Izz Rael

By dearmylily

17.8K 1.7K 260

"Kau kenal gambar siapa ni?" "Dia abang saya." "Well, that's the point." ... "Abang kau dah buat salah besar... More

Prolog I
Prolog II
O N E
T W O
T H R 3 E
F O 4 R
5 I V E
6 I X
S E 7 E N
8 I G H T
9 I N E
T 10 N
E 11 E V E N
T W E 12 V E
T H I R T 13 E N
F O U R T 14 N
F I F T 15 N
S I X T 16 N
S E 17 T E E N
18 I G H T E E N
T W E N T 20 Y
T 2 W E N T Y O N E 1

N 19 T E E N

388 36 1
By dearmylily

Bab 17

"Yana, macam mana hari tu pergi belajar boxing, okay tak?" Soal kawan universitinya, Laura.

Ya, Eleana ada bercerita yang dia pergi ke kelas martial art setelah dia diculik seminggu haritu. Hanya kepada Laura sahaja, kawan yang dia baru kenal semasa zaman univeritinya semenjak dari semester 1 yang dia cerita semua benda. Untung sahaja persahabatan mereka masih kekal sehingga sekarang.

"Hum, belajar apa. Dia torture kita ada la. Macam mana ni Laura.. Kita tak tahan laa..sehari belajar je, dah terkeluar semua darah kat hidung ni."

"Asal, hensem sangat ke cikgu yang ajar awak tu?"

"Ish bukan laa.. dia torture kita Laura... Dia bukan torture mental je, fizikal pun dia torture jugak. Suruh buat warm up bukan-bukan and he almost punch my face. Awak rasa? Seram lah trainer singa laut tu."

"Eh yeke??? Tak sangka pulak. Habis tu, awak tak mintak tukar ke na?"

"Kita dah mintak tukar banyak kali dah Laura... Tapi owner gym tu cakap tak ada trainer lain dah. Kita dah tak tahu nak buat macam mana dah. Like can you imagine, kita dah bayar the whole session for like 3 thousand something jugak, lepas tu dapat trainer hauk macam tu. Eh geramnya!"

"Really? Asal awak tak bayar deposit je dulu?"

"Encik tu suruh kita bayar the whole session terus. Ee, silap kita tak tengok review dulu dekat Google haritu."

"Habis tu mana awak tahu kewujudan gym boxing tu?"

"Kita tahu, sebab kita ada kenal dengan owner gym tu.. ingatkan dah kenalan boleh la kalau nak pilihkan kita trainer yang baik-baikkan, yela, dahla bayar mahal tapi.... geramnya bila fikir balik."

"Tapi awak kena pergi jugak kelas tu Yana. Saya taknak apa-apa jadi dekat kawan saya ni.. nanti kalau si setan tu culik awak lagi macam mana?"

"Tulaa.. kita fikir jugak.. stress laa, dengan Izz Rael lagi, dengan trainer singa laut tu lagi erghh. And awak nak tau tak, semalam time kita dekat parking office abang Farouk, Izz Rael datang serang saya."

“He’s what?!! Dia serang awak? Lepas tu awak okay tak? Dia ada buat apa-apa tak? Pukul ke, tumbuk awak ke?” Laura yang cemas terus menilik wajah sahabat baiknya itu.

“Takde buat apa-apa...” Bohong Eleana.

“...saya dah bagitau abang saya hal ni. Dan dia dah check CCTV di sekeliling office dan parking lot time kejadian. Tapi... CCTV kena hack, video time kejadian tu berlaku, hilang. Dan pengawal keselamatan kat sana time tu, bergegas pergi tempat lain sebab ada dengar bunyi siren kebakaran.. Pelikkan?”

Lama mereka berborak, akhirnya, makanan yang diorder pun sampai. Setelah mengucapkan terima kasih, perbincangan tadi disambung.

