Mr. Duda

由 gadishazel

2.9M 150K 10.2K

• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masi... 更多

MR DUDA
D || 01
A || 02
R || 03
I || 04
E || 05
L || 06
M || 07
E || 08
D || 09
I || 10
N || 11
A || 12
D || 13
A || 14
R || 15
I || 16
E || 17
L || 18
M || 19
E || 20
D || 21
I || 22
N || 23
A || 24
D || 25
R || 27
I || 28
E || 29
L || 30
M || 31
E || 32
D || 33
I || 34
N || 35
A || 36
D || 37
A || 38
R || 39
I || 40
E || 41
L || 42
M || 43
E || 44
D || 45
I || 46
N || 47
A || 48
D || 49
A || 50
R || 51
I || 52
E || 53
L || 54
M || 55
E || 56
D || 57
I || 58
N || 59
A || 60
D || 61
A || 62
R || 63
I || 64
E || 65
L || 66
M || 67
E || 68
D || 69
I || 70 *
N || 71
A || 72
D || 73
A || 74
R || 75
I || 76
E || 77
L || 78
M || 79
E || 80
D || end
TELEGRAM : )
MR. DUDA RAYA

A || 26

39.1K 1.9K 154
由 gadishazel

ANNA melepaskan lelahnya di salah sebuah sofa milik keluarganya. Cuti hujung minggunya amat la bosan. Sudah la dia tiada kawan untuk keluar. Mahu ajak Dariel? Lelaki itu pula ada urusan di Port Dickson yang dia sendiri pun tak tahu.

Puan Rahimah? Huh, malas dia mahu ajak wanita tua itu. Hanya tahu memekak dan berbual tentang Dariel sahaja hingga dia sendiri naik meluat mahu mendengarnya.

"Awal balik, dik? Bukan selalu kau balik pagi ke?" Anna memandang wajah abang keduanya dengan riak menyampah. Abang keduanya baru sahaja pulang dari London. Katanya ada urusan di Malaysia selama seminggu dua.

"Suka hati orang la nak balik pukul berapa pun? Yang abang nak sindir adik kenapa? Adik tak kacau life abang pun kan?" Anna membalas menyampah. Dia dan abang keduanya memang jarang bersua. Kalau bersua sekalipun pasti ada perbalahan berlaku di antara mereka.

Berbeza dengan abang sulung dan ketiganya yang sememangnya menyokong segala aktiviti-aktivitinya.

"Abang cuma tegur kan. Lagipun, abang kenal Anna dari zaman Anna duduk New York lagi. Kalau bukan sebab abang yang duduk dekat dengan Anna. Memang abang tak ambik kisah pasal Anna."

Anna menjeling mata menyampah. Ya, memang mereka empat adik-beradik hidup berasingan sejak zaman remaja. Sulung, di Dubai. Kedua, di New York dan ketiga di Malaysia manakala Anna memilih untuk menetap di Perancis namun dibantah oleh abang keduanya kerana waktu itu dia masih belum matang dan meminta mereka berdua hidup bersama.

"Anna tak minta pun, abang yang nak jaga Anna kan? Jadi, jangan kacau Anna. Kenapa la, abang tak sama macam abang Adam dengan abang Adwa. Dorang elok je sokong apa aktiviti adik, bukan macam abang mengongkong je kerja. Adik rimas tahu tak! Rimas!" Anna bangun dari sofa.

Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Malas dia mahu hadap abang keduanya itu. Hanya tahu menyakitkan hatinya sahaja.

MALAM itu, Dariel, Isa, Darren dan Dhea turun ke bawah untuk makan malam bersama di sebuah restaurant terkenal Port Dickson. Manakala Aisya dan Medina tidak dapat mengikuti bersama kerana ada hal yang perlu diuruskan.

"Daddy, daddy rasa... Mama dengan Papa Arren bersatu semula tak?" soal Darren.

Isa yang sedang menikmati makan malamnya hampir tersedak mendengar soalan Darren. Iris matanya memandang wajah Dariel yang duduk di hadapannya sambil menyuap makan kepada Dhea.

"Ermm, daddy tak tahu la nak jawab soalan Arren. Tapi apa yang daddy tahu, kalau betul mama dengan papa saling sayang menyayangi, hmm mungkin boleh bersatu semula." Sengaja Isa menduga Dariel. Mana tahu ada venar apa yang dikatakan?

Dariel yang mendengar jawapan Isa hanya beriak biasa. Saling sayang menyayangi? Hmm, masih adakah lagi atau dia hanya menggunakan Medina sebagai ibu tiri kepada Dhea?

"Ish, abang ni... Kenapa tanya macam tu dekat daddy. Mesti la, papa sayang mama kan? Kalau tak, tiap malam papa tak habis sebut nama mama sambil menangis." Dhea membongkarkan rahsia.

Dariel terkedu. Iris matanya memandang wajah Dhea. Dhea tahu? Manakala Isa sudah mengukir senyum makna. Kalau itu adalah kebenarannya. Tak salah jika Dariel dan Medina kembali bersama?

Suasana kembali sepi di antara mereka berempat. Walaupun sepi Dariel tetap memberi makan kepada Dhea.

"Tapi daddy... Arren rindu uncle Aden."

Isa memaling ke sisi memandang wajah Darren lalu memandang wajah Dariel yang seakan mahu tahu siapa figura bernama Aden.

"Erk... Kenapa Arren nak rindu uncle Aden? Arren kan ada papa, mama, Dhea?" Darren menggeleng kepalanya.

"Arren tetap uncle Aden. Daddy call la uncle Aden. Arren nak cakap dengan dia." pujuk Darren.

