya memeluk bahu Datin Salma erat.

"Kami daripada pihak Mukhriz ingin memohon seribu kemaafan atas khilaf yang dilakukannya kepada Sarah. Kitorang pun tak sangka yang dia akan.." kata-kata Puan Sri Ayda terhenti. Air jernih yang mengalir dipipi wanita tua itu dihapus oleh
Datin Salma tenang.

"Benda dah jadi, Ayda. Tak boleh patah balik dah. Sekarang ni kita doa aje banyak dekat-dekat ALLAH supaya perkahwinan anak-anak kita ni kembali jernih. In Shaa ALLAH, doa kita diperkenankan" ucapnya tenang.

  Mereka yang lain mengangguk.

"Kami pun tak tahu lah macam mana nak cakap, benda ni berlaku tiba-tiba kan, tak sangka pulak boleh jadi macam ni" celah Tan Sri Mahadi seraya memicit-micit kepalanya.

"Tak apa lah, nak cakap banyak sangat pun tak boleh jugak. Biar lah Mukhriz dan Sarah yang selesaikan masalah mereka" ujar Puan Sri Ruby pula.

"Tapi Deena rasa bersalah sangat dekat kak Sarah. Sebab lepas Kinah berhenti dulu, Deena yang offer Tikah untuk gantikan tempat Kinah. Deena tak sepatutnya suruh Tikah yang.." belum sempat Deena menghabiskan ayatnya, Shaz terus memintas lembut.

"Deena, ini namanya ketentuan Tuhan. Kita tak mintak pun kan, tak boleh patah balik dah. Sekarang ni kita buat je macam apa yang aunty Salma kata tadi. Sekarang kita doa yang baik-baik aje untuk diorang. Lagi pun Sarah tu bukan boleh stress sangat, dia kan tengah mengandung. So kita yang dekat sisi dia ni lah yang kena bagi dia semangat dan nasihat yang baik-baik. Bukan untuk Sarah je, tapi kena basuh jugak kepala mereng Riz tu" kata-kata Shaz sedikit sebanyak menarik senyuman kecil mereka semua. Zael terus memaut bahu isterinya erat.

"Tikah macam mana sekarang Deena?" soal Puan Sri Ruby pula. Dia ambil maklum bahawa berita kecurangan menantunya itu sudah heboh di Clarris Holding.

"Deena ada try call, tapi dia tak jawab, WhatsApp Deena pun dia tak balas, so Deena rasa kita bagi lah dia masa sikit. Even gambar-gambar tu belum sampai dekat reporter tapi cerita pasal dia dengan abang tengah kecoh diperkatakan dekat ofis dan social media sekarang ni. Kita bagi lah dia cool dulu. Deena pernah jadi bestfriend dia and I'm sure she needs time too. Memang betul apa dia dan abang buat tu salah, tapi rasanya dikecam netizen dekat social media zaman sekarang ni pun boleh affect mental health dia jugak. Kita dekat sini tak boleh lah nak buat kerja Tuhan untuk menghukum" jawab Deena seadanya.

  Yang lain hanya mengangguk faham. Gila tak kena kecam, satu Clarris Holding berbicara soal skandal itu.

"Aunty, Isaac nak jumpa Sor kejap boleh?" celah Isaac yang sedari tadi mendiamkan diri.

Datin Salma dan Puan Sri Ruby berbalas pandangan seketika seraya melemparkan senyuman serba salah. Risau juga jika fikiran anak perempuannya itu semakin terganggu.

"Siapa Sor?" soal Zael naif. Semua terus tertawa kecil.

"Nama panjang kak Sarah, Sarah Sorfina. Takkan tak tahu yang Isaac panggil kak Sarah, Sor? Ish, lembap lah abang Zael ni" kutuk Deena lepas seraya terus menarik tangan Shaz berlalu ke tingkat atas diikuti Isaac.

"Panggil je lah Sora kalau macam tu" ujar Zael perlahan. Mereka yang tinggal hanya menggeleng dalam senyum.