"Laura...cubala awak bagi suggestion kat kita. Nak buat macam mana kalau Izz Rael tu datang serang kita lagi eh?" Memikirkan itu, membuatkan Eleana tidak berselera untuk memakan Rabboki set yang dipesannya.

"Hmm nak buat macam mana eh.. saya pun tak tahu la nak cakap macam mana. Kalau saya, saya dah report polis dah."

"E tak boleh. Dia dah ugut kita haritu, kalau kita report, dia nak tembak mama dengan papa. Kita taknak benda tu jadi... abang kita pun tak kasi report polis. Sebab risau, mama papa sorang-sorang dekat Johor. Nanti kalau jadi apa-apa, kitaorang jugak yang menyesal."

"Tak masalahnya sekarang ni, dari dulu lagi saya pelik, asal abang awak tu bodoh sangat pergi culik kakak setan tu? Dia dendam apa?"

"Tu yang kita tak tahu Laura ... Haihhh.. dah puas dah kita tanya abang Farouk, betul ke dia yang buat, dia terus blah macam tu je dan tak cakap apa-apa. Tapi, abang kita cakap, dia tak pernah terima call atau mesej dari si setan tu. So kita tak tahu setan tu, dia mesej dengan siapa. Number siapa tu sebenarnya.”

"Habis tu, dia tak cari ke si setan tu?"

"Dia dah suruh orang cari. Tapi dia tak jumpa. And dia cakap lagi, perempuan yang dia dah sakitkan itu, takde adik...Dia cakap mungkin yang culik kita tu, nama dia bukan Izz Rael."

Makin pelik, siapa sebenarnya Izz Rael ni? Siapa yang rogol kakak dia sebenarnya?

"Hm yang tu saya setuju. Orang macam dia, tak layak dapat nama dia Izz Rael. Patutnya, dia dapat nama Joker."

"Hahaha.. awak ni..."

*

Setelah Eleana memakirkan kereta Suzuki Swift nya di tempat parkir kawasan gym, dia terserempak dengan trainernya yang juga baru sudah keluar dari keretanya yang dipakir disebelah keretanya.

"Assalamualaikum encik." Tegur Eleana sambil senyum nipis.

Zhafri yang melihatnya tidak menjawab salam malah hanya menonong pergi.

Eh sombongnya. Aduh, kenapa la dapat trainer yang perangai macam ni.. sabar Eleana.. lagi 3 bulan, kita chow.

*

"Okay, nama boxing kit ni, Focus Pad. Function dia ialah untuk kau tumbuk guna glove tu. Faham?"

Zhafri mula memakai focus pad pada tangannya untuk menjadi punching pad bagi Eleana.

"Faham."

"Okay, hit."

Eleana membuka gerakannya.

"Tangan tu kedudukan dia macam mana? Paras dada kan. Bukan paras muka. Tu, kaki tu bukak sikit. Macam mana kau nak seimbang kan badan kalau kau kepit kaki macam tu? Berapa kali aku nak kena ajar ni.." Marah Zhafri kerana dia perhatikan trainee dia ini seperti susah untuk faham.

Pelajar universiti, tapi skill, fail. Oh lupa.. belajar engineering. Mana nak reti tumbuk orang ni. Tiba-tiba fikiran jahat Zhafri mengutuk orang yang belajar di fakulti tersebut. Padahal, dia dulu pun pernah ambil course itu jugak dahulu.

"Sorry encik."

"I don’t need your sorry. Kat sini, sorry kau tu tak berguna pun. Kau hanya perlu buat apa yang aku suruh dan buat betul-betul. Jangan lembik sangat. Faham?!"

Anggukan lemah Eleana berikan. 

“Mana suara kau? Dah bisu ke?”

Bibir Eleana juihkan – seperti ingin menangis sahaja mukanya. “Faham encik..” Tumbukannya disambung.

"Harder!"

Punch.

"Harder Eleana!"

Punch.

"Apasal kau ni lembik sangat huh?" Zhafri meletakkan tangannya ke bawah.

