O N E

1K 91 10
                                    

Buka sahaja mata, wajahnya terasa basah terkena percikan air.

Dalam kesamaran, terpampar di hadapan wajahnya, seorang lelaki berwajah beku, kemas memakai kemeja hitam, dan berseluar slack berwarna hitam juga sedang merenungnya tajam dengan tangan dimasukkan kedalam poket.

Dan yang pasti, lelaki ini begitu misteri kerana memakai cap dan mask hitam - menyembunyikan wajahnya.

Siapa dia ni?

Dan barulah Eleana perasan, yang tangan, kakinya diikat dan mulutnya juga di salotape.

Perkara yang sangat ditakuti ternyata terjadi kepada dia.

Dia... D.I.C.U.L.I.K.

Tak keluar rasanya suara kerana terlalu takut memikirkan apa akan jadi seterusnya..

Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berhasil kerana tali yang diikat sangat ketat.

Melihatkan lelaki yang merenungnya tajam tanpa segaris senyuman menyebabkan dia bertambah takut.

Lelaki itu mendekatinya.

Setapak.

Dua tapak.

Tiga tapak.

Betul-betul berada di depannya kini.

Tinggi. Tegap. Dan badan tu nampak.... maskulin.

"Dah bangun?" Tangan lelaki itu, naik mengcekam dagunya.

"Emmmmm!!!!" Eleana cuba untuk melepaskan diri dari cengkaman durjana.

Lelaki itu menanggalkan salotape di mulutnya.

"Hm?" Soal lelaki misteri.

Eleana tidak menjawab. Suaranya tidak mampu dikeluarkan kini. Perasaannya sangat takut sekarang.

“I ask you once again, kenapa?” Kening lelaki itu diangkat sebelah.

"Sa-saya nak solat."

Lelaki itu mengerutkan dahinya.

Huh. Kemudian bibir sensualnya menggariskan senyuman sinis.

"Kau sedar tak yang kau kena culik sekarang?"

Eleana mengangguk.

Tiba-tiba, lelaki itu menapak lebih dekat.

"Kau.. nak lari sebenarnya kan?" Sambil mengacu pistol di kepala gadis itu.

"Ta-tak.. betul. Saya nak solat asar. Ple-please.. put your pistol away."

"Kalau kau beriman sangat, kenapa kau takut mati?"

Eleana kematian kata. Soalan apa ni? Tidak tahu bagaimana untuk menjawab kerana otaknya kini sudah tidak mampu berfikir dengan baik.

Tidak mahu menunggu lama, lelaki itu menurunkan pistolnya. Tangannya ligat menanggalkan tali di tangan dan di kaki Eleana.

"Tandas kat situ." Sempat lagi, lelaki itu menunjukkan tandas - bagai mengetahui pula Eleana ingin mengambil wudhu.

Sebelum lelaki itu melangkah keluar, sempat dia memberi pesanan penaja;

"Jangan lupa solat taubat, sebab nanti, kau akan jumpa tuhan kau."

BAMM!!

Pintu ditutup.

Eleana mengeluh berat. Tak pernah diduga seumur hidupnya dia akan diculik. Dan masalah utamanya, atas sebab apa dia tidak tahu.

Jika sebab utama kerana penculik inginkan wang tebusan, terasa tidak logik pula kerana, bilik yang didudukinya kini, tersangat mewah seperti dia berada dalam kamar mewah dalam televisyen. Harum pula tu bau dia.

Izz RaelWhere stories live. Discover now