——————————


"Riz, papa tak marah dekat Riz cuma papa harap Riz ambik iktibar daripada kisah papa. Of course as a father, papa marah bila anak papa kena macam ni dengan suami dia. But Mukhriz I know you well, kalau Riz tak layak untuk Sarah, papa tak kan setuju nikahkan kamu berdua. Jangan ulangi kesilapan yang papa dah buat dekat mama. Papa tahu dulu papa kejam sangat dekat mereka berdua dan papa mengaku yang papa ni memang ayah yang tak berguna sebenarnya. Papa tinggalkan anak papa, isteri papa untuk perempuan lain, untuk perempuan yang papa rasa papa dah jatuh cinta. But now I'm not going to talk about love, I'm going to talk about the importance of being a responsible leader for your family " bahu menantunya ditepuk perlahan.

"Papa tak nak Riz ulangi kesilapan papa. Papa tak nak Riz menyesal di kemudian hari macam apa yang papa rasa sekarang. Jujur papa cakap, papa menyesal sangat buat Sarah macam tu dulu, papa pergi time dia baru nak meningkat remaja. Papa musnahkan zaman remaja Sarah, Riz. Papa tak ada masa hari dia tamat sekolah, papa tak pergi majlis graduation dia, daripada dia dapat Diploma sampai lah ke Master. Papa tak pernah pergi dan apa yang paling buat papa rasa bersalah sekarang adalah bila dia sudi maafkan papa. Dia sudi benarkan papa masuk balik dalam kehidupan dia kembali walaupun dulu papa dah pernah buang dia daripada hidup papa. Riz, kalau lah orang boleh nampak rasa bersalah papa pada anak dan bekas isteri papa, papa yakin, semua orang akan terkejut sangat sebab rasa menyesal, rasa bersalah yang papa still rasa sekarang memang tak boleh digambar besarnya. Banyak dosa papa pada mama dan Sarah.."

Tan Sri Syazwan terhenti berbicara sejenak. Mukhriz sudah teresak menangis disisinya. Bahu menantunya dipeluk erat.

"Sarah tengah mengandung sekarang. Papa merayu pada Riz, jangan biarkan rasa menyesal yang Riz rasa sekarang menghantui Riz sampai Riz tua. Jangan rosakkan masa depan bakal anak Riz yang tak berdosa tu. Kalau betul pun Riz masih cintakan Atikah tu, papa nak Riz tahu, apa pun keputusan yang Riz akan buat tu akan memudaratkan zaman kanak-kanak bakal anak Riz nanti. Papa tak nak Riz menyesal. Fikir-fikirkan lah kata-kata papa ni Riz. Ini semua demi masa depan anak kamu berdua dan masa depan Sarah, isteri kamu, tanggungjawab kamu"  ujar papa lagi perlahan.

Bahu menantunya ditepuk lembut sebelum dia terus meninggalkan menantunya bersendirian. Mukhriz memegang dahinya penuh kesal. 'Sarah, I'm really sorry', bisik hati kecilnya perlahan, tapi sayang, dia masih belum mampu mengungkap perkataan itu dihadapan isterinya.



——————————

PS: Chapter ni patutnya lagi panjang tapi I dah cut beberapa dialogue agar readers tak bosan baca. Chapter ni banyak bermain dengan emosi. Idk why but masa I edit scene Riz dengan bapak mertua dia tu I agak emotional. I lost my dad when I was 11 so bila dapat menulis scene bapak dengan anak I memang mcm terover sedih sikit. Semoga roh arwah ayah I & roh arwah ayah readers yang dah pernah kehilangan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah❤️

Continue Reading

You'll Also Like

346K 13.5K 48
COMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosa...
404K 15.6K 63
[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Di...
38.7K 1.5K 68
~Saya akan jaga harta awak untuk saya~ Dia... Ameera Afya Don. Lebih dikenali dengan Cik Amee a.k.a Miss Werewolf. Siang dia seorang pemilik hotel, m...