"Hm tapi encik, saya dah sehabis tenaga dah tumbuk tadi."

"Aku dah cakap, tenaga tangan kau ni, tak cukup kuat nak tumbuk pihak lawan. Sebab tu aku selalu suruh kau buat warm up, pumping, plank, squat semua tu. Kau ingat aku saja-saja je ke nak suruh kau buat? Huh?"

Eleana memuncungkan bibirnya.

"Sorry encik." Itu sahaja dia mampu cakap walaupun sudah ditegah tadi.

"Tu, kau tengok Farah. Tumbukan dia, padu tak? Sampai terkebelakang trainer dia. Dia perempuan ke lelaki?"

"Hmm.. perempuan.."

"Kau pun perempuan ke lelaki?"

"Perempuan jugak.." malas-malas Eleana membalas.

"So, boleh tak buat macam Farah tu?"

"Tapi diakan dah lama training?"

"Eh kau ni, banyak menjawab kan. Dahla kau belajar la sorang-sorang. Tumbuk sorang-sorang." Zhafri mencampak focus pad pada tangannya ke bawah dan terus pergi dari situ.

"Haa encik-encik.. tak tak.. jangan la pergi. Sorry, salah saya..." Ujar Eleana mengejar trainernya yang mahu lari. Dia mengangkat focus pad yang dilempar atas lantai tadi dan menghulur kepada trainernya. Mujur sahaja, ia bersambut.

Ee, kalau bukan sebab aku nak defend diri aku depan Izz Rael nanti, tak ada masala aku nak belajar dengan kau..

Namun, tanpa Eleana sedar, rayuannya tadi telah menerbitkan senyuman mahal Zhafri. 

Huh, baru kau tau nak hargai aku. Kena ugut sikit budak ni, baru nak dengar cakap.

Huh macam budak-budak.

Teringat pula tadi time dia jumpa perempuan tu di tempat parkir. Terpandang sahaja wajah manisnya, terus teringat pengakuan cinta dia minggu lepas.

Sebab tu aku terus pergi. Takut hati goyah pulak untuk menyiksa.

*

Setelah Eleana solat zuhur dan rehat untuk makan, mereka sambung semula latihan punching pada focus pad itu.

"Alaa encik.. tumbuk ni lagi. Bosan laa.. jom la tendang benda tu pulak." Tunjuk Eleana ke arah punching bag di arah kanan.

"Bosan? Tak payah belajar la kalau macam ni." Lagi sekali, Zhafri mencampak alat itu ke bawah.

"Haa ala encik ni...nak gurau pun tak boleh. Janganla sentap selalu. Nanti cepat tua." Dan Eleana hanya mengutip dan beri kembali kepada trainernya, namun tidak bersambut.

Pandangan Zhafri berikan kepada Eleana nyata tidak beriak.

"Kau siapa nak bergurau dengan aku?"

... 

Eleana menjadi takut pula...

"...ingat sikit kau tu trainee je kat sini. Jangan nak banyak songeh." Zhafri merampas alat yang berada di tangan perempuan itu.

"One more thing, tangan kau tu, tak cukup kuat lagi. Satu-satu la. Mula-mula, practice tangan dulu. Lepas tu nanti baru practice kaki. Kau faham ke tak?"

...

Eleana hanya mengangguk sambil memuncungkan mulutnya.  Apa-apa jela singa laut cepat sentap!

"Okay punch." Zhafri mengangkat tangannya yang telah dipakaikan dengan focus pad.

"Harder!"

"More harder Eleana!"

Eleana terus menumbuk dengan lebih kuat.

"Imagine you are punching someone that you hate." Suruh Zhafri.

Someone that i hate?

Tiba-tiba, lintasan memori di parkir office abangnya bersama Izz Rael terlintas di benaknya kini. 

Ada hati kau nak cium pipi aku hah jantan gatal?! Kau siapa nak cium-cium aku?! Konon samakan aku dengan anjing dan babi. Pastu konon jijik nak sentuh aku, tapi kau cium aku tu apa ha setan?