Isa memandang wajah Dariel. Jelas raut wajah Dariel seakan tidak gemar dengar nama Aden meniti di bibir Darren.

"Siapa uncle Aden?" soal Dariel. Darren senyum. Dia memandang wajah Dariel dan Dhea.

"Uncle Aden, kawan mama dekat New York. Dia baik. Dia selalu bawa Darren pergi jalan-jalan. Lepastu dia sayang Arren macam papa sayang Arren. Sebab tu, Arren rindu dia." teruja Darren menceritakan tentang uncle Aden kepada Dariel.

Serentak itu, kedengaran telefon pintarnya berdering kuat. Isa menyeluk tangannya ke poket seluarnya. Nama yang tertera membuatkan matanya bulat besar lalu memandang ke arah Darren. Tanpa menunggu lama terus dia menekan button hijau.

"Hello?"

"Aku... Aku kat Port Dickson."

"Aku bercuti la. Dengan isteri aku."

"Dee pun ada sekali. Kau call aku kenapa?" Iris matanya sempat melihat suasana di meja makan itu.

"What? Kau ada kat Malaysia? Since when? Tapi kenapa? Bukan kau..."

"Ha ye la. Nanti aku balik PD aku jumpa kau. Jaga diri kau elok-elok. Ya, aku tahu la. Assalammualaikum. Bye." Isa menamatkan panggilannya. Matanya memandang wajah Dariel dan Darren bersilih ganti.

Argh, kenapa la lelaki itu perlu kembali ke Malaysia setelah dua bulan mereka di sini.

"Siapa?" soal Dariel dingin.

Isa memandang wajah Dariel lalu sempat mengerling wajah Darren. Jika dia beritahu Darren tentang kehadiran Aden di Malaysia. Agak-agak ada pergaduhan di antara Medina dan Dariel tak?

Ugh! Kenapa la hidup ini menyukarkan mereka.

"Kawan. Dia bagitahu yang dia nak jumpa aku dekat KL lepas aku balik PD nanti." gugup jantung Isa menutur kata.

Dariel hanya mengangguk kepalanya. Sebenarnya, dia sedikit kecewa apabila mengetahui ada lelaki lain rapat dengan Medina dan Darren.

MEDINA melangkah keluar dari bilik Aisya. Sejujurnya, dia terasa lega dapat meluahkan perkara yang difikirkan dalam kepalanya kepada Aisya. Mana mungkin, dia mahu memendam segalanya bersendirian. Dia juga perlukan sokongan orang sekeliling tentang kejadian yang berlaku dalam sehariannya.

Biliknya dituju. Belum sempat dia mahu memegang pintu bilik. Tubuh ditolak kasar ke dinding. Medina terkejut. Wajah Dariel menyapa pandangannya.

"Siapa Aden?" soalnya.

Medina terkejut. Bagaimana Dariel tahu tentang Aden? Adakah Isa memberitahunya atau,

"Aku tanya siapa Aden?" soalnya lagi. Nama panggilan saya juga berubah kepada aku.

"Dia tiada kena mengena pun dalam hidup you! Kenapa you nak ambik tahu hah?" Medina membalas.

Ya, baginya Aden tiada kena mengena dalam hidup Dariel. Jadi kenapa lelaki itu perlu kisah tentang Aden?

"Tak de kena mengena? Habis kenapa Arren bagitahu aku yang dia rapat dengan kau dan paling aku tak sangka dia pernah lamar kau? Seriously, Medina Azyara?" sinis Dariel.

Medina memandang wajah Dariel. Ya, dia sudah agak Dariel akan bertindak begini jika ada lelaki lain cuba rapatkan diri dengannya atau kata lain.

Cemburu.

"Memang tak de kena mengena pun kan? You bukan suami I untuk marah dan cemburu kalau ada lelaki lain cuba flirt I. Jadi kenapa you cuba nak lindung I?" Medina menduga.

Dariel seakan tersedar. Ya, kenapa dia perlu cemburu dan ambil kisah tentang Medina. Sedangkan mereka bukannya suami isteri yang sah untuk saling menegur.

Perlahan-lahan cengkaman tangan Medina terasa longgar. Medina terus menolak tubuh Dariel jauh darinya. Matanya memandang wajah Dariel. Kalau la, Dariel tahu isi hatinya mungkin mereka akan berkahwin malam inu juga namun dia sedar tak mungkin dia dan Dariel akan kembali walaupun tiada kata cinta dalam diri Dariel.

"Pergi la masuk bilik. Kesian Darren tunggu you nak tidur sekali. Rehat, esok you nak drive jauh." Medina memesan sebelum mealangkah masuk ke biliknya.

Dariel memandang pintu bilik Medina tertutup rapat. Kata-kata Medina beberapa minit lalu bermain di fikirannya. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan perasaannya. Adakah dia masih mencintai Medina atau perasaannya yang lama sudah berlalu pergi? Apa tujuannya untuk meraih semula Medina? Adakah kerana cinta dan Darren atau sebagai ibu yang sanggup memberi kasih sayang kepada Dhea?

To be continued...

继续阅读

You'll Also Like

806K 31.8K 74
[Complete √] [#2 in teen fiction- 21May2020] Tengku Karissa Jupither, gadis berkacukan British-Melayu telah berpindah dari New york ke negara asalny...
6.7M 333K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
512K 15.1K 61
Tengku Iqbaal Danish seorang lelaki kacukan Korea-Melayu yang menjadi kegilaan ramai wanita kerana kekacakan yang seiras pelakon korea .Merupakan CE...
1.8M 71.6K 48
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai ma...