Begitu kuat dan laju sekali tumbukan Eleana berkali-kali bila terfikirkan kejadian malam tu.

Kau siapa nak cium aku?

Kau siapa nak tampar aku?

Kau siapa hah?

Dan tiba-tiba, terjurailah air mata Eleana tanpa sedar saat dirinya terfikir kejadian tentang malam tersebut.

Dan sesaat kemudian, tangisannya makin menjadi-jadi sehinggakan dia teresak-esak menangis dan berhenti dari menumbuk pad pada tangan Zhafri.

Eleana kemudian duduk dan menutup mukanya menggunakan glove kerana malu tiba-tiba menangis di hadapan trainer garangnya.

"Kau dah kenapa tiba-tiba menangis ni? Baru suruh tumbuk sikit dah nangis. Lain kali, tak payah masukla kelas boxing kalau lembik macam ni." Ujar Zhafri tanpa mengetahui hal sebenar yang sebenarnya.. 

Terhinggut-hinggut bahu Eleana saat teringatkan dirinya dicium dalam keadaan gelap itu. Trauma. Terasa jijik pula dia tika mengingatkan peristiwa yang dia langsung tidak jangka akan berlaku.

"Aku dah cakap waktu hari pertama lagi. Aku cukup tak suka kalau trainee aku ni menangis. Lembik betul!"

Eleana masih lagi menangis menyebabkan Zhafri hanya menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Woi berhentilah menangis!"

Eleana mengangkat mukanya dengan wajah yang kemerahan.

"Sorry encik. Saya tak nangis sebab encik. Tapi...." Eleana membuka glove yang berada di tangannya. "...sebab ada orang tu.." Dan membalingnya ke arah depan.

"Orang mana pulak ni? Kau ni macam-macam lah!" Tanpa sedar, Zhafri duduk sambil meminum air. Hatinya tiba-tiba tertanya-tanya, jantan mana pulak ni? Dia mahu mendengar lebih lanjut cerita dari gadis tersebut.

"Lelaki gatal tu laa."

Zhafri tidak berkata apa cuma hanya mengerutkan keningnya tidak faham. Complicated nya perempuan ni. Sekejap okay. Lepas tu sesaat kemudian nangis. Lepas tu marah pulak.

"Ada orang lelaki tu..." Eleana mula bercerita walaupun tidak disuruh.

"I don't know what is freaking wrong with him. Boleh tak encik tolong tumbuk kan dia untuk saya?"

"Dia buat apa dekat kau? Huh? Curi duit kau?"

Eleana menggeleng lemah.

"Dahtu, dia langgar kereta kau?"

"Tak encik. It's even worse. Dia lagi jahat dari setan encik.."

"Hm dia buat apa?" - Zhafri menelan liurnya.

"Dia...."

".....dia..."

".....dia cium pipi saya." Perlahan sahaja ujaran Eleana.

Zhafri tersedak air yang diminum. Terkejut beruk aku. Dia tengah cakap pasal aku ke tadi..?

Oo kiranya, aku lah yang lagi jahat dari setan tadi tu. Huh, bibir kirinya terukir sinis. 

"He kissed your cheek?"

Eleana mengangguk segan sambil menundukkan wajahnya. Terasa seperti terbuka aib sendiri pula. “Boleh tolong tumbukkan tak muka tak hensem dia tu?" Sempat lagi Eleana mengata wajah yang dia tidak pernah lihat itu.

Zhafri yang mendengar hanya mampu mengetap rahangnya.

"Halah, cium pipi je kot. Bukannya cium bibir."

Terus terangkat wajah Eleana menjeling tajam ke arah trainernya.

“Sorry, what did you say?”

Zhafri hanya mengelap peluh di dahinya dengan mengangkat baju sendiri, menunjukkan abs six pack pada perutnya - tidak menghiraukan jelingan maut perempuan itu. 

"Awak senangla cakap, bukan awak yang kena cium. Cuba bayangkan kalau perempuan tu awak benci sangat-sangat pastu tiba-tiba datang cium pipi awak, awak suka ke awak marah?”

Uish, dah tak ada encik-encik dah kalau marah.

"Kalau dia cium aku, aku cium lah dia balik. Apa susah?" 

Zhafri kini pelik dengan dirinya sendiri. Biasanya dia sangatlah cool dan menjaga tutur katanya. Sebab itulah, Melisa boleh terpikat. Tetapi, entah kenapa, di hadapan perempuan ni, dia sering sahaja keluarkan sisinya yang tiba-tiba ada.

Contohnya, cium pipi dia. Sumpah ini gila.

Eleana hanya menyepetkan matanya, kesal kerana terbuka aib sendiri dihadapan orang yang tak akan faham ceritanya. Bibirnya digigit geram.

"Dahla.. takpela... Encik bukannya faham cerita saya pun." Nak merajuk.

"Ala, rilex la.. cium pipi je kot. Tak luak la untuk bakal suami kau tu.." ujar Zhafri, saja ingin melihat perempuan tu marah sebenarnya.

Entah, bagi dia, itu kepuasan.

Eleana hanya pandang atas bawah sahaja Zhafri yang kini sedang mengflipkan botol airnya.

Eh jantan ni. Dasar singa laut betul.

Loser.

Murahan.

Kalau aku cium pipi kau betul-betul karang baru kau tau rasa luak ke tak luak.

Nak sahaja Eleana berkata begitu namun ditahan takut lelaki itu mencabarnya pula.

"Encik tak akan pernah faham what it means by sexual harassment. Kan? Yela.. maybe encik dengan perempuan lain pun macam tu jugak kot. Suka cium sana sini."

"Asal? Kau nak kena cium dengan aku lagi ke?" Dan sesaat kemudian Zhafri sedar bahawa, dia dah tersalah cakap!

Nak kena cium dengan aku lagi ke? Macam dia mahu cium buat kali kedua pula ayatnya ini. Namun melihatkan reaksi marah Eleana dia tahu, pasti perempuan tu tak perasan punya.

Tengok reaksi marah dia pun dah boleh gelak. Aduh, com- eh apa aku fikir ni?

"You will never understand the feeling of ... hmm takpelaa. Encik takkan faham." Kemudian, Eleana mula membisik perlahan,

"...kakak dia yang malang tu yang kena toreh muka, apesal aku pulak yang kena dera."

Malangnya, kata-kata itu terdengar oleh Zhafri.

"What did you say?" Soal Zhafri sambil menggenggam penumbuk.

"Tak de apa."

Turun naik dada Zhafri menahan amarah.

Kakak aku yang tak bersalah kena toreh muka sampai trauma, kau boleh cakap kakak aku malang perempuan?

Dan kau cakap macam takde apa yang berlaku padahal tu salah abang kau!

"Kau pergi dekat pull up bar tu sekarang!!" Tiba-tiba Zhafri menjerit marah.

"Ha-hah? Em yang mana?"

"Yang tu pun kau tak tau baik kau pergi masuk sekolah balik lah perempuan!"

Tiba-tiba ada seorang lelaki mencelah. Trainer jugak, Coach Tim.

"Kat sana pull up bar awak." Nasib baik, ada seseorang yang baik hati menunjukkan arah padanya.

Kenapa dengan trainer singa laut dia ni, tiba-tiba nak jerit? Nasib baik tak pekak telinga aku.

Huh. Setan? Jantan gatal? 

Kau tak sedar ke kau tengah mengumpat depan 'setan' tu Eleana? Takpe, kau tunggu aku jadi setan terkam kau nanti baru kau nak tahu langit tu tinggi ke rendah.

Continue Reading

You'll Also Like

15.8K 1.4K 20
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
39.9K 4.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
247K 9.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
504K 20.4K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...